SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 17 Februari 2020

Fokus Penyelesaian Masalah

Fokus Penyelesaian Masalah


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hari ni, saya dan Mr.Bee ke Pantai Damai untuk beriadah. Saya langsung tak dapat nak membaca dengan fokus di rumah sebab cuaca kat Labuan 2 3 hari agak panas. Di pantai, rasa panas boleh hilang disapu angin pantai disamping boleh mendengar deruan ombak. Saya membawa buku. Tajuk buku, Make, Think, and Imagine.


Ini bukan review keseluruhan. Saya cuma nak komen sedikit. Saya belum baca sampai habis pun buku tu. Baru muka surat 25. Hahaha...ni bukan buku kebiasaan yang saya selalu baca. Tapi, apa salahnya membaca sesuatu yang belum pernah dibaca untuk menambah sedikit pengetahuan yang masih sedikit ni. Topik yang menarik minat saya buku tu, iaitu tentang progress sebuah ketamadunan. Dalam kehidupan kita di dunia ni perlukan kemajuan, inovasi dan perubahan agar hidup kita tidak berada ditakuk lama.

Saya faham, setiap tindakan untuk perubahan dalam hidup dari segi pembangunan tamadun manusia itu banyak pro dan kon. Atau istilah lainnya, ada hikmah dan faedah di sebalik setiap pembangunan tersebut. Cuma, apa yang saya kesalkan pada hari ini, ramai masyarakat kita lebih suka berdebat mengenai siapa sokong siapa. Siapa sokong pro dan siapa sokong kon. Siapa dan mana satu yang salah. Sedangkan bukan itu yang patut kita fokus.

Yang patut kita fokus adalah... penyelesaian masalah. Contoh yang mudah difahami, dulu...sebelum ada kereta...kita jalan kaki. Apabila ada golongan optimis yang menyelesaikan masalah penat jalan kaki, lambat sampai ke lokasi kerana berjalan kaki, maka... wujudlah kereta. Lalu, faedah yang kita peroleh adalah jimat masa, cepat sampai ke lokasi dan kurang penat sebab kurang guna tenaga.

Tapi, muncul satu masalah...pencemaran alam akibat asap kereta, berlaku kemalangan jalan raya dan ada yang kata, dah tidak bersenam bila mula guna kereta. Kurang sihat.

Setiap progress pasti ada risiko. Tanpa mengambil risiko kita tidak akan ada progress. Kita tidak akan keluar dari kepompong. Progress tidak boleh dihentikan. Mustahil. Memang lumrah manusia akan mencipta sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Jadi masalah yang muncul setelah membuat perubahan baik, fokus untuk selesaikannya. Tidak perlu dibahaskan siapa salah siapa betul. Masalah pencemaran udara akibat asap kereta? saya yakin ada golongan bijak, yang sedang bertungkus lumus mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah. Mungkin membuat filter pada asap kereta yang menggunakan petrol/gasoline. Menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya? sudah banyak yang membuat kempen keselamatan jalan raya, pengambilan lesen kereta, menyaman mereka yang menggunakan kereta tanpa lesen dan menggunakan kereta kurang sihat? Banyak taman dan gym yang disediakan untuk bersenam. Di rumah pun boleh bersenam. Kan?

Itu contoh yang saya rasa mudah nak faham.

Kita kena fokus PENYELESAIAN MASALAH. Bukan menuding jari. Nak ada perkembangan dan kemajuan dalam diri, tak dapat nak elak risiko dan kegagalan. Ia dalam satu pakej.

Okay... banyak lagi yang saya belajar dari buku Make, Think, Imagine oleh John Browne ni walaupun baru 25 muka surat saya baca. Saya nak sambung baca dulu.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: