SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 25 Mei 2011

Pelangi Selepas Hujan


Alhamdulillah...

Terasa jatuh dan hilang semangat
bila dihadapkan dengan masalah yang bagiku besar.
Betapa sakitnya hatiku , sedihnya perasaan tuhan saja yang tahu.
Aku menangis kerana terasa luka itu sangat pedih.

Aku hampir putus asa dengan semua itu..
Bagiku pada ketika itu ialah tamat lah sudah semuanya.
oh! cetek sungguh fikiran.Pendek benar pandangan.

Alhamdulillah...

Ternyata, semua itu hanya ujian dari Allah semata.
Hilangnya hanya sementara untuk aku lebih tahu yang benar.
Lenyap yang sementara itu hanyalah untuk mendapat yang lebih baik.

Kini hujan sudah reda.
Percayalah semuanya sudah kembali seperti sediakala.
Namun bezanya ada..aku lebih hargai dan lebih faham.
Malah aku diberi lebih dari yang ku harapkan dari-Nya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Kucing Angkat

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semalam, masa balik kerja tu, saya dengar bunyi kucing 'asing' dalam rumah saya ni. Hmm...kakak saya tu memang pencinta wanita.eh! Maksud saya pencinta kucing! Rupanya, dia dah bawa balik seekor anak kucing lagi...

Kucing tu, ekor dia kontot/pendek!

Hari ni saya lepak kat rumah je. Malas nak ke mana-mana..nak rehat habis-habisan..nak landing tahap gila-gila punya..Hahaha...Sekarang ni, saya blogging sambil dikelilingi oleh para anak kucing yang pelbagai saiz..Termasuk 'kucing angkat' tu lah ada kat sebelah saya sekarang.

Kakak saya panggil kucing tu 'kontot' ? Err...pasal ekor dia lah tu! Saya kira nak panggil dia Si Manja..sebab dia manja betul kat saya..tapi dah asyik dengar orang dalam rumah ni panggil tot tot tot... so, lupakan lah nak panggil Si Manja. Otak saya terprogram dengan perkataan tot. meh~

Si Ontot yang kurus kering. Huhu..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Selasa, 24 Mei 2011

Bangun! Jangan Berhenti!


Terasa kaki penat berlari.Aku tersungkur! Aku juga mula menitiskan air mata.Ah! itu mungkin cengeng bagi mereka tapi apakan daya perasaan gembira dan teruja mulai pergi sedikit demi sedikit meninggalkan aku kesepian.Malah semangat juga sudah pergi beterbangan keawangan.Hati yang bersinar dengan keceriaan sudah hampir pudar.

Kenapa aku harus melayani perasaan yang hanya akan membuang masa? Mungkin, wajar aku miliki perasaan ini sebagai seorang manusia yang sedang berjuang dalam hidup. Ya! Hidup ini adalah perjuangan! Dan aku pula hanya manusia biasa yang punya hati dan jiwa - Bernyawa!

Muhasabah diri itu penting. Aku berfikir kenapa aku harus terlalu mengikut rasa hati yang tidak mahu tenang dari keresahan? mengapa aku harus mengikut rasa hati yang dipetikkan api kemarahan? Lupakah aku Allah sedang melihat apa sahaja yang sedang aku lakukan? Lupakah aku Allah sentiasa ada disisi ku? Sungguh! Allah itu tidak buta.Allah itu maha mengetahui, melihat dan mendengar meski hanya sesuatu yang terlintas dalam hati tanpa kita sedari.

Memikirkan hal ini, penyakit hati yang menghantui itu perlu dirawat segera. Ayuh! Ayuh bangun maju kehadapan! Putus asa itu bukan jalan yang Allah pernah ajarkan. Allah benci pada mereka yang berputus asa.Bangkitlah semula.Ambillah peluang yang ada ini untuk bangkit semula.

Berusahalah sedaya yang mungkin. Ikhlaskan hati kerana Allah. Hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Percaya dan yakinlah nur hidayah akan dipancarkan dengan usaha yang gigih. Benar! Hidayah itu ada hanya jika diizinkan oleh-Nya tetapi usaha itu perlu. Berdoalah. Mohon diberikan hidayah. Doa itu senjata terbaik bagi kita muslimin.

Kata-kata motivasi tergiang-ngiang di telingaku. Aku perlu bangun dan terus berlari. Jangan mengaku kalah setelah melakukan kesilapan dan kesalahan. Percayalah! tanpa kesalahan, insan tidak mungkin kan dapat melihat yang benar asal kita tidak mengulangi kesalahan sama.

Ya! Aku perlu bangun dan terus maju kehadapan. Bersabarlah! Suatu hari aku pastikan berjaya. InsyaALLAH.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Ahad, 22 Mei 2011

Rindu Dengan Semua tu


TENTANG SEORANG SAHABAT YANG PERNAH..

Senyumanmu itu hebat!
Mampu membuat aku merasa indahnya bersahabat.
Percayalah aku terharu dan gembira melihat kau senyum kepada aku.
Aku rindu senyuman itu!

Sentuhanmu itu mampu menyentuh hatiku.
Memegang tanganku membuat aku merasa kehangatan..
Sebuah Persahabatan
YA! Persahabatan kita yang membahagiakan.
Aku rindu sentuhan itu!

Cubitanmu itu hanya suatu kemanisan bagiku.
Itu membuatkan kita lebih sangat mesra.
Aku rindu cubitan itu!

Bila engkau meletakkan tanganmu pada bahuku,
betapa aku gembira kerana kita sangat serasi.
Aku rindu semua tu!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 9 Mei 2011

Mana KAU Pergi? PULANGLAH!

Cemas! Panik! Kemana kau pergi? Semalam ku rasa kau hanya duduk diam di rumah seperti biasa. Kau ku lihat berehat dan bersantai sambil kakimu bergoyang-goyang di kerusi. Kau melihat aku dengan matamu yang tidak dapat ku baca apa isinya.. Yang pasti hanya ku dapat rasa suatu perasaan kasih dan sayang buat mu yang COMEL! walaupun kadang-kadang ku rasa wajahmu kelihatan garang benar bila terasa diancam.

Kemana kau pergi?? Seharian kau tidak pulang ku hanya menunggu..kakak juga menunggu..hinggalah malam tiba kau tiada juga pulang. Kenapa kau lari dari rumah?? Apakah aku dan keluarga ku sekalian sudah membuat engkau rasa tersinggung mahupun terluka?? Apakah yang telah aku buat? Apa keluargaku telah buat hingga kau pergi tanpa apa-apa kata mahupun pesanan akhir?

Aku dan keluarga menunggu mu pulang semalaman. Kau tidak juga mahu muncul-muncul..kenapa? kemana kau pergi? Kakak ku sedih dan aku juga sedih. Selalu ku akan melihat mu tidur di atas kerusi..tidak pun ku akan melihat mu bermain dengan gembira di ruangtamu. Tapi sekarang? Suasana telah pun berubah. Kau sudah tiada... :(

Malam itu, aku berdoa..aku yakin kau masih ada.Aku yakin kau tiada apa-apa..aku berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk atau pulangkan engkau kepada kami semula dengan keadaan yang selamat. Namun, kau tidak juga muncul..Tapi aku masih menunggu..kami memanggil-manggil namamu...tapi sayunya hati bila kau tidak pernah mahu menyahut..

Subuh pun menurunkan tirai...Matahari juga mula bangun dan menerangi alam..aku keluar dari bilik dan ke ruangTamu...ah?! Ngingingggggg!! KAU PULANG!! Percayalah! biarpun aku sering sibuk dengan hal-hal kerja dan hal ku yang kau tidak mengerti langsung...kau tetap ada dalam hatiku kucing tersayang!

Mak Kucing (Nginging) ngah main somo ngan anak dia.

Penafian : Entri ini adalah berkenaan kucing tuan punya blog hilang semalaman sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana manusia yang masih hidup mahupun mati. Penulisan ini berlaku kerana pengaruh sastera semata-mata. Hahahaha!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Ini Yang TERBAIK!!

Aku rasa ruang itu cukup luas..
Peluang juga terasa banyak..
Dada terasa lapang!
Aku rasa bebas..
Aku rasa lepas..
Lega rasanya kerana dapat bernafas!
Aku tidak perlu berkias..
Aku tidak perlu menghindar..

uh!! Aku terlalu berbunga-bunga..Aku terus terang saja..Sedih memang ada tapi seperti yang aku kata pada lepas-lepas pasti ada hikmah daripadaNya..Satu telah pudar dan tawar tapi..lebih dari satu aku dapat terang dan manis! Syukur Alhamdulillah atas kurniaan ALLAH...Sungguh aku kata! Satu perkara sedih, 1000 perkara gembira ALLAH gantikan.Syukur! Syukur! Syukur Alhamdulillah~

Aku percaya..ini yang TERBAIK..Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati..

Kini, dia tidak lagi meminta mahupun mengajak..
Tapi..aku juga tidak pula mengharap mahupun mencuba..
Kerana...aku percaya..jika hubungan itu baik dan terbaik demi ALLAH, pasti hubungan itu akan berbunga semula..Jika sebaliknya, maka itulah jawapannya..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 2 Mei 2011

Up and Down

Esok rutin harian tu akan bermula lagi...
Percayalah masa itu cepat betul berlalu...
Bila hari ni aku rasa bahagia..
Esok pastikan tiba rasa yang sakit itu lagi..
Bila hari ni aku rasa sedih..
Esok pastikan tiba rasa gembira yang menggantikan sedih..
Begitulah hidup..

Atas bawah...
Turun Naik...
Yang penting how we handle the situation!
Aku berharap, aku dapat hendle dengan baik 😆

Esok hari bekerja..
Lusa juga..
begitu juga tulat dan juga tubin...
kerja dan kerja dan kerja...
Tak mungkin akan berhenti...

Dalam bekerja tu,
Ada sesuatu yang aku sedang nantikan..
Ada sesuatu yang aku cuba bersabar..
Ada sesuatu yang aku fikirkan..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: