SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 22 Mac 2014

Banyaknya buku. Boleh baca ke?

Assalammualaikum.

Sedang tunggu Donut square mengembang.. :p Jadi nak blogging dulu kejap. (apa kebenda pula Donut Square? Buat donut versi empat segi. HAHA).

Rabu lepas(19 Mac 2014), saya dan Encik tunang pergi library lama gile. Dari pagi sampai petang. Malam pula pergi kelas..

Bila lepak lama macam tu kat library, saya rasa macam masa sekolah dulu-dulu pula. Tapi 8 jam stay library, 4 jam saja kot masuk kepala studynya. kikiki... yang lain sempat lagi buka buku lain atau bergosip. toeng :p

Ada 6 ketul buku tu saya ambil belek-belek untuk warm up baca buku. Buku tu mengenai Seni atau karya agung. Harga buku tu boleh tahan beb, RM80.50 seketul. huhu... mahalnya. Tapi buku tu tak la tebal mana. Ilmu kat dalam tu la yang mahal agaknya.

6 ketul buku karya agung... yang tak mampu untuk saya baca dan cerita di sini. haha :p

Harga sebuah buku karya agung yang nipis -_-"
Kalah harga buku Forex Encik Tunang.

Saya berikan ringkasan sikit la apa yang tertulis kat dalam buku tu. Ada menceritakan mengenai asal usul wayang kulit, seni tarian china, ada juga mengenai angklong (alat musik yang diperbuat daripada buluh) yang berasal daripada tanah jawa dan sebagainya. oke cukup. Tu saja saya ingat. hikhik...

Boleh tongok tajuk-tajuk 6 buah buku tu kat dalam gambar bawah ni.



Eh? Ni ambil gambar tajuk buku ke Encik Tunang? kekeke... Menyelam sambil minum air beb. :p Dia tak perasan kot saya ambil gambar dia tuu... cuba tengok tu, dia ambil gambar apa tu?

Check it out ~


Encik tunang baca surat khabar rupanyaaa... hehe.. Nampaknya Encik Tunang tertarik dengan "Tak kenal Usia" ni. Apa agaknya tu? Gambar kat atas ni saya 'culik' dari FB dia. Dia masuk FB on the spot masa tu.. caption dia , "Semakin ramai golongan muda, aktif bersukan dapat serangan jantung" -_- CREEPING DEATH...!

Korang jaga kesihatan tau.. tahu tak kesihatan itu adalah aset negara? hm? bukan..... tapi ASET PENTING! untuk DIRI SENDIRI dan semestinya untuk orang tersayang :)

Jom baca artikel kat ZON KLIK2SIHAT (klik) untuk bacaan santai tentang kesihatan :)

Lepas tu Encik tunang sempat baca buku dan ambil info tentang BOTOX! besarkan mata anda sekarang...

UBAT DARIPADA SUMBER BABI.

So korang kena hati-hati kalau pilih apa-apa produk. Pastikan tak ada sumber yang haram. Terutamanya anda anda anda yang muslim.

Lepak punya lepak kat library tu, tiba-tiba saya jumpa buku KATAK. Penulisnya adalah Brian Tracy. Encik tunang sangat suka dengan Brian Tracy ni tau. Dia siap baca buku Brian Tracy sangat kerap malah mampu untuk selalu membawa buku tersebut sebagai sumber semangatnya :) sweeett.. hikhik..Encik tunang juga selalu tengok dan dengar Brian Tracy di YouTube. Saya agak, kalau Brian ada depan mata, dia lah insan yang paling gembira dan excited! hehe... ^_^

Senarai entry saya yang terdahulu.
1.I like the way you read
2.Berbekalkan buku

OKeyh, kembali ke cerita katak. haha. Sama tapi tak serupa dengan buku yang saya suka baca.

KISS THAT FROG!

Yang saya suka baca adalah.......

EAT THAT FROG (Versi Melayu)

Kiss that frog tu saya rasa macam nak pinjam bawa pulang rumah. Tapi tulisan dalam bahasa Inggeris. Saya boleh ke baca laju? -_-"

Tak terer la BI. SPM pun dapat C5 jerk -_-" ..... kalau Encik Tunang, dia terer la Bahasa Inggeris.. buku dia banyak BI. Dia boleh baca sampai habis lagi. hehe... kalau saya tunggu la setahun dua macam tu.. kui kui kui... kena pergi kelas belajar Bahasa Inggeris cenggini ni haha....

Tengok buku yang dia ambik dan baca kat library.... Bahasa Inggeriszzz~

Hikhik.....

Dia jumpa buku HOBBIT... besar giler buku tu. tebal pula...
HOBBIT, movie fav dia :)
Tak sabar nak tengok wayang dengan Encik Tunang untuk
yang next punya HOBBIT.

Serius Encik Tunang baca akhbar. Sekarang sedag HOT story #MH370 ..

at Last saya pinjam buku DEMI MASA. :) tebal macam kamus jerh. Tapi saya tertarik dengan satu kisah dan satu kata-kata dalam buku tu hingga saya nak pinjam dan nekad nak habis kan baca! hihi.....



Sampai sini dulu entry ini. Lepas ni nak tulis cerita kelas malam yang saya pergi bersama Encik tunang selepas dari library Rabu lalu (19 Mac 2014).

With Love,



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: