Follow Instagram @sofinahlamudin

Friday, February 4, 2011

Kisah si 'SAYA' dan si 'AWAK'


Macam mana kita boleh jadi kawan ye awak? Saya nak refresh balik supaya saya tambah sayang dan hargai awak ^_^ .  Oohh…saya mula ingat semula..dulu, awak tak pandang saya pun. Kan awak? Biasalah..takkan nak kawan dengan orang yang kebudak-budakan macam saya. Kan awak?

Dulu, saya suka perhatikan awak. Saya kata..wahh..awak cantik..awak hebat..awak kuat..macam-macam la awak..saya memang suka usha awak dulu. Oh! Kenapa? Saya pun tak tau kenapa la awak..mungkin kita ada satu chemistry untuk bersahabat kot..hihihi…setiap hari saya akan bersemangat sebab dalam fikiran saya, Awak ada hari ni. Bila awak tak ada, saya cari-cari awak sana sini, tanya sana sini awak kat mana..Bila mereka kata awak tak ada hari ni, saya tak seronok langsung. Hmm..

Orang sekeliling kata awak ni garang. Awak ni itu..awak ni ini..awak begitu awak begini. ArgghH! Boleh blahh la korang semua tu.. Saya takkan percaya selagi semua yang korang kata tak berlaku depan mata saya ni. Suk-suka je nak mengumpat awak depan saya. Saya tak suka dorang tu awak..Tak suka sangat-sangat sebab depan awak pijak semut pun tak mati-mati, belakang-belakang, jangankan semut, baby kuman tu pun boleh R.I.P, inikan pula la bapa semut. Tapikan awak, hati saya pernah cakap masa tu..biarlah apa yang mereka cerita tu berlalu macam tu meskipun awak pernah lakukan macam yang mereka kata tu..biarlah! Tu kisah silam awak.Semua tu masa lalu awak. Sekarang ialah sekarang..Saya tak kisah dulu punya cerita..saya lagi kisah masa depan punya cerita..Harap awak tak buat lagi ye awak.. :) Janji tau!

Dulu, awak langsung tak nak tegur saya pun. Kan awak? Mesti dalam fikiran awak,saya ni ntah OK ke tak.Boleh buat kerja bagus-bagus ke tak. Ah! Saya boleh buktikan untuk AWAK! Tengok! Sekarang saya berjaya tunjukkan.kan awak? Awak jangan tipu.Jangan ego! Awak mengaku je lah..hehehe..

Pada suatu hari, awak mula tegur saya..waa..saya happy tahap tak ingat masa tu! HAPPY la awak! Dah lama saya usha awak, akhirnya awak tegur saya. Masa tu awak tegur hal-hal tugasan dan minta saya lukis gambar awak..OK! BOLEH JE! Awak punya pasal.

Lepas tu, ada satu puncak cerita yang buat awak dan saya jadi KAWAN. Awak ajak saya makan. :) Saya sudi dan berbesar hati temankan awak. Sudah semestinya. Awak mula sudi bercerita tentang diri awak kat saya. Awak mula sudi berkongsi masalah dengan saya. Awak mula sudi bertanya pendapat saya untuk keputusan awak.

Masa tu bermulalah.. Kisah si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ .


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.