Assalammualaikum Bloggers dan Readers,
Ada tak
kawan-kawan blogger saya yang minat Harry Potter gila-gila? Hehe. Memandangkan
baru-baru ni saya menonton Harry Potter tahun pertama, jadi mood saya sekarang ni adalah Harry Harry Harry! Tak kisahlah kalau ada orang kat luar sana nak kata saya macam budak-budak. Kat sana tu siapa suka Chin Chan apa cerita tu? HAHA. Tak kisah lah apa pun minat korang, semua ada reason dan ada mesej.
Sebenarnya
dah agak lama saya tak tengok cerita Harry Potter ni. Jadi kira nak buat
revision la kononnya. Bila tengok cerita Harry Potter yang pertama ni, rasa
excited la pula. Nak tahu kenapa? Oh! Mereka ni bertiga. 3 sahabat - Ron Weasley, Harry
Potter dan Hermione Granger. Diorang ni nampak sangat cute!!! Rasanya macam Ron nampak
lebih cute berbanding dia dah besar ni, I mean, sekarang macam tak berapa cute..maklum..muka matang.
Tapi..Bukan tu saya nak cerita. Saya nak cerita tentang beberapa perkara yang saya sempat tangkap
dalam movie ni. Antaranya :
HARGAILAH
IBU DAN AYAH KITA SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN
Korang ingat
lagi tak? Masa ni Harry Potter masih banyak benda tak tahu pasal parents dia
kan? Kesian kat Harry sebab sangat kehausan kasih sayang ibu dan ayah. Dah tu,
Pak cik dan Mak cik dia tu pula, perangai sangat kejam! Uh! Bila tengok
sepupu dia tu pula.. lagi la menjengkelkan! Nasib baik Harry ni penyabar sikit
orangnya. Oke, kembali kat cerita parents Harry. Saya ter-touching bila tengok
Harry happy gila-gila bila nampak parents dia muncul dalam cermin besar masa dia
melarikan diri dari perpustakaan larangan sebab nak cari maklumat tentang Nicholas
Flamel. Selama dia dibesarkan oleh makcik pakcik dia, dia tak pernah tahu akan asal
usulnya. Memang nak sangat jumpa Mak ayah dia.
Saya ter-touching malah timbul rasa sangat bersyukur sebab saya masih ada mak ayah
yang sangat sayang kat saya! Cuba bayangkan kita macam Harry…mesti rasa
sedih tahap tak tahu nak cakap. Jadi, kita-kita yang masih ada parents ni,
cubalah buat mereka happy dan cuba untuk berbakti untuk mereka semampu kita oke!
Saya yakin,
Harry tu, kalau bukan lakonan, nak sangat dia tu peluk-peluk mak ayah dia. Apa
boleh buat mak ayah dia dah tak ada. Voldermort punya pasal semua tuu… 😁
KALAU NAK
JADI PANDAI, BELAJAR RAJIN-RAJIN
Watak paling
saya suka kat cerita ni ialah Hermione Granger! Korang perasan tak dia ni sangat
bijak tahap gaban? HEHE. Saya tengok, dia ni jenis yang ulat buku dan banyak
membaca sebab tu macam-macam dia tahu. Saya rasa, orang yang tidak sediakala
bijak dan genius, kalau rajin membaca macam dia ni, akan jadi pandai juga. Yang
penting Rajin! Aktif! Dan tak pemalu untuk bertanya macam si Hermione ni. HEHE.
CUBA UNTUK
BERANI
Korang ingat
tak Neville Longbottom ? Dalam cerita ni,dia berwatak yang agak penakut. Gagagaga…Neville
pernah jatuh dari atas bangunan gara-gara tak pandai terbang guna penyapu.Tapi
ada satu babak tu, demi pasukan, dia cuba untuk berani. Dia cuba halang Harry,Ron dan Hermione untuk tidak keluar dari asrama dan taknak markah pasukan
diorang semakin berkurang lagi. Part ni memang lawak tapi sekurang-kurangnya dia cuba. Hahaha!
PERSAHABATAN
Dalam movie
ni, tak mungkin tak ada yang perasan bahawa hubungan persahabatan dan kesetiaan
antara Ron, Harry dan Hermione sangat kuat. Kerjasama antara mereka , kasih
sayang dan membantu antara mereka sangat kuat! Dalam cerita ni, yang ni memang
saya tak dapat nak sangkal!
SAYANGI
HAIWAN
Kenal Hagrid
dalam cerita Harry Potter? Mustahil tak kenal. HAHA. Sahabat Harry yang sangat
besar dan penyayang. Dia yang datang jemput Harry kat rumah pak cik mak cik
Harry tepat pada hari lahir Harry Potter. Masa tu, Harry Potter dah 11 tahun.
Dia siap bawa kek birthday untuk Harry Potter! HEHE.
Sikap si
Hagrid dalam cerita ni, dia sangat penyayang terhadap haiwan. Sangat suka ada pet.
Macam-macam dia jaga. Anjing, Anak Naga,Burung Hantu dan…err..anjing kepada 3?
HAHAHA. Cute je Hagrid ni kan.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋
3 Kata-kata Dari Teman:
harry comell :)
bkn takat tgk je kan.at least ada gak yg kita blh ambil hihi..
cik gugu : Harry memang comey! ^^ masa dia kecik2 dulu lagii comey! HAHA.
Zoey : Betul! =) sekurang2 ada mesej yang boleh d ambil sambil tengok movie =)
Catat Ulasan