Dulu saya pun macam korang juga, selalu bertanya pada diri sendiri, "kenapa saya nak ambil supplement pula?" saya bukan sakit pun,kann.
Sebenarnya, supplement bukan untuk orang sakit semata-mata. Kita perlu faham supplement ni apa. Sebagai manusia, saya yakin tak ada seorang pun yang sihat 100%. Semakin kita meningkat dewasa, usia semakin bertambah, banyak keperluan-keperluan badan kita akan semakin berkurangan.
Apa yang saya perhatikan, pelbagai masalah kecil dianggap perkara biasa dan tidak diambil peduli langsung seperti tak boleh duduk lama-lama, sakit kepala, tak dapat nak jalan jauh dan sebagainya.
Masalah-masalah kecil seperti memang kelihatan remeh tetapi kita semua mesti ambil peduli! Sayangi diri kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi?
KITA SEMUA PERLUKAN SUPPLEMENT.
Kenapa? Okeyh! Korang lihat keadaan zaman sekarang ni, tak sama seperti dulu-dulu lagi.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan - Zaman sekarang korang yakin ke sayur dan buah terjamin kebersihannya? Korang yakin ke zat sayur dan buah sekarang sama macam zaman dulu? TIDAK kan!Sekarang ni susah dah nak macam zaman dulu-dulu...Selain tu, korang tidak akan menyangka zat sayuran tu akan berkurang atau paling teruk sudah hilang ketika ia di masak. Sebab tu ada yang tidak mahu masak sayur sampai betul-betul layu kerana takut zatnya hilang serta merta. Yang tinggal hanya sayuran sebagai pelawas ketika korang membuang. haha! Sama juga dengan buah-buahan. Sebagai contoh, korang kata, kita tak perlu makan supplement seperti Vitamin C, pergi beli dan makan je buah oren. Korang tahu ke berapa biji oren korang kena makan untuk lengkapkan keperluan badan korang untuk mendapatkan vitamin C tersebut? Kalau korang tahu sekalipun, korang tidak mungkin sanggup nak makan buah oren tu sampai lengkap keperluan Vitamin C korang dalam satu hari!
Jom main kira-kira...
Tubuh badan manusia memerlukan 2000mg vitamin C sehari!
Sebiji buah oren hanya ada 60mg..
60mg x 34biji = 2,040mg Vitamin C.
okeyh! Nampaknya korang kena makan dalam 30biji sehari untuk dapatkan 2000mg Vitamin C.
Hahaha! Jenuh nak habiskan.
- Pemulihan sel-sel badan - Tak ada makanan zaman sekarang ni yang mampu menyembuhkan kita bermula dari sel. Makanan zaman sekarang kebanyakkannya adalah makanan segera dan mempunyai bahan-bahan yang memudaratkan dalam jangka masa panjang. Walaupun kita tidak sakit, kita perlu mempunyai sell badan yang sihat. Untuk mencegah penyakit. Jangan tunggu terhantuk baru nak tergadah.
- Menggunakan ubat-ubatan - Tak akan ada doktor, klinik atau hospital yang akan mengakui bahawa bahan-bahan kimia dan dadah dalam ubat-ubatan tu sebenarnya akan memberi kesan tak baik dalam jangka masa panjang. Zaman sekarang, jarang kita jumpa individu yang mampu hidup melepasi 100 tahun. Bandingkan sendiri, supplement semulajadi dan ubat-ubatan adalah mengandungi bahan kimia dan dadah. Mungkin tidak memudaratkan sekarang tetapi nanti. Sebab tu kalau boleh elakkan sakit. Cegah dengan mengambil supplement.
Saya hanya akan kupas 3 perkara sahaja. Yang lain-lain, korang boleh - KLIK SINI- untuk dapatkan info supplement yang terbaik untuk tubuh badan kita.
Sekiranya korang memerlukan bantuan atau nasihat dari segi pengambilan supplement, boleh hubungi Puan Rafha Atiqah di facebook beliau - KLIK SINI - takkisahlah supplement yang macam mana korang perlukan. Kecantikan? Kesihatan? Boleh refer beliau. In Shaa Allah, akan dibantu.
Setakat ini dahulu.
Terima kasih sudi baca.
Jumpa di next entry!
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan