SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 4 Februari 2013

My January 2013 (Part 1)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Happy Monday..sekejap saja dah sebulan berlalu...February sudah pun membuka tirai. Apa sahaja yang sempat kita lakukan pada bulan January?

Alhamdulillah pada peringkat awal tahun ini, saya mengalami perubahan yang luar biasa :) Perubahan yang kecil sahaja tetapi cukup berubah bagi saya kerana saya sanggup dan berani untuk mengubahnya.

Selepas tahun 2011, sesuatu yang tidak saya sangka berlaku. Lalu terbawa-bawa ke tahun 2012. Pada tahun 2012, saya sering tercari-cari, apa di mana bila untuk saya perolehi MASA dan KEBEBASAN.

Tapi zaman sekarang sangat sukar untuk kita mengelak daripada situasi seperti di bawah :

ADA MASA TIADA DUIT.
ADA DUIT TIADA MASA.

Jika tidak bekerja, kita tidak akan perolehi wang untuk makan, untuk keperluan, untuk apa sahaja yang perlukan wang. So, kita bekerja keras, kita bekerja kerja kerja..dan kita bekerja lebih masa untuk mendapat wang lebih banyak! Di mana masa kita untuk melakukan sesuatu yang kita suka? Yang kita rasa ia sesuatu yang berbaloi apabila kita lakukan?

Jika kita bekerja, kita tidak akan perolehi masa untuk bersama orang yang tersayang, sukar juga untuk melakukan hobi yang menuntut banyak masa, begitu juga untuk sesuatu sesi belajar yang mampu mengubah kita ke arah yang lebih baik. Tapi....bagaimana dengan wang? Jika tidak bekerja untuk mendapatkan masa, kita tidak akan dapat wang.

Itu lah situasi yang kita tidak pernah boleh lari dari hidup! MASA VS WANG.

Sepanjang tahun 2012, saya berfikir dan berfikir dan berfikir.. saya mahu MASA dan WANG. How? When? What?

Saya berasa sangat rimas apabila saya mendapat satu peluang yang baik untuk sesuatu, saya tidak mampu untuk menghadirkan diri ke tempat tersebut kerana tidak ada cuti.Tidak kisah jika memang kita yang pilih untuk tidak hadir.Tapi kita memang nak cuma tak dapat cuti. Majikan tidak boleh memberi cuti. Its so..err...ahh..grrr..hm! HAHaha! yes i know, company mana yang nak pekerja dia asyik cuti kan? Saya faham, tapi antara kerja/jawatan saya dengan apa yang saya ingin hadiri mana satu lebih penting? OF COURSE la apa yang saya ingin untuk hadiri...Hanya saya yang tahu kenapa nak sangat menghadirinya...

Btw, permulaan tahun baru saya di tahun 2013 ini sangat luar biasa. Perbezaan yang ketara. Saya berhenti kerja. Sebabnya terlalu banyak. Kalau saya senaraikan agaknya panjang lebar lah cerita saya. Haha.. Tapi paling utama, kerana MASA dan WANG. Saya tak kata dengan bekerja makan gaji tak bagus. Bagus juga apatah lagi kalau dapat kerja kerajaan, right? Saya pilih jalan ini kerana saya mahukan keduanya MASA dan WANG.

How?
Forex, Multi Level Marketing dan Internet Marketing menjadi pilihan saya. Its GREAT! and FUN!!

Saya sedang belajar dalam bidang Forex. Its not easy but i enjoy it. Its fun! i like it...Thanks to my sweetheart Mohd Nasyit being my teacher, mentor, sifu...untuk bidang ini. Bidang ni memang tak semudah ABC but, saya yakin saya akan capai apa yang sepatutnya saya capai dalam bidang ni kerana saya sangat sukakannya.

Selain itu, saya juga sedang belajar dan cuba untuk menjalankan satu bisnes berkaitan internet.

I more thing, Saya suka kerana saya dah boleh menghadiri hampir kesemua aktiviti ELKEN. I am Elkenian. Yes Multi Level Marketing. Saya berminat dengan bidang ni. Terutamanya budaya yang diterapkan di dalam company Elken.

Apa pun, terima kasih kepada buah hati saya yang banyak membantu dan memberi sokongan...MOHD NASYIT BIN MD NOOH, terima kasih! Kita akan berjaya bersama-sama.

Doakan kejayaan kami dan doakan hubungan kami kekal hingga akhir hayat.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: