Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, September 8, 2017

LIMFOMA HODGKIN yang dihidapi oleh Zaki Bijak

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Setelah membaca berkenaan ZAKI BIJAK di artikel klik>>Pejuang Kanser Jelajah Borneo dengan RM1<<klik, pasti ada yang tertanya apa itu HODGKIN LIMPHOMA atau LIMFOMA HODGKIN dalam bahasa Malaysia. Berikut merupakan informasi mengenai penyakit ini.






HODGKIN LYMPHOMA adalah sejenis barah yang bermula daripada dalam darah putih yang dikenali sebagai Limfosit. Terdapat dua jenis utama Limfoma iaitu Limfoma Hodgkin dan Limfoma Bukan Hodgkin. Penyakit Zaki Bijak adalah Limfoma Hodgkin.

Untuk mengetahui apa itu LIMFOMA HODGKIN, ia adalah membantu untuk mengetahui tentang sistem limfa di mana ia juga dikenali sebagai sistem limfatik. Sistem ini adalah sebahagian daripada sistem imun yang membantu melawan jangkitan dan beberapa penyakit lain. malah, ia juga membantu aliran cecair dalam tubuh badan.



Secara utamanya, sistem limfa adalah terdiri daripada sel yang dipanggil sebagai limfosit iaitu sejenis sel darah putih. Terdapat dua jenis sel limfosit:

πŸ’Ÿ Sel Limfosit B
πŸ’Ÿ Sel Limfosit T

Sel Limfosit B
Sejenis protein yang dipanggil antibodi yang berfungsi sebagai melindungi tubuh badan daripada kuman dan bakteria.

Sel Limfosit T
Terdapat beberapa jenis sel Limfosit T. Sesetengah sel T akan merosakkan kuman atau sel-sel yang tidak normal di dalam badan. Ada juga sel T yang membantu meningkatkan atau melambatkan aktiviti sel-sel sitem imun yang lain.

Barah Limfoma Hodgkin biasanya bermula daripada sel Limfosit B. Tisu limfa berada di merata-rata tempat di dalam tubuh kita.Oleh itu, Barah Limfoma Hodgkin boleh jadi akan bermula dari mana-mana sahaja di tubuh kita.

Tisu limfoid yang utama adalah :

πŸ’Ÿ Kelenjar Limfa
πŸ’Ÿ Limpa
πŸ’Ÿ Sumsum Tulang
πŸ’Ÿ Timus
πŸ’Ÿ Adenoid dan Tonsil
πŸ’Ÿ Saluran Pencernaan

Kelenjar Limfa
Kelenjar Limfa adalah kelenjar yang hanya bersaiz kecil dan berbentuk seperti kacang.  Kelenjar Limfa adalah sebahagian daripada sistem limfa di mana membawa cecair, nutrisi, bahan buangan antara tisu badan dan aliran darah. Sistem limfa merupakan bahagian penting sistem imun dan sistem pertahanan tubuh daripada penyakit. Kelenjar limfa ini juga termasuklah di dalam dada, perut, dan pelvis. Kelenjar limfa ini bersambung antara satu sama lain dalam tubuh badan manusia.

Limpa
Limfa ialah organ di bawah rusuk bawah di sebelah kiri dalam tubuh manusia.Limpa membuat limfosit dan sel-sel sistem imun yang. Ia juga menyimpan sel darah yang sihat dan menyaring sel darah, bakteria dan sisa sel yang rosak.

Sumsum Tulang
Sumsum tulang adalah jaringan spons lembut yang terletak di dalam rongga interior tulang panjang. pada orang dewasa, sumsum dalam tulang besar menghasilkan sel-sel darah baru. Sumsum tulang membentuk sekitar 4% dari berat tubuh total (Sekitar 2,6 kg di tubuh orang dewasa yang sihat. Selain daripada menghasilkan sel darah baru, sumsum tulang juga menghasilkan beberapa sel limfosit.

Timus
Timus adalah orang kecil di bahagian atas tulang dada dan di hadapan hati. Ia sangat penting untuk pembangunan sel limfosit T.

Adenoid dan Tonsil
Ini adalah tisu limfoid di bahagian belakang kerongkong manusia. Ia membantu untuk membuat antibodi terhadap kuman yang dihirup atau ditelan.

Saluran Pencernaan
Saluran pencernaan adalah seperti perut,usus, dan banyak organ lain juga yang mempunyai tisu limfa.

Walaupun LIMFOMA HODGKIN boleh bermula dari di mana-mana sahaja tetapi kebiasaannya ia akan bermula dari bahagia atas badan seperti dada, leher atau bawah lengan.

LIMFOMA HODGKIN paling sering merebak melalui pembuluh limfa dari nodus limfa ke nodus limfa yang lain. Jika terlambat merawat penyakit ini, ia akan menyerang aliran darah dan tersebar ke bahagian lain badan seperti hati, paru-paru dan sumsum tulang.

Jenis-jenis LIMFOMA HODGKIN :

Jenis-jenis LIMFOMA HODGKIN yang berlainan boleh tumbuh dan tersebar secara berbeza dan dirawat juga dengan cara yang berbeza. Terdapat dua jenis LIMFOMA HODGKIN, iaitu :

πŸ’Ÿ LIMFOMA HODGKIN KLASIK
πŸ’Ÿ LIMFOMA HODGKIN LIMFOSIT NODULAR UTAMA

Limfoma Hodgkin klasik
Hampir 95% dalam semua kes LIMFOMA HODGKIN adalah LIMFOMA HODGKIN jenis klasik. Kes ini biasanya menyerang di negara-negara maju. Sel-sel kanser Limfoma Hodgkin klasik dipanggil sebagai "Reed-Sternberg. Sel ini biasanya adalah sel Limfosit B yang abnormal.Tumbesaran kelenjar limfa pada orang yang mengidap Limfoma Hodgkin klasik mempunyai sel "Reed-Sternberg" dalam bilangan atau kuantiti yang kecil dan mempunyai sebilangan besar sel imun normal. Kemudian, sel-sel imun yang lain akan membentuk nodus limfa yang besar. Terdapat 4 jenis Limfoma Hodgkin klasik.

πŸ’žLIMFOMA HODGKIN SCLEROSIS - Ini adalah penyakit kanser Limfoma Hodgkin yang biasa ditemui di negara maju. Ia juga adalah yang paling biasa dihidapi oleh kalangan remaja dan dewasa yang masih muda. Ia boleh bermula dari leher atau dada.

πŸ’žLIMFOMA HODGKIN SELULAR BERCAMPUR - Ini adalah jenis penyakit Limfoma Hodgkin yang paling kerap dihidapi oleh golong dewasa yang lebih tua. Ia juga boleh bermula dari bahagian atas badan.

πŸ’žLIMFOMA HODGKIN KAYA LIMFOSIT - Jenis ini jarang-jarang berlaku tetapi ia boleh menyerang golongan yang tua.

πŸ’žLIMFOMA HDGKIN KURANG LIMFOSIT - Ini adalah jenis yang paling kurang atau 'rare' . Namun, jika ia menyerang, ia akan menyerang golongan yang tua. Jenis ini lebih mudah menyerang di bahagian perut, limpa, hati dan sumsum tulang.

Limfoma Hodgkin Limfosit Nodular Utama
Limfosit Nodular Utama ini menyerang kira-kira 5% kes. Sel kanser jenis ini adalah sejenis sel yang besar dikenali sebagai sel popcorn kerana ia kelihatan seperti popcorn. Jenis ini biasanya bermula pada nodus limfa di leher dan bawah lengan. Ia boleh berlaku pada orang yang berumur dan biasa berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Begitulah informasi mengenai LIMFOMA HODGKIN yang dihidapi oleh Zaki Bijak.Kalau nak lebih lanjut, boleh cari info mengenai penyakit ini di laman web mengenai kanser di klik>>www.cancer.org<<klik.

Terima kasih membaca artikel ini.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin πŸ’‹

1 comment:

  1. Thanks sharing this ...baru tau apa tu kanser limfoma hodgkin...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.