SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 3 Julai 2017

Berniaga di Bazaar Ramadhan 2017

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

HAHA! Hai, saya muncul lagi..! Selepas dua bulan tak update story.

Posting kali ni nak kongsi story pengalaman berniaga di Bazaar Ramadhan. Saya terdedah dengan berniaga di bulan Ramadhan ni sejak tahun 2013. TAPI, tahun ni berbeza. Kalau tahun sebelum ni, jangan harap nampak muka saya terpacak kat gerai. HAHAHA! No no no...sambil-sambil on gerai kat Bazaar, saya dan Mr.Bee berada kat mana?

Lokasinya adalah...
1. Perpustakaan awam - Baca buku atau layan laptop dan buat kerja online.
2. Lapangan Terbang Labuan - Lepak kat bangku sambil main game android.
3. Kat rumah - Layan PC Game dan reply soalan-soalan client online.
4. Jalan-jalan ke Ujana Kewangan, Utama Jaya, Milimewah, Labuan Supermarket dan sebagainya sebab cari barang raya dan Bazaar.
5. Singgah ke setiap Bazaar yang ada di Labuan - buat tinjauan dan cari makanan.

Tahun ni, Alhamdulillah saya dan Mr.Bee dengan besar hati 'turun padang' dengan hati yang TERBUKA.



Tahun lepas (2016), kami dapati Bazaar Ramadhan kat kawasan  berhampiran rumah semakin seronok dan memberangsangkan.So, kami pun plan nak buka gerai kat situ. Saya dan Mr.Bee pun ambil keputusan untuk buka dua lot kat kawasan tersebut tahun ni (2017). Actually, ada beberapa plan yang dah dibincangkan tahun lepas tapi persiapan kami agak sedikit terlewat jadi, kami pun meneruskan plan ni apa adanya. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, tetap puas hati dan seronok. In Shaa Allah, tahun depan buat mantop mantop lagi kalau berniaga lagi di Bazaar Ramadhan! 😀😀

BERNIAGA APA?
1. Nasi Katok - 2 ketul chicken wing (Utama).

2. Kuih - Roti Jala,Keria,Karipap,Penyaram (Sampingan).



Mr.Bee goreng ayam crispy live je kat Bazaar. Pagi memang dia free. Lepas sahur, dia terus buat kerja online.




Saya pula, makhluk paling busy sepanjang bulan Ramadhan sebab buat kuih dan masak selepas sahur untuk dibawa ke Bazaar.

Dalam jam 2 petang atau 3 petang atau paling lewat, jam 4 petang, kami dah buka gerai. Berniaga sampai jam 6 petang. Kadang-kadang sempat balik sebelum buka puasa. Kadang-kadang terpaksa buka puasa kat Bazaar bersama peniaga-peniaga yang lain.

Malam, barulah saya ada masa untuk online. Tu pun kadang-kadang tak sempat nak online sebab kena keluar beli bahan-bahan berniaga yang dah habis stok. Paling dasyat perasaan cemas tu bila client tempah logo hampir-hampir tak sempat nak design. Nasibla kudrat muda lagi. Wahaha! Alhamdulillah siap dengan jayanya.

Pokoknya! jadual memang ketat dan penuh sepanjang bulan Ramadhan kecuali tak pergi berniaga kat Bazaar. Eh ada plak tak pergi berniaga kat Bazaar? Wahaha!

ADA. Sebab masa tu, tiba-tiba gas memasak habis. Kekekeke. Terpaksa postpone beli gas. Disebabkan beli gas kat bandar (Jauh dari kawasan Bazaar), kami pun pergi cari barang raya sikit-sikit pada hari tersebut.

KELEBIHAN BERNIAGA DI BULAN PUASA
Kelebihan berniaga di Bazaar Ramadhan ni adalah...

1. Kita sangat sibuk. So, tak terasa dahaga dan lapar. Masa akan cepat berlalu. Tup-tup-dah buka puasa. Padahal macam baru je sahur. Wehehehe...
2. Berkomunikasi dengan  pelanggan - bermesra - senyum.
3. Dapat top-up kewangan untuk raya dan lebih dari itu.
4. Seronok - part ni susah sikit nak explain. Perasaan tu syok sangat sampai rasa ada yang tak kena bila tak ke gerai untuk berniaga. Siapa yang berniaga kat Bazaar tu, dia akan faham. Tehee~
5. Bersedekah secara tidak langsung sebab kita akan beri juadah kepada peniaga lain.
6. Berkomuniti dengan peniaga lain.

KUCING BERNAMA BAZAAR
Sepanjang berniaga di Bazaar Ramadhan, setiap kali Mr.Bee goreng ayam, akan muncul si kucing ni. Minta ayam. Disebabkan dia ni dah jadi 'customer regular' kitorang, kami selalu beli makanan tin untuk dia dan gelar dia "SI BAZAAR" 😸😸😸


Kalau dia tak muncul, saya tercari-cari la pula. Wahahaa!

Seminggu sebelum raya, Kami closed terus gerai. Buat persiapan raya. Kuih dan sebagainya tak ada lagi. Wahahaha! Begitulaa keadaan peniag Bazaar. Kuih raya tak ada lagi walaupun seminggu dah nak raya.

Walaupun sibuk dan penat - nikmatnya peniaga tu sahaja yang tahu. Memang seronok dan rindu tak buka gerai.

AKTIVITI LAIN DI BULAN RAMADHAN
Aktiviti lain tu tak banyak sangat. Paling-paling pun ke bandar untuk shopping baju raya,kasut raya dan sebagainya.. paling saya suka adalah buka puasa kat Bazaar Ramadhan Waterpark,Labuan. Beli makanan kat situ dan buka terus kat situ.. 😁😁



MAKANAN DAN MINUMAN KEGEMARAN SEPANJANG BULAN PUASA...
1. Puding Kelapa
2. Coconut Shake
3. Donut
4. Nasi Briyani

In Shaa Allah, kita jumpa lagi di Bazaar Ramadhan 2018. Tak jumpa untuk berniaga, kita jumpa jadi pelanggan muka paling regular. ToEeng!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: