Follow Instagram @sofinahlamudin

Thursday, March 20, 2014

Hari ni sesi buat donut ala-ala Big Apple

Assalammualaikum.

Bangun dari tido pagi tadi, saya dapat pesanan ringkas comel. "Selamat pagi...Buat donut hari ni k.." ^_^ hikhik...

Encik Tunang beri ingatan untuk projek mini donut.

Kebetulan, jam 4 petang tadi saya sorang-sorang kat rumah. Jadi, apa lagi, saya pun beraksi di dapur. EwahH.. haha. Sambil buat donut tu saya layan lagu-lagu Muse, Bruno Mars, Miley, Pink dan Katy Perry. Macam nak bergelek kat dapur tuhh :p

First thing ialah...kamera kena bawa ke dapur. hahaha. Jadi blogger ni kamera tak boleh tinggal.

Perkara pertama saya buat mengumpul semua bahan-bahan yang diperlukan untuk buat donut.



Wah semangat semangat.. he he... Yang asas wajib ada, Tepung gandum, Telur, Yis, Susu Cair, Butter, Gula, Garam. Kat gambar ada Coklat, Coklat Putih, Cream-O, tabur-tabur kalerfull tuu (lupa la plak namanya hehe..) dan kacang Gajus tu untuk last.. Yang tu untuk tambahan sahaja. Ikut suka mulut kita nak buat macam mana. hikhik...

Lepas tu saya persiapkan dulu bahan-bahan tu.. mesin halus kacang, cream-o dan gula kasar..



Tengok proses menggelek tepung kat bawah ni... hikhik... wah..


Bila dah sampai ke tahap nombor 3 tu, kalau korang tumbuk pun boleh rasa sakit tau. haha :p

Korang nak cuba juga tak buat donut ni? Korang KLIK SINI untuk baca bahan-bahan dan caranya sekali k.

Info lain : Resepi Bun dan Pau (Nak buat untuk bisness pun boleh. Suka-suka pun boleh).

Saya buat ikut resepi ni, saya dapay buat 10 biji donut.. kalau korang buat lebih besar saiznya daripada saya punya, korang akan dapat sikit. Kalau nak buat banyak, bahan-bahan tu kena tambah ikut kesesuaian korang oke. :)

Ni proses peraman kedua. Saya sedang tunggu masa nak goreng 5 biji...
dan 5 biji lagi nak masak guna oven . :)

SENYUM SOKMO!!



With Love,



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.