Biasanya Bayar RM2 Sahaja Setiap Bulan. Bulan Ini, Saya Terpaksa Bayar RM250.00 Hanya Kerana Satu Kesilapan Penggunaan Internet Celcom
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,
RM250 tambah dengan RM99 bersamaan RM349. Uhrmm... Banyak juga ya... Belum tambah dengan caj penggunaan telefon, pesanan ringkas, bil tambahan yang saya selitkan ke bil Celcom setiap bulan. Agak agak, RM300++ ni boleh guna untuk apa?
Kalau saya, saya terfikir juga boleh buat untuk cabut gigi bongsu saya yang sedang berlubang sekarang ni. Sebenarnya, boleh buat lebih dari satu rawatan gigi. Kan? Hhahaha... Tidak pun, saya mungkin boleh belanjakannya untuk bata, simen, atau pasir untuk projek SOHO kecil kecilan saya bersama Mr.Bee (Ruang kerja kampung kampung laa...). Tidak pun, saya boleh beli untuk hobi melukis yada yada...
Apa Sebenarnya Yang Sudah Terjadi?
Di suatu pagi, saya bangun seperti hari hari lain (Rutin harian) di sebabkan bunyi penggera yang saya set di telefon saya. Selesai menutup penggera, saya lihat terdapat beberapa pesanan ringkas. Lalu, saya pun membukanya satu persatu. Macam biasa, pesanan ringkas mengenai SOP berkenaan Covid-19, promosi Digi, dan juga Celcom. Apabila melihat pesanan ringkas daripada Celcom, saya cepat cepat membukanya, nak tahu bulan ni nak kena bayar berapa.
Terbuka sahaja mesej tu, mata saya terus ke jumlah bil yang perlu dibayar. Dari mata yang mamai baru lepas bangun tidur, jadi terang benderang bak lampu spotlight perlawanan bola sepak di stadium. Gosok mata sikit, manalah tahu saya belum bangun lagi. Masih bermimpi. Hhahaha... Terkejut teruk! Bil tiba tiba berjumlah RM310 keatas.
OMG!omgomgomgomgomgomgomg... Terkejut tapi cuba cool lah macam biasa. Hhuhuhu... saya pun cepat cepat check apa sebenarnya yang berlaku? Apa saya dah buat kat Celcom ni sampai jadi macam tu? Bila masa pula saya bergayut? Member nak bergayut pun tak ada. (Fakta : Saya texting person bukan calling/video call) Hhaha...
Bila buka senarai caj yang saya gunakan, di sana tertera RM250 penggunaan internet yang seciput! Hanya 24MB sahaja, saya sudah dikenakan bayaran RM250. Sekarang saya dah tahu apa yang berlaku. Confirm sure, bulan Oktober tempoh hari, di mana tarikh yang saya sendiri pun tak tahu bila, saya ter-on data a.k.a internet simkad Celcom tanpa sengaja.
Telefon saya tu, dual sim. Kat dalam ada Digi dan Celcom. Saya langgan internet bulanan menggunakan Digi. Bukan Celcom. Telefon pula jenis lama, setting tak ada lock data sim1 atau sim2. Jadi, anytime boleh tertekan salah sim untuk buka data.
Bila saya tak ada beli internet bulanan kat postpaid Celcom saya ni. Jadi, bila kita terbuka internet, Celcom akan caj kita mahal tahap tak boleh nak nego macam di pasar malam. Celcom akan caj kita se-EKLUSIF yang mungkin.
Bagaimana Nak Periksa Bil Celcom Jika Tidak Ada Bil Sampai Ke Alamat?
Rasanya semua pengguna postpaid Celcom dah tahu tapi tak apa, saya kongsikan saja. Mana tahu masih ada yang memerlukan info ni.
Biasanya, bil Celcom akan dihantar ke alamat yang kita daftarkan semasa kita beli Postpaid Celcom. Dulu, sekitar tahun 2009-2010 macam tu, saya guna alamat tempat saya bekerja. Semua senarai penggunaan kredit Celcom seperti nombor siapa yang kita telefon, kita hantar pesanan ringkas kepada siapa, senarai caj tambahan, atau apa sahaja caj akan dihantar ke alamat tersebut dalam bentuk surat. Kalau senarai kita panjang berjela, maka tebal lah sampul surat tu. Muka surat senarai pun banyak.
Kemudian, saya tukar alamat bil Celcom saya apabila saya sudah tidak bekerja lagi di sana. Jika korang tidak terima bil Celcom korang di alamat tempat tinggal korang sekarang, korang boleh ke Celcom Center untuk tukar alamat, mungkin bil korang sampai ke alamat lama.
Namun, saya tidak ingat pada tahun bila, bil dalam bentuk kertas (hard copy) dikenakan caj tambahan untuk melindungi alam sekitar. Maksud disini, nak mengurangkan penggunaan kertas untuk mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas dan sebagainya. Disebabkan saya tidak perlukan bil dalam bentuk cetakan, saya tukar kepada bil dalam bentuk digital di Celcom Center.
Jika kita gunakan bil dalam bentuk digital (Soft Copy), kita perlu mendaftarkan akaun nombor telefon kita di www.celcom.com.my untuk memudahkan kita mengubah profil kita termasuklah untuk kita muat turun bil kita, ke telefon pintar ataupun ke komputer kita di rumah dalam format PDF.
Senang kita nak periksa bil kita. Hanya login dan periksa. Sekarang, lagi senang sebab dah ada aplikasi Celcom untuk telefon pintar. Tak perlu susah susah nak buka laman sesawang Celcom do komputer. Tapi, rasanya laman sesawang mereka sudah pasti mobile friendly sekarang ni.
Dilema Lah Pula
Celcom saya ni sebenarnya tak ada lah penting sangat. Saya boleh sahaja terminate bila bila masa sebab saya dah ada nombor lain. Tapi, tak tahulah... Sayang pula...Hhahaha!
Plan celcom ni, bayar sewa hanya RM2.00 sebulan. Tak ada lah mahal cuma ni plan lama. Memang kalau nak langgan internet boleh tahan mahal. RM30++ hanya dapat dalam 3GB internet sahaja. Selain tu, saya sangat selesa dengan postpaid sebab tak perlu nak top-up berulang kali. Nak telefon? Just telefon tak perlu periksa ada kredit ke tak ada. Tak perlu periksa kredit tamat tempoh ke belum.
Sebenarnya, ni kali ketiga saya terbuka data Celcom saya ni. Kali pertama dan kedua mungkin dua tiga tahun yang lepas. Membazir sangat...Tapi nak deactivate postpaid ni, saya berat hati. Hhahahaha... Saya dah gunakan nombor ni sangat lama.
Mr.Bee suggest agar saya tukarkan kepada prepaid. Masalah saya, kalau tukar jadi prepaid, buat apa simpan? Elok terminate. Sebab saya dah ada nombor prepaid. Saya simpan Celcom ni sebab nombor ni postpaid dan sewa hanya RM2 sebulan.
Fikir punya fikir, saya pun buat keputusan untuk...menerima hakikat RM250 saya perlu bayar sebab kecuaian sendiri. Untuk mengelakkan saya terbuka data internet Celcom ni di masa depan sekali lagi, saya korbankan RM99 untuk sebuah telefon bimbit klasik atau telefon bimbit yang di dalamnya hanya ada keperluan asas. Tak boleh akses internet pun. Hhahaha... kelakar pula rasanya bila menggunakan telefon klasik. Nostalgia betul!
REVIEW DAN UNBOXING NOKIA 106
Pada mulanya, saya nak beli telefon jenama Land Rover. Pernah nampak tak? telefon yang ala ala army tu? Nampak betul betul tough! Tapi kedai yang jual telefon tu, tutup pula. Nak beli kat Shopee kena menunggu lagi. Uhrmmm... Tak boleh nak sabar. Rasa gelisah dan risau terbuka data Celcom lagi.Sekarang sedang PKPB kat Labuan. Tak nak juga berlama lama kat luar rumah. Jadi nak cari kedai telefon ke sana ke mari memang tak nak. Akhirnya, saya beli jenama kegemaran saya di zaman sekolah dulu. NOKIA. Tehee... Nokia 106 hanya ada keperluan asas seperti kalendar, jam, buku telefon, pesanan ringkas, bertelefon, dan permainan klasik seperti game ular dan 'susun bata'. Hhahaha...
Yakin sangat tidak akan mungkin ada kesilapan terbuka data internet lagi lepas ni. Walaupun telefon ni telefon klasik, ada juga beberapa perkara yang menjadi kelebihannya. Antaranya:
Kelebihan Nokia 106
Permainan Video
Terdapat 7 permainan video yang menghiburkan hati selain dari rasa lucu sebab permainan tu memang mengembalikan memori pengguna telefon bimbit klasik. Gamenya adalah Snake Xenzia, Tetris, Sky Gift, Air Strike, Nitro Racing, Ninja Up, dan Danger Dash .
NOKIA 106 #TheNokiaClassic |
Tak ada warna lain untuk model ni. Hanya ada dark grey. |
Kecik sahaja... |
Saya dan kawan kawan siap boleh hantar SMS tanpa tengok keypad ni. Hhaha... Masing masing bawa HP ke sekolah, tangan ber-SMS bawah meja, kepala tengok depan. Hhaha... |
Charger jenis micro... Tengah tu lampu suluh dan macam biasa ada earphone jack untuk dengar radio. |
Tetris betul betul mengimbau kenangan zaman kanak kanak. Hhahaha! Saya dan sepupu sepapat masing masing ada konsol Brick Game ni dengan pelbagai rekabentuk. Kalau Snake Xenzia pula membuatkan saya teringat dengan telefon lasak kakak saya NOKIA 3310 bewarna biru gelap (Navy) dan silver.
Air Strike dan Nitro Racing pula mengingatkan saya dengan permainan video tape yang pernah ayah saya belikan sekitar tahun 1997-1999. Ninja Up, Danger Dash, dan Sky Gift tidak pernah saya lihat sebelum ni.
Menghiburkan hati juga bermain permainan video NOKIA 106 ni. Rasa rileks juga...boleh tahan terleka juga saya seketika...Hhehehe... Cuma, skrin kecil. Kalau nak main Tetris, rasanya puas hati layan guna design 90-an. Nak tekan pun senang sebab besar sesuai dengan tangan orang dewasa. Nokia 106 ni kecil sahaja. Saiznya lebih kurang Nokia Butterfly. Yang pernah guna Nokia butterfly, pasti tahu saiznya.
Bateri
Baterinya hanya 800Mah tetapi boleh bertahan selama 21.9 hari jika tidak digunakan (Mode Standby). Boleh bertahan selama 15.7 jam untuk bertelefon. Ada yang sanggup bergayut begitu lama ke? Zaman sekarang mungkin, orang lebih memilih untuk buat video call. Kann?
Tapi, dengan ketahan bateri macam ni, saya rasa memang patut ada untuk kita jadikan spare telefon ketika perjalanan jauh. Manalah tahu, power bank pun dah kehabisan tenaga nak beri kat smartphone. Boleh lah guna telefon klasik ni untuk buat panggilan.Lampu Suluh
Sama macam telefon lain, telefon ni direka dengan lampu suluh. Cuma, lampunya kurang terang pada pendapat saya. Kalau nak menyuluh jauh memang tak boleh.
Buku Telefon
Dahsyat! Boleh simpan hingga 2000 senarai telefon. Korang yang ramai kenalan boleh lah masukkan senarai telefon banyak banyak. Hhehehe...
Tahan Lasak
Macam biasa, telefon macam ni memang sudah pasti tahan lasak. Paling tak boleh nak nafikan, kalau hilang tak ada siapa nak kisah rasanya. Hhahaha... OK, Kidding. Kalau saya, saya kisah tau...
Dual Sim
Yang suka guna banyak nombor, boleh letak dua simkad kat telefon ni.
Itulah beberapa kelebihan telefon ni yang saya boleh kongsikan. Warnanya kelabu gelap seakan hitam. Permukaan telefon ni jenis yang tidak meninggalkan kesan cap jari kecuali di skrin. Kalau disentuh rasa lembut je permukaan tu cuma, agak slippery la...
Kalau rasa macam nak berehat dari dunia internet, boleh lah ON telefon ni saja kat rumah buat sementara waktu. Kalau ada hal penting, gunakan perkhidmatan telefon saja. Kann?
Dengan adanya NOKIA 106 ni, selesailah masalah saya. Tak ada lagi rasa risau data ter-ON tanpa sengaja...Hhahaha...
Terima kasih sudi membaca.
Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋
2 Kata-kata Dari Teman:
Kalau bab data phone ni mmg kena Hati2 tekan. Tahu2 bil melambung je. Selalu kena. Lagi ank main phone terus disable data.
Betul tu... ni bukan anak anak pun... orang dewasa pun boleh tertekan. hahahaha...
Catat Ulasan