SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 2 Disember 2021

SAFI YOUTH GOLD (SYG) Lifting Golden C Duo Serum Mengurangkan Dagu Berlapis Anda Dalam Masa 15 Minit! WOW!!

SAFI YOUTH GOLD (SYG) Lifting Golden C Duo Serum Mengurangkan Dagu Berlapis Anda Dalam Masa 15 Minit! WOW!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Berkesan hanya 15 minit? Wow wow wow... okay... Saya tahu apa yang ada dalam fikiran korang. But wait. Please baca dulu, habiskan. Jangan suka mengkritik sebelum tamat membaca. Tak baik tau! Itu tak adil. Apatah lagi, baru baca tajuk dah mula gosip. Hiks. You know what? I have super power. I can read your mind. Ahaks...OKlaa... I'm joking. hehe. *why so serious..huhu..*

Cara menghilangkan double chin


Ada nampak gambar masa hari lahir saya tempoh hari tak? Saya post kat feed Instagram saya. Dagu dah mula nampak lapisnya. Hhhahaha! Perasaan tak? Saya post je. Dah nak buat macam mana dah dia nak banyak lemak kat sana. huhu. Bila saya mencari informasi, dagu berlapis rupanya disebabkan kulit dah mula kendur akibat penuaan. Haizz... maklumlah saya dah masuk alam 31 (Baru saja bulan September lepas naik level 31 ni).

Saya sebenarnya hairan. Saya berbadan kecil. Kenapa dagu berlapis? Pada mulanya saya ingatkan dagu berlapis ni berpunca dari overweight sahaja. Walaupun saya tak ada masalah overweight, saya buat saja lah jump rope, plank, jogging, senaman cardio, dan sebagainya. Masih ada juga double chin ni.

Oh ya! "Dagu berlapis" biasanya orang suka sebut "double chin", kan? Biasalah tu. Bahasa Inggeris lebih ramai yang guna dari Malay sebab sedap sikit bunyinya. Kkekeke. Tahu tak nama double chin ni sebenarnya submental fat tapi...haih...susah sikit nak sebut.

Bagaimana menyelesaikan masalah dagu berlapis?
Safi Youth Gold

Jadi, dipendekkan cerita, saya nak selesaikan masalah dagu saya yang dah mula berlapis disebabkan faktor umur ni. Tak boleh jadi tau. Saya masih nak nampak younger. Hhahaha... Double chin terjadi disebabkan beberapa faktor juga selain dari penuaan. Ini terjadi kerana berat badan berlebihan dan boleh juga terjadi kerana faktor genetik. Jadi, macam mana nak selesaikan masalah submental fat ni?

Bagaimana Menghilangkan Double Chin / Dagu Berlapis?

Pernah terfikir nak menggunakan cara semulajadi untuk menghilangkan dagu berlapis tak? Saya pernah terfikir. Setakat ni belum pernah buat lagi dan baru nak mencuba. Antaranya adalah membuat senaman leher, stretching lidah, senaman dagu menggunakan bola bersaiz kecil, dan boleh juga menggunakan produk. Hal ni membuatkan lampu atas kepala menyala. Idea! Selain dari mencuba senaman yang saya sebutkan tadi, apa kata saya apply sekali menggunakan produk.

Produk Apa Yang Boleh Menyelesaikan Masalah Double Chin?

Jadi, kita bolehlah membuat senaman yang saya sebut tadi sambil menggunakan produk yang berfungsi mengurangkan masalah dagu berlapis. Buat masa ni, saya nak mencuba Safi Youth Gold. Psstt! Safi Youth Gold (SYG) ni, boleh membantu mengurangkan 50% dagu berlapis sepantas 15 minit sahaja berdasarkan ujian saintifik dan klinikal. Whoaaahh! Tu yang saya teruja nak cuba produk ni. Jadi apakah kehebatan dan fungsi SYG ini?

Bolehkah mengurangkan masalah double chin menggunakan produk?
Safi Youth Gold Set - Lifting Golden C Duo Serum and Lifting 24K Serum Cleanser

Tentang Safi Youth Gold

Safi Youth Gold (SYG) merupakan produk yang baru dilancarkan oleh Safi. SYG adalah versi yang dinaiktaraf dari produk sebelum ini iaitu Safi Rania Gold. Saya pasti, ramai yang pernah dengar Safi Rania Gold. Mungkin juga pengguna setia.

Jenama Safi bukanlah jenama baru. Jenama ini dah tidak asing bagi kita dalam Malaysia. Safi merupakan jenama produk penjagaan kulit halal no.1 di Malaysia. Saya juga salah seorang pengguna jenama ni sejak sekian lama seperti produk pelembab, krim, deodorant dan losyen.

Fungsi dan Kehebatan Safi Youth Gold

Fungsi Safi Youth Gold

Antara fungsi SYG adalah...

Kenapa dagu berlapis walaupun badan kurus?
Lifting Golden C Duo Serum - Golden C-Lift Technology

  • Mengurangkan masalah penuaan kulit seperti masalah dagu berlapis dalam masa 15 minit sekurang-kurangnya 50 peratus.
  • Mengurangkan kulit yang kendur.
  • Membaharui kulit agar tampak muda dari usia.
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Memperbaiki kulit yang telah rosak.
  • Meningkatkan kelembapan kulit.
  • Menjadikan kulit lebih lembut.

Kehebatan dan Kelebihan Safi Youth Gold

  • Diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift.
  • Tekstur yang ringan dan pantas meresap.
  • Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives
  • Berkesan kurangkan dagu berlapis 50% dalam masa 15 minit! WOWW!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.

Berkesan dalam masa 15 minit? OMG really?

Too good to be true. I know right! Dalam fikiran kita memang macam ni bila kita tak kenal. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Ah giteww... So, mari kita berkenalan lebih dekat dulu. In Shaa Allah lepas ni dah kenal, jatuh lah cinta ke Safi Youth Gold tak sampai pun 15 minit terus nak berkepit 24 jam.

Produk apakah yang boleh menghilangkan dagu berlapis atau double chin?
Lifting 24K Serum Cleanser - Super Hydration & Firm (All Skin Types)


Berkesan hanya dalam masa 15 minit ni, berdasarkan ujian saintifik dan klinikal yang telah dijalankan oleh Safi Research Institute. Mengapa produk ini berupaya memberikan kesan sehingga 50% dalam masa 15 minit? Kerana...Safi Youth Gold menggunakan teknologi Golden C-Lift dan 7 Dimensi pemulihan keremajaan kulit yang diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives.

Apa itu Teknologi Golden C-Lift?

Teknologi Golden C-Lift adalah Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K. Fungsi Nano Emas 24K dalam SYG adalah mengurangkan pecahan elastin. Elastin merupakan sejenis proten di dalam tisu yang mempunyai keanjalan tinggi. Tisu ini mempunyai keupayaan mengembalikan tisu badan ke dalam kedudukan asalnya selepas meregang atau mengecut. Contohnya apabila selepas dicubit atau ditekan, kulit kita akan kembali ke asal.

Jadi, fungsi Nano Emas 24K boleh mengembalikan keanjalan tisu ini yang mulai kendur akibat faktor usia dan sebagainya. Oleh itu, kulit pada dagu kita akan kembali tegang. Golden C-Lift merupakan gabungan Vitamin C dan Nano Emas 24K. Oleh itu, ini boleh memberikan kesan yang lebih efektif kerana vitamin C boleh menggalakkan pertumbuhan kolagen baru dan antioksidan dari vitamin C juga boleh membantu mempertahankan daripada kerosakan akibat cahaya UV.

Produk yang boleh menghilangkan double chin dengan cepat
Sangat keemasan! I love it!!

Apa itu Duo Age-Correcting Actives?

Duo Age-Correcting Actives merupakan gabungan Golden C (Vitamin C dan nano Emas 24k) dan Ceramide 3 untuk 7 dimensi pembaharuan kulit agar lebih nampak awet muda seperti zaman remaja. Aha! Gituu...

Apa itu Ceramide 3? Dipendekkan cerita, Ceramide merupakan asid lemak yang biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. Ceramide adalah sejenis keluarga lipid dan saya susah nak jelaskan secara saintifik. Huhuhu... Jadi, kita ringkaskan saja. Tak payah nak rumit-rumitkan, Ceramide 3 berfungsi untuk menguatkan lapisan kulit. Boleh mengunci kelembapan pada kulit dan menghaluskan tekstur kulit wajah.

Adakah Ceramide selamat digunakan? Sebenarnya Ceramide boleh didapati secara semulajadi dalam kulit. Namun kerana faktor usia, terkena sinaran matahari, gaya hidup, dan sebagainya, pengeluaran secara semulajadi ceramide akan semakin mengurang dan kualitinya semakin menurun. Konsep ini sama sahaja seperti kolagen dan juga elastin. 

Apabila Ceramide berkurangan, kulit akan mudah rosak, kasar, berkedut, kemerahan, kering dan sebagainya. Oleh itu, Ceramide 3 dalam Safi Youth Gold menjadikan kita tampil lebih muda dari usia dengan kulit lebih anjal, halus dan berseri keemasan!

Kenapa  Saya Memilih Safi Youth Gold?

Well, like I said...I'm 31 already. Hhahaha... Also, double chin sudah mula say, "Hai Sofie". Kolagen, Elastin, dan Ceramide dalam kulit mungkin sudah mulai kurang berkualiti. Sebenarnya dah tak ada istilah mungkin. Memang dah drop pun. Mata kita tidak boleh menipu. Hati saja yang kata tidak. Saja nak sedapkan hati. Hiks.

Produk SYG juga mempunyai kelebihan yang boleh tahan hebat seperti yang saya tulis kat atas. Selain tu, satu perkara yang menarik perhatian saya adalah salah satu bahan produk ni adalah "Bee Venom". Jadi, saya nak mencuba produk ni untuk mengurangkan masalah dagu berlapis dan masalah kulit yang lain.


Safi Youth Gold
Nak tahu tak? Baunya wangi sangat!


Lagipun, SYG adalah produk yang sangat mampu milik dan sangat mudah untuk diperolehi. Produk ni boleh didapati di cawangan Guardian, Watsons, Aeon Wellness, dan Caring Pharmacy. Haaa... peminat produk beauty mesti sukaa masuk Guardian dan Watsons. Macam saya lah! Hehe...

Kalau nak beli secara atas talian pun boleh juga kalau rasa malas nak keluar atau rasa nak lebih selamat sebab sekarang zaman endemic Covid-19. Cari saja kat Shopee dan Lazada. Segalanya di hujung jari!

Saya suggest yang nak nampak awet muda boleh lah cuba produk ni. Safi Youth Gold boleh menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus. Marilah beli sekarang.


Produk menghilangkan dagu berlapis di watsons dan guardian
Nak shopping SYG ni atas talian boleh, cari sendiri kat kedai pun boleh.
Pilih je mana suka... hehe...

Beli Sekarang :
Lifting Golden C Duo Serum - https://shp.ee/tzarjpf
Lifting 24K Serum Cleanser - https://shp.ee/ft7y4xf


Cara Penggunakan Safi Youth Gold

Dari tadi cerita pasal dagu. Jangan sapu kat dagu saja tau. Hhehe... Pencuci mukanya, macam biasa, basahkan seluruh muka, picit ke tapak tangan dan gosok keseluruh muka. Sama macam cara kita cuci muka dengan produk yang kita gunakan sebelum ni. Lepas tu kita bilas sampai bersih. Barulah kita gunakan serum.

Serumnya pula, titiskan 2 hingga 3 ke jari atau tapak tangan. Kemudian sapu perlahan-lahan ke seluruh wajah hingga meresap. Nak hasil yang terbaik, bolehlah gunakan serum ni selepas menggunakan toner dan pelembap muka. Okay. Selamat mencuba.

Maklumat Lanjut :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube - SAFI Malaysia


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 ๐Ÿ’•

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ๐Ÿ’‹


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel