Tuesday, July 4, 2017

Dua minggu dah hari raya berlalu..

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

Nampaknya, dah dua minggu Hari Raya Aidilfitri berlangsung. So far, ada yang still on raya mood ke? Hehe... Majority pun dah kerja, right?

Saya and husband pun dah off raya mood. Haha.. Walaupun kami dua ni bekerja sendiri.

Alhamdulillah! Raya this year berjalan dengan lancar. Cuma tak kesampaian projek raya 1 van yang dah sekian lama ada dalam fikiran...
Raya 1 van? Hahaha... Rahsia! In Shaa Allah kalau Allah izinkan ada la rezeki projek ni berlangsung tahun depan. In Shaa Allah..

Raya tahun ni, baju raya simple sahaja. Saya suka sangat pakai kurti.. Pasal apa? Saya ni boleh tahan rock. Haha... Tak minat sangat pakai kain. Kalau pakai kurti, boleh gabung dengan jeans. CewahhH! Macam tu juga dengan husband.. Dia pakai kurta.. Aiseh! Kurta kurti gituu... Untuk my mom, saya sediakan blouse. And.. Dad pula baju melayu..

Warna tema kami suami isteri on first raya is Navy blue. Warna tema my mom and dad pula is dark grey..




First raya macam biasa la.. Ke kubur arwah abang saya, Supawi and Supawin, arwah nenek and atok sebelah ayah, atok sebelah my mom..dan keluarga serta saudara yang lebih awal dijemput ilahi.

Then, on first raya, WAJIB jumpa cousin saya yang sorang ni.. Suzie.  Kawan rapat since childhood!


Tahun ni, Alhamdullilah jumpa keluarga from brunei... Rezeki!
...and then, saya dan suami ke rumah mama (ibu mentua saya - mak En.husband). Maklum la.. Kami berdua ni sama-sama orang Labuan. Jadi, on raya memang senang gila la nak ke mana. Tak payah gilir-gilir.. Memang in first raya semua jumpa.

Mama masak rendang, kelupis, and...apa ye? Ada lagi tapi dah lupa. Hahaha... Kenyang punya pasal lupa apa di makan.. Kah kah kah ...
Second raya pula, kami suami isteri hot red! Hahaha! I love red! Terang benderang...My parents warna pink and merah...



Second raya kakak and anak buah saya menziarahi kediaman ayah and mami. Secara tak langsung berjumpa lah kami semua sebab saya dan suami pun stay kat rumah ayah.


Lepas tu second raya ni terus ke rumah mak ayah angkat saya masa kecil. Alaa.. Sebelah rumah je... Tak sampai pun 5 minit. Wakakaa...

Raya keempat, saya dan husband pink and merah pula. My parent is yellow..eh? Raya ketiga buat apa? Oh.. Duduk rumah je sambut tetamu dan saudara mara. Tak ada tema. Tema bebas belaka. Nak pakai baju kelawar pun boleh.. Wahaha..!
Raya keempat ni bawa my ayah and mami jumpa mama (my mak mentua). And sesi berkumpul dengan siblings en.husband..



Pastu raya sampai malam. Paling tak tahu malu, raya lagi kat rumah mak ayah angkat saya sebelah rumah. Hahaha...!!

Oh ya! Actually, on raya ketiga ada beraya kat rumah member waktu malam. Jumpa si kucing and si hamster kat rumah dia yang ramai tu..

Well, raya dengan rakan tak dapat saya laksanakan tahun ni. Huhu... Memang masa sangat limited dan kalau paksa pun susah juga. In Shaa Allah. Try harder tahun depan untuk jumpa kawan lama.

Album raya ada diupload kat facebook saya yang "Sofinah Lamudin III" .. Boleh berkunjung kalau nak jenguk-jenguk k. And..jangan lupa saya kalau belum jadi kawan. hehe!

Thanks baca dan berkongsi cerita dengan saya..
Jumpa lagi di lain entry..




Monday, July 3, 2017

Berniaga di Bazaar Ramadhan 2017

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

HAHA! Hai, saya muncul lagi..! Selepas dua bulan tak update story.

Posting kali ni nak kongsi story pengalaman berniaga di Bazaar Ramadhan. Saya terdedah dengan berniaga di bulan Ramadhan ni sejak tahun 2013. TAPI, tahun ni berbeza. Kalau tahun sebelum ni, jangan harap nampak muka saya terpacak kat gerai. HAHAHA! No no no...sambil-sambil on gerai kat Bazaar, saya dan suami berada kat mana?

Lokasinya adalah...
1. Perpustakaan awam - Baca buku atau layan laptop dan buat kerja online.
2. Lapangan Terbang Labuan - Lepak kat bangku sambil main game android.
3. Kat rumah - Layan PC Game dan reply soalan-soalan client online.
4. Jalan-jalan ke Ujana Kewangan, Utama Jaya, Milimewah, Labuan Supermarket dan sebagainya sebab cari barang raya dan Bazaar.
5. Singgah ke setiap Bazaar yang ada di Labuan - buat tinjauan.

Tahun ni, Alhamdulillah saya dan suami dengan besar hati 'turun padang' dengan hati yang TERBUKA.



Tahun lepas (2016), kami dapati Bazaar Ramadhan kat kawasan  berhampiran rumah semakin seronok dan memberangsangkan.So, kami pun plan nak buka gerai kat situ. Saya dan suami pun ambil keputusan untuk buka dua lot kat kawasan tersebut tahun ni (2017). Actually, ada beberapa plan yang dah dibincangkan tahun lepas tapi persiapan kami agak sedikit terlewat jadi, kami pun meneruskan plan ni apa adanya. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, tetap puas hati dan seronok. In Shaa Allah, tahun depan buat mantop mantop! πŸ˜€πŸ˜€

BERNIAGA APA?
1. Nasi Katok - 2 ketul chicken wing (Utama).

2. Kuih - Roti Jala,Keria,Karipap,Penyaram (Sampingan).



Husband goreng ayam crispy live je kat Bazaar. Pagi memang dia free. Lepas sahur, dia terus buat kerja online.




Saya pula, makhluk paling busy sepanjang bulan Ramadhan pasal buat kuih dan masak selepas sahur untuk dibawa ke Bazaar.

Dalam jam 2 petang atau 3 petang atau paling lewat, jam 4 petang, kami dah buka gerai. Berniaga sampai jam 6 petang. Kadang-kadang sempat balik sebelum buka puasa. Kadang-kadang terpaksa buka puasa kat Bazaar bersama peniaga-peniaga yang lain.

Malam, barulah saya ada masa untuk online. Tu pun kadang-kadang tak sempat nak online sebab kena keluar beli bahan-bahan berniaga yang dah habis stok. Paling dasyat perasaan cemas tu bila client tempah logo hampir-hampir tak sempat design. Nasibla kudrat muda lagi. Hahaha! Alhamdulillah siap dengan jayanya.

Pokoknya! jadual memang ketat dan penuh sepanjang bulan Ramadhan kecuali tak pergi berniaga kat Bazaar. Eh ada plak tak pergi berniaga kat Bazaar? Haha!

ADA. Sebab masa tu, tiba-tiba gas memasak habis. Kekekeke. Terpaksa postpone beli gas. Disebabkan beli gas kat bandar (Jauh dari kawasan Bazaar), kami pun pergi cari barang raya sikit-sikit pada hari tersebut.

KELEBIHAN BERNIAGA DI BULAN PUASA
Kelebihan berniaga di Bazaar Ramadhan ni adalah...

1. Kita sangat sibuk. So, tak terasa dahaga dan lapar. Masa akan cepat berlalu. Tup-tup-dah buka puasa. Padahal macam baru je sahur. Hehehehe...
2. Berkomunikasi dengan  pelanggan - bermesra - senyum.
3. Dapat top-up kewangan untuk raya dan lebih dari itu.
4. Seronok - part ni susah sikit nak explain. Perasaan tu syok sangat sampai rasa ada yang tak kena bila tak ke gerai untuk berniaga. Siapa yang berniaga kat Bazaar tu, dia akan faham. Hee~
5. Bersedekah secara tidak langsung sebab kita akan beri juadah kepada peniaga lain.
6. Berkomuniti dengan peniaga lain.

KUCING BERNAMA BAZAAR
Sepanjang berniaga di Bazaar Ramadhan, setiap kali husband goreng ayam, akan muncul si kucing ni. Minta ayam. Disebabkan dia ni dah jadi 'customer regular' kitorang, kami selalu beli makanan tin untuk dia dan gelar dia "SI BAZAAR" 😸😸😸


Kalau dia tak muncul, saya tercari-cari la pula. Hahaa!

Seminggu sebelum raya, Kami closed terus gerai. Buat persiapan raya. Kuih dan sebagainya tak ada lagi. hahahaha!

Walaupun sibuk dan penat - nikmatnya peniaga tu sahaja yang tahu. Memang seronok dan rindu tak buka gerai.

AKTIVITI LAIN DI BULAN RAMADHAN
Aktiviti lain tu tak banyak sangat. Paling-paling pun ke bandar untuk shopping baju raya,kasut raya dan sebagainya.. paling saya suka adalah buka puasa kat Bazaar Ramadhan Waterpark,Labuan. Beli makanan kat situ dan buka terus kat situ.. 😁😁



MAKANAN DAN MINUMAN KEGEMARAN SEPANJANG BULAN PUASA...
1. Puding Kelapa
2. Coconut Shake
3. Donut
4. Nasi Briyani

In Shaa Allah, kita jumpa lagi di Bazaar Ramadhan 2018.











Tuesday, May 2, 2017

Saya dan Lukisan

Assalammualaikum readers and bloggers,

Alhamdulillah. Hari ni jari rajin nak menari atas keyboard selepas berhari-hari di ajak menari atas kertas. Hekhek..

Awal tahun lalu (2016), saya ada buat satu laman web www.sopheestudio.com khas untuk galeri lukisan saya sendiri, ilmu seni, ilmu logo dan sebagainya yang berkaitan dengan seni. Terutamanya seni lukisan la.


Laman web tu, lebih kepada untuk saya belajar dan mengasah semula bakat dan memenuhi hobi sejak kecil. Tempahan logo dan ebook cover tu sampingan. Hehe. Tapi ada juga la yang buat tempahan. Saya tetap berbesar hati untuk berkhidmat.

Buat masa ni, memang laman web tu tak banyak update. Apatah lagi for this year (2017).

Sibuk dengan hal-hal kerja seperti suri rumah, forex dan sebagainya. Lagipun saya sedang praktis melukis. So, memang kena fokus dulu mana patut.



Part paling saya utamakan adalah teknik mewarna saya. Banyak kena perbaiki. Apa pun Alhamdulillah ada juga peningkatan walaupun sedikit.

So far, saya ada melukis potret my husband, my dad and my mom. Potret my mom on the way siap dalam 20% lagi.




In Shaa Allah akan banyak lagi potret lain akan saya lukis. Selain tu, saya ada juga menggunakan warna air. Baru-baru ni saya melukis Baby Groot yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia atas sebab kecomelan yang keterlaluannya. Haha! Siapa yang dah tengok Guardian Of The Galaxy Vol.2 tu memang tahu la tu.



Ada beberapa lagi lukisan yang saya kongsikan dalam instagram. Korang boleh follow saya di instagram sopheestudio untuk tengok lukisan-lukisan yang ada.

Selain tu, boleh juga ke facebook page sopheestudio untuk melihat video-video lukisan yang menarik.

OK. Saya nak sambung mewarna potret my mom dulu.

Terima kasih sebab sudi membaca.

Jumpa lagi nanti di next entry. πŸ˜€











30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (15) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (123) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (18) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)