Rabu, 25 April 2018

Cosmic Entities Merupakan Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone Yang Berpotensi Menewaskan Thanos | Infinity War April 2018

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pernah tak korang terfikir dari mana datangnya Infinity Stone? Asal usul dan siapakah pencipta Infinity Stone? Semasa saya menonton filem Marvel, saya tidak pernah pula terfikir nak tahu sangat asal usul batu ni. Pada mulanya, saya hanya berfikir, pastilah milik alam lain. Paling biasa difikir, mungkin asal usulnya adalah dari Asgard iaitu tempat Thor. Di mana dipercayai Odin itu adalah penjaga bumi walaupun sudah menjadi mitos dalam kalangan masyarakat bumi. Wehehe..

Asal usul dan pencipta Infinity Stone di Infinity War 2018
Asal Usul Infinity Stone.
Sumber Gambar : Google dan Movie.

Semakin lama, movie Marvel semakin berkembang. Ada 9 alam sejajar, terdapatnya mahkluk lain di luar bumi dan sebagainya. Tiba tiba, mengetahui batu batu ini berada secara di lokasi secara rawak, bukan sahaja di Asgard, saya mula berasa bingung. Kenapa banyak sangat batu sakti pelik pelik ni? Dari manakah datangnya?



Baca juga (Penting!) :
1. Siapakah Thanos dan Fakta Yang Wajib Kita Ketahui Sebelum Menonton Infinity War Marvel.
2. Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada?.
3. Keberadaan Batu Soul (Soul Stone) Terdedah Di Movie Guardian Of The Galaxy Pada Tahun 2017.

Bermula dari Space Stone datang dari Asgard dan hilang ditelan bumi lalu ditemui oleh ejen Nazi di bumi. Kemudian, Loki membawa Scepter yang berisi Mind Stone, lalu kekasih Thor tiba tiba menjadi perumah Reality Stone yang dimiliki oleh Malekith. Kemudian, Dr.Strange belajar kuasa sihir dan terjumpa buku berkenaan Time Stone pula. Boleh baca sipnopsis setiap batu di artikel bertajuk, "Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada" .

Hhaaah! Tiba tiba Thanos menjadi watak misteri sebelum ini sudah mula mendedahkan dirinya. Dan menjadi watak antagonis utama dalam movie terbaru yang bakal kita tonton pada 25 April ini. Di mana Thanos mahukan kesemua batu batu yang bernama Infinity Stone ini : Space Stone, Time Stone, Power Stone, Reality Stone, Mind Stone dan Soul Stone.

Infinity Stone pernah disebutkan oleh Thor di dalam Age Of Ultron tetapi ia kurang memberi sengatan mungkin sebab ada bahagian yang agak membosankan dalam filem tersebut sehingga ramai peminat tak fokus. Saya sendiri pun paksa diri kalau untuk tengok Age Of Ultron sekali lagi. Wahaha. Kadang kala kena tengok sebab tak ingat jalan cerita.

Sehinggalah Thanos ingin mendapatkan batu batu ini sendiri dalam babak dia berkata, "FINE! I'LL GO MYSELF" sambil mengangkat sarung tangan emasnya yang dipanggil Infinity Gauntlet. Babak ini di pos kredit dalam filem The Avengers : Age Of Ultron. Minit ke 02:13:29.



Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone di Infinity War 2018
"Fine, I'll do it myself".
Sumber Gambar : Movie (Pos Kredit) Minit ke 02:13:29.

Kemudian, bila dilihat di dalam Trailer Infinity War, 2018... Ia agak mendebarkan dan begitu mengujakan.

Saya pun mula berfikir fikir. Benarkah Thanos adalah Makhluk terkuat dalam semesta? Jadi, kenapakah perlukan Infinity Stone? Namun, ayat "Makhluk terkuat dalam semesta" ini juga jelas memberitahu kita bahawa Thanos tidak dapat ditandingi oleh sesiapa sahaja meskipun kita berkata, pasukan Avengers adalah hero di bumi, Thor hero di 9 alam sejajar, Peter Quill dan pasukannya adalah hero di beberapa planet dalam angkasa.

Jadi, itu menunjukan, apabila Thanos memperolehi kesemua batu tersebut, Thanos akan bertambah kuat kerana mempunyai kesemua kuasa dari batu tersebut.

Psst, Thor sendiri tak boleh nak kalahkan Hela, kakak dia tu. Wahaha. Kann...

Tetapi, secara logiknya, bukankah pencipta Infinity Stone ini lebih kuat dari Thanos?




Asal Usul Infinity Stone dan Pencipta Infinity Stone Bakal Menewaskan Thanos?

Mungkin.
Ya..mungkin akan menewaskan Thanos.
Mungkin sahaja yang boleh kita sebutkan sebab pencipta Infinity Stone adalah makhluk misteri. Tidak pernah muncul sejak tahun 2008 dalam filem Marvel. Kalau muncul pun dalam bentuk sebut sebutan je dalam movie.

Thanos adalah makhluk Titan iaitu makhluk "God-Like", tetapi pencipta Infinity Stone adalah lebih kuat kerana mereka ada makhluk Kosmik! Mereka lah penciptanya. Mereka ketahui selok belok batu tersebut. Jadi, logik sangat kalau mereka lebih kuat berbanding Thanos dan sudah pastilah mereka tahu cara menghapuskan Infinity Stone. Siapa lagi yang tahu rahsia Infinity Stone kalau bukan penciptanya? Kann..

Walau bagaimanapun, tidak diketahui bahawa pencipta Infinity Stone ini akan muncul atau tidak di dalam movie Infinity War. Atau akan muncul nanti. Di filem Marvel yang seterusnya.


Asal Usul Infinity Stone dan Pencipta Infinity Stone

Jika korang adalah jenis "Mata Helang", sudah pasti pernah melihat kelibat pencipta Infinity Stone dalam bentuk ukiran dinding. Actually bukan mata helang sangat la.. Wahaha.. akan ada yang bakal jadi tukang jelaskan dalam setiap movie tu kan. Kena alert je semasa menonton movie tu.  Pencipta Infinity Stone muncul di dalam filem The Guardian Of The Galaxy Vol 1.

Babak pertama dalah di planet Morag, awal awal filem tu di minit ke 00:07:51 , Peter Quill ke sana untuk mengambil Orb (Power Stone). Di dalam planet Morag terdapat satu kuil yang besar dan usang. Kuil tersebut mempunyai makam rahsia di mana tersembunyinya Orb tersebut.



Sejarah kuil tidak diketahui tetapi Peter Quill ada mengimbas kuil tersebut menggunakan alat yang ada bersamanya ketika di planet Morag. Di mana pernah ada kehidupan di kawasan kuil tersebut. Yang peliknya, kehidupan tersebut kelihatan seperti makhluk bumi? Uhrmmm... Ada anjing juga. Siapa agaknya mereka? Apa agaknya sejarah disebalik kuil tersebut?

Hhaaah..berbalik kepada  kelibat pencipta Infinity Stone di babak pertama. Jika korang perasan, selepas Peter Quill masuk ke dalam makam tersebut, terdapat ukiran di dinding yang berulang ulang. Warna emas dan berbentuk bulat.

Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone di Infinity War 2018
Ukiran di dinding yang berulang ulang.
Lambang Pencipta Infinity Stone.
Sumber Gambar : Movie minit ke 00:07:51.
Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone di Infinity War 2018
Ukiran symbol pencipta Infinity Stone.
Sumber : Movie minit ke 00:09:19

Babak kedua pula, semasa Peter Quill berlawan dengan makhluk Kree bernama Korath The Pursuer, Orb tersebut jatuh ke lantai lalu bergolek di atas satu ukiran dan kelihatan seolah olah seperti pintu rahsia di tengah ruang makam tersebut. Babak ini di minit ke 00:09:19.

Babak seterusnya adalah ketika Peter Quill bersama rakannya, Gamora, Rocket, Groot, dan Drax berada di planet bernama Knowhere. Planet Knowhere adalah tempat tinggal tukang kumpul (collector) bernama Taneleer Tivan.

Mereka ke Knowhere untuk menjual Orb tersebut kepada Taneleer Tivan. Kemudian, di sinilah Tivan menjelaskan apa itu Orb dan di sinilah juga kita akan ternampak simbol pencipta Infinity Stone sekali lagi.



Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone di Infinity War 2018
Simbol Pemcipta Infinity Stone di skrin milik Tivan, si tukang kumpul.
Sumber Gambar : Movie di minit ke 00:57:48.

Pencipta Infinity Stone ini dikenali sebagai, "Cosmic Entities" dalam dunia Marvel.


Cosmic Entities (Entiti Kosmik)

Cosmic Entities ini merupakan makhluk yang misteri dan tidak diketahui status terkininya. Sama ada makhluk ini masih wujud atau tidak wujud. Tetapi, kalau korang perasan, Marvel adalah jenis movie yang sama seperti puzzle. Banyak teka teki, banyak kejutan dan sebagainya.

Oleh itu, saya yakin sangat Cosmic Entities ini akan muncul suatu hari nanti di dalam movie Marvel walaupun bukan di dalam Filem terbaru iaitu Infinity War ini. Mengapa saya katakan begitu? Kerana...Simbol simbol ini tidak akan muncul tanpa sebab. Malah ia muncul berulang kali.

Sama seperti sarung tangan milik Thanos. Pernah muncul berkali kali tanpa disedari penonton. Pertama kali ia muncul adalah dalam filem Thor pada tahun 2011. Ada yang perasan? Saya perasan pun sebab marathon movie ni ulang ulang.. Astro pun sama tayang movie ni berulang kali kat HBO. Wahaha. Kemudian, muncul pula kat Thor : Ragnarok tahun 2017 semasa Hela masuk dalam peti besi Asgard.


Apa itu Makhluk Cosmic Entities?

Makhluk Cosmic Entities ini sebenarnya terdiri dari 4 orang. Di mana tiga daripada mereka ini adalah saling ada kaitan darah daging. Gelaran mereka adalah "Death, Eternity, Entropy dan Infinity". Mungkin mereka ada nama lain dalam Marvel. Tak pasti. Berikut berkenaan mereka :

Pencipta Infinity Stone
Cosmic Entities.
Sumber Gambar : Google dan Movie.

Cosmic Entities Merupakan Asal Usul dan Pencipta Infinity Stone Yang Berpotensi Menewaskan Thanos | Infinity War April 2018
Simbol Batu di tengah ukiran.
Sumber Gambar : Google dan Movie.



1. Death

Dikenali sebagai "Death". Seorang perempuan. Semasa di Filem The Avengers tahun 2012, Makhluk Chitauri pernah menyebut tentang "Death" kepada Thanos di dalam pos kredit di minit ke 02:15:46.

Thanos dan makhluk Chitauri
Ketua Makhluk Chitauri sedang bercakap dengan Thanos.
Sumber Gambar : Movie di minit ke 02:15:46.

2. Eternity

Eternity ada seorang lelaki. Adik beradik dengan Infinity dan bapa kepada Entropy. Eternity adalah bersifat kekal. Tidak mempunyai umur kerana bersifat abadi.



3. Infinity

Infinity merupakan seorang perempuan. Adik beradik dengan Eternity. Saya tak pasti dia ni kakak atau adik perempuan kepada Eternity tapi yang pastinya, mereka adalah adik beradik.

4. Entropy

Entropy adalah anak lelaki kepada Eternity. Jadi, kalau ikut susunan keluarga, dia ni anak buah kepada Infinity. Entropy menyertai bapa dan makciknya mencipta Infinity Stone.

Itu sahaja info yang ada berkenaan Cosmic Entities ni. Walaupun begitu, tidak semua 4 pencipta ini baik belaka. Death bukanlah seorang yang baik kerana Death bersaing dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan Eternity. Eternity dan Infinity ingin semua kehidupan berlangsung dengan kekal dan berterusan tetapi sebaliknya pula bagi Death.

Death bersifat seperti Ultron dan Ego di dalam filem The Avengers : Age Of Ultron tahun 2015 dan The Guadian Of The Galaxy Vol. 2.

Mungkin, itulah sebabnya kenapa Infinity Stone di pecahkan kepada 6. Untuk mengelakkan Death menggunakannya dalam bentuk tunggal Seperti yang saya tulis di entri bertajuk "Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada?" , Infinity Stone ini adalah berbentuk tunggal pada asalnya yang dipanggil "Reality Stone".

Kemudian, dipecahkan oleh 4 makhluk kosmik ini kepada 6 bahagian. Maka terhasillah, Space Stone, Mind Stone, Reality Stone, Time Stone, Power Stone dan Soul Stone. Kesemuanya dalam bentuk pepejal kecuali Reality Stone berbentuk cecair atau asap atau kabus.

Disebabkan makhluk kosmik ini mampu memecahkan Infinity Stone tunggal kepada 6 bahagian, adalah tidak mustahil untuk mereka menghancurkan atau memusnahkan batu ini. Kann?

Cosmic Entities sangat berpotensi untuk mengalahkan Thanos. Namun, ini cuma pendapat saya sahaja dan ingin berkongsi kepada pembaca dari mana datangnya Infinity Stone tu. Tehee.. Semoga cara penyampaian saya mudah difahami.

Terima kasih membaca entri #InfinityWar ni. Jom kita beli tiket tengok filem Infinity War yang mula ditayangkan hari ni di Malaysia! VvaaahHHHH!

Psst : Tak kisah la Cosmic Entities muncul ke tak... Wahahahaha!

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

4 ulasan:

  1. Ada 7 infinity stone.. Yg ke 7 tu adalah continuity stone, kat tgn deadpool

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deadpool masuk dalam Infinity War ke dua ke? Menarik gak kalau masuk. Kejutan laa kalau Deadpool join Avengers.

      Padam
  2. sedih la dalam avenger infinity war kali ni ramai super hero mati..
    ending habis macam tu ja..pening kepala pikir apa erti semua ni...mungkin akan ada avenger infinity war part 2....
    memang sedih gila huhu merobek hati ini bila spiderman merayu pada iron man dia tak nak mati dalam babak akhir tu....hmmm umur panjang dapat la tengok..entah bila xtahu la...apa2 pun memang sedih la waaaaaawaaaaaaaaaa 😭😭😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe... ye ada part 2. Sambungan kat The Avengers ke 4. Tajuk dia masih unknown lagi. Buat masa ni, panggil "Infinity War Part 2" je. Memang sedih... majoriti mati.. Nanti jangan terlepas Movie Captain Marvel tahun depan. In Shaa Allah umo panjang leh la tengok..

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.