Nampaknya plan petang semalam terbatal. Dua hari lepas, semasa kat Taman Botanikal, kasut Encik Tunang dah 'senyum besar'. So, semalam saya sangat semangat sampai bawa gam dari rumah untuk gam kan kasut Encik Tunang supaya boleh menyambung aktiviti petang kelmarin seperti yang dirancang..
Malangnya, dengan kasut saya sekali join 'senyum besar' . Lebih besar dari kasut Encik Tunang. haha. Dah begitu kejadiannya, Encik Tunang hantar kasut kami ke kedai jahit kasut. Kasut tu ok lagi. Masih boleh guna, just tapak je tertanggal. Tu kasut kesayangan saya tu... hadiah Encik Tunang untuk saya. Kasut tu pattern dan warna sama dengan Encik Tunang punya. Kasut pertama untuk kami jogging. Memang khas untuk jogging.
Saya sedikit kecewa. Sebenarnya petang kelmarin nak sambung fitness/workout/jogging seperti yang sudah dirancang dengan Encik Tunang. Selain tu, saya juga nak menyambung 'melompat' . Nampak gayanya, lupakan saja dulu niat untuk 'melompat' tu.
Lepas jumpa Mr.Ken, kawan Forex Encik Tunang, saya ajak Encik Tunang ke SportMart untuk tengok kasut sukan. Tengok punya tengok, pilih punya pilih, akhirnya saya beli satu. Warna hitam pink. Encik Tunang kata, warna dia lawa. So saya beli yang tu. :) Saya memang suka barang saya dipilih bersama dia. Bab kaler dan design memang suka tanya dia dulu. Lagipun saya memang jenis rambang mata. hahahaha! kalau ada dia, dia boleh bantu saya buat pilihan dan dalam masa sama dia juga ok dengan pilihan tu.
Runnig Shoes For Women. |
Yess! Running shoes for women. Bukan untuk running je. Nak 'melompat' sekali. Dari tadi asyik kata nak melompat kan.. apa sebenarnya? Now, saya ada hobby baru. Fitness baru. Selain daripada suka pada dumbbel, saya suka pada JUMP ROPE. Skipping rope. Kenal kan?
Mesti masa zaman sekolah dulu semua orang suka berebut nak main tali skipping bila tiba mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Dulu, masa sekolah rendah, saya memang suka berebut dengan member bab bab tali skipping ni. Bila dah asyik berebut, malas betul nak main. hehehehe... last-last my mummy belikan tali skipping untuk budak-budak. Bukan je melompat lompat kat sekolah, kat luar rumah sekali saya melompat. Tapi lompat poyo poyo je la... hahaha. Tak reti la ada style. One day tali tu putus. Ayah pula gantikan yang baru... masa tu saya dah jarang main lompat-lompat. Dah nak darjah 6 dah. Lagipun dah biasa dengan tali lama. Tali baru tu macam tak ada feel dengan jiwa. hehehe. But saya tetap simpan sampai sekolah menengah tali skipping tu sebab ayah yang belikan.
Now, tali skipping tu tak tahu dah ke mana. Rasa macam dah bagi kat anak buah tapi tak ada pula diorang main. Agaknya dah terlalu di simpan dalam stor kot. Tak jumpa mana dah. Sepanjang zaman sekolah menengah dulu, memang dah tak ada layan jump rope ni. NOPE! tak ingat malah tak terfikir langsung.
Pada bulan Oktober lepas, saya dah tertonton satu movie lama. Movie tahun 2013. Mengisahkan seorang budak perempuan yang mempunyai "PASSION" dengan jump rope. Cerita tu bukan 100% tentang jump rope pun. Tajuk pun out sikit. Tajuknya "Family Weekend".
Ia mengisahkan satu keluarga yang tak sehaluan. Masing-masing ada passion tersendiri. Interest yang berbeza hingga membuat keluarga tu tak match langsung. Gadis yang suka jump rope ni lain dari yang lain sikit. Walaupun dia gila dengan sukan skipping, tapi dia ada jadual untuk keluarga. Means, dia balance. Tak kemaruk sangat dengan dunia dia sampai lupa diri. hahaha! Saya suka mesej yang disampaikan dalam movie ni termasuklah SUKAN JUMP ROPE tersebut.
Sejak tengok movie tu, saya start ajak Encik Tunang jalan-jalan tengok barang sukan kot kot ada jual skipping. hehehe. Tapi lama juga saya berfikir untuk membelinya atau pun tidak. haha.
Simpan dalam hati jer niat nak beli tu sebab...saya tak pasti saya perlu atau tidak. Bila Encik Tunang shopping kat GNC minggu lalu untuk beli Lean Shake, Soy Protein.., saya nampak satu gambar lelaki dan perempuan fitness kat GNC shop tu.
Lelaki tu, body dia pergghh.. macam yang Encik Tunang idamkan. Hmm... mula lah saya berangan macam mat jenin kat dalam GNC tu. Saya tengok gambar tu macam nampak muka Encik Tunang je kat situ. hahaha... Kemudian, kat sebelah lelaki tu perempuan fitness yang memang body dah perfect. Biasalah kalau dah lelaki fitness, pasangannya mesti lah sama juga. Tapi dalam gambar tu nampaknya membuatkan saya rasa ada sesuatu yang unik.
Perempuan tu bawa JUMP ROPE!! Oh my god semartttt nyeeerrr! Apa lagi... dapat je jualan ebook pullback forex, terus withdraw beli satu jump rope. hahaha!
My highlight yellow jump rope! |
Ok... nantikan photo saya macam dalam photo kat GNC tu. Wahahaha...berangan nombor satu.
Jump Rope ni merupakan satu sukan yang unik. Ia bukan sekadar sukan tetapi boleh jadikan jump rope dance. Its Art Sport! ART SPORT! ia sangat sesuai dengan jiwa seni saya. Kita akan lebih enjoy bila layan dengan musik!
Sekarang saya sedang layan basic jump rope. 1st target saya adalah melompat 100 kali tanpa henti atau tersangkut. Dan bila dah dapatkan target tu, saya akan terus dapatkan step seterusnya..psstt! its not easy as u think..ahaaa haa! yeayy!
okeh layan!
side swing, side swing, jump!
side swing, side swing, jump!
side swing, jump! side swing, jump!
Itu basic.. basic pun boleh tahan syok. Apa lagi yang advance! Lompat lompat like pro bebeh! Enjoy video kat bawah okeh! Daa..
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan