Tidak mengapa.
Sekurang-kurangnya, TIDAK MENYALAHKAN orang lain.
Semua yang sudah berlaku hanyalah takdir.
Perkara yang sudah pun berlaku.
Tidak mungkin ada kembalinya.
Apatah lagi teknologi mesin masa.
Biarlah ia berlalu.
Pergilah pergi jangan datang kembali.
Lupakan.
Redhalah.
Pasrahlah.
Setiap hujan, akan muncul pelangi.
Tiada pelangi selepas hujan tidak mengapa.
Kerana pasti ada yang lebih baik dari pelangi.
Seperti Ulat yang buruk menjadi rama-rama.
Ibarat Kaktus yang tajam mengeluarkan bunga.
Setiap usaha yang tidak menjadi bukan salah kita.
Malah bukan salah sesiapa.
Tetapi itulah yang dipanggil KERJA TUHAN.
Tidak mungkin ada tandingannya di dunia.
Meski kuat manapun tenaga kita.
Walau hebat bagaimanapun ilmu pertahanan.
Akan tetap kecundang dengan ketentuanNYA.
Tidak pernah wujud satu cerita..
Setiap apa yang kita mahu dan pilih,
maka itulah pilihan Tuhan.
Melainkan itulah keizinan Tuhan.
Jika bukan sekarang, tidak mengapa.
Berjaya kemudin tiada bezanya.
TUHAN tidak akan selamanya tidak memberi.
Mungkin esok,mungkin lusa.
Sabar itu indah.
Pasti akan tiba masanya.
Tepat pada masanya.
Tidak semua perkara 100% dalam kawalan kita.
Kadangkala hanya perlu lepaskan dan biarkan ia berlaku.
Seadanya.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
2 Kata-kata Dari Teman:
Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..
Haiii TB.. hehehe... terima kasih...
Catat Ulasan