SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 2 Ogos 2012

Hobi, Kepuasan dan Ketenangan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pagi-pagi buta ni, saya terfikir tentang sesuatu. Saya rasa, ini adalah sesuatu yang saya tidak pernah lihat dari kaca mata orang lain selama ni. Maksudnya, saya tidak pernah mencuba untuk faham sebelum ni.

Hobi dan kepuasan. Saya bukan nak cerita tentang hobi saya atau kepuasan yang saya mahukan tapi...saya sedang dalam proses memahami sesuatu yang selama ni saya tidak mengerti!

...iaitu sesuatu yang perlu ada dalam hubungan bersahabat. Iaitu memahami Sahabat.




Ada kawan lelaki saya tu selalu menghabiskan duit mereka dengan barang-barang yang saya rasa tidak berbaloi. Saya kata kat diorang, diorang tidak berjimat! Buang duit dan semua tu sia-sia dan tidak ada masa depan. Kumpul lah duit untuk kahwin ke apa ke. Hahaha!. Mungkin kawan saya tu tersinggung. Maaflah teman..

Ada juga kawan lelaki saya yang tidak tidur malam gara-gara layan benda yang saya rasa tidak berfaedah langsung. Saya kata kat diorang, daripada layan itu, kan ke bagus siapkan kerja rumah. Tidur lah jaga kesihatan. Saya tetap kata, diorang buat benda yang tak patut walaupun diorang bukanlah buat benda tu selalu. Mungkin kawan saya tu kecil hati kan? Maaflah teman.




Saya selalu marah kat kawan saya tu, sampai muka dia jadi masam. Lepas tu, saya tak pandai pujuk pula. Kesian kat dia. Huhu..

Bila saya fikirkan balik, tu kan hobi diorang kan. Masing-masing ada hobi dan kesukaan masing-masing. Sebelum saya terfikir tentang hal ni, saya hairan kat kawan-kawan saya ni, bila saya marah diorang tentang hal-hal macam ni, diorang bertambah pula dengan barang-barang tu semua. Tambah marah, tambah naik gila diorang main benda yang diorang suka tu. Saya sangatlah hairan!

Sekarang baru saya tahu kenapa. Sebenarnya, hobi kita sangat menenangkan! Apabila kita membuat sesuatu yang sangat kita suka, kita akan berasa tenang! Sebab itulah kawan saya tu, bila dimarah bertambah pula dia layan hobi dia. Sebab dia rasa tenang! Mungkin dia sedih sebab saya tidak suka dengan hobi dia tapi sedihnya hilang bila dia luangkan hidupnya dengan hobinya! Thats it!



Saya tidak sepatutnya marah kawan saya tu kan? Mungkin hobi dia tidak pernah mendatangkan duit atau berfaedah dan mungkin kelihatan 'gila'. Tapi mendatangkan kepuasan dalam diri dia. Mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan menghilangkan stress. Saya sepatutnya faham perkara ni!

Saya tiba-tiba berfikir tentang ni pagi ni sebab semalam saya terlihat satu situasi 3 orang sahabat.Abu sedang dengar radio kuat-kuat sambil tutup mata. Ali marah sebab radio tu tak menyiarkan perkara yang seronok baginya. Dia berdiri dan ingin tegur Abu tapi dihalang oleh Ahmad. Ahmad kata, "Jangan! Biarkan dia...Dia sedang tenang lakukan itu.."



"Dia sedang tenang lakukan itu" membuatkan saya berfikir kembali tindakan saya terhadap kawan-kawan saya yang pernah saya marah tentang hobi diorang dulu-dulu. Saya pun ada hobi sendiri juga! Kenapa saya boleh-boleh tidak faham? Lepas ni, saya janji tak akan buat lagi.

P/S : As long as hobi kawan kita tidak mengugat agama, keselamatan dan kesihatan, cubalah fahami dia sebab dia akan sedih dan stress bila kawan sendiri tidak support dia. Walaupun hobi dia bukan hobi kita dan walaupun hobi dia tidak sama dengan hobi kita, fahami dia dengan cara meletakkan diri kita dalam diri dia. Lihat dia dari kaca mata dia dan selami hati dia yang gembira dengan hobi dia seperti kita gembira dengan hobi kita. Siapa tahu, itu ialah sebahagian dari hidupnya, kan? :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Lia Irdelia berkata...

minat dan hobi yg x sama itu kdgkala buat kita unik.. :)

Sofinah Lamudin berkata...

Lia : betul lia...kalau sama hobi kang boring plak. HAHA...