Jumaat, 22 Jun 2018

Menghantar Barang Menggunakan myGDEX Lebih Mudah Dan Jimat Masa Dengan Perkhidmatan Pickup | Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pernah tak korang mendengar mengenai myGDEX? myGDEX merupakan perkhidmatan pengiriman barangan dalam talian. Yes! secara online! dengan menghantar barang menggunakan myGDEX, ia lebih mudah dan jimat masa. Penghantar barang dah tak perlu ke pejabat GDEX untuk mendapatkan consignment notes (CN) serta beratur sebab tu lah saya kata, menghantar barang menggunakan myGDEX lebih mudah dan jimat masa. Untuk mengetahui cara menghantar barang menggunakan myGDEX ni, teruskan membaca, OK!

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX



Sebelum tu, saya nak korang fahami terlebih dahulu, apa sebenarnya myGDEX.

Apa itu myGDEX?

myGDEX merupakan platform pengiriman barang dalam talian yang dikuasakan oleh GDEX. Tujuan myGDEX ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pengalaman yang baik dan berkualiti dalam penghantaran bagi pelanggan GDEX.

myGDEX juga adalah platform yang mesra pengguna dan memudahkan pelanggan kerana ia sesuai mengikut peredaran zaman. Di mana pada hari ini, kebanyakan masyarakat adalah pengguna atas talian. Maka, myGDEX akan lebih memberikan kemudahan kepada pelanggan.

Melalui myGDEX, pengirim sudah tidak perlu lagi ke pejabat semata mata untuk mendapatkan nota konsainan (Consignment Notes - CN). Hal ini kerana melalui myGDEX, pengirim boleh mencetak sendiri nota konsainan (CN) dan terus menyerahkan penghantaran ke mana mana cawangan GDEX, atau di titik drop-off. Malah, pihak GDEX juga akan mengutip penghantaran tersebut ke depan pintu rumah pengirim.



Kelebihan menggunakan myGDEX

Boleh membuat penhantaran di dalam negara dan luar negara (antarabangsa)
Mempunyai dua pilihan sama ada menghantar dalam negara atau luar negara.

Mempunyai rangkaian yang luas
Kawasan liputan penghantaran yang luas dan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Sistem tempahan yang mudah
Boleh membuat catatan konsainan di mana sahaja berada di atas talian. Sama ada menggunakan laptop atau telefon pintar. Yang penting mempunyai internet. Malah boleh membuat susunan tarikh pengutipan barang ketika membuat tempahan atau boleh juga menyusun atur di mana lokasi penghantaran mengikut liputan rangkaian GDEX.

Pra-tempahan
Boleh membuat tempahan 5 hari lebih awal. Boleh menyediakan nota konsainan lebih awal sementara membuat persiapan penghantaran barang. Hanya perlu pastikan berat barang yang hendak dihantar adalah tepat dengan 1 nota konsainan.

Nota konsainan yang dijana secara automatik
Hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan kemudian, nota konsainan akan dijana secara automatik. Tidak perlu menulis secara manual.

Penjejakan penghantaran menggunakan masa sebenar
Boleh menjejak penghantaran dan boleh mendapatkan status terkini dalam talian.

Mempunyai pelbagai saluran sokongan perkhidmatan pelanggan
Boleh menghubungi myGDEX melalui pelbagai saluran seperti di talian hotline perkhidmatan di 03-64195003 atau boleh hantarkan emel di mygdexadmin@gdexpress.com atau di facebook dan twitter.



Kadar yang kompetitif
Mendaftar akaun myGDEX dan tambah nilai menggunakan e-wallet untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan boleh menikmati lebih banyak faedah dari myGDEX.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX

Dengan menambah nilai di e-wallet, kita akan mendapat beberapa kelebihan terutamanya diskaun seperti di dalam gambar di atas dan di bawah. Saya syorkan korang gunakan e-wallet setiap kali membuat penghantaran sebab korang boleh dapat diskaun dan mendapat pickup service percuma.

Selain tu, pilih perkhidmatan pickup, bukan lodge in. Hal ini kerana ia lebih memudahkan korang. Nak pindah rumah tapi tak ada transport? myGDEX ada! Kalau korang jenis yang suka melancong dalam dan luar Malaysia, dalam masa yang panjang, sebulan hinga 3 bulan, pasti barang dah banyak sangat betul tak? Boleh gunakan perkhidmatan myGDEX juga!

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Skim kesetiaan pelanggan
Mempunyai sistem ganjaran yang menarik untuk ahli myGDEX. Gunakan myGDEX e-wallet untuk menikmati kredit percuma, risalah percuma dan susunan pick-up percuma.

Bekalan pembungkusan
Kemudahan proses pembungkusan boleh menggunakan bekalan dari pihak GDEX. Bekalan pembungkusan boleh dibeli dengan mudah melalui kedai atas talian. Hanya klik pada butang tempahan sahaja.



Dua Cubaan Penghantaran
myGDEX menawarkan dua cubaan penghantaran untuk setiap penghantaran yang dibuat.


Panduan/Cara menghantar barang menggunakan myGDEX

Langkah 1 :
Daftar akaun myGDEX. Kemudian, jangan lupa untuk "verify" akaun dengan mengisi maklumat diri di bahagian profile. Jika korang dah "log out", boleh "log in" semula.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX

Langkah 2 :
Klik pada "Send Package" .

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 3 :
Pilih antara "single recipient" atau "multiple recipient".

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 4 :
Isikan maklumat pengirim dan penerima.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 5 :
Pilih sama ada perkhidmatan "logde in" atau "Pickup".

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 6 :
Sekiranya memilih perkhidmatan "Pickup", sila isikan maklumat.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 7 :
Isikan maklumat bungkusan.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 8 :
Klik "Checkout Now" jika nak teruskan dengan pembayaran. Jika ingin membuat tempahan lain, boleh klik pada "continue shopping".

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 9 :
Sebelum "Checkout", boleh membuat pembelian bekalan bungkusan yang diperlukan. Jika tidak perlukannya, boleh klik pada "Skip".

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 10 :
Pilih sama ada ingin membuat pembayaran menggunakan "iPay88" atau "e-Wallet".

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 11 :
Print nota konsainan dan Invoice.

Cara Menghantar Barang Mengunakan myGDEX


Langkah 12 :
Sediakan bungkusan. Letak/lekatkan nota konsainan di atas bungkusan. Sila ikuti panduan pembungkusan yang disediakan oleh myGDEX di sini : http://my.gdexpress.com/guidelines

Langkah 13 :
Serahkan bungkusan ke outlet yang berhampiran atau tunggu pihak myGDEX untuk mengutip bungkusan tadi jika memilih perkhidmatan "pickup". Sila rujuk rangkaian myGDEX di sini : http://gdexpress.com/malaysia/network/



Begitulah panduan menggunakan myGDEX untuk membuat penghantaran barang. Mudah sahaja kan? Saya paling suka perkhidmatan pickup. Mudah! Kalau nak buat penghantaran hadiah kejutan ke, nak pindah tapi tak ada kenderaan pula nak angkat barang banyak banyak, boleh gunakan perkhidmatan myGDEX dah sekarang. Hanya perlu pastikan berat kotak sesuai dengan nota konsainan yang kita gunakan tu.

Kalau nak jejak barang, boleh rujuk kat sini : http://gdexpress.com/malaysia/e-tracking


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari :


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thanks Ejulz, senang kan guna myGDex..

      Padam
  2. Balasan
    1. In Shaa Allah bakal membalas kunjungan Ejulz.. Terima kasih sudi singgah.

      Padam
  3. senang macam ni..better pilih dia ambil dekat rumah kan..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak Nad.. Suh je datang rumah.. Bagus kan myGDex ni.. mudah..

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.