SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Ahad, 23 Februari 2020

Jangan Baca Novel Ini oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?

Jangan Baca Novel Ini oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Saya rasa dah ramai yang membaca buku "Jangan Baca Novel Ni" oleh Ismi Fa Ismail ni. Terutamanya yang suka membaca buku cerita hantu, misteri dan seram. Kann?

Sejujurnya, saya dah lama tak baca buku seram macam ni. Kali terakhir saya membaca buku genre seram ni sekitar tahun 1997 rasanya (umur masih 7 tahun) hahahaha. Dan novel seram Ismi Fa Ismail ni pun saya baca sebab Mr.Bee yang hadiahkan.

Ulasan Buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?



Dia beli, tak bagitahu tajuk. Nak saya baca buku yang bukan saya sendiri pilih. Katanya, nak tahu apa ulasan saya. For sure, Mr.Bee memang suka genre seram macam ni. Tengok movie hantu pun selalunya dia yang ajak. Genre saya lain, genre saya macam Harry Potter, Maleficent, Alice and The Wonderland dan etc.

Serentak dengan Bentala oleh Sha Hanim Ramli, buku ni sampai ke tangan saya pada 28 Januari 2020.

Ulasan Buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?
Terima kasih darling hadiahkan buku ni!

Buku ni, saya habiskan dalam 3 hari tanpa mencatat nota macam saya buat kat buku lain. Kalau baca buku, saya suka mencatat nota dan buku akan penuh dengan sticky notes.



Agaknya kenapa tak mencatat nota? Nanti saya ceritakan. Tehee... Saya nak kongsi dengan korang siapa penulisnya dulu.

Siapakah Penulis Buku Jangan Baca Novel Ini?

Penulis buku ni adalah Ismi Fa Ismail. Pada mulanya, saya ingat penulisnya ni lelaki. Rupanya perempuan. Wehehe... Ismi ni seorang penulis Indie; yang bermaksud penulis bebas atau merdeka tanpa tertakluk atau merujuk kepada arus perdana yang komersial.

Indie merupakan singkatan kepada perkataan bahasa Inggeris independent. Beliau mempunyai syarikat penerbitan sendiri iaitu IFI Enterprise (SA0171231-K). What can I say? WOW!!! Kalau korang masih belum tahu, "Jangan Baca Novel Ni" ini adalah trilogi. Ada 7 buah buku yang saling berkaitan sebenarnya.


Senarai tajuk Trilogi Jangan Baca Novel Ni:

  1. Jangan Baca Novel Ni
  2. Tiada Tajuk
  3. Akhir
  4. Kunci
  5. Empati
  6. Paksi
  7. Yang Ke-7
Selain senarai di atas (Genre seram), Ismi juga menulis buku genre lain:

  1. Mistika Legenda
  2. Cinta Out of This World
  3. Kebangkitan

Buku Ini Mengenai Apa?

Seram ngeri! Buku bermuka surat 258 ni merupakan buku yang seram. Kadang kadang saya terdetik dalam hati, 'Si Anom ni real ke? Karang dia datang pula sebab saya dah baca buku ni...' Wahahaha...Tapi serius! Semasa membacanya saya rasa semacam real. Tapi, haihh... nauzu billahi min zalik.

Seperti yang saya sebutkan di bahagian penulis di atas, buku ni adalah trilogi. Lepas baca buku ni, memang ada perasaan tak tenteram sebab nak sambung baca buku ke dua dan seterusnya. Buat masa ni, saya memang sedang tidak tenteram. Sebab nak tahu cerita selanjutnya. Nak beli buku tapi sedang dalam mode "book buying ban" kecuali buku yang saya senaraikan untuk tahun ni. Sebab saya ni sudah pun berstatus Tsundoku (Senarai buku belum baca sudah terlalu banyak).


Apakah Kehebatan Buku Ini?

Disebabkan buku ni ditulis oleh seorang penulis Indie, maka buku ni tak ada terikat sebarang susunan tatabahasa atau penggunaan gaya bahasa yang kompleks; penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan tak digalakkan diambil sebagai rujukan. Bukan saya yang cakap ni tau. Kat buku tu ada tulis, "Novel ini ditulis menggunakan bahasa serta ejaan yang tidak rasmi. Tidak digalakkan untuk diambil sebagai rujukan." Jadi, gaya penulisan buku ni sangat sangat ringan dan mudah difahami mana mana golongan pembaca (Kecuali kanak kanak - terdapat elemen seram ngeri yang agak tidak sesuai kanak kanak baca).

Ulasan Buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?


Versi buku yang saya miliki ni ada penanda buku. Design sama macam muka depan buku (Versi biru dan merah). Dan terdapat kata-kata dari watak Anom di belakang penanda buku;

Aku tahu siapa diriku. Aku tahu apa yang aku lakukan selama hayatku. Yang paling penting, aku tahu yang Tuhan di sebelahku, kerana kebenaran di dalamku. - Anom
Kalau korang perasan, cover buku yang saya ni bewarna biru dan tulisan pada tajuknya dikekalkan warna merah seperti yang asal. Kalau dulu, saya selalu nampak warna buku adalah hitam merah.

Rekaan/ilustrasi muka depan buku ni sebenarnya ada maksud tersirat. Kalau korang dah baca, korang memang tahulah kenapa design dia macam tu kan? Saya seram pula bila dapat tahu kenapa buku tu design macam tu. hhuhuhu...

Tulisan dalam buku pula bersaiz besar. Mungkin saiz 20 atau 24 kalau kat Microsoft Word. Atau kecil sikit; 18 agaknya? Tapi besar laa dari saiz tulisan buku yang biasa saya baca. So, ia membantu saya untuk cepat membacanya. Maklumlaa, saya kan rabun. Kalau tulisan kecil, saya kena ada pencahayaan yang cerah dan jarak membaca tak boleh nak jauh sangat. Saya sakit mata walaupun saya sudah menggunakan kaca mata.

Selain tu, buku ni ditulis secara cerita dalam cerita. Mirip macam buku yang sedang saya baca sekarang iaitu Quichotte yang ditulis oleh Salman Rushdie. Di dalam cerita ada seorang penulis buku, maka...dalam buku ni ada buku / dalam cerita ada cerita.

Dalam buku ni ada 7 cerita pendek berlainan tajuk tapi saling berkaitan. Jangan skip satu pun tajuk sebab nanti korang tak tahu apa kaitan watak bernama Adib dengan Anom.

Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Buku Ni?

First, walaupun saya suka saiz tulisan yang besar tapi saya agak tak okay dengan jenis font yang digunakan dalam buku ni. Font dia mirip dengan jenis font yang bernama "ArCena" tapi saya rasa ni bukan ArCena. Mungkin sebab dah terbiasa dengan font biasa kan. Sebenarnya tak ada apa pun. Saya rasa orang lain tak terganggu dengan bentuk huruf tu.

Untuk menjawab kenapa saya tak mencatat nota ketika membaca buku ni, sebab;

  1. Buku ni bergaya bahasa sangat simple.
  2. Tiada unsur pengetahuan lain/sejarah/topik berat.
  3. Tidak ada apa apa yang membuatkan saya nak buat kajian melalui Google atau buku lain. 99% rekaan tak ada bercampur aduk dengan fakta.
  4. Jalan ceritanya mengikut susunan; kronologi (kurang puzzle).
  5. Dan...saya betul betul nak cepat habiskan buku ni. Walaupun kurang puzzle tapi banyak soalan berlegar dalam kepala. Kebetulan gaya bahasa pun ringkas, jadi saya terus baca dan baca dan baca.

Pada awal pembacaan saya, jalan cerita agak perlahan. Mengikut perjalanan seorang pegawai polis bernama Munir. Saya mula tertarik nak tahu cerita seterusnya bila polis tu jumpa seorang budak berumur 7 tahun bernama Adib. Kemudian, saya dah mula ketagih macam menonton drama berepisod bila sampai ke muka surat 59 apabila polis tu tegur kucing hitam yang tiba tiba muncul dan bermain dengan Adib dalam bilik.

Ulasan Buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?
Muka teruja dapat buku baru. Hehehehe...

Setiap kali saya habis membaca setiap tajuk cerita pendek dalam buku ni, saya akan pause. Sebab saya rasa seram. Ngeri dan...buat saya berfikir bukan bukan pula terutamanya di muka surat 84, apabila Haida yang selalu mengalami mimpi aneh mengambil keputusan melakukan tindakan sedemikian rupa. Cerita ni mengingkatkan saya kepada tanda tanda penyakit mental yang kronik. Nauzu billahi min zalik.

Kemudian, di muka surat 106, cerita ke 4, bertajuk Tumpang. Saya on the spot merinding (goosebumbps). Apa tidaknya, dah disahkan kakak dia mati kan? Apabila korang menemui kes wanita disahkan mati tiba tiba hidup semula, apakah perasaan korang? Seram kan? atau korang rasa marah sebab hospital tersilap? atau korang sudah mula berfikir bukan bukan?

Tapi, tu belum lagi cukup seram...semakin dibaca semakin muncul hal hal yang seram malah semakin seram. Bahagian paling seram bagi saya adalah apabila muncul watak bernama Anom. Alahai Anom, jangan laa kau ada kat sini. Buku yang saya baca ni bukannya original. Bukan dari Munir pun. Tak ada kaitan okay!

"Mungkin Anom tak perasan, tapi secara kebetulan semua orang yang mati tu, ada kena mengena dengan  Anom" - Muka surat 183.

Kemudian, muncul watak bernama Kerol dan Budin di muka surat 231. Watak ni mengingatkan saya kepada movie hantu Thailand yang bertajuk Pee Mak pada tahun 2013 dulu. Wahaha... Perwatakan diorang ni (Kerol dan Budin) lawak tapi...tu lah... korang kena baca sendiri.

Tapi saya curious lah. Sebenarnya apa jadi dengan Suraya? Adib tu siapa? Suraya tu Anom ke? Zack dengan Anom apa kaitan? Janji apa? Ni dah semacam perjanjian dengan Jin! Ehh? Tak adalah..saya gurau saja. Sebenarnya saya pun tak tahu lagi. Saya rasa jawapan kepada semua soalan saya ni ada dalam buku seterusnya.

Di pengakhiran cerita, saya tahu cerita ni tak settle lagi. Sebab saya pernah nampak buku ni dijual kombo di kedai buku Popular. Ada tiga buah buku waktu tu. Warna temanya hitam merah. Sekarang dah 7! Duhh... saya baru start baca ni. Tertinggal bas jauh sangat.

Pengajaran Dari Buku Ni

Sebenarnya, bila saya baca buku seram macam ni, saya mula tak nampak dah mana mana pengajaran. Wahahaha... agaknya sebab fikiran dah terganggu dengan jalan cerita agaknya. So, masa saya menulis ulasan ni, saya scanning la buku JBNN untuk mengingat kembali bahagian bahagian penting yang kemungkinan ada pengajaran. Jadi, antara pengajaran yang saya temui adalah:

  1. Jangan terlalu skeptikal. Alam ghaib tu wujud. Tidak sempurna iman seseorang jika tidak percaya perkara ghaib.
  2. Kematian itu adalah rahsia Allah SWT. Ia akan berlaku pada bila bila masa sahaja.
  3. Tidak nampak/jelas tidak semestinya tidak wujud.
  4. Bersangka baiklah.

Kenapa perlu bersangka baik?’. Untuk menjawab soalan itu marilah kita renungi firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

5 Bintang dari 5 Bintang. Recommended!

Disebabkan buku ni menggunakan gaya penulisan yang sangat mudah difahami serta ringkas, buku ni sangat sesuai di baca dalam keadaan yang bising. Contohnya, ada masa kita akan berada di lokasi yang bising tapi tak ada nak buat apa; mungkin menunggu seseorang. Boleh lah baca buku ni. Dalam kereta api, bas, atau kat lokasi yang ramai orang tapi mood masih nak baca buku. Kalau saya, memang tak semua jenis buku saya boleh baca kat tempat bising. Hhuhu...

Oh ya! Mungkin ada elemen seram ngeri yang tidak sesuai dengan kanak kanak. Jadi, saya rasa buku ni sesuai untuk remaja dan ke atas sahaja.

Ulasan Buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail | Agak Agak Ada Anom Tak Sebelah saya Sebab Saya Baca Buku Ni?
Muka Si Betty menyampah sebab tak nak jadi model buku. Wahaha...

Terima kasih kerana membaca ulasan buku ni korang. Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka juga. VvaawaahhHHHH!



With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

35 ulasan:

  1. Belum ada keberanian lagi nak baca novel seram walaupun banyak kali teringin nak beli bila lalu kedai buku huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni husband saya yang beli. saya pun jarang lah nak tengok tengok buku seram sekarang ni. Tapi, lepas baca ni, terjangkit suka pula dah dengan genre ni.

      Padam
  2. Kalau macam ni tak nak baca la novel ni. Hahahaha....teringat ingat nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha! tu tak dapat nak nafikan. Saya teringat ingat juga. Tapi tu lah, kalau dah teringat ingat tu maksudnya penulis ni berjaya men 'jerat' pembaca dengan plot dan cara penulisannya.

      Padam
  3. Sis pun suka baca buku yang mana senang dan mudah nak faham..tak payah nak translate bagai...tapi belum pernah lagi baca novel seram hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Try la Sis Lin baca novel ni... bacaan ringan ringan je "Jangan Baca Novel Ni" ni...

      Padam
  4. Okay...... another good book review from you. Menarik novel ini. Tapi saya x baca sgt novel horror. Zaman remada dulu suka lah novel horror. Btw, thank you for sharing your tips on the notebook. Saya pun kena catat isi2 yg pending dlm notebook juga lah lepas baca novel pasnie. Baru senang nak buat review.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama Fadima. Salah satu sebab saya catat nota semasa membaca sebab saya nak review buku tu dalam blog. Dan saya memang suka menulis/mencatat... rasa seronok.

      Padam
  5. haaaaa, tu lerrr...sebelum ni pernah nampak buku ni kat MPH, dan memang menarik perhatian...dengan kulitnya yang berwarna hitam dan tulisan merah...yang kosong takde tajuk tu pun ada masa tu..tapi tak beli pun sebab masa tu tak cukup bajet n takut tak terbaca..hahaha

    tak sangka, dah berubah warna kulitnya jadi macam batik pulak ekk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak tahu, warna biru kali ni lagi seram dari warna hitam tu. hahahaha... kena baca tau, saya yakin, tiap kali nampak batik biru macam buku ni, korang teringat si Anom. hhehe...

      Padam
  6. rajin yer Sofie baca novel. tajuk novel ni unik lah. tapi kalau akak mmg takkan baca sebab penakut. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya start belajar baca novel ni zaman sekolah rendah. Lepas tu stop bila dah zaman sekolah menengah. Tak ada la rajin sangat baca novel kak Huda. Sejak tahun lepas la aktif baca novel ni. Sebab selalunya saya baca buku self help/ motivasi. Saja nak ada kelainan sikit.

      Padam
  7. Dulu zaman university rajin juga baca novel seram. Sekarang dah jarang baca novel seram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah tukar genre la kan? Biasa la tu... dah dewasa ni kadang kadang nak baca genre lain pula. Yang lebih informatif dan serius.

      Padam
  8. Macam best je buku ni tapi sorry to saylah.. Akak memang takut sikit bila nak baca buku seram ni sebab sejenis yang kuat membayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... lucu betul la akak ni. Tapi betul kak, membaca ni memang kita berimaginasi...tambah tambah kalau penulis tu dok describe macam mana bentuk/rupa makhluk tu...membayang lah kita sambil baca. hehehe.

      Padam
  9. dah lama tak baca novel. zaman2 single dululah rajin juga baca novel. la ni tak sempat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la baca buku "Jangan Baca Nevel Ni" ni sis... boleh baca santai santai je.

      Padam
  10. Kalau tengok movie seram memng fikri banyak kali, kalau buku ok lagi..lama juga akak tak bca buku seram..macam best je..tapi baca sofi punya ni, buku ni macam seram je..ahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha... dari sudut pandang saya Kak Nad, memang seram. Saya paling rasa seram watak Anom tu... hHuhuhu... tak tahu la kalau Kak Nad.. mana tahu tahap penakut saya ni kot yang over.

      Padam
  11. Menarikla buku cerita seram macam ni. Ala2 misteri macam tu kena banyak fikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'a betul... baca muka surat depan depan tu tak cukup. Kena baca sampai habis... banyak soalan sepanjang kita baca tu.

      Padam
  12. ada jugak beli buku ni tapi tak terbaca lagi sebab takut pulak tak boleh tidur malam haha tapi nanti nak baca jugak lah. Nampak macam menarik je cerita dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farhana belu kombo ke? Kalau ada kombo lagi best lah... boleh baca sampai habis dah kan. Farhana baca hari siang je laa... hahaha.

      Padam
    2. Farhana belu kombo ke? Kalau ada kombo lagi best lah... boleh baca sampai habis dah kan. Farhana baca hari siang je laa... hahaha.

      Padam
  13. Dah tajuknya pun macam tu memang tak baca lah haha apatah lagi jika cerita seram... skg ni bnyk movie seram pun sis malas nak tgk huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...baru baru ni movie The Boy II dah released kan sis.. Ada feeling juga laa nak tengok tapi list movie yang ada kat rumah ni pun belum tertengok tengok lagi.

      Padam
  14. MAGS PREMIUMS are a corporate gifts & premium gifts supplier and manufacturer in Malaysia, that provides logo printing for custom made corporate gifts.

    BalasPadam
  15. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    BalasPadam
  16. saya jarang baca buku seram ni tapi kadang tu tersangkut juga baca..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama laa... hehehe... nanti Tiara try la baca novel "Jangan Baca Novel Ni"... pastu buat review, saya nak tahu dari sudut pandang Tiara pula.

      Padam
  17. nmpk menarik je buku ni. especially the title hehe ok challenge accepted will get a copy of this!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... kan... rasa geram kan baca tajuk tu.

      Padam
  18. Qiss dah lama tak baca novel. Asyik beli tapi belum berkesempatan nak baca. Tapi kalau Qiss dapat buku ni memang Qiss akan terus baca. Lagi orang larang lagi kita nak baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... tajuk tu buat perasaan ingin tahu melebih lebih kan...

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel