SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 3 Mac 2015

Happy Birthday My Dear Husband | Kota Kinabalu | 23 - 27 Februari 2015

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah! ohh home sweet home. NOW at Labuan sambung kerja and making money. Now saya busy buat promotion #Fibo966 menggunakan #Voucher696 untuk trader Forex tak kira dah otai atau pun newbie.

Macam biasa, Apa tu Forex? KLIK SINI je untuk maklumat lanjut.
Kalau nak tahu promotion yang saya sedang buat, apa kebenda ke alah nye la tu #Fibo966 dan #Voucher696 tu, boleh KLIK SINI. Selamat mempelajari sesuatu yang baru :)



Last week, saya dan my Encik Abang lepak, making money, jalan-jalan dan so on kat Kota Kinabalu.
Dari 23 Feb hinggalah 27 Feb stay kat Kota Kinabalu. Actually, tujuan saya yang sebenarnya nak celebrate birthday my beloved husband!

A'ahh... 26 Feb 2015 is his birthday! :) Happy to say....seronok sebab dapat jalan-jalan dan sambut birthday suami kat Kota Kinabalu. Lapang, tenang dan ceria.
...but....haa.. ada but juga...saya terkilan sedikit atas sebab saya tak dapat melaksanakan plan birthday yang ada dalam fikiran saya untuk Encik Suami tercinta. Hmm...

Selfie sikit. Hahahahaha!

Nasi Briyani.



Dah la macam tu ceritanya...Encik Suami pula yang shopping untuk saya. Ish ish isteri isteri.. haha. Bertuah rasanya. Beruntung sebab dapat suami yang suka menghias isteri ni. Kalah saya...bab-bab baju, tudung, etc hal-hal pempuan dia memang nombor satu termasuklah memasak.

Thanks My dear :)

Tak apa. In Shaa Allah saya usahakan sesuatu untuk gantikan plan birthday tu nanti... ewaahhh... tunggu isteri mu datang..wrkwrkkk...

Saya cerita simple miple...

Hari Pertama.
Naik feri express dari Labuan. Tiket RM19 satu kepala. Siapa tak biasa laut, kemungkinan akan pening kepala dalam feri. Saya salah seorangnya. Ikut musim jugalah. Kejap ok kejap tak ok. Perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu naik feri Express tu dalam 3 jam macam tu. Lepas tu rehat kejap kat Hotel dan jalan ke Centre Point dan Suria Sabah.

Breakfast...sebelum naik feri.

Dalam feri. Layan Music dua-dua.



Hari Kedua.
Dating.

Hari Ketiga.
Pun dating. Kehkeh...Kami ke Karamunsing. Suami nak beli software windows. Kat sana saya cuci mata sikit. Komputer, Handphone, X-Box,PSP,PS3 dan PS4. Aisshhh! Geram seyhh! Kalau boleh nak angkat satu PS3 atau X-BOX. Paling koman pun angkat PSP tu haa. Kwang3x. Tapi dalam kepala memang nak tapau satu. Macam macam ada dalam kepala sebab kan keesokan harinya Birthday intan payung sayaaa...omo omo...

Jammed jalan... Gara-gara budak sekolah Cina balik...

Wefie wefie dengan Encik Suami tercinta!

Berdua lebih baik. HEhe.



Malam... Encik Suami ada kelas online Forex. Macam biasa... kitorang memang macam ni. Anytime anywhere boleh buat kerja. Syok!! boleh KLIK SINI untuk lihat salah satu website making money yang dikendalikan oleh My Encik suami.

Hari Keempat.
HAPPY BIRTHDAY MY DEAR SUAMI!!
Semoga sentiasa dilindungi Allah. Sihat walafiat...Semoga dikurniakan rezeki melimpah-limpah tak kira apa pun bentuk rezeki tu, kewangan, rezeki hati, rezeki agama, rezeki kebaikan, rezeki ilmu, rezeki kasih sayang...ermm... rezeki bini baik! eceehhh.. :)

Ikan bukan sebarang ikan ni.


Tengok muka dia... Happy go lucky on his birthday. hehehe.

Watching movie. Kingsman!



Terharu sampai bila-bila sebab setia, jaga dan prihatin kat saya. I Love You soo muchh my husband!




Hari Kelima.
Kalau boleh nak dating lagi tapi kena balik Labuan juga. Haha!

Last shopping! Coffee fav Encik Suami :)

I love you so much!


Then? Home sweet home...
Thanks for everything great my darling. I feel good!

Terima kasih sebab sudi baca.











Share:

Selasa, 10 Februari 2015

Bisnes mudah kaya? Kalau nak kaya, minta kat ALLAH. ehh?

Assalammualaikum readers dan Bloggers,

Tajuk kemain lagi tu..Nak story sikit mengenai BERNIAGA, USAHA, DAN MINTA kat ALLAH ni.

Maklum, ni salah satu dugaan wanita buat bisness online kat rumah ni. hehe. Saya taklah arif sangat bab-bab ketuhanan ni. Nak kata alim taklah, tapi tahu juga kebesaran Allah tak ada tandingannya.

Bila saya ditanya, kerja ke? Jujur lah saya jawab, "tak" . Bila ditanya lagi, jadi buat apa? saya pun jawab jujur jugalah... biasanya, kalau soalan macam ni memang nak tahu kita tak kerja sebab apa dan buat apa bila tak kerja. So jawapan saya simple saja "bisness online, boleh ke website saya - http://forexpercuma.mudahkaya.com atau http://mocaz.mudahkaya.com" ...

hehe... bagi website je sebab kan nanti saya cakap panjang-panjang susah juga. Jadi kat website boleh baca sendiri. huhu..dan boleh dapat info lebih banyak kan.

Tapi tiba-tiba dia kata, "ehh? bisness 'MUDAH KAYA' ? kalau nak kaya minta kat Tuhan.." ...

Aik? kekeke... mungkin sebab dia nampak nama website guna domain "MudahKaya" tu yang dia pun cakap macam tu.

Ini pandangan saya, kalau kita nak bahagia, nak kaya, nak positif, semua perkara kena gunakan perkataan yang positif sahaja. Penggunaan 'Mudah Kaya' di sini bermaksud, doa dan pemangkin semangat supaya rasa tak susah sangat kalau nak kaya ni. Berusaha pun tak lah seberat mana. Setiap perkataan dan kata-kata kita akan mempengaruhi minda kita. Mungkin pembaca ada yang pernah membaca buku "The Secret" atau pun "The Law of Secret", mesti tahu kenapa saya guna "Mudah Kaya" pada website bisness online saya.

Saya memang tak nafikan apa dia kata.. "Kalau nak kaya, minta pada ALLAH.." Setiap apa yang kita impikan dan mahukan, kita memang kena minta pada ALLAH...TAPI..saya tegaskan kat sini, MINTA SAHAJA tidak cukup. Bayangkan, bangun pagi, berdoa...lepastu masih buat rutin harian yang sama...tak ada pun buat sesuatu untuk kaya...masih juga boros, masih juga pergi kerja, balik kerja, pergi kerja,lepas tu balik kerja tidur makan tidur makan.

Yes! Berdoa tapi ALLAH tak kata, berdoa kat dia dan dia akan bagi takpayah usaha, right? Saya rasa, kalau berdoa sahaja, tak ada buat apa, menunggu sahaja tak mungkin ada apa yang diimpikan berdoa lah puas-puas macam mana sekalipun.

Tak cukup dengan hanya berdoa tanpa USAHA. Tak cukup dengan hanya BERUSAHA kalau tak BERDOA dan TAWAKAL. Saling berkait keduanya. Macam mana kalau saya berdoa tapi website dan tindakan bisness saya tak wujud? adakah saya dapat apa yang saya mahu melalui hanya berdoa? Nope.

Berniaga, Berdoa, Berusaha..Simple.

haha...

Dah terlepas cakap pasal bisnes online saya kat sini, baik dan lagi elok saya kongsikan terus. Kita berkongsi tak salah. Jangan paksa sudahlah. Betul tak?

Website yang saya sebutkan kat atas, http://forexpercuma.mudahkaya.com .

Website ni hanyalah penyebaran ilmu melalui E-Book PERCUMA sahaja. Saya create khas untuk newbie yang nak belajar Forex. Totally ASAS FOREX. apa itu Forex? Untuk apa Forex? Macam mana nak buat Forex? semua ada dalam e-book PERCUMA ni.



Website yang kedua pula saya sebutkan kat atas tu, http://mocaz.mudahkaya.com .

Website ni pun penyebaran E-Book PERCUMA juga. Tapi bukan ilmu Forex. Ia lebih kepada memperkenalkan kepada semua orang platform Forex yang sesuai dan In Shaa Allah adalah terbaik dari MALAYSIA. Ini lah syarikat di mana saya berkecimpung sekarang.



Korang boleh melayari website tu, untuk menambah info. Mana lah tahu memang korang sedang mencari bisness online untuk korang buat part time atau korang mungkin suri rumah yang nak cuba-cuba atau mungkin memang dah tahu mengenai Forex tapi korang nak cari yang lebih bagus.kan..

Tak salah pun. :)













Share:

Ahad, 8 Februari 2015

Rancangan Kegemaran bersama suami dari Channel ANTV Indonesia | Jejak Paranormal | Mistik

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Sekarang dah jam 1:48am tapi ambil kesempatan update blog kejap. Hehe. Saya dan Encik suami baru saja selesai menonton rancangan TV berjudul JEJAK PARANORMAL secara online. Terpaksa layan secara online sebab rancangan tu dari Indonesia - ANTV nama channelnya.




Rancangan JEJAK PARANORMAL ni berlangsung setiap hari AHAD (Jam 12.30 pagi) waktu Malaysia. Kalau kat Indonesia, 11.30 malam, bersamaan hari Sabtu.

Last week, diorang buat shooting kat BOGOR. Tu yang hashtag nya #JPBOGOR.
Minggu ni mereka buat kat BEKASI, so #JPBEKASI. Rancangan ni hot tau kat Indonesia.

JEJAK PARANORMAL ni, kalau tak kuat semangat, jangan tengok sorang-sorang tau. Ada plak yang menjerit atau pengsan. huhu. Kalau yang berani siut tu, silakan tengok sorang-sorang. hahaha...

Saya? saya memang minat tengok cerita JEJAK PARANORMAL ni. Tapi...dengan syarat, mesti berteman. Encik suami wajib temankan tengok ni. hahaha! Punca saya kenal rancangan TV ni pun dari dia juga. Wkaka.

Video kat bawah ni video promo #JPBEKASI, diorang buat jejak paranormal kat rumah yang dah ditinggalkan lebih 20tahun. Wehh.. 20tahun tu, confirm ada yang tinggal..faham-faham sendiri. huahua...

Tengok lah video ni...

Macam mana? Seram tak?

So apa sebenarnya JEJAK PARANORMAL ni? Rancangan ni, sama macam seekers la lebih kurang tapi yang ni lagi mantapp la bagi saya. Paling jelas nak cakap, jejak mahkluk ghaib seperti Jin. So rancangan ni memang buat satu pembuktian bahawa makhluk ghaib tu wujud. Penampakan seperti Pontianak, Pocong, apa lagi ye? Bahasa Indonesia panggil macam-macam, contohnya, Genderowo, Wewe Gombel, Bolong dan macam-macam lagi.

Selain tu, mereka ada juga buat tarikan barang pusaka yang tertanam. Paling seram bila mereka jumpa jenglot. Aduyy... Jenglot tu apa? Korang google sendiri ye. Tak sanggup nak letak gambar benda alah tu kat blog ni. hiaihiahiahaia..

Rancangan ni diketuai oleh dua orang yang mungkin saya boleh kata sebagai pengamal ilmu ghaib. Tak sure nak gunakan perkataan apa. Kalau Indonesia, diorang sebut "Paranormal" atau "Praktisi".Seorang lelaki, yang bernama "Ki Prana Lewu"... yang perempuannya pula bernama "Ana Cikey" . By the way, saya ni peminat Ana Cikey! Sebab dia nampak rugged tau. Fashion dia pula, pergh! fuhh.. memang I loike sangat. Pakai boot, pakai tshirt, pakai jeans. Sesuai dengan rancangan la juga. Takkan nak jejak hantu guna tumit tinggi. Wakaka!

Ana Cikey berani tau! TIP TOP! ;)

Korang boleh follow Ana Cikey dan Ki Prana Lewu ni kat Twitter. Nak follow Jejak Paranormal pun boleh juga.

@AnaCikey
@KiPranaLewus
@KiPranaLewu
@jejakparanormal




Kalau korang nak layan cerita ni siang-siang, dan nak tengok rancangan mereka yang lepas-lepas, korang just search kat youtube. Berlambak tu. hehehe.



OK! Selamat menonton JEJAK PARANORMAL. Thanks sebab sudi baca :)












Share:

Sabtu, 31 Januari 2015

Bagaimana bermain Clash Of Clan di PC? | Hobi Bersama Suami | Clash Of Clan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah. Sejak jadi isteri ni sangat indah dan lebih seronok. Bahagia rasanya. Hobi boleh dikongsi bersama. Saya memang suka share dengan Encik husband. :) Dari sebelum kahwin lagi. Sekarang bertambah-tambah lah nikmat "Berdua lebih baik". kekeke.

Sejak bulan November 2014, sebelum kami kahwin, kami try install dan main game CLASH OF CLAN kat handphone masing-masing.. Siapa yang tak tahu game ni? Rasanya majority memang tahu.

Sekarang ni, saya dan Encik suami dah kemaruk Clash Of Clan ni. Sambil layan chart forex tu, saya dan Encik suami memang tak sah tak main Clash Of Clan ni. hehe.

Saya memang suka main game sejak kecil pun. hahaha. Kalau di bagi Oculus ke, PS3 ke apa ke, boleh jadi kemaruk juga kot. Layan ngan Encik suami, main lawan-lawan. hahaha! Saya ni, tengok jenis game tu juga baru layan. BUT! ditekankan kat sini,..bukan 'gila game' sampai tak ingat dunia tu.
Huhu.. Semua orang faham kan. Game tu game juga. Minat tu minat juga. Faham-faham la sendiri. ahakz..

Semalam, Encik Suami install Bluestack kat PC dia. Dia meng-android kan PC dia tu. Hah! Apa lagi, BESAR gila COC dia kat PC..Saya jeles juga la. hahaha. Sebab lappy saya tak boleh la ada bluestack tu. Jadi lembab semacam je. Susah nak buat kerja. So, abaikan je. Saya main kat hanphone cukup. hikhik...

So, Bagaimana nak main COC kat komputer? Lagi puas hati kan main sebesar-besar screen? haha..

Puas hati kan macam ni!!! Waahahaha!



Tengok lah, Encik suami layan kat PC. Sebesar besarnya. haha. Ni belum tambah dua tiga biji monitor lagi ni... >_<

Macam ni, TUTORIAL BERMAIN CLASH OF CLAN DI PC ATAU KOMPUTER adalah seperti berikut;

Langkah 1 :
Download dulu BLUESTACKS kat sini : http://www.bluestacks.com/.

Langkah 2 :
Lepas download siap, install kan ke komputer anda, kemudian anda akan melihat screen seperti di bawah:



Lepas tu, macam biasa, login alamat email anda yang anda gunakan untuk Clash Of Clan anda tu. Masukkan password dan klik sign in.

Langkah 3:
Lepas sign in, anda akan ke menu utama Bluestacks seperti di dalam gambar di bawah ni.



Langkah 4:
Kemudian, klik kat 'search' button warna oren tu dan taipkan 'clash of clan' macam dalam gambar kat bawah ni pula.



Langkah 5:
Google Play akan meminta google ID dan password kemudian boleh ke main menu Google Play dan search Clash Of Clan dan klik install.





Langkah 6:
Selepas install, anda sudah boleh bermain Clash Of Clan anda di PC. :)



Dah siap tutorial nya. Selamat mencuba! hehehe... sumber tutorial : http://cocland.comhttp://www.cocland.com

Clash Of Clan saya kecik lagi. Tak banyak yang di unlock. Nanti lama-lama besar la juga. Antara Clan saya dan Clan Encik Suami, tentu lah Clash Of Clan dia lagi tinggi level. Laju pula tu. Tak tahu macam mana dia buat. Tak apa... Saya nak main kejar kejar COC dengan suami ni. Siapa lagi cepat.. kekekekee. :p


Base saya yang tak berapa semart ni. Kejap lagi tukar.. Ngah tunggu Town Hall naik level jap lagi.. (next week kowt baru siap... kejap la sangat)...
Chating serius ni... Wakaka.
Saya punya baru level 40...huhu..

Nama Clan kitorang "Infinity696".. Kalau nak datang menjenguk datang la :)

Peperangan antara clan. Boleh tahan collect loots. Hahaha... banyak kali menang. Kitorang war tak habis2. 

Pencapaian yang nak dikejar demi Gems. HAHA!

Email antara ahli clan.

Oyeaahhh! Saya menang walaupun tak 100% star. ekekeke. Ok la tu kalau setakat nak merompak gold dan elixir tuh. :p

Encik Suami punya profile! Dah ada Dragon!!! Saya pun nakk juga....!!

Itu saja nak cerita. Nanti sambung lagi. Nak main COC dengan Encik suami dulu. hikhik :p












Share: