SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 16 Ogos 2016

Pokemon Go Tips : Evolve Eevee anda seperti yang dikehendaki di Pokemon Go!

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pemain Pokemon Go mesti tahu Eevee ni macam mana rupanya. Comel minatang ni tau!


Comel kan kann...?? Walaupun Eevee ni comel..nampak soft je, tapi Eevee ni unik! Dia boleh Evolve menjadi pelbagai jenis Pokemon seperti dalam gambar di bawah.


Walau bagaimanapun, dalam game Pokemon Go, Eevee HANYA BOLEH bertukar menjadi 3 jenis, iaitu Jolteon, Vaporeon dan Flareon.


Jolteon yang warna kuning tu. Dia adalah jenis elektrik dan keupayaan Jolteon adalah menyerap volt dan mempunyai kaki yang pantas. Vaporeon pula berwarna biru kat dalam gambar di atas. Vaporeon adalah Pokemon jenis air yang mampu menyerap air dan penghidratan. Flareon pula adalah Pokemon api. Keupayaannya adalah membuat kilat api dan mempunyai keberanian yang tinggi.

So, dalam game Pokemon Go, bila kita Evolve Eevee, dia akan bertukar secara random sama ada akan bertukar menjadi Vaporeon atau Jolteon atau Flareon. Bagaimana kita nak pilih mana yang kita nak? Macam mana nak buat supaya Eevee kita tu MESTI bertukar menjadi apa yang kita nak?

OK! Caranya adalah dengan menukarkan nama Eevee kepada Sparky atau Pyro atau Rainer. Contohnya, kalau nak Eevee bertukar kepada Jolteon, sebelum tekan Evolve, tukarkan namanya terlebih dahulu kepada Sparky. Kalau nak Eevee bertukar kepada Flareon, tukarkan namanya kepada Pyro dan Rainer untuk Vaporeon.



hmmm...kesian Eevee..dah la comel. kann.. 

P.S : but guys! dengar-dengar Niantic dah solved this trick untuk changing Eevee mengikut nickname Pyro,Rainer dan Spark. Setakat ni, trick tukar nama Eevee ni berfungsi hanya sekali sahaja. Selepas tu, ia akan random change semula walaupun dah tukar nickname. Hmm...tapi masih boleh cuba. Ada claim memang menjadi selepas dia tukar nama Pyro,Rainer dan Spark...dan kesemuanya menjadi seperti yang dimahukan - Flareon, Jolteon dan Vaporeon.

Okeyh la! Happy Eevee changing!
Jumpa lagi di lain posting.










Share:

1 Kata-kata Dari Teman:

Cik Itah berkata...

pernah terjebat sekejap dengan pokemon go ni haha memang best game ni