SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 26 Februari 2013

Tepat pukul 12 Pagi : 26 Februari 2013

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semasa saya menaip entry ni, adalah pukul 11:18 PM , 25 - 02 - 2013.

Tepat pukul 12 AM : 26 - 02 - 2013 saya akan publish entri ni.

InsyaALLAH, pasti tepat 12 AM saya akan publish entri ni.

Apa yang ada pada 26 - 02 - 2013?

Hari Selasa ke?

Yup! Hari SELASA.. Hari kedua dalam 1 minggu...Orang Sabah panggil hari dua... Betul kan?? Orang Labuan la selalu kata, Hari dua...Nasib la Hari tujuh tak ada.. tetap hari minggu...

Hari bekerja ke?

YUP! Hari bekerja... still hari bekerja untuk orang yang bekerja... Hari yang masih tak ada mood.. Hari yang masih serabut... Serabut ke? May be? kecuali orang yang workaholic.. Orang yang workaholic, Hari Isnin tiba , dia la yang paling Happy.. haha!

Hari biasa ke?

Ya.. Hari yang biasa.. biasa-biasa saja bah orang Sabah bilang(Cakap)! Tiada yang Istimewa.. Tiada yang seronok.. tiada yang fun.. tiada yang enjoy.. tiada tiada tiada.. kalau ada pun tak boleh kan?? hmm...

Hari yang sibuk ke?

Saya rasa, memang hari yang sibuk...Orang ramai yang terima baucher BR1M RM250 yang belum tukar kepada cash pasti berlambak kat Cawangan Maybank hari ni. Haha...Sibuk beratur, sibuk mengecop, sibuk tanda tangan...Orang yang sibuk dok belanja RM250 tu pun ada juga rasanya...


OKelah.. tu semua HARI YANG ORANG LAIN TAHU... Hari yang semua orang tahu. Tapi saya tahu hari ni hari nya lain sikit. Berbeza dari hari lain...Hari yang istimewa...

Saya tak peduli la esok Hari Selasa ke, Rabu ke, Khamis ke ape ke, lusa tulat tubin ke...

Saya tak peduli juga esok adalah hari bekerja ke, cuti umum ke, cuti sendiri ke, MC ke, sakit ke ape ke.. saya tak bekerja jadi saya tak nak tahu...

Hari yang sibuk? Mungkin la u all sibuk.. saya pun sibuk juga tapi sibuk dengan hal lain... hal yang saya tahu untuk hari ni...

Hari ni juga saya tak kisah bahawasanya hari ini adalah hari biasa atau normal atau abnormal ke.. haha.. yang saya tahu...





yang saya tahu...





yang saya tahu...



Yang saya tahu LAIN...


Yang saya tahu...HANYA....



26 - 02 - 2013 adalah hari istimewa Encik Mohd Nasyit kesayangan saya..


Sebab tu apa sahaja aktiviti atau kerja atau seumpamanya ditangguhkan ke hari berikutnya... he he.. Hari ni tak boleh ada apa-apa kerja atau projek atau apa sahaja. Yang ada hanya Hari Lahir Encik Mohd Nasyit dalam kalendar saya. :)

OKe lah.. masa dah suntuk... dah 11:42 PM saya tak siap lagi menaip... dari tadi bla bla bla...perkataan pun ulang-ulang...hahahaha!

bla bla bla benda yang tidak berkaitan...

26 - 02 - 2013 adalah hari ulang tahun My Encik Mohd Nasyit Md. Nooh :)


Tiada kata-kata yang lain melainkan doa... Semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan.. Semoga apa sahaja rancangan berjalan dengan lancar.. :)

Tak sempat nak cakap panjang lebar..  12AM already.. Hehe...

Just one thing, semoga sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.. semoga segala kebaikan terus kita miliki bersama Encik Mohd Nasyit.

I love you so much Mohd Nasyit!!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Khamis, 14 Februari 2013

Its THURSDAY and i should do something GREAT!

Assalammualaikum Readers dan Bloggers.

Apa aktiviti kawan-kawan hari ni? Well, hari ni khamis. Nothing in my mind kalau bukan pesanan ni - "Rabu, Khamis dan Jumaat adalah hari yang baik untuk trading.." - Dari My Mohd Nasyit Md. Nooh.

Then, bangun pagi dalam jam 8 pagi, saya tengok chart dan think how to make profit. I am still learning. I want to be good trader in Forex for my beloved mentor a.k.a my future husband. Dia pasti bangga dapat saya sebagai life partner! :)

see, i am trying and trying :







Then, i feel so sleepy...mengantuk lagi sebab tido lambat semalam. Very late.

Aktiviti hari ni agak berbeza dan rasa janggal sebab Encik kesayangan hamba ke Kota Kinabalu atas urusan perniagaan :) . I hope everything is fine. Boleh tak kalau saya ikut dia ke mana-mana? hahahaha! (Pssttt - belum kahwin cik!).

Then,saya sambung tido dan bangun selepas beberapa jam, kemudian tido lagi dan bangun lagi...sebab chart forex masuk dalam mimpi.. ha ha.. nak tengok naik ke turun ke? buy ke sell ke? Loss! its LOSS sebab tak terjaga. tapi Alhamdulillah...dapat cover dan profit balik. HAHA! Panik....!

Begitulah aktiviti seharian untuk hari ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Perbezaan bergantung, Tidak bergantung dan Saling bergantungan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers...

Apa perbezaan antara BERGANTUNG,TIDAK BERGANTUNG DAN SALING BERGANTUNGAN?

Bergantung :

Sentiasa tidak berusaha dan sentiasa mahukan sesuatu dari orang lain. Goyang kaki di rumah dan dapat duit atau benda lain dari orang lain. Means dapat sesuatu dengan senang lenang tapi bukan atas usaha sendiri.

Ambil kesempatan?
Pisau Cukur?
Meminta-minta?

Contoh :
Mahukan sesuatu tetapi meminta mak ayah yang belikan. Dapat itu dan ini tapi bukan duit sendiri. Nampak hebat nampak kaya nampak syok tapi semua tu percuma. Syukur sebab dapat free...Tapi jika ia berterusan? wajar atau tidak?

Dapat kereta mewah. Siapa beli? Ayah.
Dapat hanphone canggih. Siapa beli? Mak.
Dapat itu dan ini. Siapa bagi? Boyfriend. (Jika suami tak apa...memang dah lumrah suami dan tanggungjawab suami untuk menyediakan makanan, tempat tinggal dan pakaian serta perkara-perkara lain yang penting untuk isteri dan keluarga serta anak-anak).

Tidak bergantung :

Sentiasa berusaha sendiri tetapi lupa bahawa kita masih perlukan orang lain yang lebih tahu untuk kita benar-benar berjaya.Kita perlukan ilmu. Lupa apa sahaja yang kita inginkan perlukan guru untuk mengajar kita. Perlukan orang yang pakar dan mentor yang tahu untuk mengasah kebolehan kita. Sombong dan merasa diri sendiri tidak perlukan pertolongan orang lain. Merasa kan diri sendiri sudah cukup tahu. Sentiasa merasakan satu persaingan dan ingin menang-kalah.

Contoh:
Tidak mahu mengosongkan diri apabila berada dalam satu komuniti atau sesebuah syarikat atau di mana-mana pun berada.Merasakan diri sendiri sudah sangat hebat dan tiada tandingnya. Ego untuk mengaku bahawa kita sebenarnya tidak tahu tentang sesuatu. Mengosongkan diri maksudnya adalah cuba untuk belajar sesuatu daripada orang lain. Ilmu kita mungkin banyak tetapi tidak semua bidang adalah kepakaran kita.

Saling bergantungan :

Seperti Angsa laut. MENANG-MENANG.

Sering kita melihat burung bangau atau sejenisnya terbang disenja hari membentuk pola huruf “V” dan fenomena ini juga terjadi pada angsa – angsa yang berada di negara – negara empat musim terutamanya pada musim gugur. Tapi tahukah anda? kenapa berlaku kejadian seperti ini?

Dalam alqur’an surah al an’am dan al mulk Allah SWT berfirman :
Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu….. ( al an’am : 38 )

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.(al mulk :19 )



Berikut ini beberapa fakta mengenai burung – burung tersebut :

1-Kepakan sayap angsa di depan, memberi “daya dukung” bagi angsa dibelakangnya. Angsa di belakang tidak perlu susah-payah menembus ‘airwall’ di depannya. Hasilnya, seluruh kawanan angsa dapat menempuh jarakterbang 71 % lebih Jauh dari pada kalau setiap angsa harus terbang sendiri-sendiri.

2-Kalau seekor angsa terbang keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sulit untuk terbang sendirian. Dengan cepat ia akan kembali ke dalam formasi untuk mengambil keuntungan dari daya dukung yang diberikan angsa di depannya.

3-Ketika angsa pemimpin yang terbang di depan menjadi penat, ia terbang memutar ke belakang , dan angsa lain akan terbang menggantikan posisinya.
4-Angsa-angsa yang terbang dalam formasi mengeluarkan suara riuh-rendah dari belakang memberi semangat kepada angsa yang terbang di depan sehingga kecepatan terbang dapat dijaga.

5-Ketika seekor angsa menjadi sakit, terluka, atau ditembak jatuh, dua angsa lain akan ikut keluar dari formasi bersama angsa tersebut dan mengikutinya terbang turun untuk membantu dan melindungi. Mereka tinggal dengan angsa yang jatuh dan berusaha untuk mendorongnya agar dapat terbang lagi,jangan sampai mati. Setelah itu mereka akan terbang dengan kekuatan mereka sendiri atau dengan membentuk formasi lain untuk mengejar rombongan mereka. Alqur’an bukanlah hanya sekedar kitab yang ajaib, tetapi petunjuk dan pedoman hidup kita, mari kita pelajari dan amalkan serta sampaikan, kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (Al Baqarah :2 )



Selepas membaca ciri-ciri angsa laut di atas, apakah pilihan kita? Untuk menjadi seorang yang BERGANTUNG atau TIDAK BERGANTUNG atau SALING BERGANTUNGAN?

Terlalu bergantung adalah sama seperti kita membunuh potensi diri dan mensia-siakan bakat yang Allah berikan kepada kita. Kita harus bangun! Bangun dan gali potensi kita. Kenal pasti bakat kita di mana. Jika belum tajam bakat kita, asahlah ia hingga mampu menjadikan kita sebagai seseorang.

Tidak bergantung ada pro dan kontranya, Tidak bergantung adalah sesuatu yang baik untuk kita belajar menjadi seorang yang berdikari. Namun, sebagai manusia biasa yang diciptakan oleh ALLAH dengan penuh lumrah yang penuh dengan kesederhanaan, mana mungkin kita mampu untuk menjadi terbaik tanpa orang lain yang menyokong kita di belakang. Dalam kehidupan berdikari kita, jangan lupa ada insan lain sedang menyokong kita. Seperti doa dari ibu bapa kita agar kita berjaya menjadi seorang yang berdikari. Jangan dilupakan juga dari mana datangnya ilmu dan tips berdikari kita yang kita amalkan selama ini. Jika kita berusaha, dan berjaya menjadi seseorang yang hebat sekalipun, dalam usaha kita ada orang lain yang terlibat.

Contohnya, semasa kita makan dengan makanan yang sedap di sebuah restoren yang mahal, kita bayar dan bangga. Tanpa usaha sendiri, manakan kita perolehi duit yang banyak. Maka, kita mula tinggi diri dan sombong lantaran hebatnya kita sehingga kita terlupa, makanan yang kita bayar tadi, ada yang menyediakannya di dapur restoren tersebut demi kita yang kelaparan. Adakah kita sangggup untuk menyediakan makanan seperti itu untuk diri sendiri? Soalan paling penting, adakah kita tahu memasak makanan sedap dan mahal tersebut? 

Contoh lain, Semasa kita memandu kereta mewah. Kita merasa sangat gagah dengan kereta yang kita miliki. Kita bawa ke sana dan ke mari di atas jalan raya yang rata tanpa kita sedari, jalan raya yang mewah tadi, ada yang menurapnya.

Contoh yang lebih mendalam. Sepanjang hidup kita yang penuh dengan pendidikan yang baik-baik, kita bangga diri dan angkuh dengan segala pencapaian dari hasil titik peluh kita. Namun kita terlupa, siapa yang bersusah payah memberikan kita pendidikan yang sebegitu mulis dari kecil. 

Saling bergantungan tidak semestinya kita sering dan kerap meminta tolong dengan orang lain tetapi jika kita tidak tahu mengenai sesuatu, bertanyalah. :) Dalam kalangan pembaca entri ini, siapa yang dah kahwin? hehe. Pasti korang mengerti "SALING BERGANTUNGAN" antara suami dan isteri. 

Semangat saling bergantungan bukan sahaja diterapkan dalam rumah tangga tetapi boleh diterapkan oleh pemimpin dalam sebuah komuniti dan tempat kerja.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Sabtu, 9 Februari 2013

Fenomena Adat Berkasih Yang Kita Perlu Tahu

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Kali ini, saya nak berkongsi tentang 'cinta' atau 'hubungan' . Memang semua orang sedia maklum dengan dugaan dan ujian bercinta kan? Adat berkasih la katakan.

Tapi ada beberapa fenomena yang kita perlu tahu bersama.



Fenomena satu :

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Merasa kekasih sendiri tidak se-best kekasih orang lain,so tinggalkan untuk orang lain yang dirasakan best.

Apa yang best? duit? wajah? or? ok.. memang aku tahu kenapa...kita mahu yang terbaik kan? Understand but....

Apabila nampak bekas kekasih yang sudah ditinggalkan dulu berbahagia dengan kekasih baru, barulah rasa menyesal dan datang cari balik. WHAT FOR? Adakah tidak pernah merasa malu datang cari balik, konon tak boleh nak lupakan sedang kan dia sudah memiliki orang lain? sudah dipunyai oleh orang lain? Bekas kekasih dah bahagia, terang-terang dah jadi milik orang kenapa nak datang balik pula?

Kenapa semasa bekas kekasih single tu tak datang?
-QUESTION MARK-

Fenomena dua : 

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Rasa kekasih kawan dia lebih best dari kekasih sendiri. Lupakan kan perasaan kawan, yang penting nak dapat kekasih kawan dia. Kenapa mesti selepas kawan sendiri mendapat lelaki/perempuan tu baru terhegeh-hegeh nak kat kekasih si kawan tu?

Kenapa semasa lelaki/perempuan tu single tak datang?
-QUESTION MARK AGAIN-


Fenomena tiga :

Biasanya manusia ini ada perasaan cemburu dan iri hati.

Mungkin juga mereka tidak sedar dengan semua tu.. atau tidak faham dengan hati sendiri.

Maka, terjadilah seperti ini...Ambil jalan luar dugaan...nak sangat si sekian-sekian tu sampai guna bomoh. Oke...tak perlu nak kata tentang hal ni lebih jauh but...bila orang tu sudah berpunya, kenapa mesti orang tu juga yang dicari?
-QUESTION MARK AGAIN AND AGAIN-

Fenomena ini berlaku kerana kita MELIHAT KEBAHAGIAAN SESEORANG DAN MAHU SEPERTI ITU JUGA...

SEMUA ORANG MAHU BAHAGIA... Saya faham sebab saya pun nak bahagia. Semua orang nak bahagia.. kenapa pula saya tidak faham? But ONE MORE THING GUYS, JANGAN PENTINGKAN DIRI. Kita dalam dunia ni mencari kebahagiaan bersama-sama. Dengan cara meruntuhkan rumahtangga orang, merampas kekasih orang, merosakkan hubungan orang TIDAK AKAN MENJAMIN ANDA AKAN MENDAPAT KEBAHAGIAAN YANG ANDA DAMBAKAN MALAH IA AKAN LEBIH TERUK LAGI!!!

TRUST ME YOU WILL DIE AFTER YOU DO SOMETHING BAD...KARMA...its very strong...saya tahu sebab saya pernah rasakannya even TIDAK SENGAJA. Actually, kita boleh berfikir baik atau buruk. Just can say, Kesalahan pertama adalah kesilapan. Just make sure it never happen again...because, kali kedua bukan kesilapan tapi satu pilihan. Pilihan di mana kita mahu melakukannya lagi atau tidak.

Fenomena di atas adalah fenomena yang banyak berlaku di luar sana. Kepada pasangan yang saling mencintai, KUATKAN IKATAN CINTA KALIAN. JIKA KAMU CINTA PASANGAN KALIAN, JANGAN PERNAH ADA ORANG KETIGA YANG TIDAK MEMBANTU HUBUNGAN KITA MENJADI LEBIH BAIK. BEKAS KEKASIH? Dia datang sebab Tuhan yang hantar, Tuhan hantar nak lihat sejauh mana kuatnya hati kalian mencintai antara satu sama lain dengan pasangan yang sekarang. 

Jangan pernah menerima kedatangan bekas kekasih jika depan mata anda sudah ada yang lebih baik dari bekas kekasih anda yang pernah membuat anda 'sakit' . 

Dugaan, Ujian, akan datang tanpa notis...just be strong!

Kepada yang sedar pasangan anda sangat bersungguh-sungguh dengan anda, jangan sia-sia kan. Kepada yang belum jumpa yang bersungguh-sungguh, cuba ubah diri sendiri dulu, mungkin dia tak bersungguh-sungguh kerana cara kita yang sambil lewa atau kurang memberi komitmen. Ubah diri untuk mengubah pasangan anda. InsyaALLAH masing-masing akan sama-sama memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

P.s : Saya sedar Encik Mohd Nasyit sangat bersungguh-sungguh dengan saya...sebab itu lah saya sanggup berubah dan baiki diri saya. I Will Be the  Best of Me with you....

1. I will be - Avril Lavigne
2. Best Of Me - Sum 41
3. With you - Raef

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Papan Impian yang terbongkar!

Assalammualaikum dan Selamat pagi Bloggers dan Readers!,

Sudah sarapan? semoga hari ini adalah hari yang terbaik untuk kita semua...well, bangun sahaja awal pagi, saya sudah mengadap lappy :) Banyak lagi yang perlu saya explore. Wish me luck! huhu...

Buka facebook Encik Mohd Nasyit untuk buat skodeng.Suddenly, saya dapati ada sesuatu yang baru lagi :)

Encik Mohd Nasyit dah ada PAPAN IMPIAN.. he he..dan contentnya agak touching my heart..


THANKS! Thank you so much for loving me my sweetheart. Semoga semua berjalan dengan lancar.. AMIN. Kita merancang, Allah menentukan. In Shaa Allah usaha gigih pasti kejayaan akan dimiliki :)

Visit Mohd Nasyit's Blog : Blog mohdnasyit.com

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Rabu, 6 Februari 2013

My January 2013 (Part 2)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers! :)

Selamat pagi! Its Wednesday...Encik Nasyit kata, Rabu, Khamis dan Jumaat adalah hari Trader. HAHA! I like it..Semoga profit mari. Rezeki - - Rezeki - - Rezeki - -

Saya rasa belajar forex agak fun! mungkin sebab saya memang sangat suka 'bercinta' dengan laptop, pc dan handphone...Thanks Encik Sifu a.k.a my love Encik Mohd Nasyit Md Nooh sebab sudi mengajar. Ajar orang yang langsung tak ada basic bukan senang kan ? he he he he...

Oke.. Kembali ke story saya pada bulan January 2013. Saya nak share apa yang saya dah buat, apa pengalaman saya dalam sebulan di tahun 2013. January yang unik. HAhaha..

Kenapa jadi unik? saya dah buat sesuatu di luar jangkaan saya selama ni.

Pertama, sepanjang saya tak ada buat apa-apa di rumah selepas berhenti dari kerja (masa ni saya sedang belajar internet marketing dan forex - saya yakin, saya boleh jadi seorang yang hanya bekerja dari rumah tetapi dapat duit mengalahkan orang yang bekerja...Amin...).


Saya join kakak saya ke kantin sekolah untuk membantu sepasang suami isteri yang mempunyai tender kantin di sekolah lama saya iaitu SEMELA. Unbelievable! Saya buat kerja dalam dapur?

Oke, terus terang saya bukan minah dapur. Bukan kaki masak dan tidak mempunyai ekspresi muka dengan makanan yang sedap-sedap hingga saya jadi kuat makan. Nope! Jika lapar, YES! makan la. Buffet? also Nope! saya pun tak tahu apa dah jadi dengan saya ni. Makan pun selalu tak habis. Lebih banyak makan tak habis dari yang habis. Yang saya tahu, saya bukan ber-diet. Its just me. But, since i know my Elken's mentor, saya cuba untuk sentiasa habiskan makanan. Dan bertambah untuk sedaya upaya tidak membazir makanan since i know my love one. My only one, Mohd Nasyit. He he.. (Thanks!)

Kenapa saya sanggup terima pelawaan kakak saya untuk membantu sepasang suami isteri tersebut di kantin sekolah? sebab saya mahu rasa apa yang kakak saya rasa sepanjang menjadi tukang masak, penyedia makanan di kantin sekolah tu. Saya tiba-tiba nak rasa apa perasaan sepasang suami isteri yang sangat sibuk ke sana ke mari dengan perniagaan mereka tu. DAN YANG PALING PENTING, saya nak belajar dan nak tahu macam mana suasana memasak dan memasak? Oke, saya tak kata saya langsung tak tahu masak. Tapi, saya nak tahu macam mana masak masakan yang berat-berat dengan begitu express? Apa yang dorang buat dan apa yang dorang tahu tentang makanan hingga mampu memasak begitu sedap dan pantas? Question Mark!

Selain tu, saya juga mahu menjadi minah dapur. HAHA! kalau tak jadi minah dapur, tak tahu buat kerja dapur, macam mana nak jadi isteri orang? cehH! ni semua gara-gara Encik Kesayangan hamba lah :) Encik kesayangan hamba, suka makan dan paling mahal, PANDAI MASAK. Saya tak mungkin boleh terima kekalahan macam ni. he he he he...Lagipun, mama saya, ops! I mean, bakal mak mertua ialah tukang masak. Pandai masak, masakan sedap...how about me? Kena la belajar memasak sekarang juga!...oh Sofinah, sila lah jadi seorang perempuan oke.. ke ke ke...

Bukan itu sahaja, sebenarnya, saya ada hati nak cuba bekerja di McDonald dan MarryBrown suatu ketika dahulu. Saya ada hati untuk mempunyai pengalaman bekerja di sebuah restoren tidak kira restoren apa. Tapi kan....macam Tuhan tak bagi je tau. HAHA!


Masa seorang kawan sedang pelawa saya untuk masuk bekerja di sebuah restoren bernama MarryBrown, saya bersetuju untuk menjadi salah seorang crew dari company ni but.....but...restoren tu tak buka buka sampai sekarang kat Labuan. I don't know why but.. terlalu lama nak menunggu better saya cari restoren lain. Lalu saya ke McDonalds untuk memohon kerja part time kat sana. McDonalds Labuan hanya ada satu iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan. Saya ke sana untuk mendapatkan borang but... but... saya melencong ke Diamoney Airport pula dan secara tidak disangka-sangka, Diamoney airport menerima saya sebagai sales person mereka pada masa tu. Then? Hows McD?

Sepanjang saya bekerja di Diamoney Airport Labuan, saya masih ada hati untuk bekerja di McD hingga saya mengambil keputusan untuk apply dan request untuk menjadi part time McD. Damn crazy when i can say like this, "Tak apa, siang kerja Diamoney, malam plak kerja McDonalds" haha.. bukan la sebab terdesak tapi saya rasa itu sangat seronok, FUN! kan? penat atau mengantuk saya tak nak tahu... yang saya nak tahu ialah saya mesti buat macam tu. he he..saya percaya ia mesti amazing!

Dah saya kata, Tuhan tak bagi...saya apply part time McDonalds but rejected! Saya dipanggil interview tetapi tidak diterima. Kenapa? Mungkin manager tu tengok saya tak sesuai kerja dapur kot..ha ha ha..tak de la...sebab saya dah kerja kat Diamoney Airport Labuan. What-e-verlah apa pun alasan dia...Sejak dari hari tu, saya jadi pengunjung setia McDonalds setiap hari dengan membeli French Fries (Gosh!).

Oke.. kembali ke cerita asal. Saya tolong pasangan suami isteri tu tak lama atas sebab saya tak ada kad kesihatan. Belum ada kursus dalam penyediaan makanan dan saya nak ke Kota Kinabalu, Sabah. Macam biasa la, kalau dah terikat pada sesebuah company, kita susah nak bercuti, betul tak? Saya tak mahu cancel ke Kota Kinabalu hanya kerana saya kena bantu si suami isteri tu dan kakak saya. Saya yakin mereka boleh dapat orang yang lebih bagus dari saya yang mungkin memang tahu memasak masakan yang sangat sedap atau pantas dalam mengemas dapur or....pantas dalam menyediakan makanan. :) I am still learning...so mustahil lah dapat catch up semuanya.

Sepanjang saya di sana, saya dapat belajar macam-macam juga walaupun hanya sekejap (3 Minggu). Saya rasa seronok kat sana. Hari pertama di kantin SEMELA, saya hanya mengemas tanpa menyentuh makanan..menghantar pesanan makanan, mengutip sampah dan menjaga kaunter jualan.

Sebagai seorang anak emas di rumah, mengemas di dapur bukanlah hobi saya malah bukan rutin saya DAN bukan kesukaan saya. HAHAhaha! oke then, hari pertama memang terasa sakit pinggang. Non Stop! kesibukan yang melampau. Tapi ini lah yang saya cari. kesibukan melampau dan tidak membosankan. Masa ni saya rasa, WOW! GREAT! :) i love it...seronok tau dapat enjoy dengan apa yang kita buat even tak dapat duit yang banyak. (sebab kita tak buat dengan terpaksa - ikhlas)

Paling saya suka adalah menghantar pesanan makanan secepat yang mungkin. Kat situ saya belajar "GOOD SERVICE ikut permintaan atau kemahuan pelanggan" yang ni saya suka sebab saya jumpa orang. he he..boleh la beri senyuman sikit :)

Mengutip sampah? ini dilakukan selepas pelajar habis waktu rehat. Pergh! SAMPAH SARAP berterabur beb. Kat sini saya belajar satu perkara. PERASAAN SEORANG TUKANG SAPU ATAU CLEANER di luar sana yang mencari duit untuk sesuap nasi. Ternyata, mereka sangat tabah dan bersabar kan? Sila jaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata. Walaupun ada yang berkata, ala...tu kan memang kerja cleaner, suka hati kita la nak buang kat mana-mana sampah ni. hey! saya rasa kalau macam tu, Malaysia perlu buat satu kuatkuasa undang-undang di mana mereka yang membuang sampah merata akan di saman! Kesian la makcik dan pakcik kat luar yang jadi cleaner tu ok...please...hormat la perasaan mereka.

Kemudian menjaga kaunter jualan. ITS MORE FUN sebab saya pernah jadi cashier yang lebih bagus dari kaunter kantin. hahaha.. its easy!! cuma bezanya, kantin sekolah tak ada sesiapa pun yang nak beratur macam kaunter kat shopping Complex. Kwang3x...

Tu baru hari pertama.. belum lagi hari kedua hingga lah hari terakhir. Saya kat SEMELA hanya 2 hari. Hari ketiga saya dihantar oleh pasangan suami isteri tu ke SK Sungai Lada. WahH!! kat SK Sungai Lada lebih membuat saya sangat gembira. Kenapa? Tengok budak sekolah rendah yang comel-comel belaka.. :) Gelagat mereka sangat comel! Saya suka sangat..

Ini budak yang sangat saya suka perati sepanjang di SK Sungai Lada :) TWIN. Yasin dan Yazid.


Kat SK Sungai Lada agak berbeza. Saya jumpa tukang masak yang sangat bertenang dan happy go lucky. Dia ajar saya sikit-sikit sambil dia memasak.. :)

Walaupun hanya 3 minggu, banyak yang belajar. Satu perkara yang saya hairan...kenapa gaji orang yang bekerja kat shopping kompleks yang tak sesibuk di kedai makan, tidak sepenat orang yang bekerja di dapur sebuah restoren lebih mahal dari gaji seorang yang bekerja di restoren biasa? Kenapa agak-agaknya macam tu?

Pekerja yang bekerja di sebuah restoren mengalami kepenatan 2 kali ganda daripada seorang yang bekerja di sebuah ofis dan hanya mengadap komputer. Sila beri saya sebab atau pendapat? hehe..

Boleh juga baca entri sebelum ni klik>>My January 2013 (Part 1)<<klik .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Isnin, 4 Februari 2013

My January 2013 (Part 1)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Happy Monday..sekejap saja dah sebulan berlalu...February sudah pun membuka tirai. Apa sahaja yang sempat kita lakukan pada bulan January?

Alhamdulillah pada peringkat awal tahun ini, saya mengalami perubahan yang luar biasa :) Perubahan yang kecil sahaja tetapi cukup berubah bagi saya kerana saya sanggup dan berani untuk mengubahnya.

Selepas tahun 2011, sesuatu yang tidak saya sangka berlaku. Lalu terbawa-bawa ke tahun 2012. Pada tahun 2012, saya sering tercari-cari, apa di mana bila untuk saya perolehi MASA dan KEBEBASAN.

Tapi zaman sekarang sangat sukar untuk kita mengelak daripada situasi seperti di bawah :

ADA MASA TIADA DUIT.
ADA DUIT TIADA MASA.

Jika tidak bekerja, kita tidak akan perolehi wang untuk makan, untuk keperluan, untuk apa sahaja yang perlukan wang. So, kita bekerja keras, kita bekerja kerja kerja..dan kita bekerja lebih masa untuk mendapat wang lebih banyak! Di mana masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita suka? Yang kita rasa ia sesuatu yang berbaloi apabila kita lakukan?

Jika kita bekerja, kita tidak akan perolehi masa untuk bersama orang yang tersayang, sukar juga untuk melakukan hobi yang menuntut banyak masa, begitu juga untuk sesuatu sesi belajar yang mampu mengubah kita ke arah yang lebih baik. Tapi....bagaimana dengan wang? Jika tidak bekerja untuk mendapatkan masa, kita tidak akan dapat wang.

Itu lah situasi yang kita tidak pernah boleh lari dari hidup! MASA VS WANG.

Sepanjang tahun 2012, saya berfikir dan berfikir dan berfikir.. saya mahu MASA dan WANG. How? When? What?

Saya berasa sangat rimas apabila saya mendapat satu peluang yang baik untuk sesuatu, saya tidak mampu untuk menghadirkan diri ke tempat tersebut kerana tidak ada cuti.Tidak kisah jika memang kita yang pilih untuk tidak hadir.Tapi kita memang nak cuma tak dapat cuti. Majikan tidak boleh memberi cuti. Its so..err...ahh..grrr..hm! HAHaha! yes i know, company mana yang nak pekerja dia asyik cuti kan? Saya faham, tapi antara kerja/jawatan saya dengan apa yang saya ingin hadiri mana satu lebih penting? OF COURSE la apa yang saya ingin untuk hadiri...Hanya saya yang tahu kenapa nak sangat menghadirinya...

Btw, permulaan tahun baru saya di tahun 2013 ini sangat luar biasa. Perbezaan yang ketara. Saya berhenti kerja. Sebabnya terlalu banyak. Kalau saya senaraikan agaknya panjang lebar lah cerita saya. Haha.. Tapi paling utama, kerana MASA dan WANG. Saya tak kata dengan bekerja makan gaji tak bagus. Bagus juga apatah lagi kalau dapat kerja kerajaan, right? Saya pilih jalan ini kerana saya mahukan keduanya MASA dan WANG.

How?
Forex, Multi Level Marketing dan Internet Marketing menjadi pilihan saya. Its GREAT! and FUN!!

Saya sedang belajar dalam bidang Forex. Its not easy but i enjoy it. Its fun! i like it...Thanks to my sweetheart Mohd Nasyit being my teacher, mentor, sifu...untuk bidang ini. Bidang ni memang tak semudah ABC but, saya yakin saya akan capai apa yang sepatutnya saya capai dalam bidang ni kerana saya sangat sukakannya.

Selain itu, saya juga sedang belajar dan cuba untuk menjalankan satu bisnes berkaitan internet.

I more thing, Saya suka kerana saya dah boleh menghadiri hampir kesemua aktiviti ELKEN. I am Elkenian. Yes Multi Level Marketing. Saya berminat dengan bidang ni. Terutamanya budaya yang diterapkan di dalam company Elken.

Apa pun, terima kasih kepada buah hati saya yang banyak membantu dan memberi sokongan...MOHD NASYIT BIN MD NOOH, terima kasih! Kita akan berjaya bersama-sama.

Doakan kejayaan kami dan doakan hubungan kami kekal hingga akhir hayat.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share: