Koleksi Alat Tulis | Koleksi Pen Highlighter Untuk Membaca, Ulangkaji, Planning, Nota dan Belajar Serta 3 Jenis Pen Highlighter Pilihan
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,Buat pertama kalinya saya menulis berkenaan alat tulis. Tehee. Siapa yang kenal saya mesti tahu saya seorang yang sangat meminati alat tulis. Tapi, ada satu perkara yang sebenarnya hanya suami saya yang tahu bahawa saya agak ketagih dengan alat tulis. Ops! sekarang ia bukan lagi rahsia. Wahaha...
Hari ni saya mengambil keputusan untuk menulis berkenaan alat tulis dalam blog ni. Adakah pelik ketagih dengan alat tulis? Wahaha... Walaupun saya sudah meninggalkan alam persekolahan sejak tahun 2009, sehingga hari ini saya tetap akan pergi ke kedai alat tulis atau ke stationery section/department apabila berada di mana mana kedai/supermarket.
Pernah beberapa kali saya sebut berkenaan alat tulis di laman sosial saya seperti di instagram atau laman facebook tetapi jarang. Mungkin hanya sekali dua. Saya lebih suka menikmati alat tulis saya dengan melukis, menulis, menconteng dan sebagainya tanpa bercerita tentangnya. Selain itu, saya menikmati alat tulis dengan berdiri, membelek dan mencuba ballpen, marker, pencil dan sebagainya berjam jam di kedai alat tulis. Wahaha...
OK! Lupakan dulu kisah saya dengan alat tulis. Saya teruskan dengan tajuk asal entri ini iaitu "Koleksi Pen Highlighter Untuk Membaca, Ulangkaji, planning, Nota dan Belajar Serta 3 Jenis Pen Highlighter Terbaik".
Koleksi Pen Highlighter(PH)
Saya mulakan entri berkategori alat tulis saya dengan pen highlighter. PH adalah pen kegemaran saya selain daripada pen line. Jika pen line saya gunakan untuk melukis, PH saya gunakan untuk membaca, ulang kaji, menulis nota dan belajar. Erk! Saya belajar lagi ke? Secara official tidak but secara unofficial? yes. Belajar apa? tengoklah mana mana yang saya suka. Macam tekak nak makan apa...Hhaaah! Lebih kurang macam tu laa... ToEengg!So, foto di atas ni adalah semua koleksi PH yang saya ada. PH paling lama yang ada dalam ni adalah sejak tahun 2011 iaitu PH saya semasa saya bekerja di Parkson. Siap ada tanda declare dari HR department. Tanda tangan siapa saya tak ingat tapi mungkin, ni tanda tangan Kak Mas. Maybe laa... I'm not sure. Hhuhu... PH ni masih ada ink tau. Wahaha. Cuma dah kabur laa...
Kenangan.Tehee... |
Dalam foto ni tidak termasuk yang sudah habis ink. Sebab saya dah buang. Masa saya buang dulu, saya tak tahu pula saya bakal menulis tentang alat tulis. Lols. Kalau tak, saya boleh kongsikan semula dalam blog ni setiap perubahan design untuk setiap jenama highlighter yang saya pernah guna. Kann?
Jenama Pen Highlighter(PH) Kegemaran
Jenama PH kegemaran saya adalah STABILO sebab permukaan mata PH Stabilo sangat lembut semasa menggaris berbanding jenama lain. Jenama lain agak kasar dan keras. Selain itu, jenama ni tidak mudah tembus ke belakang kertas (bergantung berapa GSM/ketebalan kertas yang digunakan). Walaupun begitu, jenama lain akan tetap tembus jika kita meletak mata pen dalam beberapa saat di permukaan kertas yang tebal. Boleh lihat video di bawah untuk lebih lanjut.Walaupun begitu, PH jenama lain tetap OK digunakan sebab kita tidak akan menggaris perkataan sambil menekan dan membiarkannya dipermukaan kertas lebih dari 1 saat kecuali kertas yang kita gunakan terlalu nipis. So, jika saya menggunakan kedua belah kertas yang ada kemungkinan tembus, saya akan menggunakan PH jenama Stabilo untuk hasil kerja yang tetap kemas dan cantik.
3 Jenis Pen Highlighter(PH) Terbaik Bagi Saya
3 jenis PH terbaik yang saya ada dan gemar gunakan adalah PH jenama Mordic Style Highlighter dari Chosch, Multi Tip 3 Way Hi-Lighter dari Orange Leone, dan Orkey Dual Use Highlighter.Mordic Style Highlighter dari Chosch
Mordic Style Highlighter dari Chosch ni dikeluarkan oleh syarikat Ningbo Chosch Stationery Making Co.Ltd., yang berlokasi di Cixi, China, 20 kilometer dari jambatan Teluk Hangzhou. PH jenama Mordic mempunyai 7 warna, iaitu:
- Pink
- Biru
- Hijau
- Oren
- Ungu
- Peach
- Kuning
Tetapi, walaupun mempunyai 7 warna, ia terdiri dari 6 batang pen sahaja kerana warna kuning telah disediakan di setiap 6 warna yang lain seperti dalam gambar atau di bawah ini.
Rekabentuk ni lah yang membuatkan saya suka menggunakan Mordic Highlighter sebab saya lebih kerap menggunakan warna kuning berbanding warna yang lain. Sebab kuning adalah warna kegemaran saya. Tehee... Lagipun, warna kuning jenama ni sangat pendarfluor dan saiz matanya juga lebar. Maklumlaa tulisan saya boleh tahan besar kalau menulis. Tehee...
Multi Tip 3 Way Hi-Lighter dari Orange Leone
OK! PH jenama Multi Tip 3 Way Hi-Lighter yang saya miliki ni menggunakan design yang unik iaitu boleh menggunakan highlighter dalam 3 cara. PH jenama Orange Leone ni made in China. Dikeluarkan oleh Shanghai Orange Pens Co. Ltd.
Design 3 way ni sebenarnya adalah design daripada Jepun. Jenama original highlighter dari Jepun ini adalah Beetle Tip. Beetle Tip dikeluarkan oleh syarikat Kokuyo. Kokuyo Beetle Tip Highlighter pernah mendapat anugerah "Kokuyo Design Award 2007" kerana rekabentuk yang unik dan sangat kreatif serta serbaguna. Selain dari mengeluarkan alat tulis, Kokuyo juga mengeluarkan perabot. Vvaaah! hebaaatttt!
Mata Kokuyo Beetle Tip Highlighter ini diinpirasikan dari kepala kumbang dan nama pereka bentuknya adalah Park Misaki. Patutlaa mirip semacam dengan kumbang ni. Wahaha...
Buat masa ni, saya belum pernah lagi membeli highlighter jenama Kokuyo Beetle Tip. Mungkin suatu hari nanti. Beli online kann.. Tehee...
Kalau korang nak try highlighter jenama Beetle Tip, boleh je dapatkan kat SHOPEE.
Setakat ni saya hanya mendapatkan Multi Tip 3 Way Hi-Lighter dari syarikat Orange Leone. Biasalaa kan kalau made in China dia murah sikit. Wehehe... Ada kat Mr.DIY juga. Walaupun bukan dari jenama asal, ia tetap OK untuk digunakan dan ia adalah permenant highlighter di mana ia tidak boleh dipadam menggunakan pemadan khas highlighter. Setakat ni, saya hanya menjumpai 3 way highlighter dari jenama Orange Leone di WP.Labuan terutamanya di Mr.DIY. Tehee... Dan ia hanya mempunyai 4 warna, iaitu:
- Pink
- Kuning
- Biru
- Hijau
3 way highlighter boleh digunakan dengan 3 cara iaitu underline (menggaris di bawah perkataan), double line (menggaris di atas dan di bawah perkataan) dan yang terakhir adalah bold (mewarnakan perkataan seperti highligther yang normal).
Mata highlighter yang digunakan untuk underline boleh juga digunakan untuk menulis atau membulatkan perkataan penting pada nota kita. Sebenarnya boleh digunakan ketiga tiga jenis mata mengikut kretiviti masing masing. Boleh lihat video di bawah untuk cara menggunakan PH macam ni.
Mata highlighter yang digunakan untuk underline boleh juga digunakan untuk menulis atau membulatkan perkataan penting pada nota kita. Sebenarnya boleh digunakan ketiga tiga jenis mata mengikut kretiviti masing masing. Boleh lihat video di bawah untuk cara menggunakan PH macam ni.
Macam mana? menarikkan? Sebab tu highlighter jenis macam ni menjadi PH kegemaran saya.
Selain daripada Orange Leone, syarikat lain ada juga jenama lain yang mengeluarkan highlighter seperti ini. Antaranya Smiggle dan Valiosopa. Mungkin ada lagi diluar sana yang saya tak tahu. Kalau korang mempunyai highlighter jenis macam ni dari jenama lain, boleh laa kongsikan jenama tersebut di bahagian komen. OK...
Orkey Dual Use Highlighter
Orkey Dual Use Highlighter juga adalah merupakan pen buatan China. Ia dikeluarkan dari syarikat Shantou Orkey Stationery Co., Ltd.. Kelebihan Orkey Highlighter adalah ia mempunyai pemadam. Hhaaah! Itulah sebabnya saya sukaa...
PH Orkey Dual Use menyediakan 5 warna berlainan, iaitu :
- Biru
- Kuning
- Hijau
- Pink
- Ungu
Pemadam PH ini adalah jenis cecair dan setiap warna disediakan pemadam. Setiap pemadam untuk setiap warna boleh digunakan untuk memadam warna yang lain. Contohnya, pemadam yang disediakan pada highlighter bewarna hijau boleh digunakan untuk memadam warna pink atau ungu kecuali warna kuning. Begitu juga sebaliknya di mana pemadam untuk warna kuning tidak boleh digunakan untuk memadam warna lain selain kuning. Hati hati kerana mungkin boleh merosakkan permukaan kertas yang kita gunakan sebab ia jenis cecair.
Nota : Pemadam highlighter bewarna kuning dari orkey hanya boleh memadam kesan highlighter bewarna kuning sahaja. Boleh lihat pada video untuk lebih lanjut.
Nota 2 : Pemadam highlighter Orkey selain dari warna kuning (pink, biru, hijau, ungu,etc) tidak boleh memadam kesan highlighter bewarna kuning. Boleh lihat pada video untuk lebih lanjut.
Adakah pemadam Orkey Highlighter bewarna kuning boleh memadam kesan highlighter kuning dari jenama lain? Jawapannya, BOLEH. kecuali highlighter permanent (Boleh lihat label kat pen untuk nak tahu pen tu permenant atau tidak). Lebih lanjut boleh lihat video kat bawah ni pula. Tehee...
Adakah pemadam Orkey Highlighter bewarna pink, hijau, ungu, etc boleh memadam kesan highlighter jenama lain? Jawapannya, TIDAK BOLEH.
Selain daripada Orkey, jenama Pilot juga ada mengeluarkan highlighter yang mempunyai pemadam iaitu Pilot FriXion Light Erasable Highlighter. Namun, pemadam highlighter Pilot ini bukanlah jenis cecair. Ia sejenis pemadam getah. Ohsem sangat sebab kertas tak ada risiko terkoyak. Tambahan, pemadamnya tidak meninggalkan sebarang habuk pemadam! Paling amazing, Pilot FriXion Light erasable menyediakan 12 warna. Vvaaah!
YyeahhH! Tak sabarnya nak beli! Wahahaha... excited saya dibuatnya. Highlighter orkey Dual use pun dah buat saya teruja, inikan pula Pilot FriXion yang ada 12 warna. Tehee...
Tips agar pen highlighter tahan lama (tidak cepat kering atau bocor)
- Jangan menyimpan pen highlighter korang dalam keadaan menegak tidak kira kepalanya ke atas atau ke bawah. Hal ini kerana jika ia menegak terlalu lama atau dalam jangka masa yang panjang pen akan berisiko kering sekiranya kepala ke atas. Jika kepala pen ke bawah terlalu lama pula, ia akan berisiko bocor.
- Letakkan pen highlighter secara melintang.
- Letakkan dalam bilik yang bersuhu bilik. Tidak terlalu panas atau sejuk. Hal ini akan berlalu perubahan terhadap kepekatan ink atau mungkin ink akan menjadi kering bergantung dengan bahan ink tersebut.
- Sentiasa menutup pen highlighter dengan penutup pen.
- Jangan menyapu atau menulis menggunakan pen highlighter di atas permukaan lukisan/tulisan yang menggunakan pensil atau pensil warna atau jenis kapur. Ia akan merosakkan mata pen highlighter kerana tersumbat.
Begitulaa sedikit sebanyak info menarik tentang highlighter dan sedikit perkongsian koleksi pen highlighter saya. Uh? Saya buat apa highlighter banyak banyak? Wahaha...nanti ada masa terluang, saya kongsi, OK! Kalau korang sama macam saya, stationery addict, boleh komen kat ruangan komen dan kongsi laa info menarik berkenaan highlighter/stationery dengan saya. VvaawaahhHHHH!
Terima kasih kerana membaca.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana membaca.
Semoga bermanfaat.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism.
2 Kata-kata Dari Teman:
Pencinta stationery la ni ye.
Tak tahu pula wujud highlighter eraser. Something new ni. Kena discover. Hihihi.
Thank you untuk sharing ini.
pen ni...teringat zmn studi
Catat Ulasan