SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 6 Disember 2020

[PART 2] Quichotte oleh Salman Rushdie | Semakin Jelas Mesej Yang Cuba Disampaikan Oleh Salman Rushdie

[PART 2] Quichotte oleh Salman Rushdie | Semakin Jelas Mesej Yang Cuba Disampaikan Oleh Salman Rushdie


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Oh no! Lama betul saya tak sambung ulasan buku Quichotte bahagian 2 (part 2). Baru hari ni ada kesempatan. Maafkan saya kepada pihak yang terlibat. Apapun, saya kembali untuk menjadi sahabat baik buku buku saya di rak yang sedang menanti saya menyentuh, membelek, membaca, dan memberikan penuh perhatian serta kasih sayang.



Ada masanya susah betul kita nak follow jadual yang sudah kita buat disebabkan hal hal diluar jangkaan tambah tambah saya yang mudah hilang fokus ni. HHuhuhu.. Tapi, walaupun lambat, saya tetap akan teruskan selagi boleh. Tehee! In Shaa Allah, Sofie pasti boleh (Tepuk bahu sendiri...Wahaha).



Jadi, mari kita teruskan ulasan saya mengenai novel ini [Part 2]. Kebetulan, SR (Salman Rushdie) memang sudah menulis buku ni dalam format tiga bahagian.



Ulasan Saya Mengenai Novel Ini

Bab 9

Lebih kepada isu isu politik dan perkauman. Isu politik adalah topik berat bagi saya. Saya tidak pasti adakah saya menyukai bab 9 atau tidak tetapi saya tetap meneruskan pembacaan. Kerana ia adalah sebahagian daripada mesej penulis dalam novel ini.

Tuduhan yang agak jelek kepada mereka yang berkulit bewarna (brown people) dari mereka yang berkulit putih membuatkan saya rasa begitu annoying! Adakah wajar menilai manusia lain hanya kerana warna kulit? Dari bab 1 hinggalah ke bab 9 ini, akhirnya ada watak yang paling saya benci; rasist sangat. Wahaha... Walaupun hanya watak sampingan tetapi ia agak menyakitkan hati.

Bab 10

Masih dengan topik politik dan perkauman. Tetapi di bab 10 lebih teruk. Kematian seseorang yang tidak bersalah terjadi akibat isu turban, janggut, Iran dan pengganas (Tuduhan dan fitnah). Tidak masuk akal bagi saya tetapi itulah yang terjadi pada dunia hari ini. Bukan sekadar dalam novel ini.

Beautiful from beautiful. (Page 150)
Dan...dalam bab ini, Sancho yang sentiasa setia menemani Quichotte dalam pengembaraannya...sempat pula nak mengurat di saat saat ada kematian. Wajar kah? Haihh...

Bab 11

Melalui bab 11 ni, ada beberapa perkara yang menarik minat saya. Pertama, mengenai watak bernama Anderson Thayer; mencintai wanita yang berumur lebih tua dari dia dan dalam masa yang sama wanita itu adalah majikannya. Ada masa, saya rasa kata kata cintanya tu adalah palsu belaka. Hhahaha...saya melihatnya lebih kepada 'relationship with benefit'. Ada masa, saya lihat dia sanggup dimanipulasi semata mata kerana mahu mendekati wanita yang kononnya dia cintai. Argh! Mereka berdua saling mempergunakan masing masing untuk kepentingan masing masing.

"I'm always losing things," she rebuked herself, and the thief laughed along with her. He had stolen her likeness, too, filming her secretly on his smartphone in her low moments, her depressions, her out-of-it hours brought on by her abuse of prescription drugs. This was to give him cards to play, to safeguard him in case she turned against him, which he intuited she was considering doing; but he suspected they would not be of much use, because she was so open about her follies, her unwellnesses and overindulgences, that video evidence of their extent might not damage her much. (Page 160)

Kedua, bab ni juga menjelaskan beberapa perkara yang menjadi punca mengapa ibu dan nenek Salma R mengalami kemurungan. Dalam dunia realiti, apa yang dilihat dengan mata kasar oleh kita belum tentu itulah yang sebenar benar berlaku. Belum tentu. Ada masa, kita tidak tahu orang sedang 'pandai makan, pandai simpan' di tempatnya sendiri.

As she ran, her whole world fell apart around her, its entire architecture of love, trust, and believed comprehension. The whole story of her family, what she thought she knew about it, who and how they had been in the world, had to be torn up and rewritten. (Page 169)

Ketiga, Watak Dr.Smile. Saya sudah lama dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan watak ni. Sejak di bab 5 lagi kisah hidup Dr.Smile agak mencurigakan walaupun saya tidak berapa faham dan tidak jelas sangat cerita pada bab 5.

Keempat, mengenai Opoid. Korang pernah dengar Opoid? Dalam bab 11 ni, terdapat satu program yang dipanggil sebagai "Opoid Awareness Program". Biasanya pesakit mental ketagih dengan Opoid dan banyak kes berlaku mereka mati akibat overdose opoid. Menyedihkan. Bukannya membantu malah lebih merosakkan.

Bab 12

Bab kali ini sangat ganjil bagi saya. Quichotte dan Sancho berada di New Jersey. Di sana, mereka mengalami situasi yang aneh. Saya sendiri pun bingung membacanya apatah lagi disebutkan mengenai satu nama penyakit yang berbunyi, 'Penyakit Mostodon'. Setahu saya, Mostodon adalah merujuk kepada gajah besar zaman purba. Atau penulis cuba bermetafora? Adakah sebenarnya merujuk kepada 'Mastodon Band'? Mastodon Band merupakan kumpulan heavy metal Amerika yang berasal dari Atlanta, Georgia.

"Who will make the beds and vaccuum the rooms? There is no logic to it. Perfectly okay people, people who were our neighbors and our staff and with whom our kids went to school, turning into mastodons overnight! Without warning! You don't know who will be next. Now you understand why I wanted to inspect your ears and noses and teeth. For signs of mastodonitis, as I call it though there is no evidence that is a medical disease." (Page 184)

Bahagian cerita di bab ini agak kabur untuk saya dan menjadi bab yang bosan selepas bab 5.

Bab 13

Bab kali ini, ketika membaca bait demi bait patah perkataan, kisahnya agak mirip dengan kisah Sam DuChamp di bab 4. Ya! Secara automatiknya, saya dibawa kembali ke bab 4 untuk saya membandingkan antara kisah adik Sam dan watak baru yang sering disebutkan oleh Quichotte ketika bersembang dengan Sancho. Hal ini kerana, di bab 12, watak perempuan baru dengan gelaran 'Human Trampoline' ini menjadi kisah utama. Malah sangat mengejutkan, kerana perempuan itu adalah adik kepada Quichotte.

"Then what? If she's not your old girlfriend, who is she? Your old college roommate? Your dentist? Your therapist, Your bank manager? Your drug dealer? Your parole officer? Your chess instructor? Your priest?"
"She's my sister," Quichotte said, "and a long time ago I did her wrong. I think that's the right way around." (Page 198)

Sama seperti kisah Sam dan adiknya yang sudah mulai rengang dek kerana konflik adik beradik dan masalah dalaman. Bezanya? Sam dan adiknya merupakan adik beradik sebapa dan seibu. Tidak bagi Quichotte dan adiknya. Ibu mereka berbeza tetapi tetap...tetap dari DNA yang sama.

Jelaslah, Quichotte merupakan kisah cerminan bagi Sam DuChamp. Adakah Quichotte dan Sam ini merupakan refleksi bagi Salman Rushdie sebagai penulis buku ini?


Bab 14

Nampaknya bab 14 ini menjadikan watak di dalam buku ini bertambah lagi. Perkembangan kisah kekeluargaan semakin besar dan ceritanya semakin meluas dan lebih dalam. Di bab ini, kita akan kembali ke kisah Sam DuChamp. Disebabkan bab 13 bercerita mengenai adik kepada Quichotte, saya menyangka kita akan membaca berkenaan adik Sam pula di bab 14 kerana sangat ketara kisah Quichotte dengan Human Trampoline merupakan refleksi kisah hidup sebenar Sam dengan adiknya. Hingga di bab ini, masih terlalu banyak persoalan yang belum berjawab mengenai Sam dan adiknya.

Namun, jauh panggang dari api. Bab kali ini, tidak ada kaitan dengan adik Sam langsung. Malah, kisahnya menjadi agak saspen pula. Ala ala detektif dan disebut sebut pula tentang hacking. Tiba tiba saya terbayang kisah ini ala ala Mission Impossible. Wahaha... Tiba tiba muncul watak lelaki Jepun.

" I apologize for alarming you, sir," the Japanese-American gentleman said. "Let me reassure you that I mean you no harm."
It was indeed alarming when one's worst paranoid fantasies became reality. Brother's interior life went through a series of stomach-churning somersaults in the course of a few seconds. He was about to be beaten up slash murdered slash burgled as well as beaten up and then murdered. The Glock was a bad sign. His eyes focused on the button badge and clung onto that. He was drowning and that was his only hope of a life buoy. (Page 219)

Perkembangan kisah keluarga besar yang dimaksudkan pula adalah muncul watak anak lelaki kepada Sam DuChamp. Anak tiri sebenarnya... Berkenaan hacking, ada kaitan dengan anak Sam dengan lelaki Jepun terebut. Di dalam bab ni, agak kurang jelas, siapa sebenarnya lelaki Jepun tu, menimbulkan lagi persoalan apa kaitan dia dengan anak Sam. Dan kenapa lelaki Jepun itu mencari Sam DuChamp setelah sekian lama tidak bertemu dan berhubungan dengan anak tirinya?


Bab 15

Di bab ini, barulah kita dibawa tentang kisah adik kepada Sam semula. Jika di bab 4, kita beremosi membaca kisah pertelingkahan atau pertengkaran Sam dengan adiknya yang kelihatan seperti kurang ajar dan keras kepala, bab kali ini juga, emosi kita akan terpancing dengan kisah adiknya. Adiknya merupakan pejuang pesakit kanser dan di bab ini, Sam dan adiknya menghampiri kepada penghujung tamatnya konflik antara adik dan abang apabila mereka mulai berhubung melalui emel.

And after that the next person for whom the hand reached up would be herself. "If you two will excuse me," Sister said, "there's an email I have to send," At her desk, she took a deep breath and wrote to Brother. (Page 244)

Anak perempuan kepada adik Sam juga menjadi watak utama dalam bab ini. Banyak cerita tentang anak buah perempuan Sam ini didedahkan di bab ini. Saya rasa, anak buah Sam ini ada kemungkinan akan bertemu dengan anak tiri Sam. Hal ini kerana, saya saspek, lelaki yang menggunakan topeng Don Quixote di dalam video yang dimuatnaik di Channel Youtube itu adalah anak tiri Sam. Anak buah perempuan Sam, menyatakan hasratnya untuk menawarkan topeng yang lebih baik kepada pemilik video itu agar nampak lebih cool. Dia menyuruh pembantunya menghubungi pemilik video tersebut

"Take a look at this," her assistant Ornella said. This was a set of YouTube videos, the first group put up by Anonymous hacktivists, featuring men (and women?) in Guy Fawkes masks, as originally seen in the Wachowskis' V for Vendetta. The second was a video by the rival group Legion, a straight-to-camera speech by a man using a voice-changer device and wearing a Don Quixote mask, vintage merch from Man of La Mancha on Broadway back in the day. "So derivative, both of them," Daughter said. "Maybe we should try to contact them. I could make them much cooler things to wear." (Page 240-241)


Kesimpulan Part 2

Quichotte merupakan watak yang agak misteri dari awal cerita lagi. Walaupun begitu, di bahagian 2 buku ini, terungkai sedikit demi sedikit mengenai Quichotte. Quichotte bukanlah seorang yang difikirkan oleh Sancho sebagai seorang yang bersisi gelap dan jahat. Wanita yang digelarnya Human Trampoline bukanlah kekasih yang ditinggalkan atau seseorang yang sudah dikerjakan atau dianiaya oleh Quichotte. Selain itu, terbongkarnya identiti Human Trampoline, membuatkan pembaca mengetahui bahawa Quichotte bukanlah seorang yang tidak ada ahli keluarga. Dia tidak sebatang kara dan bukan juga seorang yang miskin.

Di bahagian 2 buku ini juga membuatkan kita berfikir betapa buruknya kesan rasis dalam masyarakat seluruh dunia. Selain itu, masalah Islamophobia yang melampau juga mengugat saudara Islam di negara barat.

Kekeliruan yang berlangsung mengenai dua orang watak Sam DuChamp dan Quichotte mulai jelas di bahagian ke 2 buku ini kerana pembaca mulai mengerti bahawa Quichotte merupakan gambaran hidup Sam DuChamp dalam bentuk fiksyen. Namun, dalam fiksyen tersebut diinspirasikan dari kisah sebenar Sam sendiri. Menjadi persoalan bagi saya pula. Adakah Sam DuChamp gambaran sebenar kisah hidup Salman Rushdie yang ditokok tambah?

Mengenai penyakit Mostodon masih tidak terjawab dengan jelas dan agak mengarut bagi saya. Seperti tiada kaitan dengan jalan cerita utama buku ini. Bahagian itu masih tidak dapat saya rungkaikan apa sebenarnya mesej yang Salman Rushdie cuba sampaikan. Mungkin saya perlu membaca bab tersebut semula. Mungkin. 

Tunggu ulasan terakhir di part 3, saya akan kongsikan berapa bintang saya berikan untuk Quichotte. Terima kasih kerana membaca ulasan ini.

Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.




Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

? berkata...

"www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

? berkata...

"www.foodpackagingkl.com/Food packaging wholesales, Plastic food container, Cooler Bag, Ziplock Bag, Seal Bag and etc.."