SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 17 Mac 2014

I want the peace and joy in your mind

MUSE - BLISS



Everything about you is how I'd wanna be
Your freedom comes naturally
Everything about you resonates happiness
Now I won't settle for less

Give me all the peace and joy in your mind, ooh

Everything about you pains my envying
Your soul can't hate anything
Everything about you is so easy to love
They're watching you from above

Give me all of the peace and joy in your mind
I want the peace and joy in your mind
Give me the peace and joy in your mind, ooh

Everything about you resonates happiness
Now I won't settle for less

Give me all the peace and joy in your mind
I want the peace and joy in your mind
Give me the peace and joy in your mind, ooh


Read more: Muse - Bliss Lyrics | MetroLyrics 



With Love,



Share:

Ahad, 16 Mac 2014

Jom Blogwalking bersama Blogger 2014

Assalammualaikum.

Untuk pertama kali saya join segmen pada tahun ini :) Saya join segmen oleh HEARTYOU (Klik untuk terjah blog beliau).

Jom la join ramai-ramai untuk support segmen sesama rakan blogger! :)

Klik kat gambar di bawah ni untuk JOIN okeh! Selamat bersegmen!



Syarat nak join segmen HeartYou mudah saja. Boleh baca kat dalam gambar di bawah ni.




With Love,



Share:

To Join Your business must find people ah?



Interesting Question: 
To Join Your business must find people ah? 

Err, All Business find people lah… 
Nasi Lemak Biz, find people to eat 
Baking Biz, find people to buy cake 
Clothes Biz, find people to buy clothes 
Training Biz, find people to attend the trainings

Only Zoo Biz find Monkeys … 
Even Zoo must find people to be Zookeepers 

So yes, 
To do Biz Must Find People 

To Work also Must Employ People not Monkeys 

So What exactly are you asking?  

Or You just want to Dump Money Shake Leg? 
Then Go Travel into Some Galaxy … 
Hmm even there must find people 

I'm Not in the Monkey Biz, 
So if you don't want to find people 
and want to find Monkeys apply somewhere else … 




By: Suria Mohd.


With Love,



Share:

Menjaga Alien Pou yang bulat dengan baik!

Assalammualaikum.

Kelmarin cerita pasal Flappy Bird. Hari ni nak cerita pasal Pou. Pou ni comel tau. BULAT! Siap boleh bagi nama ikut suka korang. Sejak saya guna Samsung Duos last year, saya install pou ni secara tidak sengaja. Lepas tu jaga Pou macam anak sendirik. ehh? haha.

Dari dia kecik sampai la besar ... hee~

Alien Pou Saya!!! Hehehe... Nama dia "FIEPOULZ"
Ada nick name ni... "SI BULAT!!!!" hehehe..

Paling syok bila jaga Pou ni dengan Encik Tunang sekali. Lumba level mana dah. Hahaha..Laju betul Encik Tunang, dah nak melepasi level saya. Anak buah saya, Akirah dan Fitri layan juga Pou ni. Sepupu sepapat pun layan juga Alien comel ni.

Alien Pou Encik Tunang. Pakai cap lagik! hehe..
Comel baju dia.. hee hee...
Nama Pou Encik Tunang "Gumuk5295" ..

Alien bulat ni, ada macam-macam jenis game boleh kita layan. Sampai game ala-ala Flappy Bird pun aderk jugak! Tapi nama gamenya bukan Flappy Bird tapi namanya adalah "Jet Pou" . haha.

Korang layan juga tak? Kalau layan, bagitau nama Pou korang kat ruangan komen, Biar pou saya jejak pou korang. Jalan-jalan... Kalau tuannya jalan-jalan guna blog, Pounya pun nak juga jalan-jalan jumpa member,beb. hee.. :p

Tengok, Si Bulat jumpa Si Gumuk. Dating kat Taman. haha...
Main Bola, bawa meow jalan-jalan.. Siram pokok :p ni gambar 2 minggu lepas.
Yang terbaru kat bawah...

Semalam, sebelum tido, Si Bulat dating dengan Si Gumuk lagi. Dah guna baju baru..

HEHEHE...

Kalau belum ada pou sendiri, korang boleh download kat sini atau korang boleh juga ke Google play korang. Lepas tu taip lah 'POU' . Apps ni FREE sahaja. Try la. Comel! Seyes ni.. hihi..

Pebagai game yang kita boleh main apps Alien comel ni..

Colour Match Game.

Pou Sounds Game.

Water Hop Game.

Food Drop Game.

Pet Walk Game.

Four Pous Game.

Free Fall Game.

Cliff Jump Game.

Pou Popper Game.

Memory Game.

Goal Game.

Pool Game.

Hill Drive Game.

Connect Game.

Cloud Pass Game.

Sky Jump Game.

Find Pou Game.

Colour Tap Game.

Pou Words Game.

Sky Hop Game.

Sad Tap Game.

Match Tap Game.

Tic Tac Pou Game.

Cliff Dash Game.

Jet Pou Game.

Best kan ? Jom tengok video Alien Pou ni pulak :D hehehe....




With Love,



Share:

Sabtu, 15 Mac 2014

Flappy Bird Addicted?

Assalammualaikum.

Korang layan Flappy Bird tak? Hehe.. Sejak saya download game tu, dah jadi game wajib kena main setiap hari. Setiap dapat highscore sendiri, setiap kali tu lah rasa nak pecahkan rekod sendiri.

2 minggu yang lalu, saya dapat 85 highscore.. haha.. Show la ngan Encik Tunang.




Tapikan..Pergh.. Encik Tunang dah kalahkan saya tadi, beb!. Baru jerk! Haha.. dia dapat score tertinggi 107...! Saya? Masih 85 jugak..terhantuk je kerja. Ehhh!



Game ni, sakit hati macam mana pun, memag tetap layan juga. Dah addict kot. >_<

Korang pernah layan tak? Mesti dah tinggi score kan? Korang, kalau belum cuba kagi game ni, download cepat-cepat. Tuan punya game ni dah kaya-raya sebab game ni popular sangat-sangat-sangat!! Tengok video kat bawah ni. Lawak giler, beb!





With Love,



Share:

Khamis, 27 Februari 2014

Celebrate Birthday Encik Tunang

Assalammualaikum.

Sejak banyak blog nak manage, blog ni macam nak R.I.P dah. kikiki.. Tapi saya tak berniat nak abaikan. Blog ni masih dalam perancangan untuk menyimpan coretan kenangan. In Shaa Allah. Lama dah dibiarkan blog ni. Lama juga tak cerita pasal Encik Tunang kat sini. hehe.

Semalam 26 Feb 2013. Hari yang saya dah mark awal-awal pada awal tahun 2014 di kalendar meja kerja saya, dalam memo ber-alarm dalam phone saya dan paling penting dalam fikiran saya. Sejak awal lagi, dalam bulan January, saya berfikir-fikir apa yang patut saya lakukan?

Tahun lepas, apa sangat yang saya dapat buat? Kalau boleh kali ni nak up lagi. Nak celebrate yang lebih mantap dari last year. Buntu juga dibuatnya walaupun saya tahu Encik Tunang tak lah nak saya celebrate kaw-kaw tapi saya yang kisah. KISAH LAH! takkan nak duduk diam saja. oh itu tidak mungkin. hehe.



26 Februari 2014, adalah hari lahir Encik Tunang :) Tak nak macam hari biasa-biasa kan.. Kena la cari jalan walaupun pada mulanya saya ingatkan saya tak dapat nak buat apa-apa. huhu. Sadis!

Tapi Alhamdulillah ada sesuatu yang berlaku seminggu sebelum birthday dia. Rezeki dia la tu. Saya pun sangat excited untuk mencari jalan apa nak dilakukan pada 26 Feb 2014.

Hmm... Fikir punya fikir, Alhamdulillah. Pada bulan Februari 2014, dalam awal bulan ni, Encik Tunang tiba-tiba kata....nak buat MLM.

Saya? uh? MLM? Tapi saya layan saja. Hehe. Lepas tu tiba-tiba dia sebut SET **** *** pada 20 Februari 2014. Dia tanya harga dan sebagainya.

Hmm...Fikir punya fikir....BIAR BETUL?!

Tiba-tiba profile photo facebook dia bertukar.

Fikir lagi.... eh? eh? eh? mungkin saya hanya bermimpi.

Tapi..........

at last... saya tahu dia serius. OK, kalau macam tu saya pun serius, 2 hari sebelum Birthday dia, saya contact Si A untuk mendapatkan SET **** *** tersebut. Mula-mula macam tak dapat. Alaaa~ Alaaa~ Alaaa~

Saya pun pop pep pop pep pop pep menunjukkan betapa saya bersungguh-sungguh ni. HAHA! Akhirnya? Lampu hijau! YES!!!!!!!

Hari selasa, saya nak turun bandar awal untuk ambil barang tu. Tapi Si A ni pula ada hal kot. Petang time orang sedang dating pula dia baru letak barang tu kat tempat saya sepatutnya ambil. Hm..Oke tak apa.. hari Rabu la .

Rabu pula tiba.. Aduuii!! Saya lambat bangun! Tak dapat la turun bandar sorang untuk ambil barang tu. Ish tak suprise la cenggini kan. HAHA..

Tapi tak apa lah. -_- terpaksa buhung sunat kata mak kirim barang untuk ke sana. Aduyai...



Tapi syukur Alhamdulillah saya gembira dapat berikan dia SET **** *** tu walaupun saya tak pasti saya patut atau tidak berikan itu pada waktu tu. Saya plan hari Isnin. Tiba-tiba hari Selasa dia kata, nak buat minisite untuk bajet dapatkan SET **** ***.

Saya apa lagi, "HAH?!" O_O - dalam hati terus ada taman. Yes! yes! yes! hehe... Tak apa.. Hari Rabu dia akan dapat punya. :)

Best la macam ni, nanti tahun depan nak buat suprise kaw-kaw la macam ni. Kekeke.. :p

Alhamdulillah saya tahu dia gembira. Semoga impian dia tercapai.

Saya tumpang gembira. chewah.

Pada 26 Feb 2014 tu, kalau boleh nak dia happy memanjang. Lunch saya bawa dia pergi layan GOLDEN WRAP CHICKEN. Favourite dia tu tau. So, oke.. nak layan GOLDEN WRAP CHICKEN.. ^_^



Kemudian, kami lepak kat tempat biasa kami dating sejak kami couple dulu. Memang suka lepak kat sana. Dia ajak g sana, katanya dah lama tak lepak sana. Sweet jer buffday man nak lepak kat situ. HEHE! Kat situ dia memang layan gift dia. Nampak begitu berbunga2 di wajah. Ewah! HEHE.

Selepas dari sana, saya ajak dia shoot photo. Nak buat kenangan. Bukan selalu kan. Hehe.. saya nak buat koleksi birthday dia setiap tahun. In Shaa Allah, jangan lupa pula nanti.

Memandangkan tak ada photografer, tak apa la... saya shoot dia berabis. Kalau nak muka masuk berdua kena ambil sendiri. :p





Saya sangat happy! Saya harap dia lebih happy. Saya first time celebrate birthday orang walaupun beri hadiah birthday kat orang lain dah banyak kali, tapi plan nak sambut untuk beloved atau orang lain tak pernah.

In Shaa Allah nanti nak sambut lebih BEST untuk dia! :)



With Love,



Share:

Ahad, 9 Februari 2014

Kisah Tiga Orang Adik Beradik

Apakah pengajaran daripada cerita ini? Anda kongsikan pandangan/pendapat di ruangan komen di sini, ya!

Ada satu cerita.
Tiga orang adik beradik baru berpindah ke sebuah kota. Mereka tinggal di satu apartment mewah. Mereka tinggal di tingkat 50.

Pada suatu hari. Mereka pulang dari kerja... Mereka dapati, lif rosak. Mereka pun terpaksa naik tangga untuk ke tingkat 50.

Si Sulung kata : "Aduh, rosak pula ba ni.. Macam mana ni.."

Si Angah kata : "Inda apa apa bah.. kita naik tangga saja. Kita cerita-cerita sambil naik tu tangga nanti sampai juga itu."

Si Bongsu kata : "Bah iyalah... Tapi cerita mesti cerita sedih-sedih sikit lah ah.. sebab sekarang pun sedih juga ba ni. Naik tangga sampai 50 tingkat ni..Kau start dulu la abang sulung ah."

Si Sulung cerita : "Bah aku dulu lah cerita. Dulu, ada seorang perempuan cantik ba... cantik betul dia ni. Ramai lelaki terpikat sama dia kamu tahu kah. Memang meleleh lah tengok. Tapi ramai yang tidak berani mau dekatkan diri sama dia tu.."

Si Bongsu tanya : "Kenapa pula?"

Si Sulung sambung cerita : "Pasal dia cantik sangat ba.. jadi orang ingat begini, kalau cantik ni kan, orang anggap sudah berpunya.. Dia sudah habis belajar, bekerja apa semua dia masih lagi belum ada suami sebab dia sangat cantik.. Tiada orang berani mau kacau dia. Sampai lah dia umur 50 tahun... dia masih lagi bujang bah.. Sedih kan ? sedih ba kan?? cantik tapi tidak kawen..."

Si Angah kata : "Sedih juga lah.. tapi dengar dulu lah aku punya cerita. Lagi sedih dari kau punya cerita ni bang.."

Si Bongsu kata : "Bah cerita lah cepat.. aku pun ada cerita ba ni mau share sama kamu lagi sedih..cepat cerita!"

Si Angah cerita : "Ceritanya macam ni, ada sepasang suami isteri. Pasangan ni memang tahu anak dia ni seorang yang cerdik. Diorang pun bekerja keras untuk menghantar anak dia ni ke Universiti. Anak diorang ni seorang saja. Bila sudah besar, betul-betul dia masuk universiti. Bila dia sudah habis belajar di luar negara tu, inda pula dia mahu pulang. Dia mahu tinggal sana saja sebab dia dia kahwin sama orang sana. Jadi kesihan tu sepasang suami isteri sebab hantar jauh-jauh kasi pandai untuk jaga diorang sudah tua tapi last-last kena kasi tinggal pula. Nah...sedih kan ceritanya?"

Si Angah kata : "Sedih sedih sedih..."

Sepanjang si Sulung dan si Angah bercerita, mereka sudah pun sampai ke tingkat 48. Lagi dua tingkat maka sampai lah mereka ke rumah mereka. Giliran si Bongsu pula bercerita.

Si Bongsu cerita : "Kamu tahu ka? Cerita kamu tu belum lagi cukup sedih ba tu. Mari kamu dengar dulu cerita aku ni. Ada tiga orang adik beradik. Tinggal di apartment mewah..Rumah diorang tu di tingkat 50. Sedih bah kamu tahu ka? Tiba-tiba lif rosak terpaksa naik tangga dari bawah ke tingkat 50. Paling sedih bila, di dapati kunci rumah tertinggal di kereta sana tempat parking di bawah bangunan...."

Tamat.

With Love,

Share:

Isnin, 13 Januari 2014

Entry Pertama di Tahun 2014 - Blog berhabuk. Tunggu rajin saya bersihkan la~

Salam. Hye.

Ini entry pertama saya untuk tahun ni. Kali pertama juga saya jenguk blog ni pada tahun ni. Bukan lupa nak update. Banyak cerita nak update sebenarnya. Banyak idea juga nak ditulis kat sini. Tapi tak ada kesempatan.

Masa malam 31 Disember 2013 hari tu, ada juga snap gambar dengan Encik Tunang. Tapi tak masuk blog pun. haha~

Selepas tu, dari date 1 Jan 2014, memang banyak story dan macam-macam feeling dah wujud. Wakaka.. tapi blog ni tetap tidak di buka untuk tulis entry. Blog lain ada la. Yang ni kesian tertinggal sekejap. Kalau ikutkan dah berapa kali skip jadual waktu untuk blog ni. Skip dengan sengaja sebab nak buat benda lain.

Btw, tahun ni saya harap adalah tahun baik untuk saya dan keluarga. Yang penting perubahan diri sendiri lah. Harapan dan impian mesti jadi kenyataan. Impian kecil-kecil yang saya nak la..yang besar-besar tu, bukan malas nak fikir, fikir juga. Tapi biarkan santai dulu la. Pecah kepala kalau difikirkan. Macam nak muntah. Cukup la 2013. haha. Kalau yang lain-lain rasa payah tu, let it go dulu la. Nanti boleh kejar balik. Sekarang simpan dalam hati cukup la. haha. Mudah-mudahan rezeki banyak, murah dan mencurah-curah.

Ni baru 12 hari Januari saya dah rasa dup dap dup dap... macam esok dah hujung tahun. Eh kamon la Sofie, baru 12 hari la.... banyak story boleh share lagi maa... apa barang kecut perut. HAHAHA!

Tapi tahun ni memang suka layan benda kelakar la . Pasal apa nak skip benda 'serabut' yang tak kan ada kesudahan kalau di layan .

Bagus saya layan apa yang saya suka, tak suka abaikan terus. Tak payah fikir langsung. Lagi seronok. hehe.. Serius! Memang malas, memang boleh blah semuanya, oke. hee~

Hapa pun , saya cakap macam tu tak maksud nak lepas tangan. Masih lagi terkapai-kapai ni bergelumang dengan harapan. Allah saja yang tahu tengok hati manusia apa cerita.

Yang penting saya HAPPY, I FEEL GOOD cukup la.. Syukur Alhamdulillah. Yang lain-lain, saya serahkan sahaja pada yang Esa. Asalkan saya usaha ada. Kalau tak ada langsung, boleh lah bunuh diri sendiri esok. hakhakhak.

Penat, jadi nak rehat. Saya santai kan diri tak kira hujan ? panas? ribut ? lantaklah!

Sebenarnya mood agak bengang ni masa tulis entry ni, saya install dah banyak dah... last uninstall balik.. apa punya software la.

Panjang tulis-tulis bla bla bla.. last-last rupanya pasal software. hahaha...

Mimpi indah saja la. Malas nak layan software yang sudah buat kepala stuck. ZZzzz~

P/S : Maaf , ini adalah entry malas.  Esok-esok saya bersihkan habuk-habuk blog ni danbuat entry bagus-bagus oke.. *Yawn*

With Love,



Share: