SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 5 Januari 2019

Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu - 05.01.2019 - Muka surat 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 1.

Hari ni, tak mampu la keluar hotel awal pagi. Tidur dalam bilik hotel, suasananya tak sama macam kat rumah Labuan.  Suasananya persis seperti di kelab house yang pernah saya, Mr.Bee dan rakan lain 'bersarang' pada suatu ketika dahulu di Kota Kinabalu juga. Wahaha... suasananya sukar untuk membuka mata dengan sepantas kilat setiap pagi. Ditambah dengan penerapan sistem waktu bekerja bebas. Lols... Nak bangun jam berapa pun boleh. Perasaan begitu tenang dan kedinginan penghawa dingin yang menyentuh kulit begitu enak diselubung selimut. Wahahaha!



Gila bila ingat semula zaman ni. Memancing sikap pemalas pun boleh! Tapi semua tu sudah berlalu. Kitorang sempat bergelumang dengan suasana begitu sementara cuma. Berakhir dengan balik ke Labuan dan membina rumah tangga. Aits? Cerita kawan makan kawan juga ditinggalkan di belakang.

Saat membuka mata, melihat siling yang tertera perkataan "Kiblat", sempat saya berangan. Angan angan yang sentiasa singgah ke minda menjadi bayangan menyeronokkan apabila rumah di Labuan dipasang penghawa dingin di setiap ruang dalam rumah. In Shaa Allah suatu hari nanti, SOHO di Labuan menjadi ruang pertama berpenghawa dingin, sama seperti kantor professional yang saya bakal panggil "Sophee Studio" yang merangkumi bilik bacaan dan tempat beraktivitas melukis. Ditengah ruang studio akan ada meja tanpa komputer. Khas untuk membaca dan melukis sahaja. Wahahahaha! Saya tahu, berangan memang senang.

OKlaaa... sudah sudah la berangan. Duduk kat hotel memang mood macam ni. Mood bermewah akan datang bertandang. Tapi, bila balik Labuan, tak ada pula rasa pentingnya penghawa dingin. Normal juga hidup macam biasa. Sibuk dengan jadual harian tak sempat nak berangan lama lama. Tapi saya akui juga, sebenarnya banyak lagi yang lebih penting nak fikir berbanding penghawa dingin yang kononnya lebih selesa. Ya betul! Banyak sangat yang sedang menunggu saya dan Mr.Bee untuk dinaiktaraf. Tak terhitung. Hhuhu...

Biasalah kehidupan. Tehee...

Selesai bersiap, kitorang ke Center Point nak cari makan. Hari ni perut saya tak selapar harimau kebulur. Tekak tiba tiba nak cari roti. Kat sini, kedai roti banyak pilihan. Mungkin itulah menjadi punca kenapa tak nak makan nasi. Dalam center Point, ada dua kedai roti yang selalu menjadi pilihan, pertama Multi-Bake, yang kedua pula Mr.Bread.

dan...seperti biasa, kitorang akan singgah kedua duanya. Kalau ada yang berkenan, memang akan beli kat dua kedai ni. Mr.Bee tak kenyang kalau makan roti sahaja, jadi, kitorang singgah restoren Chinese Muslim sebab pilihan lauk kat sana agak unik dan sedap serta cara masak tak terlalu banyak minyak. Paling penting, harga tidak terlalu mahal.

Sambil Mr.Bee makan nasi campur, saya mengunyah roti dan memerhati sekeliling. Saya sebenarnya tercari cari seseorang. Selalunya, setiap kali makan kat sini, memang akan ada kelibat seorang pakcik tua mengutip tin minuman. Tahun lepas, dua kali ke Kota Kinabalu kami ada singgah makan di Center Point. Pakcik tu tak ada. Tahun ni, pun tak ada. Uhrmm...

Pakcik tu berbangsa Cina. Berjalan menggunakan tongkat. Kaki dia tempang sebelah. Mengapa Pakcik tu menarik perhatian saya? Sebab dia kutip tin. Bukan meminta duit seperti orang lain yang datang dari meja ke meja untuk minta sedekah. Saya bukan tak suka atau memandang enteng dengan mereka yang digelar pengemis. Saya bukan sesiapapun untuk menilai kehidupan mereka yang mungkin mendesak mereka menjadi sedemikian.

Cuma, dalam pelbagai kesusahan dan cabaran dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan duri, pakcik tu sekurang kurangnya berusaha mencari duit dengan menjual tin. Mungkin tidak banyak hasilnya dan mungkin tidak besar usaha yang orang lain pandang ke atas perbuatannya tapi... sedikit sebanyak pakcik tu mengajar sesuatu. Berusahalah walau bagaimana pun situasi kita. Walau buruk macam mana, berusaha dengan cara yang benar tanpa mengadai maruah.

Saya lebih teruja untuk membeli minuman tin ketika makan di situ agar boleh berikan tin bekas minuman saya kepadanya berbanding membeli minuman yang dibuat dalam gelas. Tin tersebut bernilai bagi dia dan dia pasti akan gembira bila saya berikan tin tersebut kepadanya.

Beberapa minit fikiran melayang teringat pakcik tu sambil mengunyah roti, sedar tak sedar Mr.Bee pun sudah siap makan dan waktu untuk membayar makanan yang dimakan pun tiba. Tin minuman nampaknya bukan rezeki pakcik tu lagi kali ni. Dia tak ada lagi hari ni. Harapnya, pakcik tu sihat.

Selesai makan di restoren Chinese Muslim, kitorang pun mengangkat kaki keluar dari Center Point. Kami nak jalan jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Dari Center Point, kitorang bergerak ke Api Api Center sebab kat sana terdapat satu laluan pejalan kaki menuju ke bangunan shopping mall yang pernah terkenal suatu masa dahulu iaitu Wawasan Plaza. Wawasan Plaza adalah shopping mall yang selalu disinggahi oleh ramai orang tidak kiralah penduduk KK sendiri atau bukan.

Hal tersebut adalah disebabkan bangunan Wawasan Plaza berhadapan stesen bas. Kini, bangunan Wawasan Plaza agak kurang pengunjung dan terdapat beberapa kedai yang dah tutup sejak stesen bas berpindah. Kemudian, Shopping mall Imago sebagai shopping mall paling fresh buat masa ni sudah mengambil alih minat pengunjung daripada 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah yang pernah menjadi tempat paling popular suatu masa dahulu.

Sama macam orang lain, kitorang ke bangunan Shopping mall Wawasan Plaza pun sebenarnya nak tumpang lalu je. Hhuhu... Kitorang sebenarnya nak ke Imago. Nampaknya Imago menjadi salah satu tempat lepak kegemaran saya dan Mr.Bee sejak Imago dibuka.

Bukan apa, kat Imago ada pelbagai kedai untuk membeli belah. Kedai buku Popular pun agak besar kat Imago. Sejak kedai buku kat Popular dah tutup kira kira bulan Ogos, 2018 tempoh hari, jadi, kitorang memang tak ada pilihan lah. Kena pergi Imago juga untuk ke kedai buku tu. Kat Shopping mall Suria Sabah ada juga kedai buku Popular tapi kalau nak bandingkan dengan Imago, kat Imago lagi luas la. Tehee...

Seperkara lagi, saya suka menonton wayang kat MBO sebab dewan lebih luas dan masih baru. Wahaha... Sound system pun best. Kalau ada wayang kegemaran release memang request dengan Mr.Bee tengok movie kat MBO. Tak nak kat Growball atau Golden Screen Cinema. Tu pun kalau berada kat KK la. Kalau kat Labuan memang tak ada pilihan lain. Memang Perdana Cineplex Labuan saja yang ada kat Labuan.

Tapi kelebihan tengok movie kat Growball, harga tiket murah. Tehee... Boleh layan movie dua tiga kali dalam sehari. Wow!

OK! Kembali kepada cerita kitorang jalan kaki ke Api Api Center tadi, kitorang sengaja pilih jalan kaki berbanding naik grab atau teksi sebab nak keluarkan peluh juga. Sejak sibuk dengan kerja menghadap komputer sepanjang masa, tak boleh manjakan diri sangat. Tapi, kadang kecundang juga. Tempah grab juga kalau cuaca dah panas gila!

Hari ni, cuasa boleh tahan panas tapi, saya rasa masih boleh lagi. Baru je lepas makan kan. Wahaha... Sebelum sampai ke Bangunan Wawasan Plaza tu, saya dan Mr.Bee singgah lepak dulu kat taman belakang Apartment Api Api Center. Tak payah kelam kabut sangat, hari kan masih mudah. Ahaks.

Kitorang lepak duduk sambil tengok sekeliling. Bila duduk kat situ, saya teringat pula suatu masa dahulu, kira kira dalam tahun 2010 atau 2011, saya dan rakan sekerja pernah menangkap satu gambar kenangan kat kawasan tu. Tergelak dalam hati bila ingat semula moment tu. Jelas dalam minda foto tu dalam kepala.

Semasa bergambar tu, saya dan seorang rakan pakai beg sandang besar yang berisi baju. Kitorang nak ke Hotel Dinasty Tang yang berada dalam bangunan membeli belah Wawasan Plaza juga. Disebabkan sudah terlalu lama, rasanya semua tu bukan lagi rahsia sekarang. Tak kisahlah saya berkongsi sedikit cerita kat sini.

Waktu tu kitorang berlima, bekerja di tempat yang sama. Hhahaha... Terlalu penat dengan jadual kerja yang tak mungkin berhenti untuk memberi sedikit ketenangan jiwa, kitorang mula berkomplot untuk bercuti berlima. Kalau ikutkan, memang mustahil nak bercuti senang lenang berlima macam tu. Apatah lagi kitorang semua bekerja di tempat yang sama dan mempunyai bos yang sama. Bos tu lah tempat meminta pengesahan cuti.

Alhamdulillah lega juga bila dapat bercuti 3 hari 2 malam. Walaupun hanya sekejap, rasa bersyukur sangat sebab dapat juga melepaskan diri dari alam pekerjaan yang penuh politik pejabat, talam dua muka, hipokrit dan sebagainya.

Waktu tu, kitorang berlima sememangnya OK di Kota Kinabalu. Masing masing ada trick sendiri untuk mendapat pengesahan cuti. Agar ia legal walaupun mungkin kalau bos tahu kami sedang berlima pasti bos mengamuk. Hhuhu...

Kenangan tu manis. Gambar gambar tu semua menunjukkan wajah wajah kitorang yang gembira walaupun akhirnya masam macam susu basi bila sudah kembali ke pejabat. Wahahaha... Maklumlah.

Begitulah roda kehidupan di alam pekerjaan. Saya tak salahkan mereka. Kenangan manis tetap akan saya simpan walaupun terdapat kisah lain antara kitorang yang kurang enak untuk dihadapi. Saya tahu, semua itu berlaku disebabkan keadaan yang memaksa. Nak buat mana kan.

Selain daripada teringat moments saya dengan lima rakan yang sudah pun expired tu, saya dan Mr.Bee borak borak tentang wayang yang sudah kitorang tonton, apa lagi, Bumblebee 2018 la. Semalam kan tengok movie tu. Masing masing borak scene kegemaran dalam movie tu. Hhaha... Saya dengan Mr.Bee memang suka bertukar pendapat, borak movie dan kadang bertukar idea. Saya tak sangka betul dapat husband satu kepala macam ni. Heaven sangat. Alhamdulillah!

Bila Bubble Milk Tea Golden Fish yang diminum habis sambil bersembang, kami pun gerak ke Wawasan Plaza. Semasa masuk ke Wawasan Plaza, kitorang mengambil kesempatan singgah ke sebuah kedai elektronik kat situ. Kitorang singgah sebab kitorang ternampak kat situ ada jual mikrofon. Manalah tahu, jumpa mikrofon yang sesuai untuk buat rakaman video youtube kan.

Tahun 2019 ni, Mr.Bee nak mula buat video rakaman trading dia. Jadi, dia perlukan mikrofon terbaik untuk youtube channel dia, Mohd Nasyit Studio. Saya ada hati juga tapi masih segan nak rekod suara sendiri. Kalau rakam muka, diri sendiri tu memang dah tak ada hal sejak berlatih di tahun 2018. Tu yang ada akaun Tik Tok. Lols. Tapi part audio saya seram sejuk lagi daa nak rakam.... Wahahaha. Walhal channel youtube dah ada sejak tahun 2012. Nama channel Youtube saya Sofinah Lamudin je. Tak letak nama canggih ke apa. Idea saya tu ada, berlambak video dalam kepala tapi tu laa. Masa tak berlambak.

Kitorang dapati, mikrofon kat situ ada yang sesuai dan nampak gayanya kena postpone dulu untuk beli satu. Sebab harga dia boleh tahan. Tambah beberapa ratus boleh beli hanphone. Uhrmm... disebabkan SOHO pun belum sesuai nak guna mikrofon canggih, kita guna mikrofon biasa dulu. Yang penting kerja jalan kan.

Kemudian, selesai tengok pelbagai berangan kat kedai tu, kitorang pun teruskan rancangan kitorang untuk ke Imago. Kitorang keluar je dari Wawasan Plaza, terpampang depan batang hidung KK Central. FuyohhH! Bangunan dah siap lama dah tapi still belum beroperasi. Nampak perkataan "KK CENTRAL" , automatik "KL Central" singgah lalu dalam kepala. Rindu KL tiba tiba. ToEengg!

Disebabkan bangunan KK Central dah siap sepenuhnya, penghadang projek tu dah buka, jadi, saya dan Mr.Bee menggunakan jalan sebelah kiri dari pintu hadapan Wawasan Plaza untuk ke Imago. Selalu, kitorang guna jalan sebelah kanan sebab ada pemandangan laut yang boleh dinikmati pemandangannya. Kali ni nak guna sebelah kiri pula sebab nak tengok bangunan KK Central dari sudut berbeza. Yang penting nak tahu depan bangunan tu macam mana. Wahahaha...

Kemudian, apabila melalui jalan sebelah kiri menuju ke Imago, saya dapati dah disediakan laluan khas untuk pejalan kaki di sebelah kiri. Siap ada atap lagi! Wow! Sebelum ni, pejalan kaki terpaksa berpanas untuk jalan kaki ke sana. Selain dari atap sudah disediakan, pintu masuk untuk pejalan kaki juga ada disediakan. Kalau sebelum ni, kesian tau pejalan kaki terpaksa pusing jauh dan ada juga yang memanjat pagar disebabkan dah tak sanggup nak jalan jauh.



Bagus lah kan...Sebab, merosakkan pemandangan tau bila ada pejalan kaki yang memanjat pagar. Wahahaha... tak salah pun panjat cuma tak cantik la pemandangan tu. Macam buat jahat pula. Macam budak sekolah pergi panjat pagar nak poteng sekolah. Macam jahat situasi walaupun sebenarnya tidak. kan?

Bila dah masuk ke dalam bangunan Imago, rasa lega sangat sebab cuaca bukan main panas. Kitorang pusing pusing dulu sejukkan badan. Seperti kebiasaan, kedai yang kitorang masuk seperti yang saya sebutkan di atas iaitu kedai buku. Saya kalau tak cuci mata dengan tengok buku dan stationery memang tidak sah. Tak boleh. Macam ada yang hilang. Wehehe...

Mula mula nak tengok Aquaman kat Imago tapi tak jadi sebab ada banyak masa lagi untuk berada di KK. Boleh tengok esok lusa movie tu. Bila dah beberapa jam jalan jalan, perut mula berkeroncong. Terumatanya saya laa kan. Tengahari tadi cuma makan roti. Wahaha...

Di sebabkan lapar sangat, macam macam makanan saya terbayang. Aduhaii... So, kitorang singgah Upperstar, Imago, KK untuk makan malam. Jam dah menunjukkan pukul 7 malam. Pastilah lapar! Lols.

Saya order pasta dan Mr.Bee order Burger. Kalau ikutkan nafsu nak order beberapa lagi, contohnya kek coklat, snacks lain, etc. Tapi, nasib baiklah masih waras. Wahaha... Saya ni, nafsu makan nak itu ini memang macam macam tapi bukan habis pun. Membazir kan. So, saya kontrol. Mr.Bee pun memang mainkan peranan dia kontrol saya dalam bab macam ni. Sama macam nak beli stationery, dia laa yang tolong kontrol. Kalau tak, duit semua lari pergi stationery, notebook, barang melukis tapi nak gunanya tahun bila tak tahu lah. Wahahaha... Astagfirullah..napsu!


Selesai makan, kitorang sambung jalan jalan. Dah penat balik hotel dan berehat. Jam dah dekat pukul 10 malam. Biasanya, kitorang masih lepak sampai tengah malam tapi nampaknya, tahu juga kitorang penat. Wahahaha... Rehat dulu, tambah energy untuk esok pula. VvaawaahhHHHH!

Kisah "Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu" ni, kemungkinan besar sekali untuk TIDAK AkAN bersambung...Wahahaha...sebab saya sibuk di dunia bukan maya. Mungkin sempat sesat di jalan yang berliuk dan penghujungnya belum kelihatan. ToEeng!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Shikin Razali berkata...

Akak teringin betul nak pegi ke KK tapi big boss tak luluskan lagi permohonan akak.. hahahaha

Sofinah Lamudin berkata...

Ahahaha... In Shaa Allah suatu hari nanti Kak Shikin datang Sabah. Jalan jalan kat area bandar KK ye kak.