SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 14 September 2015

Tips Penjagaan Selepas Cabut Gigi (Dental Extraction) | Trauma semasa zaman Kanak Kanak!

Bagaimanakah Penjagaan Selepas Cabut Gigi (Dental Extraction)! | Trauma semasa zaman Kanak Kanak! | Pengalaman pendarahan yang banyak!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

2 days a go (12 September, 2015) , Mr.Bee cabut gigi! Dah lama dah dia nak cabut ni tapi tangguh tangguh lagi..Well, pengalaman setiap orang tu berbeza dan level ketakutan pun berbeza beza, right?Kalau saya, cabut gigi memang laju je kalau ada bajet, perkara yang paling penting tu part bajet...Hhaha...Korang pun tahu kan, kadang kadang satu gigi boleh ngap duit korang lebih dari RM100 (Ikut kondidi gigi korang tu dan jenis klinik yang korang pergi) tapi jangan 'sogok' duit kat saya untuk tujuan tampal gigi ...mungkin...sebulan berlalu pun saya masih berfikir lagi nak pergi ke tak jumpa dentist..hHaha! Silap hari bulan duit tu pergi beli benda lain dah. Tehee!

Kalau Mr.Bee saya tu pula, tampal gigi dia memang esoke esoright! Macam tak ada rasa takut pun saya tengok. Dia macam cool saja laa pergi buat appointment tampal gigi. Tak ada tangguh kalau bajet tu mengizinkan. Cuma dia tak okay ngilu masa proses penampalan tu la... Tapi...kalau suruh dia pergi cabut gigi gegaran jantung dia ada mirip gempa bumi sikit. Wahaha! Tapi, selepas beri sokongan plus plus kuatkan semangat after dia sakit gigi tu, dia pun move on dan nekad...terus kata, "Esok pergi cabut laa...withdraw duit terus gi jumpa dentist..tak ada fikiran kedua!" katanya...

Ffuhh! Mesti susah nak cakap macam tu sebenarnya! Haittt! Fobia atau takut jumpa doktor gigi ni tidak kira umur tau! Depends la dengan apa yang ada dalam fikiran dan pengalaman lampau dulu dulu.



TRAUMA TENTANG RAWATAN GIGI


Kisah kami berdua sama je...kes trauma semasa budak-budak (Zaman sekolah)..cerita sama tapi lain situasi... My situation, masa sekolah dulu, tak ingat umur berapa..Kerajaan selalu hantar 'bala tentera' pergigian datang sekolah untuk check gigi budak budak sekolah... Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Bila saya melontarkan pandangan keluar tingkap kelas, dan nampak truck ada patung gigi gigantic di atasnya atau gambar gigi atau kenderaan tertulis "Pergigian" di atasnya, Maka... di situlah saya akan mula rasa seraaammm sejukkkkk!

Pada suatu ketika tu, diawal perkenalan saya dengan alat yang namanya DENTAL HANDPIECES yang mempunyai pelbagai jenis kepala atau dikenali sebagai drill - mata saya melihat tangan dentist mengangkat drill tersebut, mula mula memang tak rasa apa, takut pun tak, tapi...perasaan dan pengalaman waktu tu mengubah persepsi saya terhadap rawatan tampal gigi (Tooth filling) serta merta! Dentist tu garang OK, dibelasahnya gigi saya! (OK, sorry ini cuma ayat metafora melebih lebih ketika kanak kanak...tapi yes, the dentist was so garanglah bagi saya masa tu...Hhahaha).

Masa tu saya pertama kali buat rawatan tampal gigi kat sekolah. Memang tak boleh elak lah kan, nak tangguh pun tak boleh...kalau misalnya hari ni saya ponteng sekolah, esok diorang 'berkelah' lagi kot kat sekolah...so, sebab dentist dah panggil, memang kena pergi lah ke bilik kesihatan sekolah.

Jadi, apa yang buat saya fobia buat rawatan tampal gigi tu? Tak pasti saya seorang sahaja rasa atau orang lain pun rasa. Dentist tu drill sampai terasa panas kat gigi, tekan-tekan sampai ngilu, saya tak buat cerita ni tau...dia tekan - kasar...sempat terkena gusi! Ehh sakitnya... Mengalir air mata beb!

Huwarrgggh! hilang kegagahan saya sekelip mata...ehh malulah dengan kawan kawan semua...Hhahaha...kalau saya adalah giant dan dia pula adalah semut masa tu, confirm saya penyek penyek muka dia! Waahahaha! Erkkk ada dentist ke yang baca blogpost saya ni? Maaf tau. Tu hanyalah gambaran dan bayangan a.k.a imaginasi seorang kanak kanak / remaja yang sedang ketakutan dengan dentist.

Situasi Mr.Bee pula, sebab terkena dentist garang juga, marah-marah semasa dia di inject jarum untuk cabut gigi tu kat sekolah rendah...Dah marah marah, tak warning apa, dia terus cucuk. Kalau saya, terkena macam tu, mungkin disitulah bermulanya dentist tu bakal mendapat gelaran paling 'unik' dari saya dari hati yang terdalam. Wahahaha!

Pendapat saya lah. Observation dentist yang datang ke sekolah rendah atau menengah yang marah marah, moody dan garang ni bersebab juga. Sebab kan... budak sekolah tu ramai kan? Anytime mood, emosi memang boleh twist 360 darjah. Tambah tambah kalau jumpa budak yang menangis lagi, degil, budak yang menjerit lagi... dan banyak lagi la kan situasi yang mencabar. Memang memenatkan!

Memang boleh terjadinya situasi yang tegang macam ni. Atau mungkin juga ada yang cuba menerapkan teknik marah agar budak budak takut dan diam masa buat pemeriksaan gigi tu. Tapi, teknik tu tak sihat untuk kesihatan mental budak budak. Sampai ke dewasa boleh bawa memori tak elok tau.

Walaupun tidak semua dentist sama di zaman persekolahan masing masing. Tapi, saya masih nak cakap, apa sahaja pekerjaan kita, bermula dari pilihan kita. Mungkin ada yang bekerja bukan juga sebab minat atau pilihan tapi destiny kita bekerja dan berkhidmat di situ dengan situasi begitu. Ada masa kita kena control dan cuba untuk bersabar. Ada hikmahnya kita berkhidmat kat situ. Sabar dentist, kami semua; especially kanak kanak perlukan dentist yang lovely and sweet like candy yang buat gigi kitorang rosak tu. Tehee!

I'm sure zaman sekarang mungkin dah tak ada kan kes kes macam ni. I hope so...

Bila dentist yang bersikap tidak sepatutnya, akan buat budak budak takut...Orang dewasa pun takut kan... ini kan budak budak.

OK! Lupakan kisah lampau dan fobia zaman kanak kanak ni. Zaman sekarang kita beruntung sebab kita sudah mempunyai banyak pilihan. Nak pergi jumpa dentist mana satu? Klinik apa? Duit banyak semua jalan. Kalau tak nak kerap sangat jumpa dentist, jagalah gigi sebaik mungkin. Tapi korang, gigi tetap perlukan checkup. Ada masa kita tidak perasan pun ada bahagian gigi yang mulai rosak.

Macam kes Mr.Bee, memang dah rosak tak boleh tampal dah. Jadi, solusinya adalah cabut. Lepas cabut gigi ada cara penjagaannya. Jangan jadi macam saya, saya pernah alami pendarahan selepas mencabut gigi.

SEDIKIT PENGETAHUAN BEKENAAN CABUT GIGI


Secara formal (In English), cabut gigi dipanggil sebagai Dental extraction, tooth extraction, exodontia, exodontics.

Pencabutan gigi biasanya dilakukan sebab pelbagai alasan. Antaranya, gigi sudah mulai tidak selesa akibat kerosakan gigi, penyakit periodontal atau trauma gigi / kemalangan yang menyebabkan kerosakan gigi.

Ada masa juga cabut gigi sebab kerosakan yang disebabkan oleh gigi bongsu yang stuck tak boleh nak keluar dengan baik dan menyebabkan infeksi yang dipanggil Pericoronitis.

OK! Sikit sikit info sahaja saya tulis. Korang rajin rajin google untuk mengetahui pelbagai pengetahuan berkenaan gigi. Ada ramai dentist yang kini ada blog peribadi masing masing untuk menyebarkan maklumat berkenaan gigi pada zaman yang canggih sekarang. Dunia internet! Semua dihujung jari...

TIPS PENJAGAAN SELEPAS CABUT GIGI


PENAFIAN : Saya bukan dentist. Blogpost ni sekadar berkongsi pengalaman dan tips menjaga gigi yang lepas dicabut mengikut yang saya tahu hasil daripada rujukan (Pesanan dentist dan hasil pembacaan berkenaan gigi).

Yang dah biasa jumpa dentist memang akan tahu semua tips ni. Yang belum tahu, jom ambil tahu.

Bila kita cabut gigi, kita perlu jaga mulut kita. Kita kena buat beberapa perkara agar kita akan rasa better dan sembuh cepat bermula di hari pertama kita cabut gigi.

Tips 1 : Kawal Pendarahan

Cabut gigi tu, buat gusi kita berlubang. Ada luka. Bahasa dental, panggil lubang tu, soket. Macam biasa, luka memang lah berdarah. Untuk membantu kawalan darah yang keluar dari luka atau dari soket tu, kita kena gigit gauze (biasa orang kita panggil kapas gigi tapi rupa dia bukan macam kapas muka yang kita selalu nampak untuk sapu kat kulit muka tu tau). Gigit gauze tu rapat rapat kat kawasan bekas cabut gigi tu.

Bila ada tekanan dari gauze yang kita gigit tu, ia akan membantu mengawal pendarahan dan akan menghasilkan darah beku. Darah beku tu lah yang berfungsi untuk menutup atau menghalang darah soket dari keluar mencurah curah (teringat iklan koko crunch ke tu? Tehee - 'mencurah curah ke ladang gandum).

Gigit gauze kalau boleh 30 minit ke atas. Jangan kunyah. Gigit je dengan tekanan yang sederhana dan selesa.

Kalau Gauze korang dah habis (biasa dental akan bagi extra kan dalam 5 atau 6), tapi still berdarah. so... boleh replace dengan uncang teh. Menurut pembacaan saya, Teh mempunyai Tannic Acid yang boleh menghasilkan darah beku/gumpalan darah.

Nak tahu atau verifikasi mengenai uncang teh ni, boleh lah korang tanya dentist kalau ada kesempatan. Kalau ada dentist yang baca blogpost ni, boleh lah tolong komen di ruangan komen berkenaannya (Macamla ada dentist nak baca blogpost saya ni kan...tapi, mana la tau...)

Tips 2 : Kurangkan kesakitan


Kalau saya, saya OK sahaja selepas cabut gigi tu sebab masih ada kesan bius. Akan rasa sakit sikit lepas kesan bius mulai hilang. Untuk mengurangkan rasa sakit tu, saya akan makan ubat yang diberikan klinik pergigian setelah selesai cabut gigi.

Jangan memandu semasa mengambil ubat tahan sakit. Mungkin akan ada kesan mengantuk.

Tips 3 : Mengurangkan bengkak


Untuk mengurangkan bengkak, letakkan bungkusan ais pada pipi yang berhampiran dengan tempat cabutan gigi.

Boleh letak ais dalam plastik atau tuala kecil. Sapukan pek ais tu di sekitat pipi selama 10 minit, kemudian boleh angkat selama 5 minit. Ulang ulang dan In Shaa Allah bengkak akan mulai surut dengan sendirinya.

Tips 4 : Dapatkan rehat yang secukupnya


Hadkan aktiviti lasak selama 24 jam pertama selepas buat rawatan cabut gigi. Rehat pada waktu siang dan tidur lah lebih awal. Semasa berbaring, pastikan bantal sedikit tinggi dan selesa.

Tips 5 : Jangan lakukan beberapa perkara di bawah


  • Jangan minum menggunakan straw. Menghisap straw akan memberi sedikit tekanan pada soket dan kemungkinan besar akan membuatkan gumpalan darah pada gigi tersebut tercabut. Ia mengakibatkan pendarahan berlaku semula dan berisiko mendapat soket kering. Ia akan melambatkan proses penyembuhan.
  • Jangan minum minuman atau makan makanan panas. Makanan dan cecair panas kemungkinan akan membuatkan pembengkakan bertambah dan akan merosakkan atau mencairkan gumpalan darah pada soket/lubang gigi.
  • Kurangkan pengambilan alkohol kerana penggunakan alkohol yang berlebihan boleh memperlambatkan proses penyembuhan.
  • Jangan merokok. Merokok juga sama situasi seperti menghisap straw. Ia berisiko merosakkan gumpalan darah pada soket gigi.
  • Jangan berkumur kumur terlalu kuat kerana dikhuatiri gumpalan darah pada soket tercabut.
  • Jangan usik luka menggunakan jari atau lidah.
  • Jangan kerap berludah.


Tips 6 : Sila lakukan beberapa perkara di bawah


  • Sila makan makanan lembut dan sihat agar cepat sembuh.
  • Minum air secukupnya.
  • Berus gigi perlahan lahan. Elakkan memberus bahagian bekas cabutan. Elakkan menggunakan ubat gigi untuk 24 jam pertama sebab biasanya kita akan berkumur kumur dengan kuat ketika membuang ubat gigi dalam mulut. Tetapi, kalau masih nak guna, just berkumur kumur dengan gentle. OK.
  • Selepas 12 jam biasanya kita memang boleh berkumur kumur.  Kumur kumur dengan garam (satu sudu teh bersama segelas air) 4 kali sehari untuk membersihkan kawasan luka cabutan. Jika tidak pasti dan ragu ragu dengan kumuran garam ini, boleh lah rujuk dentist korang untuk kepastian.
  • Bersihkan sisa makanan (jika ada) pada soket dengan cutton bud.



PENGALAMAN SAYA MENGALAMI PENDARAHAN TIDAK BERHENTI SELEPAS CABUT GIGI

Saya pernah cabut gigi geraham hujung sebelah atas dalam tahun ni juga. Saya cabut sebab gigi tu sakit sangat dan sampai kepala. Saya tak fikir panjang samada saya boleh selamatkan gigi tu dengan buat Tooth Filling (Tampal gigi) atau tidak sebab saya memang takut tampal gigi berbanding cabut gigi. Wahahaha... Selepas cabut, dalam 1 jam je darah memang dah stop..Tapi hairan bila malam tiba-tiba darah keluar banyak semula. Banyak gila! Macam bukan cabut gigi je rasa...macam derma darah..Wahahaha! I'm not kidding okay.

Panik juga... tapi saya tak ke klinik semula sebab gauze masih ada lagi. So, saya gigit je gauze tu. 3 hari berturut-turut darah tak stop juga. Memang dup dap dup dap dah ni... takut laa...Hari ketiga, saya ambil keputusan jumpa dentist tu semula.

Sengsara bila darah tak stop. Masa tidur, boleh-boleh tertelan darah, tersedak dan terbangun! Percaya atau tak, sepanjang 3 hari tu, sekurang-kurangnya 1 gelas sehari, darah bercampur air liur saya keluarkan dari mulut. Makan pun susah sebab darah tu keluar dengan bahagianya.

Hari ketiga, waktu pagi darah still ada..hairan juga apa kejadah dengan gusi ni tak nak stop berdarah. Sakit tak juga sakit. Bengkak? ada sikit.

Tengahari jumpa dentist semula. Dia check itu ini...then, dia kata, "Kalau selepas 3 jam ni, masih berdarah, jumpa saya semula...saya bagi ubat untuk stop kan darah tu..tapi bila tengok gusi u ni, saya rasa dia nak stop berdarah dah..."

Then, dentist nasihatkan kalau 24 jam tak stop darah tu, terus jumpa dia... jangan tangguh sebab bahaya juga darah banyak tak nak stop...

Alhamdulillah selepas 3 jam darah tak keluar lagi. Fuuuhhh~ lega...tidur nyenyak...lena dibuai mimpi malam tu..tak ada darah untuk ditelan pada malam tu. HAHAHA!

Nak tahu sebab apa soket saya berdarah tak berhenti? Sebab saya minum guna straw pada hari pertama cabut gigi. Gumpalan darah hilang. Dah selama tiga hari tu saya tak tahu apa apa sebab saya tak tanya dentist. Hhuhuhu... Time tu juga memang tak tahu straw boleh buat pendarahan semula dan... saya tak tahu soket gigi disembuhkan oleh darah beku yang bergumpal dalam lubang bekas cabut gigi tersebut. I've learned from my mistake...Vvaaah!

So, jangan buat kesilapan macam saya! Hhehe...

...dan syukur juga, gusi Mr.Bee sihat walafiat selepas cabutan. 1 jam je darah dah kurang. Bila kesan bius dah kurang, darah memang totally tak keluar dah. :)

Selepas beberapa jam cabut gigi, Mr.Bee dah happy giler...lega...jadi dia slumber makan aiskrim! Saya? tumpang minta aiskrim! kekekeke!




Disebabkan saya sangat lapar...Mr.Bee belanja Fried Chicken with Tomato Rice sementara dia makan ABC aiskrim sampai habis!!


Macam sopan je...Macam malu je...
HAHAHA! YeayYY!

OK!
Thanks sudi baca.
Jumpa lagi di next blogpost...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

41 Kata-kata Dari Teman:

Tanpa Nama berkata...

hari ni sy pun cabut Gigi juga bahagian belakang sekali.. dah rosak.. fuh.. dentist buat tugasan memang payah tengok muka dia letih. huhuhu.. gigi geraham bongsu memang susah cabut beb.. bila selesai bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.. tapi masih tak stop darah dah 2jam.. ubat bius dah habis.. nyuk nyuk.. pasal starw sy dh guna bukan apa dahaga sangat-sangat.. xpe.. skrg sy dah tahu tips-tips ini.. terima kasih awak. masih nyuk nyuk..

Unknown berkata...

Salam..sy cabut jugak gigi geraham atas..dah 8 jam x berhenti darah kuar..stress pun ade...berdenyut je

Afiantie berkata...

Saya baru pergi hosp. Cabut gigi bongsu..ya ampun bila dah kat dlm klinik boleh mengigil ketakutan. 2 kali bius baru boleh proceed.
Terima kasih sharing tips..
Akan ku carik ais krim sekarang jugak!

Unknown berkata...

Hi saya pun baru cabut gigi geraham bongsu sebelah atas. Mmg dari pagi cabut gigi sampai ke petang darah still keluar. Risau gak pasal pe bnyk sangat darah tk berenti2. Tapi bila tnye pengalaman orang lain pn sama mcmtu jgk kira normal la tu. Takde la takut sangat. Ingtkan kita sorg je cabut gigi berdarah tk berenti2 sampai 1 hari huhu 😅

Unknown berkata...

������ dh 14 jam darah xhenti berdenyut2 rasenye kate cik husband��

Unknown berkata...

Kapas selepas cabutan gigi tu berapa jam baru boleh buang..tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..tq atas tips n sharing. Saya baru lepas cabut gigi hari ni. Lega rasanya.Sebelum cabut memang berdebar giler..Tapi, fikir sampai bila aku nak tanggung sakit..Aku tanamkan tekad, hari ni saya mesti akhiri sakit gigi yang saya tanggung hampir seminggu.Alhamdulillah..tq nurse n doktor atas bantuan mencabut gigi saya. Walaupun cabut kat hospital kerajaan tapi servis bagus..Bayar pendaftaran rm1 n cabut gigi rm1 jew..total Rm2..Syukur kpd Allah kerana menamatkan sakit gigi saya.

Tanpa Nama berkata...

comel je.. suka baca. saya baru lepas cabut gg.. kapas doktor bg pun dah habis guna tp stil bleeding banyak mcm nk abeskan darah 1 badan kite ni.. then last2 gigit towel.. nk g klinik tu smula hari ni rasa mcm ohhh tidakkk jauh kot.. so gigit towel jela dulu.. td cabut 11.30 pagi and skrg dah pukul 1.. still bleeding byk...huwaaaaa..

Unknown berkata...

Thanks for the great tips sharing is caring, saya Baru 2 hari cabut Gigi depan ,so far selpas 2 hour's dh tx bleeding lg, cuma sya get head ache the whole day..mmg Tak larat nak bangun , first time dpt sakit kepala Teruk sgt..

n@in@ berkata...

Baru cabut gigi jgk..xthn ni..dh la nk raya..lupa nk tny doktor tips td..dia ada gtau tapu xberaoa nk dgr..tq info n bagi rips ni..

Maimon berkata...

Saya pun cabut gigi hari ni selepas tangguh beberapa lama menanggung sakit sampai ke mata dan kepala. Hari ni bertekad pergi hosp kerajaan di sp. Punyalah baik doktor lelaki muda tu, rasa nk pi csbut lg. Wbp masih berdarah, kapas dah lama habis, pakai tisu, itupun nk termuntah dgn darah ni. Makan dan minum pun takut dan masih berpuas@ takut terminum darah skali. Duk menahan dahaga dan laparlah ni dr jam 10pg td hingga la ni dah 8.30mlm. Nasib badan

Sofinah Lamudin berkata...

@aidragonwarrior, bila kapas tu dah kotor atau penuh, better buang. Pakai yang bersih. Sebab kapas yang banyak darah tu lama-lama jadi darah lama (warna hitam). Takut ada bakteria.

ikarazzi berkata...

Huhu.. Sy pn tgh mngidap sakit ni.. Serpihan kcik msih berbaki. Brdenyut2 je aser.

Unknown berkata...

Haha comel aje. Thanka for the tips. Saya pun baru cabut gigi geraham.hari ke 4 dah. Nak tanya, bila makan nasi? Lapar betul nak hidup makan kek bubur nasi dan kuey teow. Saya bukan fan makan kek or aiskrim

Unknown berkata...

Saya baru cabut geraham bongsu. Dah 4 hari lepas. Nak tanya bila awak start makan nasi bila darah dah betul2 berenti?

Tanpa Nama berkata...

Fuhhh bab 3 hari darah tak berenti tu takut gak akak huhuhu .. nasib laaa akhirnya berenti..

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Bab darah tak bere nti selama tiga hari tu kan .. akak baca pon takut pulak rasa . Tapi nasib baik kan berenti

nurul aqidah azahar berkata...

sekarang bukan tak boleh cabut gigi ke sbb covid. my hubby kata mcm tu. ida kalau gigi dh berlubang..sakit. baik cabut je senang. pernah tampal pecah..pastu cabut jelah. senang citer.hahaa

Sofinah Lamudin berkata...

Maaf baru balas komen ni. Saya tak perasan seksyen komen untuk blogpost gigi ni tertukar setting. Kapas atau Gauze tu biasa guna 30 hingga 40 minit darah tak keluar dah. Tapi kalau masih keluar juga, better la tukar kalau penuh dengan darah.

Rawlins GLAM berkata...

Rawlins seorang yang tak pernah dicabut gigi oleh dentist sedari kecil sehingga la sekarang. Now jumpa dentist untuk yearly treatment and pembersihan je. Syukur la takde masalah.
Rawlins penakut dentist hahaha

Kak Fas berkata...

Bab dentist ni memang kak pun tak suka malah masih teringat masa Aman sekolah dulu dia suh baris je dan bila turn sampai dia ingat dah kebas main cabut je padahal belum kebas betul. Sejak tu sampai skg fobia dgn dok gigi esp kerajaan..

Bonde Zaidalifah berkata...

Sakit gigi memang tak boleh bincang tau! Pengalaman lepas cabut gigi darah tak berhenti seminggu... nagis di tepi katil hu hu hu... tu rasa tobat dah nak cabut gigi. jadi sekarang jaga pemakanan.. dan gosok gigi selalu

aliah syafiqah berkata...

Paling sakit bila sakit gigi. Pastuh best bila gigi kebas , gigit lidah tak rasa apa apa. Hahah. Cukup la masa kecik rasa sakit gigi. Taknak dah. Seram.

AlongMurni berkata...

Terima kasih atas perkongsian info yg berguna nie bab penjagaan gigi dan selepas mencabut gigi.. Alhamdulillah setakat nie AM cabut gigi sendiri je kat umah..

Princesa3290 berkata...

Good sharing!!! Selalu dengar nak pergi klinik gigi pon dah takut, tp kalau dah sakit yg tak terhingga, terpaksa juga lah cabut :p

Nadia Johari berkata...

Memnag lepas cabut gigi kr ape, mesti sakit denyut2.. Selalu akan rehat je. Then makan makann simple je..

Cik Puan Ena berkata...

Uitt seramlah dengar. Masa sekolah bab kena cek gigi lah paling takut sbb garang habis. Nangis tahap gaban kena marah plak tu. Trauma lagi bila di ingatkan 😂 tu baru tampal gigi.

iena eliena berkata...

Perkongsian yang bagus dan sangat bermanfaat. Boleh dijadikan rujukan nanti. Thanks for sharing dear :)

Sofinah Lamudin berkata...

Artikel tips penjagaan selepas cabut gigi ni saya tulis pada September 2015. Saya rasa, masa musim Covid-19 ni, tak boleh pergi klinik gigi sebab bukan kecemasan rasanya. Masa MCO lepas je rasanya tu. Kat tempat saya, Alhamdulillah dah zon hijau. So, saya pergi klinik pergigian macam biasa.

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah... bagus la Rawlins... cukup gigi semua.. saya ni dah ada gigi yang tak ada... hahahaha...

Sofinah Lamudin berkata...

Omg kak.. belum kebas dah cabut... sakitnya... hhuhuhuhu...

Sofinah Lamudin berkata...

Betul kak Zaidalifah... mana yang boleh jaga ni, kita jaga..lama juga tu kak seminggu...

Sofinah Lamudin berkata...

Erm... macam mana AM cabut gigi sendiri kat rumah?

Sofinah Lamudin berkata...

Hmm... saya ingat saya je jumpa yang garang ni. hehehe...

Sofinah Lamudin berkata...

sama sama kak Iena... Thanks drop by...

Sofinah Lamudin berkata...

Itulah yang sebaiknya kak Nad. hehe...

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha... ha'a... kalau dah tak tahan memang tak boleh nak buat apa.

Sofinah Lamudin berkata...

Hiks... semoga Aliah Syafiqah selalu sihat hendaknya...

Sofinah Lamudin berkata...

Akan berhenti.. In Shaa Allah... gigit je gauze tu rapat rapat.. kalau teruk cepat2 jumpa dentist.

Tini Alif berkata...

Saya ni paling takut nak jumpa dentist... Huhuhuhu... Dok jumpa dentist time kat sekolah dulu je dan juga time ibu bawa ke klinik kesihatan... Perkongsian yang sangat padat dan bermanfaat... Thanks for sharing ya...

Mira Cikcit berkata...

Seram pulak rasa bila kena fikir cabut gigi ni tapi Alhamdulillah setakat ni ok je gigi. Thanks untuk info ni, sangat berguna untuk knowledge.