Khamis, 15 November 2018

Bangkok Tour Packages | Pakej percutian ke bangkok termasuk tiket penerbangan dan penginapan dengan Traveloka

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Masuk bulan November ni, saya rasa kebanyakkan ibu bapa dan keluarga sedang sibuk nak membawa anak anak bercuti. Tidak ketinggalan juga mereka yang bujang tu nak berhenti seketika dari pekerjaan setelah berbulan juga buat simpanan untuk bercuti dengan rakan. Selain tu, saya pasti sangatlah ada pasangan sejoli yang nak berbulan madu. Vvaaah! Apa lagi, cubalah periksa pakej menarik di Traveloka. Nak luar negara? Boleh periksa Bangkok Tour Packages kat Traveloka tu. Kalau nak dalam negara pun ada...contohnya, Langkawi Tour Packages.

Pakej percutian ke bangkok termasuk tiket penerbangan dan penginapan dengan Traveloka
Jom melancong ke Bangkok!

Begitu jugalah saya yang sedang berangan nak bercuti. Wahaha... Sebab tulah saya godek laman web Traveloka. Dalam angan angan, nak sangat ke luar negara. Tak payah jauh sangat. Bercuti di Bangkok, Thailand pun jadilah kann. Tehee! Hhaaah! Sebab tu laa saya sebut tentang Bangkok Tour Packages. Sebabnya, ada hati.. Wehehe...

Kalau bercuti dalam negara guna pakej pelancongan, biasanya memang kebanyakkan orang pun nak pakej pelancongan/percutian yang termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Kann? Apatah lagi kalau ke Bangkok. Jadi, Saya sangat tertarik dengan pakej percutian ke Bangkok termasuk tiket penerbangan dan penginapan dengan Traveloka ni. Lagipun, laman web Traveloka ni mudah digunakan. Tu laa ramai yang minat dengan Traveloka ni terutamanya orang macam saya yang tak suka runsing ni.. Wahaha...

Selain dari ringkas dan mudah digunakan, Traveloka selalu juga membuat promosi, diskaun dan sebagainya. Contohnya, menempah pakej percutian ke Bangkok termasuk tiket kapal terbang dan hotel dengan menerima diskaun sehingga RM70 pada percutian kita yang seterusnya di Traveloka!

Pakej kombo Traveloka penerbangan dan penginapan ni baru sahaja sebenarnya. Jika sebelum ni ramai yang menggunakan Traveloka kerana mudah nak membuat tempahan secara atas talian, sekarang mudah tu berganda ganda dengan adanya pakej kombo seperti ini.

Malah, tak perlu gusar juga jika ada masalah nak buka laman web Traveloka di komputer sebab Traveloka menyediakan aplikasi android untuk memudahkan pengguna menempah dan mencari pakej pelancogan terbaik dari Traveloka. Aplikasi Traveloka ni, dah lama Mr.Bee (Encik suami) pasang kat tablet kitorang. Wahaha... Tu yang rajin godek godek. Manalah tahu, ada rezeki nanti, kitorang suami isteri bulan madu luar negara guna pakej Traveloka kann.

Oh ya! Buat masa sekarang, pakej kombo flight dan hotel ni cuma boleh didapati di laman web dan aplikasi android sahaja. IOS akan datang. Jadi, pengguna IOS rajin rajin laa periksa update dari Traveloka sama ada aplikasi IOS sudah ada atau belum, OK!

Pada pendapat saya mungkin ada yang takut nak tempah secara atas talian menggunakan aplikasi sebab khuatir tersilap akibat kurang faham. Mari saya tunjukkan sedikit tutorial bagaimana menempah pakej percutian di Traveloka ni. Sebab saya sedang rajin sekarang. Wahaha...


Cara menempah Pakej percutian termasuk tiket penerbangan bersama hotel di Traveloka menggunakan aplikasi Android Traveloka.



Langkah 1 - 3

Macam biasa, sebagai pengguna android kita perlu ke "Google Play Store" dulu untuk memasang aplikasi Traveloka di telefon bimbit kita. Kemudian, di ruang carian, taip "Traveloka" maka akan muncullah "Traveloka Book Flight and Hotel". Klik kat situ, OK!


Langkah 4 - 6

Selepas itu, klik "Install". Selesai muat turun dan memasang aplikasi, boleh teruskan dengan klik pada butang "Open" pula. Kemudian, kita perlu memilih bahasa. Jika korang lebih suka menggunakan "English", maka teruskan dengan klik butang "Continue".


Langkah 7 - 9

Saya memilih Bahasa Melayu. Kemudian klik pada butang "Teruskan" diikuti dengan klik pada "Seterusnya" dan "Seterusnya".


Langkah 10 - 12

Setelah selesai, boleh klik pada "Okay, Saya Cuba!" . Diikuti dengan klik pada "Aktifkan Perkhidmatan Lokasi" dan klik butang "Daftar.


Langkah 13 - 15

Untuk mendaftar, klik pada "Log masuk atau daftar". Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, pastikan nama korang tertera seperti di dalam gambar di atas. Kemudian, klik pada "Penerbangan & Hotel".


Langkah 16 - 18

Pilih destinasi korang. Saya memilih Bangkok, Thailand. Selesai memilih, boleh klik pada butang "Cari Penerbangan + Hotel". Kemudian, klik pula butang "Cari" seperti dalam gambar di atas. Jika korang nak menapis pilihan, boleh klik pada butang "Tapis" yang ada di sudut bawah skrin. Setelah selesai, boleh klik pada butang "Selesai".


Langkah 19 - 21

Setelah selesai memilih, Klik pada "Pilih bilik". Diikuti pula dengan klik pada butang "pilih" dan "pilih" lagi.


Langkah 22 - 24

Setelah muktamad dengan pemilihan, isikan butiran yang saya tunjukkan di dalam gambar di atas (gambar no.22). Kemudian, klik pada butang "teruskan" apabila telah siap mengisi butiran diri penempah dan sebagainya. Kemudian, klik pada butang "Selesai" diikuti dengan butan "Teruskan" untuk ke paparan pembayaran. Sama seperti kita membeli barangan atas talian yang lain, kita boleh memilih kaedah pembayaran.

Hhaaah! Jangan risau, tak ada yuran tersembunyi! Tak perlu yuran booking juga. Malah pembatalan juga percuma.

Senang kan? Lagipun, guna aplikasi ni boleh je tempah kat mana mana korang berada. Hidup dalam zaman dihujung jari la katakan....Tehee.. Memang senang laaaa... Hhaaah! Sedang seronok tengok pakej percutian ke Bangkok yang ada di Traveloka ni, saya dapati sekarang ada promosi terbaik. Dah kebetulan musim bercuti ni, elok korang tengok sekarang Bangkok Tour Packages! Nanti melepas!!

Nak ambil kesempatan nak wish, selamat bercuti korang semua...

Terima kasih sebab sudi membaca dan singgah ke blog saya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.