SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 31 Mei 2022

Bring Movie To Your Home | Kaki Movie Wajib Ada BenQ GV30 LED Mini Projector

Peminat Filem Perlu Mempunyai Projektor LED Mini Mudah Alih BenQ World Forst Di Rumah Mereka

GV30 Menawarkan Penstriman Segera Tanpa Wayar untuk Penggemar Teater dan Keluarga Yang Aktif


Malaysia, Petaling Jaya, 19 May 2022 - BenQ, jenama terkemuka global untuk projektor, mempersembahkan GV30, projektor LED mudah alih pertama yang tersedia dengan saluran audio Bluetooh 2.1. Menawarkan extra bass, bunyi yang jelas dan terperinci, mempunyai kesan bunyi yang baik, warna yang authentic dan kontras yang vivid untuk pengalaman sinematik yang tulen walau berada di mana-mana.



“Projektor mudah alih baharu kami menyediakan pengalaman sinematik semua-dalam-satu yang bermakna dengan menggabungkan Android tanpa wayar Penstriman TV dan audio berbilang saluran Bluetooth yang berkuasa dengan mobiliti tinggi dan ketersambungan serba boleh,” kata Conway Lee, Presiden BenQ Corporation.

Katanya lagi, “GV30 melengkapkan gaya hidup unik, meliputi dari dalam hingga keluar.Ini merupakan cara baharu yang kreatif untuk menikmati hiburan dan muzik secara besar-besaran untuk pengalaman terbaik bagi peminat teater dan keluarga yang sukakan gaya aktif dan mengembara tanpa kompromi.”





BenQ World Ekslusif, GV30 projector mempunyai sistem 2.1 saluran audio dengan karak ketinggian atau pertengahan yang berasingan. Juga memiliki pemacu dan woofer khusus untuk bass bergema. GV30 membawa tekstur sinematik yang sebenar kepada tontonan filem dan video.

Ditala oleh pasukan audio treVolo BenQ, sistem ini menggunakan sains akustik dan psikoakustik untuk mengimbangi bunyi sinematik sifat dan meningkatkan kedalaman, kejelasan, definisi, kehadiran dan pengimejan medan stereo.

GV30 dicipta dengan beberapa Mod iaituMod Pawagam, permainan, sukan dan musik. Juga mempunyai fungsi bateri mudah alih dengan saluran bluetooh pembesar suara yang kaya dengan pelbagai bunyi khas untuk mereka yang sukakan gaya hidup aktif.

Selain itu, GV30 adalah bebas wayar sepenuhnya, dengan Android TV onboard untuk akses segera kepada Google Play dan apl penstriman langsung, filem,rancangan,sukan dan permainan,serta media sosial dan penghantaran wayarles daripada peranti dan komputer iOS dan Android.

Dikuasakan oleh CinematicColorTM dan disampaikan dengan jelas oleh Rec. 709 gamut warna, GV30 baharu didatangkan dengan kecerahan 300 ANSI Lumens dan resolusi HD 720p. Ia menawarkan inovasi BenQ melalui penalaan teliti dan dedikasi profesional dalam ketepatan gambar, mempersembahkan warna sebenar dan imej realistik. Mod yang direka khas seperti Mod Pawagam dan Mod Masa Siang menawarkan kontras yang terang dan perincian definisi tinggi yang tepat dalam pelbagai persekitaran dan juga di bawah pencahayaan ambien.

Disesuaikan untuk mereka yang suka pergi ke pawagam,reka bentuk bergaya berfungsi GV30 menyediakan julat sudut unjuran 135° yang luas dan perlindungan kejatuhan 70cm (2.3 kaki) untuk peletakan serba boleh yang mencipta peluang baharu untuk memaparkan kandungan dipilih susun dan berkongsi trend media sosial dalam fesyen yang diperibadikan secara unik.

Projektor mudah alih menawarkan jangka hayat bateri yang besar, membolehkan anda menikmati filem berciri panjang penuh, hayat sumber cahaya LED 30,000 jam, dan sambungan universal kepada peranti pintar, komputer riba, konsol permainan, pemain Blu-ray dan media USB.




[Harga dan Ketersediaan]

GV30 akan tersedia pada Jun 2022 dan boleh didapati di kedai rasmi BenQ di Shopee, Lazada dan banyak peruncit sah. Harga runcit yang dicadangkan untuk GV30 di Malaysia ialah RM2688.Tetapi anda boleh mendapatkan diskaun awal jika anda membuat pra-pesanan antara 20 Jun 2022 - 4 Julai 2022 dan dapat di harga, RM2499 sahaja. Untuk maklumat lanjut,sila lawati halaman produk GV30.

Projektor LED mudah alih BenQ GV30 Mini menawarkan hayat bateri yang besar untuk menikmati filem berciri panjang penuh,sumber cahaya LED 30,000 jam dan sambungan universal kepada peranti pintar, komputer riba, konsol permainan, pemain Blu-ray dan media USB. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projektor BenQ,sila layari BenQ.com.

Share:

Khamis, 19 Mei 2022

Niche Lifestyle Pilihan Blogger | Beberapa Perkara Blogger Baru Perlu Ketahui Tentang Blog Lifestyle

Niche Lifestyle Pilihan Blogger | Beberapa Perkara Blogger Baru Perlu Ketahui Tentang Blog Lifestyle

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Response tentang topik niche yang saya bincangkan di media sosial Instagram Khamis lepas, rata-rata memilih niche lifestyle untuk dijadikan topik utama dalam blog mereka. Lifestyle merupakan niche yang sangat popular dalam kalangan blogger-blogger Malaysia dari blogger baru hinggalah ke blogger yang sudah berbelasan tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Jangan tidak tahu, ada di antara mereka sudah mencecah pendapatan sehingga ribu riban sebulan. Tapi hari ni saya tak bincangkan topik blogger yang menjadikan platform ini sebagai sumber pendapatan tetapi nak membincangkan mengenai niche lifestyle.


Niche Lifestyle Pilihan Blogger
Adakah menulis tentang pet adalah lifestyle niche? Hampir setiap orang ada pet dan mempunyai pengalaman menarik dengan kucing, anjing, burung, hamster, arnab, dan sebagainya. Pet Bloggers Are LIfestyle Bloggers!


APA ITU LIFESTYLE?

Untuk blogger baru atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan blog peribadi sendiri tetapi masih dilema dan keliru nak menulis tentang apa, saya mengesyorkan NICHE LIFESTYE sebagai permulaan perjalanan blog yang baru sahaja dibina atau mungkin masih di atas kertas perancangan.

Untuk menulis topik-topik lifestyle adalah sangat mudah kerana lifestyle bermaksud gaya hidup. Terpulang kepada kita untuk menulis cara hidup kita dengan gaya penulisan kita yang tersendiri. Ingin menulisnya secara santai? Serius? Kelakar? Terpulang dengan personaliti dan idea yang kita ada.

Definisi LIFESTYLE dalam Bahasa Melayu adalah Gaya Hidup. Istilah gaya hidup dicipta oleh ahli psikologi yang bernama Alfred Adler pada tahun 1929. Pengertian gaya hidup pada hari ini sudah semakin meluas dan mengikut perkembangan semasa.

Blog niche gaya hidup sangat meluas dan mempunyai subtopik yang pelbagai. Sebab itulah blogger sangat suka memilih niche lifestyle untuk blog peribadi mereka. Ada yang kata, "Semua boleh tapau". Hahahaha kelakar ya diorang ni.


Beberapa Perkara Blogger Baru Perlu Ketahui Tentang Blog Lifestyle


IDEA-IDEA TOPIK LIFESTYLE

Lifestyle blogger biasanya mendapat ilham penulisan  berlandaskan kehidupan seharian dan aktiviti yang mereka jalani setiap hari. Sebab itu lah penulisan blog yang mereka tulis sering berkisarkan lokasi yang mereka pernah pergi, fasa-fasa kehidupan dan juga pengalaman dalam hidup mereka.

Apabila kita menulis topik yang bersandarkan kisah peribadi sendiri, penulisan kita akan lebih lancar dan mudah untuk diolah bersama fakta yang kita pelajari dan juga kepakaran yang kita miliki hasil daripada pengalaman dan bakat yang kita asah.

Jadi, tidak hairanlah niche lifestyle sangat popular dalam kalangan blogger Malaysia. Macam-macam kisah dan cerita yang kita boleh baca daripada mereka untuk kita pelajari gaya penulisan atau spark idea untuk blog sendiri jika kita masih baru dalam dunia blogging.

Contoh-contoh subtopik yang kita boleh tulis dalam blog lifestyle kita sangat banyak. Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati. Hehe.


SUBTOPIK BLOG LIFESTYLE POPULAR

Kesihatan

Jika pekerjaan kita doktor, topik ini snagat menyegat dan sangat mudah untuk tulis berdasarkan kepakaran yang kita ada. Contohnya, Dr.Amalina Bakri. Beliau sendiri mempunyai blog/website untuk mengongsikan tips-tips kesihatan.

Walaubagaimana pun, meskipun kita bukan seorang doktor, kita masih boleh menulis berkenaan kesihatan. Contohnya, kita sangat suka bersenam. Awal pagi ke tepi pantai untuk melakukan aktiviti jogging. Kenapa? Untuk memperolehi vitamin D dari cahaya matahari atau mungkin nak kurus? Banyakkk sangat boleh cerita topik ni.


Pemakanan/Makanan

Pemakanan ni banyak cabang, cerita mengenai diet seimbang, makanan apa nak masak macam blog Azie Kitchen atau Che Nom tu, mukbang pun boleh, review restoren pun boleh.


Fesyen

Bagi mereka yang suka sangat dengan fesyen bolehlah cerita design baju kegemaran atau kisah-kisah OOTD dengan jenama-jenama tertentu. Beli baju kat mana, Shopee ke Lazada...

Pokoknya subtopik lifestyle memang boleh 'tapau' banyak topik. Terlalu banyak untuk saya ulas idea-ideanya. Tapi saya boleh senaraikan subtopik yang lain di bawah :

  • Travel
  • Kecantikan
  • Keibubapaan
  • Bina badan
  • Pembangunan diri / motivasi diri
  • Keagamaan
  • Budaya
  • Perhubungan
  • Kesedaran kesihatan mental
Memang lumayan guys! Haha...


BAGAIMANA CARA MENJADI BLOGGER LIFESTYLE


Pilih Nama Blog Yang Sesuai

Jika ingin menjadikan blogging sebagai perniagaan, pemilihan nama domain sangat penting. Jadi, wajib membuat keputusan sama ada nak blogging as a hobby atau ingin membina business. Sebab setiap nama blog yang kita pilih sangat memainkan peranan penting dalam jangka masa panjang.

Skill Membina Laman Web

Adakah tajuk ni menakutkan? Hehe... Blog bukan sekadar menulis sebenarnya. Blogging perlukan kemahiran teknikal seperti pemilihan design template blog. Tema, layout dan sebagainya. Untuk pemula, kuasai perkara-perkara asas sudah memadai. Namun, jangan lupa untuk terus mengasah skill pembinaan web melalui pembacaan, kelas-kelas yang berkaitan untuk menambah ilmu untuk meningkatkan kemahiran blogging.

Ketahui Kos Membina Blog

Jangan risau. Pemula boleh menggunakan sistem blogging percuma seperti blogspot dan wordpress. Bila dah rasa bersedia untuk serius dalam dunia blogging, boleh mula dengan menyewa domain. Kosnya biasanya RM50 ke atas untuk sewa domain. Tapi kos domain bergantung dengan perkhidmatan yang kita pilih.

Bercerita mengenai kos, jika nak menempah design blog dengan mereka yang pakar mencipta design blog lawa dan pro, boleh juga dipertimbangkan di masa hadapan. Jika belum bersedia, boleh pilih-pilih template atau design blog percuma yang ada di internet.

BAGAIMANA MENJADI BLOGGER LIFESTYLE YANG BERJAYA?


Apapun subtopik lifestyle yang kita pilih, ada dua perkara yang perlu kita tegas pada diri sendiri, iaitu menulis content yang berkualiti dan original serta pastikan ada pelawat ke blog kita.

Tapi, jika blog tersebut sekadar blog hobi, its' okay. Kejayaan bukan dari trafik tapi mungkin kepuasan menulis yang kita cari.

KESIMPULAN

Lifestyle blog is a trends. Gittew... semakin banyak pengalaman kita dalam bidang tertentu dan kita kongsikan dalam blog kita, semakin banyak manfaat yang kita kongsikan bersama dengan orang lain. Pembaca akan mendapat faedah daripadanya dari segi ilmu dan pengetahuan.

Jika pada awalnya blog kita tidak memberi sumber pendapatan, jangan sedih. Insya Allah, ilmu yang dikongsikan, memberi ganjaran daripada Allah S.W.T. Blogger baru, jangan putus asa, sabar, trust the process, bina dulu skill. Dah mantap, kita kasi on. Hehehe... All the best!

Saya harap, kategori baru saya 'tips blogging' di dalam blog saya ni, membantu blogger-blogger baru. Insya Allah. Jika ada sebarang soalan, boleh menghantar komen di ruangan komen atau hubungi saya di whatsapp +60198517652 atau di media sosial saya.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Khamis, 12 Mei 2022

4 Tips Utama Blog Untuk Blogger Baru Malaysia : Zaman Telefon Pintar Relevan Lagi Ke Blogging?

Zaman Telefon Pintar Relevan Lagi Ke Blogging?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Saya pernah ditanya soalan seperti ini. Zaman telefon pintar ni, relevan lagi ke kalau nak blogging? Semasa saya memulakan hobi menulis blog dulu, saya terpaksa menulis blog di Cyber Cafe. Saya juga terpaksa membayar internet RM3 untuk satu jam di Cyber Cafe. Waktu tersebut, jika nak mempunyai internet sendiri di rumah sangat mahal bagi saya. Jadi, CC saja harapan.

Cara dan Bagaimana Memulakan Blog Sendiri, Tips Blogging


Pada waktu tu, blog ibarat Facebook dan Instagram. Kami bertukar cerita, update kisah raya, dan kongsi gambar. Berkenalan antara blogger dan kami gembira walaupun blog yang kami tulis tidak memberi sebarang pendapatan. Apabila zaman semakin maju dengan teknologi, CC sudah kurang menerima pengunjung blogger-blogger. Kami menulis blog masing-masing melalui telefon pintar apabila tak ada komputer riba.

Malah, internet tak ada kat rumah menjadi sesuatu yang mustahil pada zaman ini. Rasa macam, eh? betul ke tak ada data? Benda ni dah terbalik tau. Dulu, orang tak hairan kita tak ada internet kat rumah. Sekarang, orang hairan kalau tak ada internet kat rumah.

Jadi, relevan atau tidak pada tahun 2022 ni untuk memulakan blog peribadi sendiri? Jawapannya, tak pernah tidak relevan. Malah, sekarang blogging bukan lagi sekadar berkongsi cerita dan pengalaman peribadi tetapi sudah menjadi platform menyebarkan ilmu, berkongsi tips, dan boleh menjadi sumber pendapatan jika tahu strateginya. Semakin hari, semakin mencabar sebenarnya. Apatah lagi bila kita cuba kejar SEO dan trafik.

Jika kita baru dalam dunia blogging dan ingin memulakan blog sendiri pada tahun 2022 ni, masih belum terlambat. Insya Allah, tahun 2023, 2024, dan seterusnya pun masih boleh. Setiap tahun akan ada sahaja cara dan strategi baru untuk kita berkembang dalam dunia blogging ni.

4 TIPS BLOGGING BAGI PEMULA PADA TAHUN 2022


1. PERCAYA KEPADA PROSES DAN PRAKTIS

Perkara paling penting yang perlu kita ingatkan kepada diri sendiri. Trust the process. Sebagai pemula, sudah pastilah kita akan belajar sedikit demi sedikit. Banyak perkara yang kita tidak tahu dan memerlukan masa untuk mempelajarinya. Practice make improvement. Jangan berhenti jika penat. Berehatlah dan esok buat lagi.

Blogging nampak mudah, menaip dan publish. Jika nak jadikan dunia blogging sebagai sumber pendapatan sampingan, bukan just for fun, proses pembelajaran dan praktis perlu dihadapi dengan sabar.

Saya sendiri mengambil masa. Dulu blogging sekadar minat dan suka-suka. Hari ini saya blogger sepenuh masa dan Alhamdulillah Allah beri saya peluang untuk menerima rezeki Allah melalui blogging. Insya Allah zaman sekarang sesiapa sahaja yang baru nak memulakan blog sendiri pasti lebih mudah untuk belajar proses blogging berbanding kami dulu-dulu. Insya Allah. Ramai yang telah berkongsi ilmu blogging melalui media sosial. Alhamdulillah.

2. MEMBUAT KAJIAN

Sebelum memulakan sebarang blog, seeloknya membuat sedikit kajian mengenai dunia blogging. Apa itu blogging dan bagaimana blogging. Percaya atau tidak berjuta-juta tips blogging yang ada dalam internet untuk membantu blogger baru.

Membuat kajian terlebih dahulu sangat penting untuk kita mempunyai pengetahuan sebelum kita mulakan blog kita sendiri. Nak tanya blogger yang sudah lama dalam bidang blogging pun boleh. Insya Allah akan ada yang sudi membantu.

3. FIKIRKAN KENAPA NAK MULAKAN BLOG

Selain dari membuat kajian, kita perlu fikirkan kepada nak memulakan blog. Apa matlamat kita menulis blog. Jika saya sendiri, zaman remaja dulu saya menulis blog memang sebab hobi menulis. Just for fun. Hanya nak berkongsi cerita dengan pembaca. Biasanya, jika tak ada matlamat seperti ni, memang tak kisah ada pembaca atau tidak. Tapi, sepanjang saya menulis blog suka-suka, masih ada yang suka membaca kisah peribadi orang lain di dalam blog.

Jika kita nak membina blog dengan matlamat dan tujuan yang bermanfaat lebih baguslah sebab boleh membantu pembaca. Insya Allah ada juga ganjaran pahala dari Allah SWT.

Di bawah saya sertakan contoh-contoh "Kenapa Nak Mulakan Blog":
  • Berkongsi ilmu pengetahuan yang kita expert
  • Untuk mempromosikan perniagaan
  • Untuk mendapat pendapatan sampingan
  • Untuk membantu orang lain dengan mengongsikan tips / tutorial / strategi
  • Untuk memulakan kerja dari rumah
Itu di antara contoh-contoh "kenapa nak tulis blog" yang mungkin boleh membantu membuat keputusan matlamat menulis blog yang bakal dibina kelak.

4. BLOG NICHE

Apa itu niche? Niche adalah topik spesifik yang kita pilih untuk penulisan-penulisan artikel yang bakal kita kongsikan di blog kita. Sebagai contohnya, blog pelancongan. Blog yang menulis pengalaman melancong, biasanya mereka akan dipanggil sebagai travel blogger. Mereka juga akan membuat review penginapan, pakej pelancongan, dan tempat-tempat menarik di sesuatu tempat untuk memudahkan pelancong-pelancong lain di masa hadapan.

Jika niche masakan, blog mereka akan mengongsikan resipi masakan yang mereka masak. Biasanya ditulis oleh chef dan mereka yang sangat suka memasak dan ingin berkongsi cara memasak yang mereka rasa boleh membantu sesiapa sahaja yang baru belajar memasak atau yang nak mencuba resipi baru.

Kenapa nak ada niche bagai ni? Ya betul. Dulu pun saya mempersoalkan perkara ni. Blogging adalah sesuatu yang kita panggil melontarkan thoughts, apa yang kita fikir, idea dan pendapat kita. Kenapa kita nak menulis mengikut topik spesifik sepanjang kita menulis blog? Dah macam peperiksaan pula kena ikut tajuk. Betul tak?

Tapi... ada sebabnya. Biasanya kita akan berhadapan dengan beberapa isu jika blog kita tidak mempunyai niche.

Isunya adalah audience blog kita akan datang dan pergi. Mereka tidak setia dengan kita. Sebab tidak semua topik yang ada dalam blog kita tu adalah topik yang mereka minat. Seperti contoh niche yang saya berikan tadi, memasak. Audience kita adalah audience yang mempunyai minat memasak dengan kita. Audience seperti ini akan memberi impak besar dalam engagement dan trafik blog kita.

Jadi, kena pastikan niche blog terlebih dahulu sebelum membina blog. Lebih awal kita rancang niche lebih senang kerja blogging kita nanti. 

KESIMPULAN

Saya merupakan blogger yang tidak mempunyai niche pada awalnya. Akibatnya saya mengambil masa yang lama untuk 'repair' blog saya dan mengalami masalah audience yang berserabut dan saya sukar untuk memahami audience blog saya sebagai akibatnya. Hal ni juga disebabkan dulu saya blogging untuk suka-suka. Bila saya dah mula serius, saya perlulah bertanggungjawab atas kesilapan kurang membuat kajian terlebih dahulu sebelum memulakan blogging.

Mujurlah, wujud niche personal blog atau lifestyle blog. Bolehlah saya kongsikan pelbagai pengalaman peribadi dalam blog. Walaupun begitu, saya tetap berhati-hati memilih topik untuk saya paparkan di blog ni sekarang sebab nak 'housekeeping' kategori blog bukan mudah. Sama macam kita dah bina bangunan atas tanah tiba-tiba kena roboh dinding sana sini sebab tidak merancang pintu dan tingkap. Hahahaha!

Saya harap, kategori baru saya 'tips blogging' di dalam blog saya ni, membantu blogger-blogger baru. Insya Allah. Jika ada sebarang soalan, boleh menghantar komen di ruangan komen atau hubungi saya di whatsapp +60198517652 atau di media sosial saya.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Isnin, 9 Mei 2022

Pengalaman Menggunakan Tetikus Logitech Signature M650 (Review) | Selesa dan Senyap | Mempunyai Pilihan Tangan Kidal

Pengalamanan Menggunakan Tetikus Logitech Signature M650 | Selesa dan Senyap | Mempunyai Pilihan Tangan Kidal


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Saya terpukau seketika apabila melihat tetikus Logitech Signature M650. Bukan kerana dek rupanya tetapi terpana kerana tetikus itu terbalik! Selama mana saya menggunakan komputer, tidak pernah saya melihat tetikus terbalik. Haaa... Ke saya ni saja yang baru ditakdirkan bertemu dengan tetikus untuk tangan kiri?



Setakat ni, saya baru sahaja tahu wujud rupanya tetikus untuk orang kidal seperti saya ni. Yes! Saya kidal tau. Menulis tangan kiri. Semasa saya bertatih-tatih dengan komputer di zaman noob dulu, rasa janggal juga bila terpaksa memakai tetikus menggunakan tangan kanan. Samalah macam ketika saya keliru nak makan guna tangan kanan ke kiri semasa kecil. Kasihan! Terkial-kial.

Alhamdulillah, Allah beri rezeki kat saya memakai tetikus yang sangat selesa ni. Saya jenis tak kisah sebenarnya guna tetikus apa. Yang penting arrow tu gerak dan berfungsilah kan. Hahahha... Selain dari selesa digunakan dan mempunyai pilihan untuk insan-insan kidal, banyak lagi keistimewaan dan kelebihan tetikus Logitech Signature M650 ni.



APA YANG ADA DALAM BUNGKUSAN?

Sebelum cerita panjang mengenai tetikus ini, kita cerita dulu apa yang kita dapat apabila kita membeli tetikus Signature M650 ni. Bila parcel sampai saja, saya tak buat video unboxing untuk dikongsikan di Instagram sebab saya teruja. Hehehe... Tak sabar nak buka. Jadi, saya kongsikan apa yang ada di dalam bungkusan sahaja, okay.



  1. Bateri bersaiz AA.
  2. USB / Bluetooth.
  3. Tetikus Logitech Signature M650 (Susah tentulah).
  4. Dokumen panduan tetikus (Seperti biasa).

SPESIFIKASI TEKNIKAL / CIRI-CIRI TETIKUS

SAIZ


Menarik sekali, tetikus ni mempunyai dua saiz yang berbeza. Kita boleh memilih sama ada nak saiz small-to-medium atau saiz large. Macam nak order McD lah pula kan. Jadi, boleh ikut saiz tangan kita, kalau tangan besar boleh lah pilih saiz besar. Tak ada lah masalah sakit tangan sebab saiz tetikus kurang sesuai dengan tangan.


Sumber : Logitech.com


Signature M650

Height: 37.8 mm
Width: 61.80 mm
Depth: 107.19 mm
Weight: 101.2 g - weight includes battery (25g) and receiver (1.8g)

Signature M650 L

Height: 41.52 mm
Width: 65.63 mm
Depth: 118.19 mm
Weight: 111.2 g - weight includes battery (25g) and receiver (1.8g)

Sumber : Logitech.com



WARNA

Mempunyai 3 warna utama ; Rose, Graphite, dan Off White. Tetikus saya berwarna Rose. Hihi. Saya sebenarnya peminat warna kuning. Jika suatu hari saiz large ada warna kuning, saya nak! Tetikus warna rose saya saiz small-to-medium. Nak try juga saiz L kalau ada warna kuning suatu hari nanti. Tapi, sejujurnya saya jatuh hati juga dengan warna off-white. Nampak clean.



BATERI

Bateri tetikus ni bersaiz AA. Boleh bertahan sehingga 24 bulan.


BUTANG

Terdapat 5 butang. Butang kiri dan kanan seperti biasa. Mempunyai fungsi butang tengah (smartwheel) dan butang back dan forward di kiri tetikus untuk versi tetikus tangan kanan dan sebaliknya.




REVIEW MENGGUNAKAN TETIKUS LOGITECH SIGNATURE M650 SAIZ S-TO-M

REKA BENTUK

Walaupun saya kidal, saya menggunakan tetikus M650 versi tangan kanan. Saya sudah menggunakan standard mouse sejak sekian lama. Jadi, saya tidak ada masalah untuk menggunakan tetikus tangan kanan. Saya risau juga sebenarnya kalau guna tetikus kidal, saya tak biasa.

Tekstur getah, grip, permukaan matte, dan plastik solid

Saya sangat suka permukaan butang kanan dan kiri tetikus ni sebab tekturnya adalah matte. Bukan licin. Tekstur macam ni, tidak akan meninggalkan kesan cap jari. So, tetikus kekal nampak kemas dan lawa. Paling penting, bersih. Permukaan kiri kanan tetikus pula mempunyai tekstur getah yang berkualiti dan kasar jadi ketika kita mengerakkan mouse ni sangat grip dan tidak memerlukan genggaman yang kuat untuk menolak dan menarik tetikus.

SENSOR

Kecekapan atau sensitivity mouse ketika menggerakkan anak panah sangat tepat. Saya sangat suka menggedit gambar menggunakan photoshop dan ada masa saya menggunakan paint untuk kerja-kerja lukisan saya. Kecekapan, kapantasan, dan ketepatan sensor ketika kita bawa arrow ke target tu sangat mantap walaupun kita bawa mouse laju-laju, sepantas kilat. Hahahaha... Paling pasti, mouse ni tak buat saya mengamuk. hHahaha...

SENYAP

Teknologi Silent Touch Logitech pada butang kiri dan kanan tetikus ni membuatkan saya begitu kagum sebab saya tak dengar sebarang bunyi klik klik klik klik. Serius! Teringat zaman bekerja di pejabat dulu kala. Semua staff kusyuk mepakai komputer masing-masing dan keadaan sangat sibuk dan fokus dengan kerja. Tapi, suasana senyap tu dipecahkan oleh bunyi klik klik klik klik klik yang datang dari tetikus yang digunakan.

Tetikus ni sangat sesuai digunakan ketika di dalam perpustakaan atau ketika kelas atas talian. Very silent. Kalau letak kat tepi telinga, bunyi klik mouse sangat soft.

SMARTWHEEL

Smartwheel merupakan teknologi scroll wheel tetikus. Logitech memanggilnya Smartwheel. Butang ini juga senyap. Tak seperti scroll wheel tetikus lama saya yang berbunyi trttt trrr trrr setiap kali saya pusing di hujung jari telunjuk. Hhahahaa... Malah, Smartwheel Logitech Signature M650 ni sangat lancar ketika kita scrolling.

Smooth Scroll Wheel

Saat membuka PDF atau words, saya mencuba Smartwheel dengan memutarkannya sekali dan lepaskan. Wahhh! Page terus scrolling dengan bebas ke page 4. Kalau kita mempunyai kerja-kerja yang banyak pages, saya pasti kita akan enjoy sangat pakai tetikus ni.

Ketika kita scroll smartwheel ke bawah sekali dan lepaskan, kita akan terasa sedikit getaran pada tangan dan mempunyai soft sound like vrooomm vroomm tapi bunyi hanya kedengaran kalau kita dengar dekat-dekat dengan mouse tu lah. Hhaha... kat tangan cuma ada vibrate sikit...

Kalau nak scroll secara melintang pun boleh guna Smartwheel. Hold butang kiri atau kanan, kemudian gerakkan Smartwheel. Gitteww... senang sangat.

PERISIAN LOGITECH OPTIONS+

Paling best, mouse Logitech Signature M650 ni boleh kita setup menggunakan perisian  Logi Options+ . Perisian ini kita boleh  muat turun di laman rasmi Logitech sendiri. Setelah kita muat turun, seperti biasa kita install ke komputer kita.

Butang back/forward yang saya sebutkan di atas tadi, kita boleh tukarkan kepada butang lain yang kita suka atau yang kerap kita gunakan. Butang back/forward sangat sesuai kita guna semasa kita sedang melayari internet dan dengan pantas menggunakan butang tersebut hanya menggunakan tetikus tanpa menekan back/forward pada papan kekunci atau di skrin.



Butang back/forward tersebut boleh juga kita tukarkan kepada copy/paste jika mahu. Akan lebih mudah dan pantas jika kita sedang membuat kerja menulis dokumen di microsoft word dan sebagainya. 


KESESUAIAN PADA TANGAN

Okay, kalau saya mengguakan tetikus, biasanya saya suka saiz tetikus yang boleh sampai hingga ke tapak tangan. Maksudnya saya suka saiz tetikus yang lebih besar berbanding saiz tangan saya. Rasa lebih selesa dan santai saat bermain video game. Since saiz Logitech M650 saya adalah saiz small-to-medium, maka saya berasa kosong di tapak tangan. Masih elok tapi saya masih nak guna saiz yang lebih besar. Tapi kepantasn melakukan kerja dan kualiti mouse ni memang best.


BERAT

Tak berat sangat dan tak juga terlalu ringan. Sederhana sahaja. Walaupun menggunakan material plastic, feel tak terlalu ringan dan tak ada bunyi plastic ketika digenggam atau diletakkan.

Kesimpulannya, saya berikan 5 bintang untuk tetikus ni untuk keseluruhannya. Jika perlukan tetikus yang senyap dan selesa ketika melakukan kerja, tetikus Logitech Signature M650 ni sangat sesuai. Apatah lagi jika selalu menyertai kelas atas talian. 


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Jumaat, 6 Mei 2022

Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya dengan SAFI SHAYLA Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics | Syampu Wanita Berhijab

Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya dengan SAFI SHAYLA Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics | Syampu Wanita Berhijab


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Gatalnya! Rimas, lemas. Eh? Hahahaa... Macam ni lah rasanya kulit kepala saat berhijab. Apatah lagi jika mempunyai masalah kelemumur. Tahu tak apa punca kelemumur? Sebelum saya cerita punca kelemumur, saya cerita dulu apa maksud kelemumur. Kelemumur merupakan masalah gatal kulit kepala yang membuatkan kulit kepala bersisik, mengelupas, kemerahan, dan 'seperti bersalji'. Jika korang mempunyai masalah kelemumur seperti saya, pasti korang mempunyai pengalaman kepingan putih berguguran ketika menyikat rambut. Saat itu, perasaan macam nak marah...rasa nak marah... tapi kena sabar... hahahaha! Syampu Safi Shayla kan ada.



Sepanjang Hari Raya Aidilfitri 2022 ni boleh tahan panas juga cuaca di tempat kediaman saya. Bayangkan, Hari Raya wajiblah berhijab setiap saat. Dari Pagi ke Malam. Walaupun di dalam rumah. Kan hari raya. Ramai tetamu dan ipar-duai yang mewajibkan wanita muslim menutup aurat. Berhijab di waktu panas, tanpa bilik berpendingin hawa, mereka yang mempunyai masalah kelemumur memang tahu apa rasanya. Belum lagi ketika keluar rumah, menziarahi kubur di Aidilfitri di bawah cahaya matahari dan melawat sanak-saudara dalam cuaca panas dan membuatkan kepala berpeluh. Mujurlah sepanjang bulan Ramadan saya sempat mengamalkan syampu Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert).



PUNCA KELEMUMUR DAN MASALAH RAMBUT LAIN

Punca kelemumur sangat banyak dan antaranya adalah keradangan kulit kepala, masalah kulit kepala berminyak, mencuci rambut dengan syampu yang tidak sesuai, masalah hormon, daya imuniti yang rendah, masalah kulit kering dan ketidak seimbangan yang berlaku kerana berhijab.

Hasil penyelidikan Safi Research (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab.

Wanita muslim wajib berhijab kerana rambut merupakan salah satu aurat. Jadi, tiada kelonggaran bagi kita demi rambut lebih sihat tak payah pakai hijab. Hahaha... Jadi, perlu kreatif dan menyelesaikan masalah rambut gatal, rambut gugur, dan sebagainya dengan cara yang sesuai dengan kita sebagai wanita muslim.

Walaupun berhijab, kesihatan dan kesegaran rambut kita perlu kita kekalkan untuk diri sendiri dan pasangan jika kita sudah berkahwin. Betul tak?

Kenapa kulit kepala wanita yang berhijab kurang seimbang? Kerana komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala berlebihan berbandingan bakteria baik. Hal ini terjadi kerana cuaca yang panas dan lembab akibat peluh yang kepam di dalam hijab.

Ini akan menghasilkan pelbagai masalah rambut seperti kelemumur yang kita bincangkan tadi. Masalah kelemumur yang sedia ada akan membuatkannya lebih teruk kerana tindak balas bakteria jahat yang berlebihan di kepala. Masalah rambut gugur dan berbau juga akan berlaku secara serentak.


CARA MENHILANGKAN MASALAH KELEMUMUR, RAMBUT BERBAU DAN GUGUR

Sepanjang bulan Ramadan lepas, saya dan suami sering tidak melupakan makanan yang sesuai ketika bersahur dan berbuka agar memperolehi keperluan penting tubuh badan. Terutamanya ketika bersahur, tidak pernah meninggalkan kurma agar bertenaga sepanjang hari sehingga berbuka kerana kurma mempunyai kandungan serat dan sebagainya.

Sepertimana saya mengambil berat keseimbangan pemgambilan makanan dan penggunakan tenaga sepanjang bulan Ramadan, begitu juga saya mencuba untuk mendapatkan keseimbangan kondisi kulit kepala sebagai kunci tampil menawan dengan rambut lebat menjelang raya. Bagi memiliki rambut yang sihat dan lebat, adalah menjadi satu kewajiban untuk wanita bertudung untuk menggunakan penjagaan rambut khas yang dirumus untuk wanita berhijab seperti Safi Shayla Hijab Haircare Expert.



SAFI SHAYLA HIJAB HAIRCARE EXPERT

Rumusan Revolusi Teknologi Hijab Scalp Biotics

Teknologi Hijab Scalp Biotics merupakan teknologi pertama di dunia. Hebat bukan? Saya sangat mengagumi Safi Shayla dan team SRI. Ini bukanlah sesuatu yang biasa. Teknologi ini diinspirasikan daripada Microbiome Science yang dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik agar mengembalikan semula keseimbangan mikrobiom kulit kepala.


Diperkuatkan Dengan 7 Habbatus Sauda Complex

7 Habbatus Sauda Complex ini adalah untuk membekalkan nutrien yang secukupnya untuk kulit kepala dan rambut. 7 Habbatus Sauda Compleks ini merupakan kombinasi 7 bahan alami iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Kurma, Delima, Buah Tin, Saffron, dan Madu.

Khasiat Habbatus Sauda mempunyai kandungan anti-fungal sehingga boleh menghalang dari kelemumur merebak. Ia juga mempunyai kandungan anti-inflamasi bagi meredakan iritasi atau keradangan pada kulit kepala. Zaitun juga memberi peranan baik kepada rambut antaranya melindungi keratin rambut dan mempunyai kandungan vitamin A.

 


Pasti ramai yang tidak tahu bahawa kurma juga memberikan manfaat kepada rambut. Kurma mengandungi vitamin B dan boleh membantu menjaga rambut agar kekal lembap dan kuat. Asid Punicic yang terkandung di dalam biji buah delima pula didapati boleh menguatkan folikel rambut dan begitu juga buat tin yang mampu memerangi masalah rambut gugur dengan meningkatkan pertumbuhan rambut melalui khasiat mineral, vitamin C dan E yang terkandung di dalam buah tin.

Saffron juga kaya dengan antioksidan yang boleh membuatkan rambut sihat dan berkilau serta mengurangkan masalah rambut gugur. Begitu juga dengan madu yang boelh menjaga kesihatan kulit kepala dan meredakan masalah gatal kulit kepala seperti kelemumur.


Keharuman Berpanjangan Sehingga 72 Jam

Pada mulanya memang rasa macam tak percaya. Hhaha... 72 Jam bersamaan 3 hari. Betul tak? Tapi setelah saya mencubanya memang betul. Wanginya rambut selepas mencuci rambut dengan SAFI SHAYLA memang berpanjangan hingga 3 hari. Best sangat sebab rasa segar.


TOP 5 SYAMPU SAFI SHAYLA

Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla



Berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta melegakan masalah gatal kulit kepala dengan sensasi dingin.


Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla



Menguatkan struktur rambut dari akar rambut, mengurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh.


Syampu Licin Terurus Safi Shayla



Melembutkan dan melicinkan rambut yang kering dan yang susah diurus. Rambut akan licin, lembut, dan senang disikat - tidak lagi frizzy dan serabut!


Syampu Segar Bermaya Safi Shayla



Rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampun ini akan membersih secara mendalam dan kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar, dan bermaya.


Syampu Mengawal Gatal Safi Shayla



Menghilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa.


Sekarang, saya dah tak berasa risau dengan masalah rambut berbau ketika membuka hijab. Hehehe, sebab syampu Safi Shayla ni betul-betul wangi. Walaupun saya memakai tudung seharian, rambut kekal wangi selepas berjam-berjam bertudung.



Alhamdulillah masalah gatal dan tidak selesa juga tak ada. Dah tak ada masalah menggaru kepala sambil membuat kerja. Hhaha...

Jika korang mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur, atau nak mengekalkan kesihatan dan kesegaran rambut walaupun bertudung, boleh dapatkan syampu pilihan korang di mana-mana pasaraya yang menjual produk Safi atau boleh juga ke SHOPEE untuk membeli secara dalam talian.



Beli Safi Shayla Atas Talian - Wipro Unza Official Online Store


Maklumat Lanjut :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube - SAFI Malaysia


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share: