SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 9 Mei 2013

Hati Seorang Lelaki

Assalammualaikum Readers dan Blogger,

Wahai wanita yang bakal menjadi tunang kepada lelaki kesayangan atau sebagai wanita yang bakal menjadi isteri kepada lelaki pilihan, Kenalilah dan fahami serta selami hati lelaki yang kita cintai. Pasti! hati wanita tersentuh dan terharu.

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada wanita kesayangannya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Sekeras macam mana sekalipun lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Pernah dengar pepatah cuba letak kaki kita pada kasut seseorang? Cubalah, wahai wanita, letakkan kaki ke kasut lelaki kesayangan kita, rasakan hatinya, saat dia mengalirkan air matanya. Bagaimana rasa sedih kita, apa rasa hati kita saat kita menangis teresak-esak kerana dilukai? Begitulah lelaki juga.



Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan oleh kaum lelaki itu..

Sedarkah kamu wahai wanita lelaki kesayangan kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dalam rela hati? Jika YA! NYATA kamu tidak salah dalam memilih teman hidup.

Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Lelaki ini bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan ke atas wanita. Tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Maka, BETAPA BERUNTUNGNYA WANITA ITU yang memperolehi lelaki yang sebegini.

Selain itu, jika lelaki kesayangan sang wanita sentiasa buat hati wanitanya senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada wanita. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang mana untuk dikenang..kenangan indah..

Jadi, tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur...

Lelaki bukan seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi wanita kesayangannya secebis nasihat. Nasihat adalah mengingati wanita kesayangannya. Lelaki ini akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan itu. Jadi, terbukalah dalam mendengarkan dia...

Jika sudah sayang, pelbagai perkara akan difikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan wanita tercintanya. Begitu juga jika lelaki selalu memikirkan dan risaukan kesudahan hubungan itu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan itu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah sampai ke jinjang pelamin jika mereka yang belum berkahwin. Biarlah sampai ke syurga...In Shaa Allah bagi yang sudah berumah tangga. Barulah berbaloi satu perhubungan itu terjalin.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila lelaki mu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada wanita kesayangannya. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya itu melayannya lebih daripada orang lain yang pernah wanita yang dicintainya itu pernah sayang.

Kalau lelaki kesayangan sedang merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Cuba sahaja meskipun hakikatnya kadang-kadang kaum wanita tidak pandai memujuk kerana sudah lumrah wanita lebih mudah merajuk. Jangan disangka manja seorang lelaki itu mengada-ngada. Lelaki seperti inilah yang sangat disayangi wanitanya yang tahu menghargainya kerana bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayanginya sahaja. Wanita itu akan beruntung!

Saat wanita tercintanya mendapat masalah, orang pertama yang datang membantu adalah lelaki yang menyayangimu. Tandanya dia tidak mahu melihat wanitanya dalam kesusahan. Dia akan berasa bertanggungjawab untuk membantu. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan wanitanya senang dan tidak dibebani kerja atau masalah. Beruntungkan wanita?

Saat si wanita memberitahu bahawa akan pergi ke satu tempat dalam tempoh yang lama, Lelaki kesayanganmu pasti akan menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan dari wanitanya dan wahai wanita, jika lelaki kesayangan mu bersikap seperti ini, maka tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya..

Sekiranya lelakimu sering bertanyakan soalan "Masih sayang saya tak?" , jangan anggap itu satu soalan yang membosankan. Itu tandanya, dia tidak mahu kasih sayang wanitanya terhadapnya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah itu sentiasa diulang-ulang agar wanitanya tahu betapa si dia sentiasa mahu wanita kesayangannya ingat bahawa wanita yang bersamanya itu adalah miliknya.

Lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita kesayangannya. Bukan semua lelaki begitu. Tidakkah wahai wanita terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita? Itu membuktikan cintanya buat wanita kesayangannya cukup KUAT.

Dan pengorbanan yang paling besar dan lebih jelas lagi betapa si dia menyayangi wanitanya apabila dia lebih mementingkan wanitanya berbanding dirinya sendiri. Apa sahaja yang dilakukannya semata-mata untuk wanitanya. Asalkan wanita kesayangannya sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengan dirinya.

Jadi, wahai wanita, HARGAILAH lelaki yang sentiasa ada bersamamu sekarang. Terima lah dia seadaanya. Berilah peluang kepada diri kamu sendiri untuk mencintai seseorang yang bergelar lelaki..Apatah lagi lelaki seperti ini.

Setiap pasangan ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jika merasa pasanganmu mempunyai kelemahan, begitu juga dengan diri kamu. Jangan pernah mencari pengganti kerana mahukan yang lebih baik. Jangan cari yang lebih baik sedang kamu ada yang baik. Kerana lepasnya yang baik, mungkin kamu tidak akan pernah bertemu dengan yang lebih baik lagi.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: