Disebabkan nak memulakan rutin bersenam semula tahun ni, saya dan Mr.Bee tidak melepaskan peluang untuk bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan. Tu pun, sepupu yang ajak. Tehee.. Pada mulanya nak buat macam dulu dulu je, bersenam di taman Botanikal WP.Labuan atau Taman Damai berdekatan dengan rumah atau pun, jogging kat tepi pantai Damai. Kebetulan, memang nak melihat gim UTC macam mana rupanya sejak mula dibuka lagi, jadi kami pun pergi je bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan. Boleh la ambil feel environment gim sikit. Wahaha.
Ni masa kelam kabut sebab lambat. Hhaaah! Teruskan je laa pakai jeans. |
Dengan para sepupu |
Tapi, tu pendapat awal je. Wahaha.. Bila masuk gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan, tiba tiba saya rasa lain macam pula. Hhaaah! Kenapa agaknya tu. Ada beberapa faktor kenapa bersenam dalam gim lagi best berbanding di rumah walaupun sebenarnya sama je nak bersenam kat mana mana. Semua ada kelebihan tersendiri tapi kali ni saya nak kongsi apa yang seronoknya bersenam dalam gim.
Alat Senaman Dalam Gim
Alat alat senaman dalam gim banyak pilihan berbanding di rumah melainkan kita dah beli pelbagai alat untuk kita gunakan kat rumah. Macam saya dan Mr.Bee, tak ada treadmill dan Exercise Bike kat rumah. Kalau ada pun, tak sesuai nak letak kat rumah sebab rumah bukan rumah batu. Rumah papan dan bertiang. Bayangkan berlari dalam rumah apa jadi? Wahaha... Hhaaah! Sebab tu laa kat gim lagi bagus untuk bersenam jenis kardio berbanding kat rumah.
Dumbbell |
Keliru? Kenapa nak kardio tapi nak bulk juga? Hhaaah! Yang tu kena google laa ye untuk maklumat yang lebih detail. Kalau nak bakar lemak, kena kardio. Kalau nak berotot buat bulk. Bulk tu apa? Bulk tu senaman yang melibatkan pemberat. Guna Dumbbell dan sebagainya. Nak kardio dulu ke atau bulk dulu? Tu pun kena google juga ye.
So, kalau kat gim.. alat lengkap dalam satu tempat. Tak payah fikir nak pergi taman untuk jogging. Nak pergi luar rumah untuk berbasikal. Balik rumah nanti kena senam angkat berat pula. Kalau nak jimat masa untuk sesi senaman, bersenam laa kat gim. Bagi penduduk WP.Labuan, boleh datang bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan.
Treadmill dan Exercise Bike di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Treadmill dan Exercise Bike ni bukanla sekadar berlari dan berbasikal. Ada yang kata, kalau nak berbasikal dan berlari, lagi bagus berbasikal dan berlari kat luar je. Sebab permukaan jalan tidak rata boleh membuatkan kita bakar lebih banyak kalori. Contohnya, berbasikal dan berlari di permukaan yang berbukit atau naik bukit lebih membakar lemak. Hhaaah! Jangan laa begitu. Tehee... Berbasikal dan berlari guna treadmill dan exercise bike pun sama juga.
Treadmill dan exercise bike boleh kita tukarkan setting kepada apa sahaja yang kita nak. Contohnya, hari ni kita gunakan treadmill untuk senaman kardio selama 30 hingga 1 jam. Tidak semestinya permukaannya rata saja. Tak juga semestinya kelajuannya perlahan atau sama sahaja sepanjang 30 hingga 1 jam. Kita boleh ubah mengikut yang kita mahukan. Contohnya, nak naik bukit, kita boleh adjust treadmill tu ala ala naik bukit. Hhaaah! Semput juga laa. Lenguh juga kaki. Terbakar juga lemak. Exercise bike pun macam tu juga. Boleh adjust. Nak ala ala naik bukit? Boleh! Kat situ laa kita rasa betapa kerasnya nak mengayuh. Serius macam naik bukit juga. Wahaha...
Psikologi Bersenam Dalam Gim
Psikologi bersenam dalam gim ni lebih kepada motivasi diri kita ketika bersenam. Kalau dalam gim, kita akan berkumpul dengan orang orang yang mempunyai tujuan yang sama. Nak sihat, nak slim, nak kurus, nak berpeluh dan nak fokus bersenam.
Hahaha.. Tak selfie tak sah. |
Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang belum pernah bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan dan nak mencuba, saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan ni kat sini.
Yuran Masuk Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Jalan risau. Yuran masuk Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan ni tak mahal. Hanya RM3 sahaja sekali masuk dan bukan dikira mengikut jam.
Waktu Operasi Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Isnin Hingga Khamis : 8.30 AM - 8.30 PM
Jumaat : 8.30 AM - 8.30 PM PM (Tutup/Rehat : 12.00 PM - 2.00 PM)
Sabtu & Ahad : 8.30 AM - 8.30 PM
Cuti Umum : Tutup
Ladies Day : 8.30 AM hingga 3.00 PM (Tutup/Rehat : 12.00 PM - 2.00 PM)
Peralatan Senaman Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Exercise Bike
Treadmill
Yoga Mat
Dumbbel
Bench
...dan sebagainya.
Lokasi Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan
Pasar Besar Labuan (Bersebelahan dengan Utama Jaya, Labuan dan Stesen Bas Labuan).
Selamat bersenam!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
6 Kata-kata Dari Teman:
terbaik
bagus untuk kesihatan
bagus aktiviti sihat mcm ni.. ada geng lag la best
Ya. sangat bagus. Tapi nak jaga kesihatan tak semestinya la masuk gim hehehe... ni sekadar cadangan kalau nak fokus kan. Thanks Hans baca entri "Bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan".
Ada geng memang best. Meriah la juga... Sama sama nak target sihat. Terima kasih Mamapp singgah blog saya dan baca entri "Bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan".
bagusnya laki bini ni.
Hehehe... alaa kak za ni.
Catat Ulasan