Khamis, 19 April 2018

Siapakah Thanos dan Fakta Yang Wajib Kita Ketahui Sebelum Menonton Infinity War Marvel

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Debaran bagi peminat peminat Marvel semakin terasa. Movie yang dinanti nantikan iaitu INFINITY WAR bakal ditayangkan pada bulan April ini. Korang dah bersedia? Tehee. Apakah maksud Infinity War ? Seperti kebanyakkan peminat Marvel sudah ketahui, Infinity War merupakan perang menentang Thanos yang bakal memiliki 6 batu infinity atau dikenali sebagai "Infinity Stone" atau "Infinity Gems". Apa itu Infinity Stone? atau Batu Infiniti? Untuk mengetahui mengenai Infinity Stone, boleh baca di entri "Apakah Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada" .Bila kisah ni berkisarkan 6 biji batu, saya teringat pula dengan Dragon Ball. Di mana mengisahkan pencarian Dragon Ball yang ada 7 biji tu. Wahaha..

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Thanos .
Sumber Gambar : Google

Siapakah Thanos?

Thanos adalah makhluk Titan dari planet Titan di mana planetnya telah musnah oleh kejadian alam yang begitu dasyat dan akibatnya, makhluk Titan hampir pupus. Semasa planet Titan masih wujud, Thanos dilahirkan sebagai makhluk Titan yang tidak normal atau mempunyai kecacatan.



Oleh itu, Thanos dibesarkan dalam keadaan yang tragis dan sebagai buangan. Semasa peristiwa kemusnahan planet Titan, bangsa Titan tidak membenarkan Thanos campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya planet Titan tidak banyak yang boleh diselamatkan.

Kini, Thanos digelar sebagai Dark Lord oleh pengikut setianya yang terdiri daripada dua buah tentera besar dari bangsa Chitauri dan Outriders. Thanos merupakan makhluk yang seperti dewa (God-Like) dan sangat kuat. Oleh hal yang demikian, ramai yang tertanya tanya siapakah yang mampu menewaskan Thanos dalam Infinity War. Tidak kurang juga, ada yang tertanya tanya siapakah yang bakal mati dalam Infinity War. Wahaha.

Pertama kali, Thanos muncul adalah dalam The Avengers 1 pada tahun 2012. Dalam pos kredit minit ke 02:15:53.

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Sumber Gambar : Movie

Thanos merupakan watak Antagonis dalam dunia Marvel. Kali kedua Thanos muncul dalam filem Marvel adalah di dalam movie The Guardian of The Galaxy Vol 1 pada tahun 2014. Di mana mengisahkan seorang lelaki yang mengelar dirinya "Star Lord" yang ingin mendapatkan "Power Stone" berwarna ungu yang dikenali juga sebagai "Orb" .Star Lord mahukan Orb tersebut untuk digadai. Tanpa disedarinya,Thanos juga inginkan Orb tersebut. Thanos merupakan seorang yang terkuat di Galaxy yang bakal mengegarkan bumi dalam movie Infinity War.



Kali ketiga, Thanos muncul dalam The Avengers : Age Of Ultron pada tahun 2015 di post kredit minit ke 02:13:31.

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
"Fine! I do it myself" - Thanos.
Thanos dalam post kredit minit ke 02:13:31.
Sumber Gambar : Movie.
Dalam movie Infinity War, Thanos akan mencari semua batu Infinity Stone sendiri selepas orang suruhannya tidak berjaya mendapatkan batu tersebut. Baginya, dengan memiliki semua batu itu, kekuatannya akan bertambah. Thanos berniat, untuk menakluk seluruh semester (Semua planet termasuk bumi) selepas mendapat semua batu Infinity.



Oleh itu, movie ini sangat menarik perhatian peminat peminat Marvel dan bukan peminat atau separa minat (Wahaha) kerana movie ini bakal menggabungkan beberapa superhero yang biasa kita dengar seperti Iron Man, Thor, Dr.Strange, Spider Man, Captain America dan banyak lagi.

Kebiasaannya, kita hanya boleh melihat hero hero ini dalam movie movie solo mereka. Tetapi kali ini, kita boleh menyaksikan hero hero kesayangan kita ini bergabung untuk menentang Thanos dari menguasai seluruh Planet dalam semesta! Pergh.. Saya cerita macam Thanos is real je! Wahaha.

Di dalam Infinity War ini, kita akan dapat mengetahui, mana satukah hero yang paling kuat. Wahahaha... Adakah hero kaya raya boleh menentang Thanos? Iron Man merupakan hero yang bukanlah hero semula jadi tetapi kerana kekayaan yang telah diwarisi daripada bapanya, beliau mampu membuat sut Iron Man dan sebagainya. Tetapi sudah jelas, Iron Man sudah pasti kalah dengan teknologi yang dimiliki oleh Black Panther.

Apa yang sudah didedahkan di dalam Trailer Infinity War tanpa kita sedari?

1. Superhero yang jelas akan muncul dalam Infinity War adalah Iron Man, Captain America, Thor, Star Lord, Black Widow, Doctor Strange, Spider Man, Wanda, Gamora, Nebula, Hulk, Winter Soldier, Black Panther, Ant Man, Falcon dan Vision.

2. Watak baru yang bakal muncul dalam movie ini, dari "Black Order" yang diketuai oleh Thanos. Black Order adalah terdiri dari beberapa orang anak angkat Thanos iaitu Corvus Glaive, Ebony Maw, Proxima Midnight dan Cull Obsidian. Black Order ini pernah disebutkan di dalam movie The Guardian Of The Galaxy Vol. 1. Cull Obsidian merupakan anak Thanos paling kuat. Gamora dan Nebula juga merupakan bekas ahli Black Order tetapi telah berpaling tadah dan Gamora merupakan anak kesayangan Thanos.

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Ebony Maw.
Sumber Gambar : Trailer - Youtube


Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Proxima Midnight
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Anak anak Thanos.
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

3. Sut Iron Man dan Captain America Dinaik taraf (Kemungkinan besar menggunakan teknologi Black Panther iaitu Vibranium terutamanya sut Captain America).

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Sut baru Iron Man
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Sut Baru Captain Amerika
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

4. Perisai Captain America juga ditukar kepada yang baru. Mana satu lagi smart guys? Yang lama ke yang baru ni? Wahaha. Kalau korang mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai kisah Captain America, apakah pendapat korang? Yang mana satu kah lebih kuat? Perisai bulat yang biasa kita lihat dalam movie captain america sebelum ini atau yang baru ini? Bincangkan kat bahagian komen.

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Perisai Baru Captain Amerika
Sumber Gambar : Trailer - Youtube




5. Tiada kelibat Hawkeye dalam Infinity War. Kan? Atau mungkin akan ada elemen kejutan?

6. Baby Groot dah remaja. Wahaha..

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

Semasa kita menonton The Guardian Of The Galaxy Vol. 2, memang ada dalam post kredit yang ke 2, Baby Groot sudah pun membesar. Cuma tak sangka, Baby Groot yang dah besar ni muncul kat Infinity War. Saya ingat Groot remaja ni akan muncul di The Guardian Of The Galaxy Vol. 3. Selepas Infinity War Part 1. Tak sangka, jauh dan lama juga perjalanan Thor ke bumi selepas kejadian dalam movie "Thor Ragnarok". Tehee..

Siapakah Thanos dan Fakta Wajib Tahu Sebelum Menonton Infinity War 2018
Groot Remaja dalam kredit post ke dua di Guardian of The Galaxy Vol. 2 (Minit ke 02:14:16)
Sumber Gambar : Dari Movie

7. Thanos berjaya memiliki 3 batu Infinity iaitu Power Stone, Mind Stone dan Space Stone.

Power stone dan Space Stone sudah pun dimiliki oleh Thanos.
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

Mind Stone dari kepala Vision (Tidak pasti dapat ke tak..Wahaha).
Tapi scene ni memang dah jelas, Thanos memang kuat.
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

8. Thanos mendapat space stone dari Loki.

Babak Loki memberikan Space Stone kepada Thanos.
Sumber Gambar : Trailer - Youtube

The Avengers : The Infinity War dibahagi kepada dua filem? Part 1 dan Part 2?

Pada sekitar tahun 2016, pernah diumumkan bahawa movie Infinity War akan ditayangkan dalam dua bahagian. Di mana, tajuknya akan berbunyi "The Infinity War Part 1" dan "The Infinity War Part 2".

Tetapi, awal tahun ini telah dijelaskan bahawa perkataan "Part 1" telah dibatalkan dari tajuk "Infinity War". Hal ini kerana, movie The Avengers ke 3 (Infinity War) dengan The Avenger ke 4 (Movie selepas Infinity War) merupakan cerita yang berbeza walaupun saling berkait. Oleh hal yang demikian, ramai peminat Marvel tertanya tanya apakah tajuk bagi The Avenger ke 4.

...dan mungkin dalam Infinity War, Thanos masih belum boleh ditewaskan dan Soul Stone belum ditemui oleh Thanos.

Movie apakah yang perlu kita tonton semula sebelum menonton Infinity War?

Dalam movie Marvel biasanya akan saling berkait. Filem Infinity War merupakan kisah Thanos inginkan batu infinity. Setiap batu tersebut mempunyai kisahnya di movie Marvel sebelum sebelum ini. Antara movie yang perlu kita tonton semula sebelum menonton Infinity War, adalah seperti berikut :




1. Captain America : The First Avenger 2011
2. The Avengers 2012
3. Thor : The Dark World 2013
4. The Guardian Of The Galaxy Vol. 1 2014
5. The Avengers : Age Of Ultron 2015
6. Doctor Strange 2016
7. Thor : Ragnarok 2017
8. The Guardian of The Galaxy Vol. 2 2017

Kalau korang tonton, jangan skip post kredit. Biasa akan muncul klu atau kisah seterusnya atau jawapan bagi puzzle yang ada dalam kepala korang. Dengan menonton 8 movie yang saya senaraikan di atas sebelum menonton Infinity War, korang akan lebih faham jalan cerita dan tak bingung bingung. Tehee...Namun, jika korang ingin memahami kisah penuh yang saling berkait ini, korang terpaksalah menonton kesemua episod Marvel sejak 2008. Wahahaha.

Tonton movie movie di bawah mengikut urutan agar mudah untuk difahami jalan cerita :

1. Iron Man 1 2008
2. Iron Man 2 2010
3. Captain America : The First Avenger 2011
4. Thor 2011
5. The Avengers 2012
6. Iron Man 3 2013
7. Thor : The Dark World 2013
8. Captain America : The Winter Soldier 2014
9. The Guardian of The Galaxy Vol. 1 2014
10. The Avengers : Age of Ultron 2015
11. Captain America : Civil War 2016
12. Dr. Strange 2016
13. The Guardian of The Galaxy Vol. 2 2017
14. Thor : Ragnarok 2017
15. Spider-Man : Homecoming 2017
16. Black Panther 2018
17. The Avengers : Infinity War 2018

Hhaaah... Ituu dia. Sanggup tak tengok 17 movie di atas? Wahaha... 17 di darab dengan 2 jam setiap movie? Ambil masa 2 hari juga untuk habis menonton. Tu pun kalau tak buat benda lain seperti mencuci baju, makan, kerja...ehh? Terlebih cakap pula. Haa.. Kalau tak sanggup boleh tengok movie yang berkaitan dengan infinity stone tu je.

Apakah Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada?

Secara tidak kita sedari, 5 dari 6 batu tersebut telah pun muncul beberapa kali dalam movie movie marvel sebelum ini. Ada yang lebih dari dua kali. Ada yang hanya sekali. Ada yang muncul di post kredit. Hanya 1 batu sahaja yang menjadi misteri hingga ke hari ini, iaitu "Soul Stone". Hal ini kerana batu ini tidak pernah muncul di mana mana movie marvel sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun setiap kisah disebalik batu ini, dan di manakah setiap batu ini saya ceritakan di entri bertajuk, "Infinity War : Apakah Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada?" termasuklah kisah soul stone.

Kalau korang peminat Marvel dan ada pendapat di manakah soul stone berada, jangan segan segan share kat ruangan komen, OK! Kalau ada pendapat lain pun boleh share.. VvaaahH!

Terima kasih membaca. Jumpa kat entri sebelah. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

8 ulasan:

  1. OMG, cerita yang sangat complete. Rasa teruja nak tengok Infinity War ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... ye.. saya tulis lengkap kat sini. Nanti nak baca semula kalau lupa. Infinity War memang sangat best untuk ditonton. Jangan tak tonton. hehe.

      Padam
  2. Nanti ada masa nak tengok lah macam best jer.

    Singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best sangat Del tengok Movie Infinity War. Terutamanya kalau nak tahu tentang Thanos. Kat movie ni laa. Terima kasih singgah sini tau. Saya balas kunjungan.

      Padam
  3. Lengkap pasal Marvel’s film 👍🏻 Semangat nak tengok Infinity War! Tak sabar! Hii.

    Nway, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah sini siqah. Maaf tak boleh nak join GA buat masa ni. Haa... kalau belum tengok Infinity War, jangan lupa tengok tau. hehehe. memang best.

      Padam
  4. Suami saya layan la citer ni... Sy tak sempat nak tengok... Huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majority memang lelaki minat Marvel kak Maria. Hehehe... Perempuan jarang jarang.

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.