Bagaimanakah Cara Nak Tahu Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? - Part 1
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,Kalau kita ditegur, dimarah, dikutuk, dicaci, dihina dan diumpat...sering kita kata..suka hati kitalaa..Eehh! malas nak tahu laa..jadi diri sendiri lagi bagus. Kadang kadang, kalau member kita marah marah, merungut dan sedih serta sebagainya..sering juga kita berikan nasihat. "Tak apalaa awak.. be yourself..jangan peduli sangat apa orang kata". Sebenarnya, kita lupa nak periksa, kita jadi diri sendiri yang bagaimana. Be yourself adalah perkataan yang melibatkan personaliti, akhlak dan sikap kita. Jadi, mana satu personaliti korang? BE YOURSELF positif atau BE YOURSELF Negatif? Kalau nak tahu, jarang orang kaya amalkan sikap jadi diri sendiri dalam hidup mereka sebab tu mereka kaya dan terus kaya. Kenapa? Sebab diorang sedar, "BE YOURSELF" yang mereka miliki adalah negatif. Jadi mereka perlu mengubah diri mereka agar tidak menjadi diri sendiri. Contohnya, mereka sebenarnya malas. Kalau jadi diri sendiri, maka...mereka akan terus menjadi seorang yang malas dan kaya macam mana sekalipun, In Shaa Allah esok lusa miskin semula. Jadi, Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif?
BE YOURSELF POSITIF
Situasi 1 - Apa orang kata
Di dalam kelas, seorang guru bertanya.."korang faham tak apa cikgu ajar tadi?" semua orang dalam kelas pun menjawab dengan yakin "Faaahhhaammm cikguu..". Tiba tiba si Abu pun berbisik kepada si Bob, "Bob, kau faham tak?" lalu si Bob pun cakap, "Faham". Bila si Bob kata dia faham, si Abu pun minta ajar kat Bob. Bob pun mengajar. Selepas dua tiga minit berbincang mengenai topik pembelajaran tadi, tiba tiba kedua dua mereka kebingungan dan tidak faham di pertengahan topik. Lalu, seperti biasa, si Abu akan menyuruh si Bob bertanya kepada cikgu berkenaan hal tersebut. Tanpa segan silu, si Bob pun berdiri lalu berjalan ke meja guru dan bertanya seperti biasa. Begitulah selalunya yang berlaku antara si Abu dan si Bob. Si Abu selalu sangat menyuruh si Bob yang bertanya soalan kepada cikgu. Tak pernah nak tanya sendiri walaupun soalan tu datangnya dari Abu sendiri.
Lama lama si Bob mula rasa geram dengan si Abu. Bob berkata,
"Abu, kenapa kalau kau ada soalan, kau suruh aku yang tanya kat cikgu? Bukan jauh pun. Cikgu kat depan je tu.."
Jawapan Abu, "Nanti apa orang kata.."
Bob tanya lagi, "Orang mana? kawan kawan kelas kita ni..?"
Abu, "Ya laa... nanti apa diorang kata.."
Bob mula dapat tangkap masalah si Abu.."OOo.. Abu, kau takut member cakap kau acah acah rajin ke? Wahahaha.."
Bob tunduk dan berkata, "Hhaaah! kau pon gelakkan aku Bob.."
Bob berhenti gelak, "Abu, aku gelak bukan sebab aku cakap kau acah acah rajin. Rajin tu kan bagus Abu. Kau ni memang bagus, kalau tak faham, bukan jenis diam diam atau buat buat faham. Kau akan tanya. Tapi salah tempat. Abu, aku pun sama macam kau, sama sama belajar. Kalau aku pun tak faham macam mana Abu? lambat laun kena tanya kat cikgu juga. Macam mana kalau esok esok aku tak hadir sekolah sebab demam ke apa ke.. kau nak tanya aku macam mana Abu?.. Apa kata kau jadi je diri sendiri yang rajin bertanya tu dengan bertanya sendiri kat cikgu. Cikgu tak marah pun Abu. Kalau cikgu cakap kau tak faham faham apa yang dia ajar tu, kau ambil je sebagai kekuatan agar kau cepat faham. Tak payah la takut sangat apa orang kata. Jadi je diri sendiri Abu..kalau ada member cakap kau acah acah rajin tu, cer kau tanya dia, dia faham ke tak? entah entah bukan faham pun."
Mulai hari itu, Abu pun belajar ke depan untuk bercakap dan bertanya dengan cikgu sendiri tanpa menyuruh Bob. Malah, kawan kawan lain tak cakap apapun. Perasaan Abu je lebih lebih. Wehehehe.
Situasi 1 ni, menunjukkan seseorang yang memang bersikap suka bertanya dan rajin belajar tapi malu nak jadi diri sendiri yang positif. Dia takut kawan kawan gelak kat dia konon acah acah rajin. Tak payah takut jadi diri sendiri yang positif macam ni. Teruskan. Kalau kawan ejek pun, biar je. Nanti result peperiksaan gagal, menyesal. Tak perlu fikirkan "apa orang kata.." kalau apa yang kita buat ni bukan benda buruk, jahat, tak baik, atau apa apa yang negatif... tapi fikirkan dan takutlah dengan "apa orang kata" kat kita, kat mak ayah kita kalau kita buat benda tak baik. jangankan takut "apa orang kata..", takutlaa "apa Tuhan kata.." kalau kita buat bukan bukan.
Memikirkan "apa orang kata" ni kena bertempat juga. Jangan sampai fikir "apa orang kata" sampai nak jadi rajin pun malu. Wehehe...
Situasi 2 - Tukang Kipas
Si Ahmad seorang yang rajin bekerja walaupun gaji taklaa tinggi mana. Tapi dia sedar, dalam bekerja ni, memang macam ni. Kalau kita malas, nanti kena buang pula. Gaji rendah tak apa, sekurang kurangnya ada laa juga duit poket untuk beli barang sendiri nanti. Tak payah minta duit mak ayah kalau nak beli sesuatu. Kesian juga mak ayah bekerja membanting tulang tapi duit habis diberikan ke anak. Mak ayah pun mesti ada benda dia nak beli. Tapi dalam pejabat dia ni, selalu sangat drama. Maklumlaa.. politik kerja banyak sangat.
Si Ahmad ni jenis ikut cakap bos. Apa pun bos minta, dia akan buat sebaik mungkin mana yang termampu. Sehingga bos mula suka si Ahmad. Sampai keluar pergi makan tengah hari pun nak ajak si Ahmad. Atas rasa hormatnya dia kepada bos, Ahmad pun pergi la temankan bos makan tengah hari. Lagi pun, kadang kadang Ahmad kesian dengan bos tu, makan seorang diri. Tak ada sesiapa pun nak kawan dengan dia sebab garang dan mulut laser sangat tapi dia tak pernah tidak adil dengan pekerja. Tak pernah menipu duit gaji pekerja. Biasalaa bos. Kena tegas. Kalau bos tak tegas, esok esok penyek kena pijak.
Lama lama Ahmad ni pun digelar tukang kipas bos. Lalu kat mana mana department, mesti ada yang baling batu sembunyi tangan dengan menjerit, "weyhh weyhh.. tukang kipas bos lalu weyhh" tapi tak berani nak tunjuk muka pula. Lalu diikuti dengan suara gelak dari rakan yang lain. Uhrmm..
Ikutkan hati si Ahmad ni, ada juga laa rasa sedih tapi malas nak layan budak macam ni sebab duit gaji bukan budak tu yang bayar. Depan bos diorang baik je, belakang macam ni. Jadi Ahmad ambil keputusan jadi diri sendiri je. Dia bukan kipas bos pun. Dah memang kerja dia direct kepada bos. Apa apa hal memang kena rujuk bos. Nak buat macam mana lagi. Kalau tak bincang dengan bos, nak bincang dengan siapa pula? Lain laa kalau atas si Ahmad tu ada supervisor, maka, berurusan la dengan supervisor bukan direct kepada bos.
Disebabkan keputusan Ahmad untuk menjadi diri sendiri yang rajin bekerja, yang hormat kepada orang atasan walaupun gaji tak banyak, akhirnya Ahmad diambil menjadi pekerja sepenuh masa dan dinaikkan gaji lantaran lulus dalam tempoh menilaian bekerja dalam syarikat tersebut.
Situasi 2 ni, Ahmad memang jenis kuat bekerja. Jenis tak merungut sebab sedar perlukan duit. Ahmad begitu sebab itu lah diri Ahmad. Ahmad bukanlaa jenis kat depan bos baik, kat belakang bos pelik. Kalau ada yang mengalami situasi macam ni, abaikan sahaja kaki kaki politik pejabat tu. Jadi laa diri sendiri yang memang bekerja sebab kita dah dibayar untuk kerja tersebut. Tak perlu jadi talam dua muka untuk jaga hati member sedangkan kita bukan jenis talam dua muka. Tak payah follow ludah ke periuk nasi sendiri. Lepas tu makan pula nasi tu. Kutuk bos, kutuk syarikat tempat bekerja, tapi duit dalam poket datang dari syarikat tersebut. Uhrmm... Kalau bos memang jenis tak adil, boleh blah je dari situ dan cari kerja lain. Tak payah jadi talam dua muka. Lagi buruk kejadiannya.
Cukup dua situasi untuk menggambarkan apa itu menjadi diri sendiri yang positif. Kalau kita mempunyai personaliti, akhlak dan sikap yang positif, jadilaa seperti itu. Jangan berubah dan diubah demi orang yang tidak bernilai untuk kita, jadilaa diri sendiri yang positif tanpa rasa malu tetapi rendah diri dan tidak menunjuk nunjuk. Kalau boleh, kalau dah memang kita mempunyai personaliti yang bagus dan menarik, tingkatkan lagi selagi tidak memudaratkan dan selalu laa bersyukur dengan potensi, bakat, personaliti, sikap yang semulajadi Tuhan anugerahkan kepada kita.
Untuk membaca berkenaan BE YOURSELF NEGATIF, sila ke entri "Mana Satu Personaliti Korang? BE YOURSELF Positif atau BE YOURSELF Negatif? - Part 2"....VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan