SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


♥Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia♥

Assalammualaikum Bloggers!


MAAF.
SEGMEN NI DAH TAMAT.
Sila ke...
klik>> PESERTA DAN PEMENANG <<klik

Nama saya Sofinah Lamudin. Selesa dipanggil dengan nama "Sofie". Umur saya 27 tahun pada 16 September 2017 ini. Saya merupakan anak jati Wilayah Persekutuan Labuan. Anak bongsu dari dua orang adik beradik. Kakak saya, bernama Sofiah Lamudin berumur 40 tahun pada bulan Mac yang lepas. Saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang saya gelar MR.BEE, nama sebenar Mohd nasyit.

Saya adalah seorang suri rumah, blogger dan usahawan internet sepenuh masa. Pekerjaan saya dan MR.BEE hanya berkaitan dengan internet dan komputer dari rumah selama 24 jam.

Saya mempunyai 2 ekor kucing bernama Si Ontot dan Si Chokey. Si Chokey adalah anak kepada Si Ontot hasil dating dengan kucing jiran. Hahaha! Jiran tak sanggup jaga kesemua anak-anak Si Ontot lalu dengan besar hati, saya terima Si Chokey sebagai ahli keluarga saya.

Hobi saya banyak!...tapi paling saya minat adalah melukis dan menulis. Hobi yang lain adalah membaca buku, main jump rope, main game PC dan android dengan MR.BEE, tangkap gambar dan menonton wayang.

Saya mula blogging pada tahun 2006 iaitu semasa tingkatan 4. Namun, blog tersebut ditutup sebab tak sanggup ke cyber cafe setiap hari. hahaha! Pada tahun 2008, saya buka semula blog baru iaitu semasa tingkatan 6. Lalu ditutup lagi atas sebab terlalu membuang masa dengan blog dan masih belum tahu menjana pendapatan melalui internet. Kemudian, pada tahun 2011, saya membuka semula blog (yang ini) selepas belajar beberapa cara mengenai making money melalui internet. Pada tahun 2012, saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain sendiri iaitu www.sofinahlamudin.com.

Pada tahun ini, saya berazam dan tekad untuk terus menjadi blogger yang aktif, jadi saya ingin membuat 1 segmen.

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA untuk kita semua saling mengenali dan bertukar ilmu melalui pembacaan di dalam blog masing-masing. Kepada bloggers yang sudi menyertai segmen ini,  berikut merupakan hadiah yang saya sediakan untuk blogger yang berjaya menulis mengenai diri masing-masing dengan unik serta menepati syarat segmen ini.

PEMENANG PERTAMA
KAMERA AKSI

 

Informasi Produk :
Provide waterproof waterproof casing, convenient you wonderful water sports,
waterproof shell can be taken in depth of 30 meters
Ultra clear screen, display and replay of video
Removable batteries, convenient replacement battery, prolong service life
Charging and video function
Plug in the video function
16 million hd wide Angle lens
H D MI hd output function
Web camera function
Support up to 64 g memory card (not included)
A variety of video recording format
4 k @ @ 30 FPS/2 k @30 FPS/1080/ p60fps  /1080 p @ 720 FPS/WVGA > MOV format video recording
 A variety of shooting mode automatically even pat



PEMENANG KEDUA
HEADSET

PEMENANG KETIGA
MP3 DENGAN USB

PEMENANG KEEMPAT
STEREO HEADPHONES


PEMENANG KELIMA & KEENAM
RM10/SEORANG


SEMUA PESERTA (SAGUHATI)
POTRET KARTUN


Syarat-syarat penyertaan :

💟 Tulis mengenai diri anda (200 patah perkataan atau lebih) dan letakkan banner segmen ini (Gambar di bawah) di blogpost/entri anda.



💟 Ayat terakhir di blogpost/entri anda MESTI meletakkan ayat di bawah ini :

Untuk menyertai Segmen ini,


💟 Follow blog di bawah :
     💕 www.sofinahlamudin.com<<klik
     💕 www.sopheestudio.com<<klik
     💕 labuanblogger.blogspot.my<<klik

💟 Follow instagram di bawah :
     💕 @sofinahlamudin<<klik
     💕 @jejakmoment<<klik
     💕 @sopheestudio<<klik
     💕 @labuanblogger<<klik

💟 Sertai group facebook di bawah :
     💕 Komuniti Labuan Blogger<<klik
     💕 Reading Section<<klik

💟 Isi borang di bawah :

Nama Depan
>><<
Nama Terakhir
>><<
Tempat Tinggal
>><<
Nombor Telefon
>><<
Alamat Emel
>><<




NOTA 1 : Selepas anda mengisi borang di atas, sila periksa emel anda untuk pengesahan penyertaan. Kemudian, reply emel tersebut dengan menghantarkan URL blogpost/entri anda yang bertajuk "Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia".

NOTA 2 : Segmen ini akan berakhir pada 1 Disember 2017.

NOTA 3 :
Semua peserta segmen ini akan menjadi bloglist di dalam blog ini dari 13 September 2017 sehingga Disember 2018.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋