SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 3 Februari 2011

HAI..NAMA AKU ‘SAYA’ & INI KAWAN AKU, NAMANYA ‘AWAK’ ! :)

Awak kawan saya! :) Saya kawan awak yang ada disisi awak..awak tak perlu khuatir..saya memang suka kawan ramai2 tapi awak bukan sekadar kawan biasa..awak sahabat saya..saya tak kisah! Awak marah saya..awak tengking saya..awak berkasar dengan saya..awak kata saya b*doh..awak kata saya bingung..awak kata saya apa pun, saya tetap akan kata “AWAK KAWAN SAYA!” :)

Awak-awak…dulu awak pernah kata “Kalau awak dah tahu saya macam mana..mesti awak tak nak kawan dengan saya lagi..” Awak-awak, saya tahu awak perlukan kawan tapi awak tak nak cakap,kan? Saya tahu awak suka kawan dengan saya tapi awak tak nak orang lain tahu,kan? Saya tahu awak takut saya pergi tinggalkan awak, kan? Awak! Awak ego pada diri awak sendiri! Tapi awak…awak jangan risau…saya disini sebelah awak..saya boleh jadi telinga untuk awak..awak lepaskan lah apa saja awak rasa..awak marah? Awak sedih? Awak susah hati? Awak tertekan? Tak pe..saya sudi dengar awak..

Awak..saya tak suka awak pening dengan saya..sebab tu saya suka buat kerja saya baik2..semua tu supaya awak tak pening kepala.Supaya awak suka dan gembira..saya tahu awak tak suka saya jadi budak nakal.Kan awak? Saya suka sangat2 bila awak tegur saya..saya suka bila awak nasihat saya..saya suka bila awak marah saya..awak buat macam tu sebab awak sayang saya, kan awak?

Awak-awak…saya tak kisah mereka kata saya apa. Saya akan tetap bertahan dan berdiri dengan gagah untuk jadi kawan baik awak! Abaikan saja mereka tu awak..dan saya juga tahu awak seorang yang tabah..awak jangan putus asa lagi ye awak..bila awak stress, awak kata nak pergi, saya jadi sedih! Jangan pergi ye awak..bertahanlah..semua tu cabaran untuk awak yang memang mampu hadapi semua tu.

Awak..bila awak pertikaikan perkataan ‘kawan’ antara kita, saya sangat sedih awak! Sedih sangat-sangat..mungkin saya over kan awak? Maaf..maafkan saya awak..saya terlalu ikutkan hati. Tak apa lah awak..awak tak anggap saya kawan pun, saya tetap juga saya..saya yang berkawan dengan awak..saya tak pernah menyesal apa saja yang pernah berlaku selama ni awak..biarlah! Saya tetap akan cuba sedaya upaya menjadi kawan terbaik untuk awak.

Awak..saya tak kisah apa pun kelemahan awak. Saya berkawan dengan awak bukan untuk kelebihan awak..saya berkawan dengan awak atas dasar ‘sahabat sejati’ . Bila orang kata, saya berkawan dengan awak untuk maksud lain, sebaknya hati saya awak..tapi tak apa..saya kuat untuk itu awak..! :) sebab…saya bukan seperti yang mereka maksudkan..awak kawan saya!

Awak..saya minta maaf atas kelemahan saya yang ada. Saya minta maaf pernah kecewakan awak. Tapi awak..tolonglah saya..tolong saya supaya tidak menggunakan saya untuk kepentingan awak semata-mata..kerana…saya kawan awak dan awak kawan saya! Saya sayang awak!

Sekiranya suatu hari Tuhan takdirkan saya pergi, awak jaga diri baik-baik ye..awak jangan sedih..jangan nangis! Kalau awak tertekan dan perlukan telinga saya,awak bisikan dalam hati awak..saya pasti akan dengar awak. Awak jangan sedih OK..janji dengan saya! Ingat.. Setiap kata-kata yang pernah saya ucapkan, akan sentiasa ada untuk awak dengar..setiap gurau senda, usikan saya pada awak akan tetap jadi teman awak..kehangatan  persahabatan kita akan tetap ada dalam hati awak! SAYA SAYANG AWAK! :)

Cerita berkaitan : Kisah Si 'Saya' dan Si 'Awak' .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

1 Kata-kata Dari Teman:

Anati Soki berkata...

seyes.. entry nih comel!! anat suka!!