SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 29 Mei 2014

Perbezaan Ciki dan Member

"Ciki ada member. Kami memang rapat. Ciki dengan dia memang suka borak sama-sama. Dah lama dah. Memang kalau nak bergosip sakan memang Ciki suka sangat kalau dengan dia. Ciki memang suka kongsi cerita lawak dengan dia. Macam-macam la Ciki cerita kat dia ni sebab dia memang layan je apa pun topik. Dia pun memang rajin juga kongsi cerita dengan Ciki. Macam-macam cerita.

Tapi Ciki kadang-kadang meluat dengan dia ni bila dah start merungut dengan kisah dia. Pasal suami dia la, rumah dia la, anak dia la, kereta dia la, duit dia la, mak dia la, adik kakak abang dia la, tentang kampung halaman dia la, tentang kawan lama dia la dan macam-macam la.

Ciki bukan apa. Kalau dia nak cerita masalah, Ciki memang dengar. Ciki hanya mampu dengar dan nasihat apa yang patut sahaja. Kalau dia luahkan perasaan pun Ciki tak kisah, Ciki boleh dengar. sebab dia kawan Ciki.

Cuma, Ciki rasa menyampah sangat bila dia asyik merungut bagaikan masalah tu memang masalah. Ciki ada hati juga. Ciki bukan orang senang. Ciki memang jauh beza dengan dia. Ciki orang susah kalau bandingkan dengan dia. Tak lah miskin sangat Ciki ni kalau masih dibawah ketiak ibu bapa, cuma bila dah 'dilepaskan' oleh ibu bapa ni, Ciki memang rasa susah. Duit poket pun tak mudah nak dapat. Dapat pun tak banyak. Nak kumpul pun tak sempat memang akan pakai punya untuk keperluan.

Bila member Ciki ni asyik cerita suami dia ni, begini la begitu la.. tak itu la tak ini... Ciki rasa dia macam tak bersyukur langsung dengan apa yang dia dapat. Mungkin dia bahagia dan lega dapat cerita semua tu kat Ciki sebab Ciki tak pernah cerita kat dia yang Ciki ni lagi susah dari dia. Tapi Ciki tak nak cerita. Buat malu Ciki saja. Buka aib sendiri saja. Ciki ada suami yang sayang Ciki. Tak kaya pun tapi Ciki syukur sebab dia ada hati kental walaupun Ciki ni perangai macam budak brutal tapi tak la brutal sangat kot. 'Tersepak batu' nangis juga. Suami Ciki saja tahu Ciki macam mana. Kalau marah, dia saja yang tahu siapa Ciki. Orang lain tak pernah nampak pun Ciki ni macam mana. Jadi, Ciki syukur ada suami yang memang tahu serba serbi diri Ciki. Tak perlu Ciki cakap kat member.

Bila member Ciki kata, duit dia tak cukup. Dia kata, suami dia tak faham tentang dia dan sebagainya. Hidup diorang serba serbi tak cukup. Anak-anak nakal dan sebagainya. Ciki rasa sakit hati.

Kenapa Ciki sakit hati?

Sebab Ciki tengok suami dia belikan dia macam-macam. Handphone pun canggih dah ribu ringgit nilainya. Ada rumah walaupun sewa. Ciki? handphone pun bapa Ciki yang belanja handphone yang tak original. Mana mampu nak dapat hanphone ribu ringgit sendiri. Tapi member Ciki masih kata dia serba serbi tak cukup? Kata suami dia begitu dan begini. Ciki hairan sangat.

Member Ciki ada rumah dan tinggal bersama suami dan anak-anak. Walaupun rumah sewa, tapi kat kampung ada rumah sendiri. Ciki? Ciki tak ada rumah sewa apatah lagi rumah sendiri. Menumpang saja kat rumah mertua yang kecil.Adik beradik suami pun tinggal bersama. Kawan-kawan adik ipar kadang-kadang tidur kat rumah. Ciki rasa tak ada privacy langsung. Ciki rimas. Tapi nak buat macam mana, Ciki bukan orang kaya. Rumah keluarga member Ciki besar. Boleh muat ramai. Sekiranya dia tak ada rumah sendiri atau sewa, member Ciki tetap nampak beruntung sebab rumah tu besar. Anak dia boleh lari-lari dalam rumah tu. Dua tingkat pula.

Dia juga selalu merungut tentang anak-anak. Katanya susah nak buat itu dan ini sejak ada anak. Ciki rasa simpati dengan anak dia. Kalau Ciki jadi anak dia, Ciki mesti rasa tersingung sebab bagus tak payah lahir ke dunia kalau lahir pun dianggap macam tu. Kalau Ciki? Ciki bukan tak nak anak. Ciki nak. Ciki suka budak-budak. Budak-budak sangat menghiburkan hati Ciki. Sedih atau hibanya Ciki, budak-budak kecil boleh menghilangkan rasa sedih. Tapi Ciki terpaksa merancang dulu. Ciki belum bersedia untuk dapatkan anak lagi. Kewangan Ciki dan suami belum mampu menanggung anak. Kesian anak-anak serba serbi tak cukup nanti. Makan minum dan keperluan Ciki pun terpaksa dikecilkan. Tak cukup! Tapi Ciki gembira sebab Ciki dimanja dan disayang suami yang penyayang. Kenapa member Ciki menganggap semua tu masalah? sedangkan Ciki merasa cemburu kerana dia ada apa yang Ciki nak?

Ciki tak percaya bila member Ciki kata, dia tak cukup itu dan ini. Susah sebab kereta begitu dan begini. Sedangkan suami dia dah belikan dia kereta. Malah bukan sebuah. Ada dua buah kereta yang cantik! Walaupun orang kaya akan kata kereta tu adalah kereta biasa sahaja. Tapi bagi Ciki, kereta dia tu kereta terbaik bila Ciki ada. Kenapa? Sebab kereta Ciki kereta usang dan selalu rosak. Hmm.. Bukan kereta Ciki pun. Kereta suami. Mungkin juga bukan kereta suami. Kereta keluarga suami. Entah apa yang member Ciki rasa tak cukup sedangkan Ciki, lesen kereta pun Ciki belum mampu nak dapatkan! Ciki nak dapatkan pun duit Ciki akan habis ke arah lain! Member Ciki ada lesen dan kereta. Kenapa dia kata macam tu? Ciki anggap Ciki tak suka kereta. Ciki anggap diri Ciki tak suka kereta sebab Ciki tak mampu dapat kereta. Ciki anggap Ciki gila motorsikal. Tu pun pada hakikatnya, motor pun Ciki tak ada pun. Basikal pun tak mampu nak dapat. Mampus la member Ciki kalau hidup dia ditempat Ciki agaknya.

Member Ciki bertuah. Seorang pemegang Ijazah. Dia pernah merasa berada di menara gading. Ciki? Ciki tak ada Ijazah. Ciki tak mampu sambung belajar. Ciki budak pandai tapi Ciki tak mampu nak lebarkan sayap Ciki macam member Ciki. Tapi dia masih kata hidup dia tak cukup? Kalau Ciki jadi dia, Ciki bangga sebab Ciki pernah ke menara Gading tapi tak jadi andartu. hahaha...Sebab orang gila kerjaya jarang dapat kawen awal dan ada keluarga. Tu pun, Ciki tengok, ada juga wanita yang boleh belajar walaupun ada keluarga. Asal ada kemampuan kewangan dan kemahuan. kan.

Ciki tahu , Ciki ni golongan mana. Ciki bukan golongan sederhana pun. Ciki golongan miskin. Terus terang Ciki cemburu dengan dia dengan semua yang dia ada. Suami dia mampu bawa shopping, melancong, jalan sana sini... tak kisah pun. Tapi dia masih meluahkan perasaan dia dengan masalah dia yang bagi Ciki bukan masalah pun. Dia patut bersyukur sebab Ciki tak ada pun apa yang dia ada.

Ntah la... Ciki tak tahu nak cakap apa kat member Ciki ni. Elok Ciki tak payah layan..."

[Copy Paste]

P.S : Cerita panjang lagi...tapi panjang sangat... ambil pendek saja cukup la asal tahu dan faham apa yang tersirat dalam cerita si Ciki ni....Bersyukurlah apa yang ada. Cari apa yang dimahu tidak salah dengan syarat masih bersyukur kerana ada apa yang ada di depan mata. Masalah member Ciki ni, dah la tak bersyukur, tapi merungut dengan apa yang dia ada. Malah dia tak bertindak pun untuk dapatkan apa yang dia mahu. Merungut tak sudah~ Elok bagi apa yang dia ada kat Ciki je. HAHAHAHA!!!


With Love,



Share:

1 Kata-kata Dari Teman:

Tanpa Nama berkata...

I am really happy to read this web site posts which carries tons of helpful
facts, thanks for providing these data.

Have a look at my website - journal of educology