SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 10 Mei 2018

Idea Hadiah Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Saya agak sibuk kebelakangan ni. Nampaknya tak ada masa nak buat hadiah kreatif sendiri untuk ulang tahun insan tersayang. Apatah lagi nak fikirkan idea terbaik agar hasilnya kreatif, cantik dan berkualiti. Idea hadiah ulang tahun yang kreatif dan berkualiti biasanya menuntut masa dari si pembuatnya. Ye laa.. perlu lah cantik dan kemas betul tak? Tapi tak apa… Printcious.com kan ada! Sebab tu laa tajuk entri saya kali ni adalah “Idea hadiah ulang tahun kreatif dan berkualiti buat insan tersayang dari Printcious".

Design hadiah online

Kebetulan, sekarang ni bulan Mei. Apa yang ada pada bulan Mei? Hhaaah! Yaa… Bulan Mei merupakan bulan bagi ibu dan guru meraikan ulang tahun mereka. Walaupun ada yang mengatakan Hari Ibu tu sebenarnya adalah setiap hari.. tapi bagi saya, apa salahnya kalau di Hari Ibu iaitu pada 13 Mei setiap tahun di Malaysia, kita berikan kejutan yang lebih mantap dari hari hari biasa walaupun di hari biasa kita boleh juga nak beri kejutan. Hari guru pula jatuh pada 16 Mei. Tengok? Tarikh dekat je tau..! Kalau kita sibuk, memang kelam kabut dibuatnya.



Mungkin juga Mei ni ada terselit tarikh yang bermakna buat korang? Tapi tak kisah lah bulan bila pun, memang bulan depan, bulan seterusnya pasti ada yang menuntut kita untuk memberikan sesuatu yang bermakna sempena tarikh tersebut.

Saya tahu dan faham. Kita semua sibuk. Walaupun begitu, dalam kesibukan kita, kita akan terfikir dan teringat akan suami/isteri, anak, ibu bapa, sahabat, guru kesayangan dan semua insan kesayangan kita. Kita mahu memberikan sesuatu yang bermakna sebagai tanda ingatan dan kenangan buat mereka.  Apatah lagi di hari yang bermakna bagi mereka seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan, atau mungkin juga, untuk hari perkahwinan mereka. Ya! Mungkin juga hadiah untuk di hari kenaikan pangkat suami/isteri kita sebagai tanda ucapan tahniah dan sokongan! Kalau tak banyak masa untuk mencari hadiah menarik dan sweet,  jangan risau, seperti yang saya katakan tadi, Printcious ada!

JADI, APAKAH SEBENARNYA PRINTCIOUS NI?

HADIAH BERHARGA DARI HATI ANDA



Printcious.com merupakan laman membeli barangan kreatif atau cenderamata atau hadiah. Tetapi, bukan laman yang biasa biasa. Mereka menyediakan perkhidmatan mudah dan cepat untuk membuat reka bentuk hadiah kita sendiri.

Sebagai contohnya, kita ingin memberi cawan yang tertera nama dan gambar sendiri di atasnya sebagai birthday present for best friend kita, kita boleh mendapatkan birthday gift ideas dengan mudah di laman ini dengan menggunakan rekaan kita sendiri. Kita boleh memilih warna, jenis tulisan dan corak menggunakan laman ini.

PELBAGAI PILIHAN HADIAH

CAWAN


Terdapat dua jenis cawan yang boleh kita pilih. Sama ada cawan biasa atau cawan magik. Cawan magik adalah cawan yang unik di mana, gambar kita akan muncul apabila kita tuangkan air panas ke dalam cawan tersebut. Bayangkanlah, awal pagi sahabat kita di pejabat, sarapan kopi panas menggunakan cawan hadiah daripada kita. Teringat kenangan indah bersama dibuatnya. Tehee..bagus kan? Dijadikan hadiah kepada guru kesayangan juga tak kurang indahnya. Sebagai tanda ingatan tulus kita kepada insan yang pernah berjasa memberikan ilmu. Tak terharu ke cikgu ingat kat kita melalui hadiah dari kita? Wehehe.

PERMAINAN TEKA TEKI

Design Jigsaw sendiri

Permainan teka teki yang dimaksudkan adalah Jigsaw puzzle. Sesuai sangat dijadikan hadiah buat anak buah berumur 4 tahun ke atas untuk mengasah minda mereka agar menjadi lebih kreatif! Kalau untuk anak sendiri, boleh bermain dengan anak sambil merapatkan hubungan ibu bapa dan anak.  Namun, orang dewasa pun boleh juga. Sebab, Jigsaw puzzle ni sangat cantik kalau dimasukkan ke dalam bingkai gambar. Contohnya, gambar hari perkahwinan untuk dijadikan hadiah ulang tahun perkahwinan.


KUSYEN

Design bantal sendiri

Kusyen sesuai untuk dijadikan hiasan kereta atau sofa. Malah sangat sesuai untuk hiasan di bilik tidur. Normal sangat memeluk bantal ketika menonton televisyen atau sambil meletakkannya di atas paha sambil membaca di ruang tamu. Jadi, selain dari menjadikan kusyen sebagai hadiah buat sahabat atau ahli keluarga yang baru mendapat cahaya mata, kita juga boleh jadikan kusyen sebagai hadiah kepada wanita yang suka menghias ruang tamu dan lelaki yang suka menghias kereta. Betul tak? Psst! Sesuai juga hadiahkan kepada sahabat yang baru berkahwin. Pastilah mereka suka bersantai di sofa baru, di rumah baru mereka. Tehee..

JUBIN SERAMIK

Design hadiah seramik

Jubin seramik adalah perhiasan rumah atau pejabat. Nah, hadiah seperti ini sesuai sangat untuk hari guru dari pelajar atau bekas pelajar. Bagi merapatkan silaturrahim atau mengekalkan ukhuwah yang pernah terjalin.

PAD TETIKUS

Design pad tetikus sendiri

Pad tetikus yang di atasnya terletak logo sendiri atau gambar sendiri, atau mungkin juga hasil lukisan sendiri, sangat sesuai dijadikan hadiah kepada rakan kita yang suka menghadap komputer. Seperti saya dan Mr.Bee, setiap hari mengadap komputer masing masing. Jadi, kalau bukan untuk hadiah, boleh juga ditempah untuk diri sendiri. Selain tu, sebagai blogger, sangat sesuai saya jadikan laman Printcious ini untuk mendapatkan cenderamata untuk giveaway atau segmen antara blogger. Pad tetikus untuk blogger? Sesuai sangat!


TSHIRT MINI

Design Tshirt Budak Budak

Tshirt mini untuk dijadikan hadiah anak atau anak buah? Comel sangat kalau boleh cetak rekaan sendiri. Banyak pilihan warna menarik juga!

TSHIRT

Print Baju Dengan Design Sendiri

Jangankan tshirt mini. Tshirt orang dewasa pun ada. Ketahui apa yang mereka minati seperti kartun atau objek yang mereka suka, mungkin mereka sukakan karakter sebuah permainan game, kita boleh jadikan gambar karakter tersebut pada tshirt tersebut. Ya! Khas untuk insan tersayang kita, apa pun boleh! Untuk pengetahuan bersama, material tshirt dari Printcious adalah 95% polyster dan 5% spandex agar selesa ketika dipakai.

KANVAS

Design Kanvas hiasan dinding


Hhaaah! Kanvas adalah pilihan terbaik juga untuk dijadikan hadiah paling bermakna. Pilih lah gambar kenangan terindah bersama mereka. Pasti akan digantungkan didinding rumah atau bilik mereka.

APRONS

Design Apron sendiri

Insan tersayang suka memasak? Atau mereka berniaga makanan di gerai atau restoren? Hadiah apron dengan rekaan sendiri sesuai sangat untuk mereka! Mesti comel kan? Memasak menggunakan apron hadiah dari insan tercinta. Ehem..Suami hadiahkan untuk isteri pun boleh. Pasti lebih semangat memasak kat dapur. Wehehe…. Nak berikan kepada mak pun boleh di hari ibu mahupun di hari lahir ibu.

Menarik kan? Rasa teruja nak tempah tak untuk insan tersayang? Saya memang dan teruja sangat ni! Rasa macam nak tempah semua jenis hadiah yang ada kat Printcious ni.

TOTE BAG pun ada tau! Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada remaja atau pelajar sekolah. Boleh lah mereka guna untuk ke kelas tambahan atau kuliah. Ehh..guna pergi mengaji pun boleh tau!

Tote Bag dengan cetakan sendiri

Kalau insan tersayang suka melancong, boleh juga hadiahkan Luggage Tag seperti di bawah ni. Letak nama dan gambar sendiri. Istimewa sangat!

Tag Luggage Gambar Sendiri

Sebenarnya banyak lagi jenis cenderamata yang ada. Rambang mata dibuatnya. Kalau dah rambang mata tu, apa kata tempah je pelbagai jenis untuk si dia. Kan? Wahahaha.


SENARAI PENUH IDEA HADIAH DAN CENDERAMATA

Cenderamata Murah Online

Banyak pilihan kan? Dalam satu laman sahaja , kita boleh membeli belah cenderamata kenangan buat sesiapa sahaja. Topi untuk ayah, Tshirt untuk kakak, Apron untuk mak, Kusyen untuk adik dan sebagainya. 

Hadiah untuk adik adik yang suka dengan Button Badges pun tidak ketinggalan juga. Yang penting tahu nak letak gambar apa je kat situ. 

Button Badge Design Sendiri


MENEMPAH REKAAN SENDIRI DI PRINTCIOUS

TUTORIAL MENCETAK TSHIRT DESIGN SENDIRI UNTUK HADIAH

BOLEH MENGGUNAKAN KOMPUTER ATAU TELEFON PINTAR

Langkah 1 : Buka www.printcious.com .

Langkah 2 : Klik pada “Member”. Kemudian, klik pada “Join Us”. Selepas selesai mendaftar, mudah untuk kita membuat pembayaran, memudahkan pemilihan produk, menjejak semula tempahan yang lepas dan boleh mendapat diskaun sehingga 60%. Siapa tak nak dapat diskaun kan? 

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Selepas klik pada “Join Us”, isi maklumat iaitu nama dan alamat emel. Lalu, klik pada “Create Account”.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Langkah 3 : Setelah selesai mendaftar, boleh lah memilih produk. Saya memilih tshirt.

Design barangan sendiri

Langkah 4 : Klik pada “Create Your Graphic Tee Now”.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Langkah 5 : Paparan seperti dalam gambar di bawah akan muncul. Boleh lah kita membuat reka bentuk tshirt kita sendiri.

Tips print baju sendiri

Kemudian, klik pada “Image”.

Cara design baju sendiri

Pilih lokasi gambar yang kita inginkan sama ada dari komputer, instagram atau facebook.


Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Jika ingin memuat naik gambar dari komputer, boleh klik pada “My Files”. Kemudian, klik pada “Upload Files”.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Selesai memuat naik gambar pilihan, akan tertera seperti di bawah. Kita boleh memuat naik lebih dari 1 gambar mengikut yang kita inginkan. Setelah selesai, kita klik pada “Insert”.

Cara letak logo sendiri di baju

Selesai memasukkan gambar dari komputer, kita boleh klik pada “Add Text”.

Tips buat logo sendiri di baju

Akan tertera pelbagai jenis tulisan/font. Boleh memilih warna tulisan juga. Kita juga boleh mengayakan tulisan tersebut sama ada ingin tebal atau mempunyai garisan di bawah atau condong.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Kita boleh menulis apa sahaja yang kita suka pada baju tersebut. Sama ada ingin menulis “Happy Birthday” atau apa sahaja mengikut kreativiti kita. Setelah selesai, klik pada “Done”.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Selesai mereka bentuk tshirt, kita boleh pilih saiz baju dan masukkan ke Cart dengan klik pada “Add to Cart”.

Idea Hadiah  Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious

Siap pun! Kalau dah siap membeli belah, semua barang kat Cart boleh lah dibayar dengan klik pada “Checkout”.

Senang, ringkas tapi bermakna!

Kesimpulannya nak cari hadiah yang nampak kreatif, cantik, berkualiti, comel dan inginkan sesuatu yang tersendiri, Printcious ni la tempatnya. Dari hadiah untuk lelaki, wanita, semua peringkat umur boleh didapati di sini.

Jadi apa lagi?

Dapatkan hadiah teristimewa buat insan kesayangan korang kat sini bila bila masa dan di mana sahaja. Sebab pakai telefon pintar pun boleh! yang penting kena ada internet je. YeayYhhhHHHH!

Layari  www.printcious.com sekarang untuk menempah dan maklumat lanjut.

“If you are looking for best  mug printing supplier, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, party photo booth is your best entertainment.”

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

6 Kata-kata Dari Teman:

Sue Izza berkata...

menarik ,lama tak buat hadiah2 kreatif gini,sibuk ngan anak heheheh

Nadia Johari berkata...

memang best buat hadiah dekat printcious ni..akk pernah buat dulu

Sofinah Lamudin berkata...

Hehe.. tak apa kak. Biasa tu... Hadiah gini leh main order je bila bila masa terutamanya kalau perlukan idea hadiah ulang tahun yang kreatif dan comel2.

Sofinah Lamudin berkata...

Banyak pilihan kan kak Nad.. Pelbagai idea hadiah ada sini.

Siti Yang Menaip berkata...

omoo luggage tag tu menarik sangat..

Sofinah Lamudin berkata...

Ya Siti. Kalau selalu travel, boleh la tempah luggage tag design sendiri. Comel!