Bulan Mei lalu saya ada tulis berkenaan Printcious kat entri blog ni yang bertajuk "Idea hadiah ulang tahun kreatif dan berkualiti buat insan tersayang dari Printcious". Kat entri tu saya kongsikan beberapa idea yang menarik untuk korang jadikan hadiah kepada insan tersayang. Kali ni, saya nak kongsikan dengan korang lebih terperinci berkenaan cetak/print baju tshirt sedondon dengan design superheroes sendiri di Printcious pula.
Sudah pasti, nak cari hadiah akan ingat Printcious kann? Tapi, tidak semestinya nak cari hadiah dulu baru cari Printcious. Macam saya dan Mr.Bee, suka pakai baju sedondon sejak dari belum bertunang, sampai bertunang, dan hinggalah sudah menjadi suami isteri pun masih nak pakai baju couple. Vvaaah! In Shaa Allah sampai beranak pinak pun akan suka pakai baju couple ni. Sekali dengan anak anak pakai baju sama. Hhaaah! Gituulaa.. Tehee.
Di Wilayah Persekutuan Labuan, bukan tak ada jual baju tshirt sedondon. Ada tapi saya nak design cetakan tersebut adalah seperti yang kitorang suka. Contohnya, kitorang suka movie Marvel, jadi nak cetakan yang berkaitan dengan Marvel.. Kitorang rancang, sempena movie Marvel terbaru yang akan datang ni, iaitu Ant-Man and The Wasp, kitorang pakai baju tshirt sedondon semasa menonton movie tersebut. Nak dating ni. Wahaha... Dan kalau boleh, nak pakai tshirt yang berkaitan dengan Movie tersebut. Semangat ni.. Wehehe.
Kalau nak cari tshirt couple online pun ada tapi kitorang tetap pilih Printcious juga atas beberapa faktor. Antaranya :
1. Printcious ada menyediakan perkhidmatan cetak/print baju tshirt menggunakan design sendiri yang lebih mesra pelanggan sebab kita sendiri yang letak design atau lukisan atau tulisan tersebut ke atas tshirt kita menggunakan aplikasi Printcious.
2. Material tshirt adalah 95% polyster dan 5% spandex. Oleh itu, ia selesa dan lembut.
3. Cetakan pada baju bukan jenis sticker.
4. Harga tidak terlalu mahal.
5. Boleh membeli barangan "Pembelian dengan pembelian" jika kita sudah berbelanja RM80 ke atas. Contohnya, kita boleh membeli tshirt dengan harga hanya RM5.40 untuk barangan pilihan kita yang seterusnya.. Vvaaah! Murahnyaa!!
Penghantaran tshirt yang sudah ditempah
Selain 5 faktor di atas, saya memilih untuk menempah baju tshirt Ant-Man and the Wasp ni kat laman ni adalah kerana penghantaran yang boleh dipercayai. Penghantaran baju yang kitorang tempah adalah menggunakan GDex.
Saya menempah dan membuat pembayaran pada 23 Mei 2018, dan parcel sampai pada 4 Jun 2018. Tak sampai 2 minggu pun. Bagi saya tidak terlalu lama menunggu barang yang ditempah sampai ke tangan kita. Yang penting, berkualiti dan puas hati.
Sampai je barang, saya terus unboxing. Wahaha... Mr.Bee tak sabar nak cuba baju dia.
So far, memang puas hati dengan tshirt dari Printcious. Kitorang bakal tempah lagi baju tshirt sedondon kat Printcious sebab suka dengan material tshirt yang selesa dan sejuk. Best je pakai..
Tutorial mencetak/printing tshirt sedondon dengan design superheroes di Printcious
Langkah 1 : Buka www.printcious.com
Langkah 2 : Klik pada "Member". Kemudian, klik pada "Join Us". Selepas selesai mendaftar, mudah untuk kita membuat pembayaran, memudahkan pemilihan produk, menjejak semula tempahan yang lepas dan boleh mendapat diskaun sehingga 60%. Jika dah ada akaun kat Printcious, boleh login. Masukkan emel dan password dan klik pada butang "Login".
Langkah 3 : Klik pada petak "Create Your Graphic Tee".
Langkah 4 : Kemudian, klik pada "Create Your Graphic Tee Now".
Langkah 5 : Pilih "Image" jika nak masukkan gambar yang korang nak jadikan cetakan pada tshirt sedondon korang. Atau boleh klik pada "Add Text" jika nak masukan perkataan. Untuk masukkan gambar dari komputer atau peranti telefon korang, boleh klik pada "My Files". Dan diikuti dengan klik pada "Upload Files". Kemudian, klik pada gambar yang korang upload tadi.
Langkah 6 : Selepas klik pada gambar yang diupload tadi, klik pada butang "Insert".
Langkah 7 : Kemudian, korang boleh adjust kat area mana korang nak gambar tadi, berada pada baju korang. Seperti dalam gambar kat bawah ni. Kemudian, klik pada butang "Done" apabila sudah selesai.
Langkah 8 : Jangan lupa pilih saiz yang sesuai dengan korang. Kemudian, periksa kuantiti yang korang inginkan untuk baju tersebut.Jika saiz pasangan korang sama dengan korang, boleh la tukar kuantiti kepada 2. Jika tak sama, korang ke ulang proses ni dari awal untuk buat baju pasangan korang pula. Akhir sekali, klik pada butang "Add to cart".
Gambar di bawah ni, adalah design baju yang saya dan Mr.Bee tempah tu.
The Wasp tu, saya turunkan ke bawah dada sikit sebab kalau perempuan pakai tudung tak nampak kalau cetakannya kat atas. Wehehe.
Langkah 9 : Kalau dah nakbuat bayaran, klik pada "Checkout".
Langkah 10 : Kemudian, isikan alamat lokasi penghantaran tshirt sedondon korang. Jangan tersalah alamat tau! Tehee.
Langkah 11 : Selesai masukkan alamat, klik pada "Next".
Langkah 12 : OK! Terakhir, boleh la pilih kaedah pembayaran. Kalau saya, saya pilih online banking. Senang tak perlu keluar rumah. Kalau nak pilih bank in manual melalui ATM pun boleh bagi mereka yang tak ada online banking. Dah siap pilih, boleh klik "Next" dan buat pembayaran dan apa yang perlu.
Langkah 13 : Boleh laa tunggu baju tshirt sedondon korang. Vvaaah!
Begitulah caranya. Senang je kan!
Lepas ni, saya dan Mr.Bee nak order baju tshirt lagi dari Printcious. Tehee. Nanti saya kongsikan kat sini, di entri yang lain.
Korang yang minat pakai tshirt, atau nak hadiahkan tshirt kat sesiapa sahaja boleh ke www.printcious.com . Selain dari tshirt, ada banyak lagi yang boleh kita design dengan gambar sendiri. Kalau korang nak buat hadiah kenangan dalam sebuah komuniti yang ramai, boleh juga tempah kat sini sebab tshirt ke-4, boleh dah dapat dengan harga MURAH giler. RM5.40 sahaja. VvaawaahhHHHH!
Terima kasih singgah ke blog www.sofinahlamudin.com dan selamat membeli belah!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
12 Kata-kata Dari Teman:
senangnyaaa buat dari rumah saja kan skarang ni.. tau2 dah siap cantik =)
patutlah cantik.Ingatkan menang contest tadi.Tapi kan,nampak macam high quality ni.
comel jer tshirtnya! IQ nak buat jugak la untuk IQ dan Qa'id!
Betul Siti.. zaman sekarang ni, kebanyakannya memang hanya di hujung jari. Asalkan ada internet je kat rumah. Suka sangat boleh print/cetak baju guna design sendiri ni dari rumah je. Tak payah susah susah cari kedai kat bandar.
Cetakan/print baju sedondon dari Printcious ni high quality Ina sebab bukan jenis sticker tu. Kalau cuci banyak kali, lama lama cetakan tu retak. Yang ni In Shaa Allah tak retak. Hehehehe.
Comel sangat tu cetak/print baju tshirt guna design sendiri untuk IQ dan Qa'id... sweet sangaat mom and son..
terbaek.. cantik :)
sweet lah dapat pakai baju sedondon kan.. menarik juga, dapat design sendiri baru lebih puas hati
Suka tak? Ejulz try la print design tshirt sendiri kat Printcious. hehe.
Betul kak Ema... puas hati kalau tempah tshirt sedondon dengan design sendiri... Paling best, selesa dan berkualiti kainnya dari Printcious ni.
I like this tshirts and prints its impressive
mens leather jackets cheap
Thanks. You can print tshirt using your own design in printscious :)
Catat Ulasan