SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 6 Februari 2019

Movie Bumblebee 2018 Buat Saya Jatuh Cinta Dengan Transformer

Movie Bumblebee 2018 Buat Saya Jatuh Cinta Dengan Transformer

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Bumblebee mula ditayangkan dalam Malaysia pada 21 Disember 2018 kalau saya tak silap. Kann? Hhaaah! Baru nak tulis review. Sebelum ni saya sibuk. Tak sempat nak menulis review movie ni.

Bagi yang mengikuti blog saya, atau kenal saya, memang akan tahu movie jenis macam Transformer ni saya tak berapa boleh nak 'telan' sangat. Wahaha... Seperti biasa, saya memang terdedah dengan movie jenis macam ni sejak kenal dengan Mr.Bee. Bila dah kahwin dengan Mr.Bee, boleh tahan juga menonton Transformer berulang kali kat TV sebab Mr.Bee minat movie ni.

Review Movie Bumblebee 2018


Saya boleh je layan. Cuma, tulah... saya selalu lupa nama watak, lupa jalan cerita dan boleh juga lupa pelbagai perkara dalam Transformer walaupun dah tengok ulang ulang. Tehee. Sebab tu saya kata tak dapat nak 'telan'. Wahaha... Tapi cuba kalau tengok Harry Potter. Perghh! Nama jampi, segala lumos avada kadavra saya ingat. Lols!

Kitorang memang macam tu, movie yang saya minat pun dia layan juga. Tapi banyak kali kena tengok untuk faham. Awal awal tu Harry Potter agak membosankan katanya. Tapi, sekarang dia boleh tengok berulang kali. Sama macam kes saya lah dengan Transformer. Wehehe...

Walaupun mudah lupa hal hal Transformer, saya tak pernah lupa dengan Bumblebee disebabkan warnanya. Wehehe.. Warna kuning kan warna kegemaran. Dah tu ada Bee pula. Watak Bumblebee ni terprogram dalam kepala sejak anak buah minat dengan makhluk ni. Sebut Transformer, Bumblebee sahaja yang terlintas dalam kepala ni. Tak ada yang lain.



Tapi, bila Mr.Bee kata ada movie Transformer terbaru, dan movie tu khas untuk Bumblebee sahaja, saya tetap tak berapa nak teruja sangat tapi masih dalam mood nak tahu jalan cerita. Lagipun, saya ni boleh je layan movie jenis apapun. Fleksible laa katakan. Cuma level teruja dengan movie tu sahaja yang membezakan. Wahahaha... Tengok boleh, tak tengok pun boleh...Hhaaah! Gituu...

Tiba tiba, saya dapat tahu pelakon utama dia ialah Hailee Stainfeld! Ya Allah... melonjak segala hormon endorphins, dopamine, serotonin, oxytocin, etc! Pelakon kegemaran weyh! Rugi tak tengok! OK! Sekarang saya over excited! Wahahaha...

Disebabkan nak ke Kota Kinabalu, Sabah pada awal tahun 2019 tempoh hari, Kitorang nak tengok Bumblebee kat Kota Kinabalu sahaja untuk dijadikan sebahagian dari pengisian masa.

Pada 04 Januari 2019 yang lepas, di waktu malam. Kitorang beli tiket movie Bumblebee dan menonton dengan penuh fokus dan kusyuk.


Apa yang membezakan movie ini dengan movie Transformers yang lain?



Pada pendapat saya, movie ni bukan movie yang berat seperti movie Transformers yang lain tapi tetap padat dengan plot, aksi dan ketegangan serta boleh tahan memancing emosi penonton.

Melalui pemerhatian saya, movie kali ni adalah bertujuan untuk menarik perhatian kanak kanak dengan adanya John Cena, hero kanak kanak dalam WWE. Wahahaha! Ingat tak perwatakan atau imej yang dibawa oleh John Cena dalam WWE? Sangat ketara memang dibawakan khas untuk kanak kanak. Lols.

Jadi, kanak kanak yang minat dengan John Cena pasti akan mengajak ibu bapa untuk menonton movie ni. Malah kebarangkalian ibu bapa sendiri akan membawa anak anak menontonnya.

Jika Transformer yang sebelum ni pun ibu bapa atau kanak kanak suka, apatah lagi yang ini. Selain tu, remaja juga sudah pasti tersentuh dengan pembawaan watak oleh Hailee Steinfeld kali ni. Mungkin juga, bukan selalu remaja perempuan suka dengan Transformer tapi dengan adanya watak utama remaja seperti Hailee yang pernah berlakon dalam Pitch Perfect 2 dan 3 sudah pasti menambat remaja perempuan untuk menonton. Maka, semakin bertambahlah peminat Transformers terutamanya Bumblebee.

Movie Transformers yang sebelum ni agak tertonjol adegan 18 tahun ke atas. Sebenarnya ia kurang sesuai untuk remaja dan kanak kanak apatah lagi dalam Malaysia. Bayangkan, aksi bercumbuan dan pakaian yang tertonjol sana sini? Tapi biasalah, begitulah kehidupan budak kolej di hollywood. Bukan begitu?



Selain tu, movie yang sebelum ini lebih banyak isu negatif yang wujud. Banyak isu kegagalan dalam pelajaran. Malah, masalah kehidupan yang berat seperti tidak bekerja keras untuk mencapai matlamat hidup dan yes! watak utama tidak memberi mesej yang positif kepada penonton kanak kanak atau remaja. Pokoknya, lebih sesuai untuk orang dewasa.


Mengapa Watak Hailee Steinfeld adalah watak positif dalam Bumblebee?


Watak yang dibawa oleh Hailee dalam movie Bumblebee merupakan watak yang positif dan optimis. Mesej dalam watak Hailee sangat jelas dan sangat bagus untuk dicontohi oleh penonton kanak kanak atau remaja.

Dalam kehilangan dan kejatuhan, Charlie (Nama watak yang dibawa oleh Hailee Steinfeld dalam movie ni) masih tekun dan tabah serta bekerja keras dalam apa jua dalam mencapai matlamat yang positif.

Watak Charlie juga memberitahu dengan penonton dengan jelas sekali, membalas dendam bukanlah penyelesaian dalam masalah sakit hati. Cabaran yang tidak penting tidak perlu di ambil kira sebagai membuktikan kita hebat dan paling penting, remaja tidak semestinya perlu memberontak walau penuh dengan masalah dan pancaroba.

Mesej yang lain, hargai apa pun yang kita ada sebelum ia pergi atau hilang kerana setiap yang ada tidak semestinya akan selamanya bersama kita. Sedangkan barang kesayangan boleh rosak, inikan manusia yang boleh berubah tidak tentu masa dan yang pasti, setiap manusia akan pergi meninggalkan dunia. Kalau bukan kita yang dahulu, mungkin mereka.

Terlalu banyak mesej penting dalam movie ni, antaranya adalah :


Nilai murni dan mesej dalam movie Bumblebee (2018)


1. Dalam setiap kehilangan, kejatuhan dan kegagalan pastilah kita akan merasa peritnya sakit hati, sedih, kecewa dan hampa. Jika hal seperti ini berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau rakan, tidak perlu minta dia move on. Tapi berikan dia masa. Dalam kejatuhan, bukan semudah hari ni kita jatuh, esok kita bangkit. Tapi, jangan risau, dengan memberikan dia masa, In Shaa Allah dia akan pulih. Sedikit demi sedikit dia akan pulih walaupun lambat. Akan tiba masanya dia akan pulih sepenuhnya dengan keadaan baru atau mungkin dengan pertemuan dengan orang baru. Peranan kita hanyalah cuba buat dia gembira tapi bukan memaksa dia untuk move on sekarang.

Review Movie Bumblebee 2018


2. Kenangan pahit tidak semestinya perlu dipadam walaupun ia boleh dipadam. Kenangan pahit ada masanya akan menjadi penanda aras untuk kita bangkit semula dan jadikan inspirasi untuk tidak melakukan hal yang sama dan boleh jadi itulah satu satunya yang menjadi punca kita berjaya.

3. Adakalanya kita takut untuk melakukan sesuatu bukan kerana kita membenci tetapi kerana kita pernah mencintai dan menyayangi. Apabila seseorang yang kita sayang dan cinta pernah membuat kita terluka dan sedih, kita mula berhenti untuk melakukan sesuatu kerana kita tidak mahu merasa semula rasa sayang dan cinta tersebut apabila kita melakukannya.

Semua itu adalah refleksi dari kebiasaan kita melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Apabila orang yang disayangi itu melukakan hati kita, kita berhenti melakukkan sesuatu aktiviti kerana tidak mahu mengingat perasaan kita bersama insan tersebut meskipun aktiviti tersebut adalah aktiviti kegemaran kita.



Dalam movie Bumblebee, Charlie cuba melupakan bahawa dia adalah penerjun hebat dalam sukan setelah ayahnya meninggal dunia akibat sakit jantung. Charlie membuang semua pingat dan piala juaranya dalam sukan terjun untuk membuktikan pada dirinya sendiri bahawa dia bukanlah hebat dan yang pasti Charlie tidak mahu ada kena mengena dengan sukan terjun lagi.

Hal ini kerana Charlie sentiasa bersama ayahnya ketika berlatih sukan kegemarannya. Ayahnya lah semangatnya dalam setiap kehebatan yang dia miliki dalam bidang sukan terjun. Bagi Charlie, ayahnya menjadikannya seorang juara dan tanpaayahnya, dia bukanlah juara.

Sejak kehilangan ayahnya, Charlie cuba menjalankan hidup tanpa melakukan aktiviti sukan terjun. Pada suatu hari, Charlie terdesak untuk melakukan terjunan demi menyelamatkan Bumblebee kesayangannya dan dia dapati, dia sebenarnya boleh melakukannya tanpa ayahnya. Dan, sejak dari hari itu, dia membawa semangatnya yang sama ketika ayahnya masih hidup untuk meneruskan hidupnya.

Mesej? Setiap kehilangan, kekesalan dan kekecewaan bersama seseorang pasti akan ada memori yang manis dan pernah mengembirakan kita. Ambillah memori itu untuk merasa 'hidup' meskipun kita pernah terluka dengan orang yang sama. Itulah move on yang sebenar. Move on yang membawa kebencian dan kesakitan itu adalah palsu atau buat buat move on. Lols.



4. Dengan topik move on yang saya cerita berdasarkan movie ni, ada satu perkara juga yang perlu kita titik beratkan. Sekiranya ada seseorang dalam kalangan kita yang kelihatan mudah untuk move on, dia bukanlah tak sayang kepada insan yang lepas tetapi dia memilih untuk menghargai masa depan dan insan yang masih ada di depan mata dan dia juga ingin membawa perkara silam sebagai sebahagian dalam hidup nya dalam bentuk memori yang tidak pernah dilupakan. Memori adalah kesetiaan dalam bentuk yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Hati manusia tidak dapat dibaca. Dia gembira sekarang tidak bermakna dia lupakan insan lama. Jangan mudah untuk menilai sesuatu yang ghaib (Tidak nampak).

5. Jangan berputus asa dan cuba lagi selagi boleh mencuba kerana peluang mencuba mungkin juga akan hilang menyepi jika tidak digunakan sekarang.


Plot twist dan plot ganjil dalam Bumblebee (2018)


Jalan cerita movie ni menjelaskan bagaimana Bumblebee boleh menjadi makhluk pertama yang turun ke bumi. Pada asalnya, Bumblebee hanya bertukar menjadi kereta Volkswagen Beetle lama. Pada akhir cerita barulah Bumblebee menjadi Chevrolet Camaro.

Apa yang ganjil? Seingat saya, Optimus Prime turun ke bumi bersama dengan rakan yang lain. Tiba tiba, dalam movie kali ni, Optimus Prime turun lebih dahulu kebumi sebelum rakannya yang lain. Timeline perjumpaan Bumblebee dan Optimus agak mengelirukan. Kalau nak tahu lebih banyak, cuba baca review dari yang lain. Tehee... Sebab mungkin saya yang tak ingat. Wahahaha...

Kalau bab CGI dan aksi tu bagi saya semua mantap laa... Tak ada nak komen sangat. Lepas ni nak tengok online kalau dah ada. Start dari movie Bumblebee 2018 ni, barulah saya mula jatuh cinta nak tengok lagi Transformer yang seterusnya. VvaawaahhHHHH!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism.


Share:

6 Kata-kata Dari Teman:

Sue Izza berkata...

kemain dia dating ngan bumblebee hehehhe

mrhanafi berkata...

Kalau sorang sorang memang saya tidak mahu menonton filem ini..tapi kalau dengan anak Boleh dipertimbangkan ..

Mrs Pip berkata...

kak pip laya tengok CD ja, suka lah dgn si Charlie ni ... bumblebee pun cute :))

Sofinah Lamudin berkata...

Ahahaha kak sue. Bukan selalu... Bumblebee kat movie kali ni kan serius comel!

Sofinah Lamudin berkata...

Ahahaha... Saya ingat semua lelaki minat movie macam ni bro. Tapi ya laa, Bumblebee 2018 ni memang sangat sesuai untuk budak budak.

Sofinah Lamudin berkata...

Kan kak.. Charlie tu memang good character dalam movie Bumblebee 2018 ni. Hailee Steinfeld betul2 sesuai la jadi Charlie.