Selain dari Clash Of Clans, saya dan suami dah boleh main PC games sama-sama sejak saya tukar PC yang ada kad grafik. Game favourite kami ialah Left 4 Dead 2. Actually, L4D2 ni game mencabar yang pertama saya pernah main. Masa saya solo dulu-dulu, just main game biasa-biasa sahaja seperti game PS2, game Android dan game Angry Bird untuk kat PC.
Pernah juga try main Counter Strike tapi saya macam lagi suka L4D2. hahaha! Jadi kami kerap main L4D2.
Waktu main L4D2 ni, saya paling tak suka kalau pakai Shortgun. Menyusahkan betul. wakaka! Lambat plak tu. Saya paling suka pakai Machinegun. Kalau Encik suami pula, kuali pun dia boleh guna untuk belasah zombie tu semua. Kadang-kadang dia pancung je kepala Witch tu pakai samurai. Tak payah pakai pistol ke senapang ke.huhu... Tapi paling lawak kalau pakai kuali masak telur goreng tu la. Bunyi pun "Toeng" "toeng"...
Beberapa hari lepas, saya belajar me-rekod desktop ketika bermain game L4D2 menggunakan Smartpixel. Saya nak rekod. Video simpan buat kenangan...haha! Kadang-kadang kami akan tengok balik untuk bincang-bincang game tu. Kadang saja nak tengok nak "mengumpat" game tu je. ahahaha!
Jemput tengok video L4D2 kami di bawah. Map apa? ntah la. Lupa dah.
Thanks sudi baca.
Jumpa lagi.
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan