SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 4 Julai 2017

Dua minggu dah hari raya berlalu..

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

Nampaknya, dah dua minggu Hari Raya Aidilfitri berlangsung. So far, ada yang still on raya mood ke? Hehe... Majority pun dah kerja, right?

Saya and husband pun dah off raya mood. Haha.. Walaupun kami dua ni bekerja sendiri.

Alhamdulillah! Raya this year berjalan dengan lancar. Cuma tak kesampaian projek raya 1 van yang dah sekian lama ada dalam fikiran...
Raya 1 van? Hahaha... Rahsia! In Shaa Allah kalau Allah izinkan ada la rezeki projek ni berlangsung tahun depan. In Shaa Allah..

Raya tahun ni, baju raya simple sahaja. Saya suka sangat pakai kurti.. Pasal apa? Saya ni boleh tahan rock. Haha... Tak minat sangat pakai kain. Kalau pakai kurti, boleh gabung dengan jeans. CewahhH! Macam tu juga dengan husband.. Dia pakai kurta.. Aiseh! Kurta kurti gituu... Untuk my mom, saya sediakan blouse. And.. Dad pula baju melayu..

Warna tema kami suami isteri on first raya is Navy blue. Warna tema my mom and dad pula is dark grey..




First raya macam biasa la.. Ke kubur arwah abang saya, Supawi and Supawin, arwah nenek and atok sebelah ayah, atok sebelah my mom..dan keluarga serta saudara yang lebih awal dijemput ilahi.

Then, on first raya, WAJIB jumpa cousin saya yang sorang ni.. Suzie.  Kawan rapat since childhood!


Tahun ni, Alhamdullilah jumpa keluarga from brunei... Rezeki!
...and then, saya dan suami ke rumah mama (ibu mentua saya - mak En.husband). Maklum la.. Kami berdua ni sama-sama orang Labuan. Jadi, on raya memang senang gila la nak ke mana. Tak payah gilir-gilir.. Memang in first raya semua jumpa.

Mama masak rendang, kelupis, and...apa ye? Ada lagi tapi dah lupa. Hahaha... Kenyang punya pasal lupa apa di makan.. Kah kah kah ...
Second raya pula, kami suami isteri hot red! Hahaha! I love red! Terang benderang...My parents warna pink and merah...



Second raya kakak and anak buah saya menziarahi kediaman ayah and mami. Secara tak langsung berjumpa lah kami semua sebab saya dan suami pun stay kat rumah ayah.


Lepas tu second raya ni terus ke rumah mak ayah angkat saya masa kecil. Alaa.. Sebelah rumah je... Tak sampai pun 5 minit. Wakakaa...

Raya keempat, saya dan husband pink and merah pula. My parent is yellow..eh? Raya ketiga buat apa? Oh.. Duduk rumah je sambut tetamu dan saudara mara. Tak ada tema. Tema bebas belaka. Nak pakai baju kelawar pun boleh.. Wahaha..!
Raya keempat ni bawa my ayah and mami jumpa mama (my mak mentua). And sesi berkumpul dengan siblings en.husband..



Pastu raya sampai malam. Paling tak tahu malu, raya lagi kat rumah mak ayah angkat saya sebelah rumah. Hahaha...!!

Oh ya! Actually, on raya ketiga ada beraya kat rumah member waktu malam. Jumpa si kucing and si hamster kat rumah dia yang ramai tu..

Well, raya dengan rakan tak dapat saya laksanakan tahun ni. Huhu... Memang masa sangat limited dan kalau paksa pun susah juga. In Shaa Allah. Try harder tahun depan untuk jumpa kawan lama.

Thanks baca dan berkongsi cerita dengan saya..
Jumpa lagi di lain entry..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Lea Azleeya berkata...

seronok bila time raya semua dpt berkumpul.. Tak de la sunyi..

Sofinah Lamudin berkata...

ye sis Lea Azleeya... Time raya je boleh macam ni. Hari biasa susah sikit sebab masing-masing bz.