SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 23 April 2011

Dikala Kau Akan Pergi


Disini, bagi aku dialah manusia yang paling baik hati. Betapa dia seorang yang baik dan aku dapat lihat akan kewibawaannya. Bukan sahaja aku .Malah, orang lain juga sangat menyayanginya. Aku bahagia disini kerana..aku sangat disayanginya seperti keluarganya sendiri.

Namun, sekarang aku sedih...aku merajuk...jauh hati dengan dia. Dia selalu sibuk dan marah-marah. Dia jarang layan aku dan aku mula membawa hati ni..Kadang-kadang, melihat caranya yang seperti tidak menghiraukan itu membuatkan aku bertambah sedih dan rasa terabai.

Lama kami tidak semesra selalu..kadang-kadang aku tertanya. Adakah sampai selamanya?

Pada suatu hari, ada satu majlis besar diadakan. Aku hairan kenapa aku tidak tahu majlis itu bertujuan apa. Tiada siapa yang memberitahu aku. Dia juga tidak memberitahu apa-apa. Aku hairan kenapa semua kawan-kawan lama yang sudah lama berhenti dan bekerja di tempat lain datang ke majlis itu juga. Ramai yang datang dan aku merasa akan suasana yang sedih dan sebak waktu tu. Kenapa? Majlis apa itu?

Aku masuk ke pejabat, sememangnya ada sesuatu yang tidak ku ketahui sedang berlaku di situ. Namun, aku tidak faham. Apa yang sedang mereka rancang dan majlis apakah itu. Dia berkemas dan memberi banyak pesanan kepada pembantunya.

Ah! Akhirnya aku ingin pulang.Aku tidak mahu peduli apa yang sedang berlaku waktu itu. Aku ingin pulang dan biarkan sahaja persoalan tidak terjawab.Lagipun, dia tidak mahu melayan aku. Takkan lah aku ingin menjadi orang yang hidungnya tidak mancung tapi pipi tersorong-sorong pula.

Aku keluar dari pejabat dan bertemu dengan bekas pekerja di luar pejabat.

"Hey, apa khabar? mana dia? dengar-dengar dia nak pergi outstation.."
"Outstation? tak tahu.."
"Hey, outstation yang bukan sementara tau..kau perlu tahu.."

Pertanyaan tu buat aku semakin tak faham dan aku mula berfikir-fikir, keliru.Ramai orang lalu lalang dengan membawa pelbagai bentuk dan jenis hadiah. Kedengaran mereka berbual-bual.

"Tak lama lagi..."
"Tak seronoknya.."
"Sedihnya.."
"Tak sangka.."

dan..salah seorang melihat aku lalu berkata,

"eh? Kenapa kau di sini? kau tak tahu ke?"

Aku mula dapat menangkap sesuatu dalam kepala aku. Dia nak pergi? Ni majlis perpisahan? Aku masuk ke pejabat semula dan melihat mereka semua menangis kecuali aku. Aku lihat dia melalui pintu kacanya. Di tangannya ada senarai mereka-mereka yang ingin dia beri hadiah kenangan. Begitulah adat kami bila perpisahan akan berlaku. Ku lihat ada budak yang sedang menangis di dalam. Aku tidak peduli...walaupun ketika itu bukan giliran aku, aku masuk dan aku pergi ke arahnya.

"Apa dah jadi?"

Dia diam...aku hilang sabar dan aku menarik senarai dalam genggamannya..namaku paling teratas dan aku nombor satu. Betapa aku terharu dan sangat sedih. Dia mula menangis  dan bertanya,

"Kenapa perangai adik dah lain sekarang? kenapa buat macam ni pada akak?"

Sekarang aku tahu betapa jauhnya aku salah faham dan aku sangat sedih betapa singkatnya baki masa untuk aku luangkan dengan dia kini. Dia akan pergi dan ...aku akan merinduinya..aku memeluknya dengan penuh kasih sayang.

"Maaf. Adik ingat, akak dah tak perlukan adik lagi..adik sedih dan adik jauh hati..akak selalu kelihatan busy dan ignore adik"

Dia menangis dan memeluk aku erat lagi...kami pun berbaik semula. Mesra seperti biasa. Tetapi hati aku gelisah..hati aku resah..lepas ni, dia akan pergi tinggalkan aku selamanya.

Tiba-tiba gelap.
Tiba-tiba sunyi.

AKU BANGUN DAN TIBA-TIBA AKU TAK DAPAT TIDUR DENGAN TENANG, AKU BANGUN DARI LENA..LALU KU CUBA UNGKAPKAN MIMPI YANG MENGANGGU TIDURKU ITU DALAM PERKATAAN-PERKATAAN MENGGUNAKAN PEN.

Cerita ini adalah mimpi. Mimpi yang membuat aku sedih.Seolah kenyataan dan sekarang aku sudah tidak dapat tidur semula.Mimpi tu seolah-olah benar sedang berlaku. Permainan tidur? Atau masalah duniawi aku terbawa ke alam mimpi?

Pelik tapi benar.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: