Setiap kali OKTOBER tiba, saya akan teringat satu global event seni visual iaitu Inktober Challenge. INKTOBER CHALLENGE ni diasaskan oleh JAKE PARKER. Nak tahu lebih lanjut berkenaan Inktober boleh baca di entri saya tahun lepas yang bertajuk "Menyertai Inktober Challenge untuk tahun 2017". Tahun ni saya tak akan lepaskan peluang untuk menyertai Inktober Challenge sekali lagi. Kali ni, saya berazam untuk melukis 31 buah lukisan Inktober sebagai sebahagian dari latihan melukis. Buat semampu boleh...
Berjaya untuk minggu pertama Inktober 2018 |
Tak nak banyak fikir supaya lebih pantas jadi saya follow je tajuk yang JAKE PARKER usulkan pada tahun ni. Iaitu :
Kebetulan, sebelum masuk bulan Oktober, Borneo Arts Festival 2018 berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan. So, momentum melukis tu agak kuat. Semangat nak praktis pun berkobar kobar dibuatnya. Wahaha...Hhaaah! giteww..
Minggu pertama Oktober 2018, Alhamdulilah saya berjaya melukis 7 buah lukisan mengikut tajuk yang diberikan. Tapi lukisan tak hebat mana lah. Cuma, ada peningkatan kalau dibandingkan dengan Inktober tahun 2016 yang amatur (sekarang masih amatur) tu. Wahahahaha!
Dari tajuk nombor 1 hingga 7 tu, paling suka tajuk drooling dan chicken. Paling tak tahu nak lukis apa ialah exhausted. Tak ada idea...Wahaha.. so, lukis je apa adanya.
Yang membuatkan Inktober ni mencabar bagi saya adalah tajuk yang diberikan tak masuk dalam otak. Wahahaha... Selain tu, Tak boleh nak santai sangat masa melukis tu sebab esok hari bakal ada tajuk lain lagi nak selesaikan. Kalau tak buat secepat yang mungkin, boleh jadi jauh tertinggal. Kalau dah tertinggal tu jadi berat dah nak teruskan Inktober sebab banyak sangat nak kejar.
Macam saya tahun lepas (2017) tu lah... Dah tinggal jauh, maka...selamat tinggal lah Inktober. Tehee...
Tajuk "Poisonous", saya lukis haiwan yang ada racun seperti ular, lipan, spider, kala jengking dan cendawan. Tu je la idea yang muncul untuk tajuk ni. Tehee.
Kemudian, "Tranquil" . Tranquil adalah bermaksud aman, uhrmm, peace lah orang putih cakap. Wahaha... Then, hampir nak lukis tangan buat peace je tapi tak jadi. Lol....sebab kata nak mencabar diri kan...hhuhu..
Tajuk hari ketiga adalah "Roasted" , dalam kepala teringat kopi roasted je tau sebab memang minat kopi. Tapi kononnya nak lukis benda lain. So, saya lukis la si Valak kena panggang. Tapi kan, bila tengok semula, macam bukan "Roasted". Macam lari tajuk dah jadi "Burn"... wahaha... Saya lukis dua versi. Dua dua pun valak cuma, detail pada lukisan saya buat berbeza.
Sebenarnya saya suka versi kedua. Mr.Bee pun suka versi kedua. Tapi ramai yang vote versi pertama dalam instagram @sopheestudio. Saja buka poll nak tengok mana yang orang suka. Betul lah, apa yang kita lukis, yang kita sendiri suka pada lukisan kita, tidak semestinya orang lain suka.
Hari keempat adalah "Spell". Hhaaah! ini lawak... saya nak lukis perempuan sihir pakai topi ahli sihir yang biasa kita lihat di mana mana movie. Alaa...bentuk dia sama macam sorthing hat kat movie Harry Potter tu.
Tapi, lukis punya lukis, tak perasan ruang dah tak cukup untuk topi. Wehehe... ni la my weakness suka sangat silap saiz dalam lukisan. Tak buat lakaran bentuk atau urhmm..panggil apa eyh? gesture eyh? (garu kepala sis).
Jadi, at the end, ahli sihir tu bertanduk comel sahaja.
Hari kelima adalah bertajuk "Chicken". YyeahhH! Saya suka tajuk chicken ni. Teringat satu lawak yang selalu diajukan masa zaman sekolah dulu. "Antara ayam dan telur, siapa dulu?" Hhaaah! sebab tu laa saya lukis telur dan ayam.
Saya ada buat video kat instagram @sopheevlog saya. Video timelapse melukis tajuk Chicken ni. Boleh tengok kat situ.
My video Instagram : @sopheevlog |
Selain tu, ada juga video lukis detail pada lukisan ayam ni kat akaun TikTok sophee studio saya. ID Tiktok boleh search "sofinah696".
My Art TikTok ID : @sofinah696 |
Kemudian, tajuk "Drooling". Kali ni, saya cuba melukis watak dari movie kegemaran saya, iaitu Mad Hatter. Hatter selalu buat tea party dengan kawan kawan dia. So, Uhrmm... sorry la kawan kawan hatter, nampaknya teh korang tercemar dengan air liur si hatter. Hhuhu...
Part paling lama nak siap dalam lukisan drooling ni adalah rambut si hatter tu.. Alahai laa hatter. Nice hair cut!
And then, lukisan terakhir untuk minggu pertama adalah "Exhausted". Macam sehari suntuk saya tak ada idea nak lukis apa untuk tajuk ni. Sambil cuci baju, jemur baju, pun dok memikirkan apa nak lukis. Lol...
Finally, saya lukis je laa kepala manusia di mana atas kepalanya ada gunung berapi. Cukup menggambarkan exhaustednya dia. Kann? ke lari tajuk? Lol...
Begitulah cerita 7 hari saya bersama Inktober untuk tahun 2018. Saya akn sambung kisah ni untuk minggu kedua Inktober pula.
Terima kasih sebab sudi membaca dan singgah ke blog saya.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog .
6 Kata-kata Dari Teman:
wah!!! cantiknya!!!kita tangan kayu.Haha!
Cantiknya lukisan
wow~ bagusnya pandai melukis 😍😍
Haha.. terima kasih sis gee. Tak apa, mesti ada bakat lain yang saya tak ada.. hehe.
Hai mamapp.. terima kasih... hehe.
Hobi dari kecik. hehe.
Catat Ulasan