SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 18 Mac 2014

Nak buat donut gebu dan lembut ala-ala Big Apple

Assalammualaikum.

Saya rasa, ini adalah pertama kali saya buat entry tentang 'resepi' . ehh? haha. Resepi-resepi ni memang kurang menarik minat saya tapi sekarang saya rasa dah tiba masanya untuk menjadi minah dapur 100%. Bukan tunggu lapar baru nak masak. Maklumla bujang lagi. hahaha. Jadi blog pun kena ada cerita masak-masak juga baru la ada mood! haha.. boleh pula macam tu :p

Saya nak belajar buat kuih dan masakan untuk beberapa sebab.. pertama, kan dah nak jadi isteri orang kan. Jadi kerja dapur tu kena nombor satu. Nak pikat hati suami. ewahh. sejak tahun lepas, saya memang dah rajin masuk dapur tapi nak post-post entry tentang resepi kat blog ni idea~

sebab kedua pula, buat biz kuih kecil-kecilan mesti besyt! >_< dapat income setiap hari. Wanita bekerja pula, buat biz kuih boleh lah dapat income sampingan kan (tapi ada ke wanita yang bekerja sibuk buat kuih juga untuk dijual? ada kot~)

Oke, saya nak teruskan dengan resepi ini. Nampak senang dan best. Sedap macam Big Apple!! :) Resepi saya dapat daripada seorang blogger juga yang sudi mengongsikan resepi kegemaran beliau. Terima kasih sebab sudi kongsi. Sharing is caring. hehe. Korang yang membaca resepi ini dari blog saya, sila lah copy dan cuba buat juga kat rumah :D hee..

BAHAN-BAHAN

2 Cawan tepung gandum
3 sudu butter
1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
1/2 cawan susu cair (suam)
1 biji telur (pukul sket)
3 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam

CARA MEMBUATNYA

Langkah satu :


Masukkan tepung, yis dan butter gaul butter mcm buat pastry..Guna hujung jari sampai jadi mcm bread crumbs. Masukkan garam dan gula.

Langkah dua :


Buat well tengah-tengah tepung kemudian masukkan telur dan susu suam.
Gaulkan dengan cara menarik tepung bahagian atas sampai menutup bancuhan cair.

Langkah tiga :


Gaul sampai dapat segumpal mcm kat atas.

Langkah empat :


Transfer atas meja dan uli sampai adunan elastik dan tak melekat-lekat.

Langkah lima :


Sebaik adunan tak melekat terus peram dalam mangkuk dan tutup denagan kain bersih, sebelum tu mangkuk sapu dengan butter sekelilingnya.

Langkah enam :


Bila adunan dan naik kembang.. kluarkan dan uli. Part ni boleh dibentukkan dan peram sekali lagi.

Langkah tujuh :


Hasil peraman kedua naik gebus mengebus. Selepas naik kali kedua ni boleh la digoreng dengan api yang tidak terlampau panas.

Langkah lapan :
Kemudian hias dengan cheese, gula, coklat atau apa-apa jer ikut tekak anda. Siap!.


Senang je kan? Tengok video kat bawah ni pula.




With Love,



Share:

7 Kata-kata Dari Teman:

Tanpa Nama berkata...

Sdng practice ni. X sabarjnk tgk hasilnya

simplegirl lily flower berkata...

Nak tnye donut nie boleh disejuk bekukan ke.... ?

simplegirl lily flower berkata...

Nak tnye la kak bley , donut nie boleh disjuk bekukan ke...

Tanpa Nama berkata...

Nak tnye susu turn gune susu cair yg. Dlm tin ke susu kotak ..

simplegirl lily flower berkata...

Nk tnye susu tu gne susu cair yg dlm tin. Ke. Susu. Segar dlm kotak...

Pengedar Shaklee Klang berkata...

Take sabar Dan nak Cuba petang no.bebeduak ni day request he he.thanks resepi

Sofinah Lamudin berkata...

Sama sama :)