YyeahhH! Hari ni dah boleh online dengan aman.In Shaa Allah tak ada dah on/off kerja online. Semoga lepas ni tak ada laa kena ke sana ke mari lagi untuk urusan luar. Sejak bulan Disember hingga Januari, agak kelam kabut sikit sebab ada hal hal keluarga yang perlu diselesaikan dan diutamakan. Kalau tak selesai selagi tu susah nak gerak benda lain dengan tenang sebab dah jadi tanggungjawab kita. Rasa bersalah kalau tak buat. Jadi, mesti diutamakan.
Hari ni, saya nak kongsikan kisah saya menyaksikan kucing menangkap ikan. Wahaha... Kucing tu bukan kucing saya. Tapi saya bagi dia satu nama iaitu si Damai sebab saya terjumpa dia kat Pantai Damai, Kg.Layang-Layangan, WP.Labuan. Tak jauh dari rumah saya. Nama tu sempena nama pantai tu laa.. Saya memang suka bagi kucing nama kalau jumpa Kucing. Wahahaha...
11 hari lepas, saya dan Mr.Bee pergi berkelah. Hhaaah! Waktu ni laa saya terjumpa Damai. Sambil berkelah, kitorang layan makanan Barbeku. Ringkas ringkas je makanan yang kitorang bawa pergi pantai sebab kitorang cuma nak lepak dan merehatkan minda je kat tepi pantai dihujung minggu lepas banyak sangat urusan sampai hal hal online semua saya layan sekejap sekejap je. Asalkan tak terabai sangat.
Bila dah penat tu, dah tak larat dah buka PC. Baring dan rileks je layan game dengan Mr.Bee. Makan dan tengok TV. Tak mungkin mampu nak perah otak kalau dah penat. Ye tak? Tehee.
Masa berkelah tu, saya dan Mr.Bee bawa meja yang kitorang beli dari Chilindo tahun lepas. Hhaaah! Ni kali pertama bawa jauh sikit meja tu. Sebelum ni, pakai kat luar rumah je. Wahaha. Saya pernah tulis pasal chilindo kat entri sebelum ni. Yang belum pernah layan bida kat Chilindo, nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini .
Kalau pergi berkelah dan barbeku, biasa memang Mr.Bee yang pasang api dan jaga barbeku tu. Saya tunggu je. Wahaha..Jadi masa lapang saya banyak selagi makanan belum siap. Jadi saya banyak masa untuk ambil foto kawasan tu. Sedang kusyuk tengok tengok apa yang ada kat kawasan tu..Tiba tiba saya ternampak seekor kucing iaitu si Damai. Mula mula saya nampak dia jalan jalan je macam kucing liar lain. Jadi saya tak layan sangat. Tengok je dari jauh. Damai tu pun bukan jenis nak jumpa manusia. Saya perati, dia suka sembunyi kalau ada kereta lalu. Atau budak budak lalu berhampiran dengan dia.
Bila barbeku dah siap, saya pun sediakan nasi, dan makanan yang lain kat meja. Sambil makan dan borak dengan Mr.Bee, kadang kadang mata saya akan tertengok kat Damai dari jauh. Tak tahu laa apa yang si Damai tu buat.
Kemudian, bila kitorang dah siap makan.. saya nampak Damai berjalan menuju ke sungai kecil yang ada kat kawasan tu. Kemudian, dia hilang dari pandangan saya sebab Damai dah masuk ke bawah sikit, menuju ke bahagian tebing. Saya pula jauh.. jadi saya tak nampak dia dah. Sungai tu bersambung dengan laut. Tapi waktu tu air surut..sebab tu laa Damai berani turun agaknya.
Mula mula saya masih tak nak peduli sehinggalaa saya nampak Damai menangkap sesuatu. Saya yang sedang berborak dengan Mr.Bee serta merta berhenti bercakap. Sampai Mr.Bee ikut menoleh ke arah Damai. Saya cakap kat Mr.Bee, "Kucing tu tangkap ikan ke?" Saya tanya Mr.Bee sebab saya tak percaya apa yang saya nampak. Wahaha..
Pertama kali nampak kucing tangkap ikan secara live sendiri. Kalau tangkap tikus ke, cicak ke, burung ke..memang selalu. Chokey memang suka tangkap benda benda tu semua.. Kalau tangkap ikan ni, rasa rare sikit sebab kucing takut air. Kalau tengok dalam video tu selalu laa. Sambil nampak Damai menangkap ikan tu, automatik saya teringat si Chokey kat rumah dan terbayang Chokey tangkap ikan sendiri. Saya tolong masak je. Wahahaha... Tak payah laa ke pasar beli ikan untuk dia. Tehee.
Tapi, saya masih tak percaya apa yang saya nampak tu. Mr.Bee pun kata, "Bukan rasanya.. mungkin tikus..takkan laa pandai tangkap ikan. Ikan tu mungkin memang dah mati.." Uhrmm..saya tak puas hati dan dalam masa yang sama, saya pun tak percaya Damai tangkap ikan. Tehee.
Tiba tiba, ikan tu terjatuh dari gigitan si Damai. uh?! Serius laa ikan! Sebab melompat lompat macam ikan lalu si Damai pun bertungkus lumus menangkap semula ikan tu.Paling lawak tu, Si Damai pergi pijak pakai kaki dia, supaya ikan tu berhenti melompat sebelum dia gigit semula. Wahaha...Kelakar laa. Walaupun dah nampak ikan tu melompat lompat, saya macam masih tak puas hati dan macam bermimpi (Drama laa sangat..).
Saya pun datang dekat menuju ke arah Damai tapi tak laa terlalu dekat sebab dia nampak takut. Macam nak melarikan diri je. Takut nanti dia lari pecut 100 meter tak boleh laa tengok Damai lagi. Wahaha... Bila tengok apa yang dia gigit tu, memang sah ikan! Ikan haruan.
Saya pun patah balik ke meja Chilindo (Nak juga sebut "meja Chilindo" kann..)...Saya pun duduk semula sambil menikmati ayam barbeku yang masih ada beberapa ketul. Tak sempat pun Damai melintas jalan, muncul dua orang budak budak berbasikal berumur dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun. Budak budak ni nampak Damai mengangkut ikan. Saya rasa budak budak tu pun kira jakun juga laa. First time nampak kucing bawa ikan mentah yang masih hidup. Wahaha..
Salah seorang budak tu, perangai memang nampak sangat laa nakalnya. Nak mengacau si Damai nak beraman. Geramm pula rasanya tengok budak tu. Dia pergi ke arah Damai, Damai pun panik. Dia panik lalu lari bersembunyi ke arah sebuah batu besar. Ikan dia, dia lepaskan dan ditinggalkannya kat sebelah basikal budak tu. Budak tu, tanpa teragak agak, dipijaknya ikan tu guna tayar basikal dia. Uhrmm...
Saya pun tak tahan tengok, saya pergi menuju ke arah budak tu. Bukan nak marah budak tu. Wahaha... Budak tu dah belah pun sebelum saya sampai kat dia. Saya datang dekat ikan tu nak tengok lebih dekat. Ikan tu masih hidup walaupun dah dilanggar oleh budak tu tadi. Tapi ikan tu nampak lemah tahap nazak dah lah.. Kesan gigi si Damai pun bukan kecil kat ikan tu. Wahahaha...
Masa saya angkat ikan tu, tiba tiba si Damai keluar dari tempat sembunyi dia. Sambil kata, "Meooowww"... Saya anggap dia cakap, "Bagi balik ikan aku.." laa tu kann.. Wahahaha. Saya pun datang dekat kat dia. Perghh..dia marah lah! Dia tak bagi saya datang dekat kat dia. Saya pun letak ikan tu kat jalan sambil kata, "Nah..ambil laa ikan kau ni.." tapi dia taknak pun ambil. Dia asyik menenung muka saya je. Oh.. saya pun mengerti.. dia nak saya tinggalkan ikan tu jauh jauh sikit laa tu..
Lepas tu, bila saya dah agak jauh dari dia sambil diperhatikan oleh dia, dia pun memandang ke arah ikan dia tu. Wehehe... Dia pun ambil ikan tu, di bawanya lari ke arah sebuah Tadika Kemas yang berdekatan. Uhrmm.. Dalam fikiran saya laa kan, agaknya dia nak suruh siapa goreng ikan tu? Cikgu tadika kemas kat situ ke? Wahaha.
Saya pun kembali ke meja untuk menyambung makanan yang belum habis dimakan. Beberapa minit kemudian, saya nampak si Damai keluar dari tadika kemas tadi. Dia pun lepak lepak duduk sambil membuang pandangan ke pantai. Ehh? Pandai juga kucing mengenang nasib kan? Tehee... Kebetulan, ada makanan yang masih belum dimakan. Mr.Bee pun bagi lampu hijau untuk bagi makanan tu untuk Damai.
Saya rasa, Damai ada anak anak kat tadika tu untuk diberi makan. Mungkin laa.. Sebab dia keluar semula tak bawa ikan tu pun. Tak sure laa apa jadi kat dalam Tadika tu kann masa Damai masuk. Saya pun datang dekat kat Damai, dia macam nak lari. Saya berhenti. Saya duduk.. rendahkan badan supaya Damai tak takut. Kalau berdiri nampak macam giant kot kan. Wehehe...
Saya panggil panggil dia.. "Weyh! Nak sosej tak? Datang laa ambik.." Wahaha.. gurau je. Saya just sebut "meoww..meeoww.." sambil tunjukkan sosej tu kat dia. Dia perlahan lahan datang tapi tak nak dekat sangat. Dia akan berhenti kira kira dua langkah jarak kaki manusia. Saya panggil datang dekat dia memang dah tahap limit dah. Sampai situ je. Jadi, saya pun letak sosej tu kat rumput. Dia pun datang dekat menuju ke arah sosej.. tapi nak tahu apa dia buat? Dia angkat bawa jauh sikit. Wahahaha.... Geraaammmnyaa.. Seriusly?
OK. Dia masih tak percaya saya nampaknya. Ada lagi sosej. Saya ulang ulang sampai laa dia boleh datang dekat. Akhirnya dekat juga la tapi tak boleh sentuh dia. Dekat macam tahap nak belai dia memang tak boleh. Dekat macam dalam foto yang saya kongsi tu je laa yang boleh.
Lepas dah habis sosej kat tangan saya, saya patah balik ke meja. Mr.Bee kata, bagi laa dia ayam tu sekali sebab kalau bawa balik, Chokey tak akan makan. Chokey tak suka ayam goreng atau ayam barbeku. Dia peminat ikan rebus. Macam orang diet je si Chokey tu.
Bila saya tengok si Damai tu asyik tengok ke arah saya, saya pun datang lagi la kat dia bagi chicken wing. Tehee... Lepas habis ayam tu dia makan, beberapa minit kemudian, dia masuk semula ke Tadika tadi. Uhrmm.. Dia tinggal kat situ agaknya kan?
Teringat kat Ngingnging.. kucing kakak saya dulu. Dia dah tak ada sejak tahun 2016. Dia berasal dari Tadika Kemas tu juga. Kakak saya bawa dia balik rumah bila kakak saya dah tak kerja kat situ lagi.
Saya rasa, si Damai tu dijaga oleh pembantu guru kat tadika tu juga rasanya. Jadi ikan haruan tu, ada laa yang tolong masak untuk Damai kan? Hebatlaa Damai ni!! VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
10 Kata-kata Dari Teman:
Kenyang habis Damai pada hari tu ya.... macam-macam food dia dapat.
Tak dapat tengok gambar tak boleh nak load huhuhuuhu....
hehehehe
seronok baca
Tapi memang rare Damai tu boleh tangkap ikan hidup2
budak2 tu jahat betul lenyek ikan haruan tu
Waaah.. menarik pengalaman tengok kucing tangkap ikan ni
Saya pon belum pernah tengok lagi..
Hehehe kesian Kak Pip.. Tak apa Kak Pip.. terima kasih rajin baca entri saya. Nanti hujung minggu saya balas ya.
Hehehe... tu la.. sempat pula diorang singgah nak lenyek ikan.
Terima kasih singgah baca "kucing menangkap ikan" hehehe.
Memang jarang dapat tengok kucing tangkap ikan. hehehe.
patut tarik telinga budak2 tu
kecik2 dah dera haiwan
Hahaha... jangan la.. Sian pula.. Rajinnya Hans datang balik reply komen ni.. haha.. terima kasih baca dan komen entri "Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan".
Catat Ulasan