Selasa, 15 Mei 2018

Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan Seluruh Keluarga

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Baru baru ini saya dan Mr.Bee sudah mula mengamalkan susu kambing. Tapi kalau daging kambing tu jangan cakap laa... Wahaha.. saya memang peminat! Pada mulanya, saya agak ragu untuk mengambil susu kambing kerana tak tahu akan kebaikan susu kambing yang sebenar. Ye laa... susu lembu pun susu juga kan. Tehee.. Rupanya, kebaikan susu kambing untuk kesihatan lebih berganda berbanding susu lembu. Jadi, saya dan Mr.Bee pun amalkannya. Jenama apa? Oohh! Itu boleh baca kat entri sini. Kali ni, nak kongsikan kebaikan susu kambing untuk kesihatan seluruh keluarga terlebih dahulu. Lagipun, mesti nak tahu beza susu kambing dengan susu lembu.. kann?

Nutrisi Susu Kambing Untuk Tubuh Badan
Sumber Gambar : Google

Apakah yang ada dalam susu kambing?

Kandungan Susu Kambing

Melalui kajian mereka yang pakar, nutrisi susu kambing mempunyai sumber potassium yang berguna untuk menyeimbangkan tekanan darah, fungsi jantung, dan mengurangkan risiko arteriosklerosis, strok dan penyakit jantung.



Kandungan dalam 1 gelas susu kambing adalah seperti berikut :

Jumlah lemak                                     10g          15%
Lemak tepu                                           7g          35%
Lemak tak jenuh jamak                    0.4g           NA
Lemak tak jenuh tunggal                 2.7g           NA

Kolestrol                                            27mg            9%

Sodium                                           122mg            5%

Potassium                                       498mg          14%

Total Karbohidrat                               11g            3%
Fiber Diet                                              0g            0%
Gula                                                    11g

Protein                                                  9g           18%

Vitamin
Vitamin A                                           NA             9%
Vitamin D                                           NA           31%
Vitamin B-12                                       NA            3%
Vitamin B6                                          NA            5%
Vitamin C                                           NA            5%

Mineral
Kalsium (Ca)                                      NA          32%
Iron (Fe)                                              NA            0%
Magnesium                                        NA           8%

Dengan memberikan susu kambing kepada kanak kanak, mereka akan mendapat ketumpatan tulang yang baik. Malah, ia juga boleh meningkatkan hemoglobin dan boleh memenuhi keperluan vitamin dalam tubuh badan mereka seperti vitamin A, B1, B2 dan B3 di mana ia sangat baik untuk tumbesaran dan perkembangan sel otak dan neuron. Agar mempunyai IQ yang baik.



Susu kambing juga mempunyai asid amino yang mengandungi sulfur metionin dan sistin yang sangat penting untuk kesihatan otak dan sistem saraf. Ia juga memainkan peranan yang baik untuk membuat detoksifikasi terhadap sel darah daripada bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan.

Susu kambing sangat dipercayai mempunyai kebaikan untuk kesihatan yang terbaik sejak zaman Rasulullah. Baginda merupakan pengamal susu kambing berdasarkan beberapa hadis dan di bawah ini adalah salah satu dari hadis tersebut :

Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing : iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu di dalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain, ada menyatakan Nabi Muhammad S.A.W sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

Selaras dengan kajian sains, susu kambing dipercayai mempunyai kandungan khasiat yang cukup dengan nutrisi dan mineral, seperti fosforus, kalsium, dan florin. Oleh itu, susu kambing telah didakwa sebagai susu yang mempunyai kebaikan sama seperti susu ibu.

Setelah melihat kandungan susu kambing yang begitu menakjubkan, mari kita lihat apakah lebaikan susu kambing untuk kesihatan seluruh keluarga.


Apakah Kebaikan Susu Kambing Yang Menakjubkan?

1. Baik untuk jantung

Disebabkan susu kambing adalah sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium, mineral yang sangat baik untuk jantung, maka, ia boleh mengekalkan degupan jantung. Malah ia boleh menghalang darah beku serta peningkatan kadar kolestrol. Selain itu, magnesium juga berfungsi bersama sama Vitamin D, di mana ia boleh membantu dalam kesihatan jantung.

Susu kambing juga mempunyai asid lemak yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Peranan asid lemak ini adalah untuk mengawal paras kolestrol tidak baik dan juga boleh meningkatkan lemak kolestrol baik.



2. Anti keradangan

Kajian mengatakan bahawa susu kambing boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk memerangi keradangan. Hal ini kerana ia boleh mengaktifkan tindak balas imun semula jadi dan adaptif dalam tubuh manusia. Kerana itulah ia boleh menghalang keradangan.

3. Menguatkan Tulang

Susu kambing sangat kaya dengan kalsium di mana di dalam satu cawan boleh mendapat 327mg kalsium. Ini bermakna, kandungan kalsium dalam susu kambing lebih banyak berbanding susu lembu. Malah susu kambing juga kaya dengan Vitamin D yang berfungsi meningkatkan penyerapan. Oleh itu, sudah pasti kebaikannya adalah menguatkan tulang dan gigi.

4. Ejen metabolik terbaik

Susu kambing adalah ejen metabolik terbaik kerana ia boleh meningkatkan metabolik mineral seperti iron, magnesium, kalsium, dan fosforus. Malah ia juga mempunyai beta-casein A2 di mana ia lebih baik berbanding beta-casein A1 yang ada dalam susu lembu. Beta-casein A2 dianggap lebih selamat berbanding A1 kerana A1 boleh mencetuskan diabetes jenis 1.

Beta-casein A2 ini lah yang membuatkan susu kambing menyerupai seperti susu ibu kerana ia terbukti sangat baik untuk kesihatan. Berdasarkan kajian juga, ia boleh mengurangkan risiko alergik kepada bayi.

Oleh kerana susu kambing mengandungi kalsium dan protein, maka ia sangat bagus untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Selain itu, ia meningkatkan tenaga serta memperbaik imun.

5. Mudah dicerna

Susu kambing mempunyai fat glubole yang lebih kecil berbanding susu lembu. Oleh hal itu, susu kambing sangat mudah dicerna. Apabila sampai di bahagia perut, protein dalam susu kabing akan membentuk susu yang lebih lembut berbanding susu lembu. Hal ini juga mengurangkan kerengsaan yang mungkin dialami selepas minum susu lembu.

6. Rendah Laktosa

Susu kambing juga lebih rendah kandungan laktosa sebab itulah ia sangat baik dijadikan pilihan oleh sesiapa sahaja yang tidak sesuai dengan makanan jenis laktos tetapi memerlukan susu. Bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif dengan susu, susu kambing In Shaa Allah tiada masalah.

7. Lebih baik berbanding susu lembu

Perbezaan Susu Kambing Dan Susu Lembu
Sumber Gambar : Google



Susu kambing sememangnya sangat baik kalau dibandingkan dengan susu lembu. Ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastrointestinal. Masalah gastrointestinal adalah seperti mual, muntah, cirit birit dan rasa tidak nyaman diperut. Selain itu,mengurangkan risiko rengsaan.

Selain itu, susu kambing mengandungi beta-casein A2 di mana ia jauh lebih baik berbanding beta-casein A1 yang ada di dalam susu lembu. Malah boleh mengurangkan masalah alergik.

8. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian telah membuktikan bahawa susu kambing boleh mengurangkan gangguan kebimbangan atau kecemasan. Masalah gangguan ini adalah gejala frekuensi cemas yang kerap seperti mudah panik, degupan jantung tidak teratur, takut atau malu yang berlebihan. Hal ini kerana susu kambing mempunyai kandungan linoleic acid di mana ia melancarkan tumbesaran dan perkembangan otak.

9. Baik untuk ibu mengandung dan kandungan

Disebabkan nutrisi yang ibu ambil akan diserap juga oleh si bayi dalam kandungan, maka susu kambing bagus diminum ketika mengandung. Susu kambing sangat bermanfaat untuk meningkatkan kecerdasan otak dan sangat baik untuk janin. Dalam masa yang sama juga, baik untuk si ibunya juga.



Lagi, susu kambing sangat baik untuk kecerdasan si bayi sepanjang tumbesarannya. Seperti yang telah dijelaskan di atas, susu kambing mengandungi pelbagai nutrisi yang baik. Oleh itu sangat baik untuk si ibu dan janin dalam memenuhi keperluan nutrisi harian.

10. Menghalang Anemia

Disebabkan susu kambing mempunyai bioavailabilitiyang lebih tinggi daripada mineral iron dan mempunyai ejen penyerapan yang baik, ia bermakna boleh membantu mencegah masalah anemia atau mudah lupa.

11. Boleh meningkatkan kesihatan kulit

Kebaikan Susu Kambing Untuk Kulit
Sumber Gambar : Google

Susu kambing kaya dengan asam lemak esensial atau essential fatty acids. Asam lemak esensial ini adalah lemak sihat. Selain itu, susu kambing juga mempunyai trigliserida. Oleh itu ia sangat bagus untuk kesihatan kulit. Lagipun, susu kambing adalah alkali dan ia tidak akan merosakkan kulit.

Vitamin A juga merupakan salah satu kandungan yang ada dalam susu kambing, dan vitamin A adalah vitamin yang sangat baik untuk nutrisi kulit. Kita boleh menggunakan susu kambing tersebut untuk mencuci muka pada waktu pagi.

Oleh hal yang demikian, ramai diluar sana yang prihatin akan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit dengan mengedarkan produk seperti sabun susu kambing. Banyak produk kulit yang berasaskan susu kambing telah diwujudkan pada hari ini.

12. Menyeimbangi tahap PH badan.

PH adalah ukuran keasidan dan kealkalian. Jika tubuh kita mempunyai tahap asid yang tinggi, kita akan mudah jatuh sakit. Susu kambing adalah alkali iaitu hampir sama dengan susu ibu.  Oleh itu, dengan mengamalkan susu kambing dalam rutin harian kita, kita boleh menyeimbangi tahap PH badan kita.

13. Boleh meningkatkan kesihatan rambut

Rambut kita memerlukan keseimbangan tahap PH. Sama seperti tubuh badan kita. Disebabkan rambut adalah sebahagian dari tubuh badan kita, maka dengan mengamalkan susu kambing, rambut kita akan turut sihat. Kita boleh mencuci rambut kita menggunakan susu kambing dan ia boleh meningkatkan kesihatan rambut.

Kerana hal ini lah kita melihat pada hari ini, selain dari produk kulit berasaskan susu kambing, produk untuk rambut juga ada diperbuat dari susu kambing ini.

Kesimpulannya, jangan ragu menukar susu lembu kepada susu kambing. Ia sangat baik dan lebih baik dari susu lembu untuk kesihatan seluruh keluarga kita. Ibu bapa kita sangat perlukan kalsium kerana umur mereka semakin meningkat. Bukan anak anak sahaja yang perlukan susu kambing.

Ibu mengandung juga perlukan susu kambing untuk terus bertenaga dan semestinya baik untuk kesihatan kandungan si ibu itu sendiri.



Menyebut berkenaan tenaga, susu kambing bagus juga diamalkan ketika di bulan Ramadhan kerana boleh memberikan tenaga.

Hhaaah! Jika takut untuk mengambil susu kambing atas sebab bau hamis atau rasa panas, kita boleh menggunakan produk susu kambing yang orgamilk yang bermaksud, tidak panas dan tidak hamis. Malah ada pelbagai perisa! Sedaapp belaka...Jenama susu kambing apakah itu? Boleh laa baca kat entri saya yang bertajuk "Kebaikan Lazz Susu Kambing Di Bulan Ramadhan | Saya dan Suami Amalkan Lazz Susu Kambing Perisa Kurma".

Saya peminat kambing. Lamb chop, kambing kari, kambing panggang, satay kambing..apatah lagi susu kambing! VvaawaahhHHHH!

Terima kasih membaca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 ulasan:

  1. Sana sini org bercakap pasal Lazz ni. Teringin gak nak cuba, sebab dorang kata sodap bangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Susu Kambing Lazz tu memang best Dura. Sebab macam macam perisa. Sedaaap.

      Padam
  2. peminat kambing gakk seppp skit hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... I give you 5 kak sue. Sedaaapp tau kambing.. Wehehehe..

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.