SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 26 Mei 2013

Majlis Pertunangan Cik Sofie dan Mr.Nazz

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sebenarnya beberapa minggu ni sibuk sebab buat persiapan. Hehehe. Tak berapa nak sempat blogging panjang-panjang.

Hari ni, Majlis Pertunangan saya dan Encik Mohd Nasyit berlangsung dan sudah pun selesai.

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan restu orang tua dan izin Allah.. Termakbul hasrat hati untuk menjadi Tunang kepada Encik Mohd Nasyit Md. Nooh. Syukur sangat kerana majlis ini lancar dan berjalan dengan baik seperti yang diharapkan.

Sekarang saya dah menjadi tunang orang :) Perasaan sangat gembira dan bersyukur tidak terhingga. Semoga hubungan kami akan terpelihara hendaknya. Hubungan ini akan kekal Insha Allah - hingga ke pelamin dan hingga syurga. Amin.

Terima kasih kepada kerana mendoakan yang terbaik untuk  hubungan kami berdua.

Gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan...














Ada lagi foto-foto lain. Tapi cukup ini saya share kat sini.

Now, saya OFFICIAL Mr.Nazz Fiancee :) ..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Sabtu, 18 Mei 2013

Kuatkan Hati, Yang Terbaik Untuk Kita Semua



Saat kamu dihadapanku,
Kenangan itu menggamit seluruh kisah lalu.

Hatiku berbaur sedih, rindu dan gembira.

SEDIH kerana kusudah tinggalkan kamu,
sama ada sementara atau selamanya; aku tidak tahu.

RINDU kerana gelaktawa ku pernah bersama kamu dahulu.
Malah penyelemat jiwa remukku tika itu.

GEMBIRA kerana sudah lama kita tidak bertemu
Kini kulihat kamu lagi; dan masih seperti dulu.

Kadang-kala ku ingin waktu seperti dulu,
Kadang-kala ku ingin bergembira bersama kamu,
Kadang-kala ku ingin berimpian besar lagi,
Kadang-kala ku ingin hati ini tetap seperti itu lagi.

Ketentuan ILAHI itu pasti.
Jika terbaik untuk ku disitu,
Kita akan bersama lagi.
Hatiku kuat tatkala kenal kamu dulu.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Ahad, 12 Mei 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu



Kuinginkan bahagia yang abadi.
Yang akan membawaku selamanya untuk-MU.
Kuinginkan ganjaran-MU di dunia ini demi akhiratku.
Hati ini luluh dengan hakikat duniawi.
Menyakitkan saatku cuba terima saat ini.
Sesungguhnya Allah yang maha Esa.
Maha tahu segalanya.
Aku manusia lemah imannya, inginkan kekuatan dari-MU Tuhan.

Kuingin hentikan semuanya.
Agarku terima pahala-MU sesungguhnya itu yang sepatutnya.
Bukan mengumpul dosa berterusan.
Ku tahu engkau mengerti jiwaku.
Namun,
Segala ketentuan hanya dari-MU.
Ajar aku untuk menjadi redha kerana-MU.

Sesungguhnya hanya pena temanku.
Biar tidak bernyawa.
Juga tidak pernah bisa mendengar kataku.
Namun mampu kutuliskan.
Sebagai penganti teman borakku dan akan menjadi nota hidupku.

Ya Allah, jika apa yang kuimpikan adalah terbaik buatku.
Kurniakan aku apa yang sewajarnya.
Bantulah aku, mencapainya dengan mudah.

Kerana kau tahu apa yang aku inginkan.
Lebih tahu dari makhluk segala alam.
Sesungguhnya aku manusia ciptaan-MU yang sudah penat.
Penat dengan dunia yang sentiasa berdusta.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Khamis, 9 Mei 2013

Hati Seorang Lelaki

Assalammualaikum Readers dan Blogger,

Wahai wanita yang bakal menjadi tunang kepada lelaki kesayangan atau sebagai wanita yang bakal menjadi isteri kepada lelaki pilihan, Kenalilah dan fahami serta selami hati lelaki yang kita cintai. Pasti! hati wanita tersentuh dan terharu.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada wanita kesayangannya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Sekeras macam mana sekalipun lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Pernah dengar pepatah cuba letak kaki kita pada kasut seseorang? Cubalah, wahai wanita, letakkan kaki ke kasut lelaki kesayangan kita, rasakan hatinya, saat dia mengalirkan air matanya. Bagaimana rasa sedih kita, apa rasa hati kita saat kita menangis teresak-esak kerana dilukai? Begitulah lelaki juga.



Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lelaki itu..

Sedarkah kamu wahai wanita lelaki kesayangan kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dalam rela hati? Jika YA! NYATA kamu tidak salah dalam memilih teman hidup.

Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Lelaki ini bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan ke atas wanita. Tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Maka, BETAPA BERUNTUNGNYA WANITA ITU yang memperolehi lelaki yang sebegini.

Selain itu, jika lelaki kesayangan sang wanita sentiasa buat hati wanitanya senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada wanita. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk dikenang..kenangan indah..

Jadi, tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur...

Lelaki bukan seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi wanita kesayangannya secebis nasihat. Nasihat adalah mengingati wanita kesayangannya. Lelaki ini akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan itu. Jadi, terbukalah dalam mendengarkan dia...

Jika sudah sayang, pelbagai perkara akan difikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan wanita tercintanya. Begitu juga jika lelaki selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan itu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan itu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin jika mereka yang belum berkahwin. Biarlah sampai ke syurga...In Shaa Allah bagi yang sudah berumah tangga. Barulah berbaloi satu perhubungan itu terjalin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelaki mu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada wanita kesayangannya. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya itu melayannya lebih daripada orang lain yang pernah wanita yang dicintainya itu pernah sayang.

Kalau lelaki kesayangan sedang merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Cuba sahaja meskipun hakikatnya kadang-kadang kaum wanita tidak pandai memujuk kerana sudah lumrah wanita lebih mudah merajuk. Jangan disangka manja seorang lelaki itu mengada-ngada. Lelaki seperti inilah yang sangat disayangi wanitanya yang tahu menghargainya kerana bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayanginya sahaja. Wanita itu akan beruntung!

Saat wanita tercintanya mendapat masalah, orang pertama yang datang membantu adalah lelaki yang menyayangimu. Tandanya dia tidak mahu melihat wanitanya dalam kesusahan. Dia akan berasa bertanggungjawab untuk membantu. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan wanitanya senang dan tidak dibebani kerja atau masalah. Beruntungkan wanita?

Saat si wanita memberitahu bahawa akan pergi ke satu tempat dalam tempoh yang lama, Lelaki kesayanganmu pasti akan menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari wanitanya dan wahai wanita, jika lelaki kesayangan mu bersikap seperti ini, maka tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya lelakimu sering bertanyakan soalan "Masih sayang saya tak?" , jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya, dia tidak mahu kasih sayang wanitanya terhadapnya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah itu sentiasa diulang-ulang agar wanitanya tahu betapa si dia sentiasa mahu wanita kesayangannya ingat bahawa wanita yang bersamanya itu adalah miliknya.

Lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita kesayangannya. Bukan semua lelaki begitu. Tidakkah wahai wanita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita? Itu membuktikan cintanya buat wanita kesayangannya cukup KUAT.

Dan pengorbanan yang paling besar dan lebih jelas lagi betapa si dia menyayangi wanitanya apabila dia lebih mementingkan wanitanya berbanding dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk wanitanya. Asalkan wanita kesayangannya sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengan dirinya.

Jadi, wahai wanita, HARGAILAH lelaki yang sentiasa ada bersamamu sekarang. Terima lah dia seadaanya. Berilah peluang kepada diri kamu sendiri untuk mencintai seseorang yang bergelar lelaki..Apatah lagi lelaki seperti ini.

Setiap pasangan ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jika merasa pasanganmu mempunyai kelemahan, begitu juga dengan diri kamu. Jangan pernah mencari pengganti kerana mahukan yang lebih baik. Jangan cari yang lebih baik sedang kamu ada yang baik. Kerana lepasnya yang baik, mungkin kamu tidak akan pernah bertemu dengan yang lebih baik lagi.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Air Mata


Sejak kamu menyatakan rasa cintamu buatku,
Kadangkala ku ragu akan rasa itu benar untukku,
Tatkala air matamu gugur,
Hatiku turut hancur berkecai,
Kerana mendustai penerimaanku tentangmu,

Kini,
Kukunci hatiku,
Hanya buatmu,
Selamanya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Ahad, 5 Mei 2013

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 2 Mei 2013

Untungnya Kamu Sebagai Wanita



1.) Dia bekerja dengan Allah..Jadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA~

P/S : betapa beruntungnya kamu wahai Hawa sekalian..apa lagi yang kamu mahu selain daripada kurniaan yang tak terhingga ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: