SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 18 Oktober 2013

The Good Way Making Attractions, Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Beberapa hari lepas, atau lebih sesuai saya kata awal bulan ni, 06 Oktober 2013 (AHAD) , saya, parents dan Encik Tunang pergi ke, Gaya Street, Kota Kinabalu.

Kat Gaya Street, suasana sangat ramai orang dan bersesak-sesak. Tambahan pula hari Ahad. Memang confirm ramai orang datang ke Gaya Street untuk tengok-tengok barang untuk dibeli. Tak kurang juga pelancong-pelancong luar negara yang berkunjung ke Gaya Street.

Sedang syok berjalan dalam khalayak ramai tu, tiba-tiba saya nampak makhluk unik sikit. Siap pakai kaca mata, pakai baju, kaki pendek, badan panjang, bawa hp, bawa kotak rokok dan bertopi.






Orang ramai kat sana time tu sangat tertarik dengan anjing comel ni. Ramai yang kerumun dia untuk ambil gambar dia dengan tuan dia sekali. Saya pun apa kurangnya juga. Ambil kesempatan untuk mengambil gambar mana yang sempat.. Hehe..

Anjing ni betul-betul manja dengan tuan dia. Uncle tu panggil "lai lai lai" pun dia dah datang. Hehe.. Bila dia sedang asyik berjalan kat depan, tiba-tiba dia dapati tuan dia tak ada kat situ, mula lah dia tercari-cari tuan dia. Haiwan ni mesti adalah haiwan kesayangan uncle tu. Sangat sayang!

Motif Uncle tu buat anjing dia nampak macam ni, kurang pasti. Mungkin suka-suka atau pun ada kepercayaan sendiri. Tak sure..

Yang pasti, anjing ni sangat-sangat menarik orang ramai tidak kira, mat salleh, chinese, melayu, budak-budak, dewasa dan sebagainya!











P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: