SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 26 Disember 2015

26 Disember 2015 | Happy 1 year Anniversary #Sofinazz | How Time Flies

Assalammualaikum Readers and Blogger..

Pejam celik pejam celik. Dah setahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Cepat masa berlalu. Terasa macam baru semalam wedding day. Haha! Amboih...




Semoga Mahligai yang terbina kekal dan bahagia selamanya. Semoga cinta yang terjalin ini terus mekar sehingga ke syurga. Aamiin..



Alhamdulillah. Benarlah kata mereka cinta itu lebih nikmat dalam perkahwinan. Kepada yang ada feeling2 nak kahwin tu, jangan di lambat2kan benda baik macam ni. Teruskan berusaha.

Sepanjang setahun ni, banyak perjuangan dan aktiviti pahit manis diharung bersama. Syukur Alhamdullilah..

Kerjaya bersama
Kami memilih untuk menjadi Usahawan Online sahaja. Kenapa? sebab, bisnes online ni unik, boleh dilakukan dimana-mana sahaja seperti so-ho (rumah), perpustakaan awam, Coffee House (Starbucks, Oldtown, Coffee Bean dan etc), malah kat tepi pantai pun boleh! Disebabkan ia boleh dilakukan di mana-mana (asalkan ada internet dan laptop/smartphone) maka, masa untuk kami bersama itu adalah 100%!



Aktiviti Outdoor
Disebabkan pilihan kerjaya usahawan online yang membawa kepada 'sentiasa bersama', kami boleh pergi kemana sahaja bersama untuk melakukan aktiviti outdoor kami. Macam-macam boleh kami buat tanpa halangan daripada pihak-pihak tertentu (majikan,cuti tanpa gaji atau seumpama dengannya) seperti piknik ditepi pantai, bersenam/jogging/skipping di taman, keluar dari Labuan, shopping dan sebagainya - terlalu banyak untuk dilistkan.

Next Altiviti Outdoor kami
In Shaa Allah, berbasikal round Labuan sambil bawa go pro atas helmet. Wahaha!

Aktiviti Indoor

Game
Kalau cuaca atau sesuatu yang tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti outdoor, kami meluangkan masa lapang bersama dengan layan game! haha! ini rare!! Pasti ada yang kenal saya zaman-zaman dulu sebagai "anti gamers". Itu biasa, dulu saya seorang pekerja biasa, makan gaji, hari-hari duduk ofis, simpan duit untuk makan dan belanja lain-lain perkara takkan tiba-tiba saya nak bazirkan dengan game?! itu satu isu, isu lainnya, masa sangat berharga untuk diluangkan dengan game. Saya juga benci pasangan yang gila game.Setiap kali jumpa dating, cerita game..dah la jumpa pun jarang, weyh! banyak lagi benda nak bincang yang lebih penting dari game kan? Tapi itu dulu, hahaha! Sekarang dah lain, kerjaya sebagai usahawan online ibarat kita menunggu duit selepas buat marketing. Sambil tunggu, main game tak ada hal. Paling tak ada hal bila main game sama-sama dan masa yang kami gunakan tidak melampaui batas untuk perkara yang lebih penting dari game.




Fitness
Fitness kat rumah (Bukan cardio exercise) seperti layan dumbbell, twist board, squard, crunch dan sebagainya yang berkaitan dengan senaman otot.

Melukis
Kalau tak keluar rumah, tak larat depan PC dah, malas main game, tak ada rancangan TV seronok, tak ada mood layan movie, kami akan spend time melukis. Lukis la apa sahaja. Bebas. haha!

Latest Indoor Activity
PHOTOSHOP, DRAWING and VIDEO MAKING software.




Video di bawah ni hasil menelaah video software percuma daripada internet. Zaman sekarang nak belajar apa pun - petik jari je kan - thru internet!

Video ni sempena ulang tahun pertama kami. video still basic-basic.. masih training.


Dear Mr.Husband,
Thanks sentiasa menyokong dan membantu dalam apa jua. Thanks sentiasa memahami dan bersabar dengan kerenah isteri yang terlebih 'cartoon' dan terover 'angan-angan' ni. hahaha! (pengaruh layan movie fantasi) wakaka! Thanks juga sudi menjadi teman - sahabat - suami - pemimpin - sifu - dan seumpamanya! Thanks untuk segalanya - you so sweet! I love you and will love you forever!

Happy 1st anniversary, sweetheart!
M.u.a.h.h..!!











Share:

0 Kata-kata Dari Teman: