Cerita hari ni : Pepagi, saya terus terang la...memang liat betul nak bangun. I am not MORNING PERSON. Lembik! Dalam fikiran, 'malas nak pergi Ujana Kewangan awal-awal ni. Tak ada kawan nak sarapan / tak ada kawan yang nak ditemankan sarapan.'Orang yang saya maksudkan tu is KT. Tapi, bila fikir balik, ala....ikut parent je lah pagi ni...tak payah naik bas. Kelebihan ikut parent pepagi, saya akan siap awal. Risiko masuk kerja lambat tu jauh la sangat kecuali saya yang sengaja melambat-lambatkan. Selain tu, jimat duit tambang bas...Hahaha!
SO, saya pun ikut lah parent pagi-pagi macam biasa. Tapi hari ni saya tak nak ayah hantar ke Ujana Kewangan terus. Saya turun dekat dengan Labuan Supermarket je. Saya jalan kaki ke Ujana Kewangan..sebab nak singgah ke Bank Islam dalam perjalanan ke Ujana Kewangan tu. Dalam masa yang sama, sebab saya tak nak sampai Ujana Kewangan awal sangat. Biar bila sampai Ujana Kewangan,saya terus ke pintu staff Parkson. Nak pergi sarapan pun, KT tak ada juga kan...sebab tu la...
Bila dah dekat dengan Ujana Kewangan, saya ternampak Lulu on the way ke Ujana Kewangan juga.. hehe...together la ngan dia masuk Ujana Kewangan. Tawaf dalam Ujana Kewangan kejap sementara menunggu pintu staff di buka..
Masuk kerja je, macam biasa saya akan terus masuk office buat seperti rutin kemarin. Shutdown and start system pagi. Layan itu ini sampai lah pukul 2 petang, pergi lunch. Saya lunch berdua je hari ni dengan Peanut..Haha..
Bestnyer...aku tak ada masalah 'salah makan ubat' hari ni...hehehe...tapi ada masalah lupa ingatan sikit....keluar masuk ofis saya dibuatnya bila ada barang tertinggal masa kuar lunch siang tadi. Huhu!
Overall, OK! masalah yang ada hari ni, kira normal je...boleh selesai punya...kalau tengok benda tu dari sudut positif, ringan je rasanya...tak ada cabaran, apa maksud hidup,kan? Yayh! :D
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Sila gunakanuntuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.
Rabu, 9 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan